Ilmu Sihir

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri.

Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR:

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jJmaat atau malam Khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


CARA MENGATASI GEJALA SIHIR:

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.

Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.

Segala sesuatu bergantung kepada izin Allah.

#Di zaman serba moden ini, kita tidak sewajarnya bergantung kpd amalan perbomohan utk mendapatkan sesuatu hajat. Sihir adalah syirik dan dosa besar yg tak akan diampunkankan Allah kecuali bertaubat.

22 Responses to Ilmu Sihir

  1. comel berkata:

    bagaimana kita boleh tahu seseorang itu terkena sihir

  2. Adillah berkata:

    Adik saya telah disihir oleh isterinya sendiri.Dia seakan pak turut yang sentiasa menurut perintah.Mereka duduk serumah dengan ibu bapa saya.Apakah perlu saya buat untuk buat adik saya tersedar?Adik saya yang kedua terkena sihir oleh kawan rapatnya di mana dia juga menjadi pak turut dan semua wang diberikan kepada kawannya itu.Apakah tindakan yang patut diambil?

    • zachary berkata:

      takkan asyik jadi mangsa sihir saja kot… mungkin ada masalah keyakinan diri yang rendah kot..cuba analisa balik…

  3. mazlan ali berkata:

    bagaimana untuk mengubati orang yang kita sayang tetapi telah diberi ilmu pembenci. Juga, apakah tanda-tanda yang dia memang terkena ilmu tersebut selaian apa yang saya lihat dan rasa sendiri berlaku padanya. Terima kasih.

  4. manja berkata:

    saya telah ditinggalkan kekasih tetapi saya masih tidak dpt melupakannya…saya sering terbayangkan nya setiap apa yg saya buat sehinggakan menjejaskan pelajaran saya…saya betul-betul kecewa tetapi dari segi logik akal saya memang patut melupakannya kerana dia memang tidak layak untuk mendapatkan perempuan sebaik saya. tapi kenapa saya masih belum dapat keluar daripada situasi ini sedangkan hati saya kuat untuk keluar tetapi rasa terhalang oleh sesuatu yang saya sendiri tidak tahu. adakah saya turut disihir?

    • zachary berkata:

      itu bukan sihir dik…itu biasa..yalah bila kita dah lama mengenalinya kita akan ingat saat -saat manis. sekarang dah berpisah..hanya ingat keburukannya saja..dia tidak bertanggungjawap?!, pentingkan diri sendiri?… cuba cari keburukannya..dan tanamkan pada diri bahawa awak benci dia

  5. ek ele berkata:

    zaman sekarang ni banyak lagi ke org menyihir org ni…..kalau kita asik tak ingat Tuhan…tak sembahyang..masjid pun tak jejak…elok lah kita baiki diri kita dulu dari duk menuduh org yang bukan2….

    ..pertanyaan cepu emas….sapa bleh tahu org kene sihir?…..yang nyatanya bukan org kebiasaan macam kita…asik nak buruk sangka menuduh org…berdosa ….

    pak mentua aku camtu dulu….kaki sengal2 pun kata org sihir kan….takde lah masa org asik nak menyihir kita aje…

    point aku kat sini…pasti kan betul2 dengan merujuk kat tempat yang betul utk menentukan
    betul ke si mangsa kene sihir….rasanya kita org kebiasaan memang tak layak nak tuduh2 org ni kalau kita tak tahu…..

    kadang2 benda yang dah elok kita dengki…bila dengki mula lah kita kata org kene sihir…

    Salam

  6. kebayan berkata:

    manja .. anda maseh dibayangi kenangan kenangan silam bersama bekas kekasih .. yang menyebabkan anda sukar untuk melupakannya .. situasi ini sungguh menyiksakan .. setiap masa yang terluang isikan dengan pekerjaan perkerjaan yang melekakan .. jangan suka duduk mengelamun .. insyaallah .. perasaan ini akan berlalu pergi dibawa oleh masa yang silih berganti …

  7. Aini Nabila berkata:

    Assalamualaikum semua. Say telh disihir sejak awal perkahwinan oleh keluarga sebelah suami. Begitu juga dengan suami, dia juga turut sama disihir namun keadaannya tidak seteruk saya. Setiap kali keadaan saya tidak waras akibat gangguan sihir ini perkara yang saya minta dari suami adalah ceraikan aku. Memangnya suami tidak mahu mengikut permintaan saya dalam keadaan tersebut tapi bila keadaan tidak dapat dikawal sampai suami bercerita saya sanggup keluar tanpa pakaian, ingin membunuh diri dan mencederahkan badan sendiri suami terpaksa menurut kata saya ketika itu. Namun suami langsung tidak ada niat untuk menceraikan saya. Tapi dalam keadaan saya begitu dia terpaksa (maknanya dipaksa) melafazkannya demi menteteramkan keadaan saya. Para ulama mengatakan bahawa apabila suami dipaksa unrtuk menceraikan isterinya tanpa kerelaannya talak tidak akan ajtuh. Selepas saya puluih dan keadaan dah tenang suami bertanya kenapa saya nak minta cerai. Saya menjawabnya saya tak ada minta pun. Bantu saya

