Perbezaan dua mutaah

SOALAN: Apakah bezanya pengertian ‘mutaah’ (pembayaran saguhati kepada seorang isteri yang diceraikan) dengan istilah ‘mutaah’ (kahwin ‘Mutaah’)

– Abu Hanifah Abdul Hakim,

Kelana Jaya, Selangor.

JAWAPAN: Amat jauh perbezaan antara dua perkara tersebut. Pertama mutaah (sagu hati) adalah dibenarkan dan disuruh manakala yang kedua pula (kahwin mutaah) adalah haram dan tidak dibenarkan. Ianya cuma dibenarkan sekejap pada awal Islam kemudian dilarang terus hingga hari kiamat, melainkan dalam mazhab Syiah sahaja.

Manakala mazhab lain semuanya mengharamkannya kerana hakikatnya sama dengan perzinaan yang dilarang dalam ayat yang menjadi dalil mereka sebelum itu. Allah berfirman yang bermaksud: dan dihalal bagi kamu wanita yang lain (bukan isteri orang) untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu melalui perkahawinan, bukan secara persundalan (perzinaan).

Maka mana-mana wanita yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikan kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna) sebagai satu ketetapan (dari Allah). (Surah an-Nisaa ayat 24).

Sedangkan kahwin mutaah itu adalah betul-betul sama dengan amalan pelacuran hari ini. Ianya tidak ada wali, saksi, pada tempoh masa tertentu, tanpa ada tanggungjawab. Manakala mutaah yang bermaksud sagu hati pula adalah diambil dari ayat lain bermaksud: tidaklah salah (atau dikenakan apa-apa bayaran) jika kamu ceraikan isteri kamu sebelum kamu sentuh (mencampuri mereka) atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka, walaupun demikian hendaklah berikan mutaah (sagu hati) kepada mereka (isteri yang diceraikan itu), yang mana suami yang senang (hendaklah memberi sagu hati itu) menurut kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya sebagai pemberian (sagu hati) menurut apa yang sepatutnya, lagi menjadi kewajipan terhadap mereka yang mahu berbuat kebajikan (Surah al-Baqarah ayat 236). Kesimpulannya perbezaan antara keduanya adalah amat jauh sekali, dan tidak akan sama selama-lamanya. Wallahualam.

3 Responses to Perbezaan dua mutaah

  1. misis zun berkata:

    saya mahu tahu ttg kahwin mutaah….boleh tak tlg bagi saya artikel penuh ttg kahwin mutaah?ni asigment saya…

  2. knizam2000 berkata:

    saya pula berminat utk berkahwin mutaah

  3. Mansor S berkata:

    Apa bezanya seorang yg berkahwin dan mempunyai anak lalu diabaikan dan tidak mendapat nafkah dari suaminya?. Ada yg bernikah. Belum lama sudah bercerai. Ada yg bernikah mau saja cari lain apa beza nya? Kita perlu duduk semeja dengan pengikur Syiah cari penyelesaiannya. Di Brunei rokok haram. Bagaimana dengan Malaysia, Indonesia yg lebih banyak ulama-ulama yang cerdikpandai?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: