Tips Yang Boleh Meredakan Tekanan

April 30, 2008

Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza. Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri.

Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:

1. Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.

2. Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.

3. Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.

4. Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.

5. Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.

6. Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.

7. Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.

8. Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.

9. Anggap tekanan sebagai cabaran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda.


Cinta membara di kamar

April 30, 2008

Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.

“PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja.” Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.

Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?

Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.

Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.

Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.

“Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.

“Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari,” katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.

“Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka,” katanya.

Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. “Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal,” jelasnya.

Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.

Tip daripada Papadopulus:
1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.

2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.

3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.

4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.

5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.

6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.

7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

Sumber: Kosmo!


Gay : Umat Nabi Luth ditelan bumi

April 30, 2008

DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.

Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.
Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’

Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.

Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.

Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?

Bagaimana Islam melihat situasi ini?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.

“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.

“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.

Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.

Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.

Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.

Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.

Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.

Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.

“Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)

“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74)

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.

“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.

Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.

“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.

“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.

Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.

“Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.

“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.

Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah.

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.

“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.

Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.

“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.

Oleh: Idris Musa


Pengambilan Makanan Tambahan

April 29, 2008

APABILA memperkatakan tentang kepentingan pengambilan makanan tambahan, antara soalan sering diajukan; bila waktu yang sesuai dan apakah jenis serta berapa banyak diperlukan dalam kehidupan sehari.

Selain itu, ada yang juga yang bertanya atau ingin tahu, apakah kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan. Lebih-lebih lagi, pada masa kini semakin banyak mengenai makanan tambahan diperkatakan dan pada masa sama, masih ramai yang kabur tentang fakta terhadapnya.

Fakta:

Pengambilan makanan tambahan sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal, iaitu ketika masih kanak-kanak kerana mereka turut mewarisi pemakanan tidak seimbang dalam keluarga dan perlu diteruskan sehingga tua.

Bagi individu yang mahu memulakan makan makanan tambahan, disaran mengambil pil multivitamin dengan mineral dan mengandungi 400 mikrogram asid folik. Apabila selesa, barulah mengambil pil kalsium (penting untuk wanita khususnya), pil antioksidan seperti vitamin C dan E.

Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana ramai mengalami masalah kesihatan.

Bagi amalan kesihatan yang sihat, selain mengambil makanan tambahan anda perlu melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan mengelakkan kegiatan tidak elok misalnya, merokok.

Jika ingin mengetahui keperluan dan apakah makanan tambahan yang sesuai untuk diri anda, elok berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan.

Pil makanan tambahan boleh diambil sebelum, semasa atau selepas makan, tetapi elak memakannya ketika perut kosong bagi memudahkan penyerapan.

“ Lambakan pelbagai jenama mungkin menyukarkan pengguna membuat pilihan. Untuk lebih terjamin, pilih jenama mantap dan disokong kajian saintifik. Ia menandakan produk itu dihasilkan melalui kajian teliti dan boleh dipercayai.

Pilih jenama yang turut mempamerkan manfaat atau kesan pil makanan tambahan itu pada label.


Isteri kurang aktif

April 29, 2008

Isteri saya tidak aktif dan kurang mengambil berat berkaitan layanan seksual. Isteri hanya mampu memberi layanan paling banyak sekali dalam seminggu.

Apakah petua dan cara supaya isteri saya menjadi lebih berminat menjalin hubungan intim, sama ada ubat atau kaedah yang difikirkan perlu.

BAHA
Pulau Pinang

Jawapan

Sebagai orang Islam, kita perlu sedar hubungan keintiman seksual meningkatkan hubungan silaturahim antara pasangan.

Saya dapati banyak pasangan suami isteri tidak dapat pendedahan sebegitu, walaupun pendedahan lain ada ketika mereka menjalani khusus pra perkahwinan.

Agenda seks dan hubungan seksual seolah-olah tiada dan mereka hanya menunaikan tanggungjawab dan melakukan hubungan intim semata-mata untuk mendapat zuriat.

Selagi pasangan anda mendapat pendedahan seperti itu, saya tak yakin isteri anda akan berubah.

Jika dia tahu semua yang saya ketengahkan itu dan mendapati dirinya dingin, masalah yang dialaminya ialah masalah kedinginan seks, iaitu masalah kesihatan seksual wanita atau Female Sexual Dysfunction.

Jika itu masalahnya, dia perlu mendapat rawatan sewajarnya. Kini ada banyak doktor sakit puan yang berpengalaman dalam pengurusan masalah seksual wanita.

Jika berminat, sila ke Klinik Cinta atau ‘Love Clinic’ di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau hubungi 03- 40434900.

Anda juga boleh dapatkan cakera padat (CD) saya bertajuk ‘PEREMPUAN ISTERI DAN RAHSIA SEKSUAL’ dan hadiahkan kepada isteri supaya dia dapat maklumat yang diperlukan.

Oleh: Dr Ismail Thamby



Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.