  8. mslilu berkata:

    ek ele ko ni kan ko x kena ko nk ckp besar. Zaman skang banyak org terpesong dan nk senang banyak la..yg menyekutukan Allah s.w.t ko ckp mcm ko x takut kan. Nabi Muhammad s.a.w pon kena sihir dan takot akan sihir ni lagi kite manusia biasa. Cuma bila kena try g berubat dekat ustaz2 dan kuat kan semangat, jgn takut, tuhan melindungi kita..setiap yg terjadi ada hikmah dan jgn sesekali lupa padaNya dan kite perlu terima dan bersyukur dgn ujianNya. cukup kan solat, berzikir, jgn teroskan dgn perkara2 yg melalaikan. Kita sebagai makhluk yg paling sempurna di dunia ini jgn mudah jatuh kepada makhluk yg mahu kita join dorang masok neraka. So kuatkan diri. Ingatlah bahawa dunia ini adalah sementara dan bahwa akhirat adalah abadi :) jadi perbanyakkan amalan dan jgn leka mahu mengejar harta dan kebahgiaan dia dunia sahaja. Sekian.

  9. meiling berkata:

    oia…,saya ad problem ttg rmah tgga saya.. mskipun kmi blm resmi suami istri tp saya sdah tggal serumah.. skrg sya dlm kndisi hamil.. suami sya benci bnget trhadap sya lntaran ad org ketiga.. sepertinya suami sya trkena magic dan pngaruh bsar dg wnita itu bgtu nurut! ap yg hrus sya lkukan yaa dg keadaan sya yg sprti ini.. dan supaya suami sya kmbli seperti smula?

  10. senyum berkata:

    tak do kaitan dgn di atas tu ye…kalo kita kawin janji nak sama2 tanggong menangong..tapi lepas kawin pompuan lak nak gaya berbelanja bosar..suami aje seorang menanggong himgga nak kasi mak bapak kat kg pun dah tak leh..macam mano dgn janji2 manis mu pompuan..asik nak tarak kat suami aje..bongkak lak tu..lak tu tak nyam dgn famili tu ..ini..laa..jadi bila suami terlukai ..merasai terhina..ado lak makwe..leh menolong..agak2 leh kasi tempat berteduh..yg nyaman..okey lah..kou kasar ..aku pun leh ..ek ek ..tapi kalo pompuan ek ek tak kemana ..last last kebawah jua..dah season tinggal pergi..tak belagu

  11. senyum-rekaan-syok-syok aje berkata:

    bukan nye sihir yg menyebab perilaku bagitu..tidak sefahaman aje..atas perilakuan terhadap satu sama lain..cuma rasa kasih sayang dah mula malap dgn kerenah semasa ..hidup bersama dah nak pudar…oleh sebab perilaku tindak tanduk diri masing2..macam alibaba tu kawin makan dulu, masa mula2 sikit punya ..senyum lebar..macam nak sehidup semati je..selalu syo syok syo kat rumah tumpang ahlong bin lorry ..chow kit load……bila dah kawin ..ada aje tak kena pada diri masing2..mungkin power minyak sennoyong bomoh hitam dah hilang kot.. lak tu giggola ada himpit pompuan nyo..menyebab bini dia rase ada harga lagi..anggun laa ras nye.dgn lady herbs…mula ek ek dgn alibaba.yg selalu kesepian malam..jumpa lah timah basai yg memahami keadaan..dia lak loaded ketengah ketepi..bisa di atur lak tu..ali terima jae..cuci kaki..bini yg ek ek tu lak telah di laknati oleh giggolo hansome loaded – pemulaan berkawan di sangka mahlikat penyelamat datang menyelamat..sikit punya gah ..alibaba tak di pandang langsung..macam kucing kurap aje.. ..ahkir nya dah dikecapi ..gigollo meninggal pergie….sekarang lak tersenggeh nak kebali kat ali…

  12. Zam berkata:

    Saudara,

    Saya adalah seorang lelaki yang telah menduda selama lebih kurang 7 tahun. Isteri saya telah meninggalkan saya pada saat negara dilanda krisis ekonomi globas dimasa lalu. Dalam masa 7 tahun saya ada bertemu 2 orang wanita (dalam masa yang berasingan). Malangnya jodoh kami tak panjang. Gerimis ditengah hari. Selepas itu saya telah serik untuk mendampingi wanita lagi, mungkin telah hilang rasa percaya di hati, juga disebabkan bimbang terluka lagi.

    Tetapi pada awal tahun ini, saya telah bertemu dengan seorang wanita (janda anak 4) yang juga anak tuan rumah saya. Saya pada mulanya tidak terlintas untuk berumah tangga lagi. Bolehlah dikatakan pada awal tahun ini wanita berkenaan telah sering cuba mendekati saya. Beliau serta keluarganya begitu baik terhadap saya. Mereka sering menghantarkan makanan tengah hari untuk saya. Wanita itu juga sering membuatkan saya minuman dan menghantarkanya kerumah saya hampir setiap malam, juga ada mencuci pakaian saya. Ibu wanita itu sendiri ada memberitahu saya bahawa dia bercadang hendak menjodohkan saya dengan anaknya. Tetapi kerana luka dihati yang masih terasa.. membuatkan saya untuk tidak mahu menerima wanita berkenaan. Walaubagaimanapun mungkin disebabkan kesunyian hidup, dari layanan dan kemesraan yang diberikan terhadap saya, telah membuatkan pintu hati saya terbuka untuk membina hidup baru. namun saya tetap dengan niat saya untuk menerima perempuan melayu lagi. Pada satu hari saya telah bertekat untuk tidak lagi menggunakan handphone, ke-esokanya saya mendapati ada sepucuk surat di belakang pintu rumah saya. (dimasukan dari bawah). dari kandunganya amat saya mengerti akan niat wanita berkenaan untuk hidup bersama saya.

    Oleh kerana telah berasa yakin dengan janji, harapan & impian yang diberikan, saya telah bertekad untuk mengahwini wanita berkenaan. Kami telah merancang untuk bernikah selewatnya bulan 6 ini. Beberapa bulan yang lalu wanita berkenaan telah meragui akan keikhlasan saya untuk mengahwininya. Untuk menyakininya saya telah memberikan kepadanya seutas rantai tangan sebagai pendahuluan mas kahwin.

    Seorang kawan baik saya mengetahui akan niat saya tetapi tidak senang hati apabila kehendaknya saya tidak turuti. Kawan saya itu telahpun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Beliau rasa akan kehilangan saya setelah saya berkahwin nanti. Untuk pengetahuan saudara kawan saya itu adalah seorang gay. beliau sering memaksa untuk melakukan hubungan sejenis danganya termasuk ‘treesome’, namun tidak pernah saya turutinya dengan kerelaan, kecuali tanpa saya sedari. Kawan saya itu ada menyatakan hasratnya untuk ‘pakai’ wanita tersebut setelah dia saya nikahi kelak. itu mendapat bantahan dari saya. Kawan lelaki saya itu kemudianya telah merampas handphone saya dan mencuri nombor handphone bakal isteri saya. Apa yang saya tahu lelaki itu kemudianya ada menghubungi wanita itu, berjumpa di giatmara dan pergi berjumpa dengan keluarga wanita itu.

    Setelah itu, hubungan saya dengan bakal isteri saya berubah secara tiba-tiba. dia seperti tidak pernah mengenali saya, malah saya seperti sangat dibencinya. keluarga wanita itu juga telah memencilkan saya dan akhirnya wanita itu telah minta untuk putuskan hubungan kami sedangkan saya telahpun menyayanginya dengan sepenuh hati dan saya sentiasa berharapa agar dia kembali semula kepada saya namun sehingga hari ini keadaan kian hambar.

    Saya disini teramat sangat memerlukan bantuan saudara dengan harapan ada yang sudi membantu saya, Salam hormat.

    Terima Kasih.

    • zachary berkata:

      pergi jumpa gay tu dan hentak kepala dia dengan batu sampai pecah. itu sajalah jalan penyepesaiannya

      • zachary berkata:

        awak gay jugak kan… sebab tu awak tak sanggup bertindak ke atas lelaki tu.. yalah..awak dah pakai bini dia ..dia pun nak pakai bini awak jugak….susahkan hidup jadi gay ni….kalau awak kawin pun, habis bontot bini awak di sontotnya… better dont

  13. zachary berkata:

    Saya seorang lelaki muda yang agak kacak ,berumur 40 tahun. saya berkawan dengan seorang wanita kelantan yang sangat meminati saya. Dia selalu datang kerumah saya membawa makanan yang manis-manis setiap hari. Dia juga menghidangkan saya air berkarbonat setiap kali makan tengahari dan malam .Makanannya sungguh lazat dan saya sungguh berselera setiap kali memakan makanan masakannya yang manis-manis belaka. Baru-baru ini kami bergaduh besar atas satu sebab dan kami menagmbil keputusan untuk putus hubungan. seminggu selepas itu, saya rasa badan kurang sihat dan melakukan pemeriksaan di hospital. amat mengejutkan, saya disahkan mendapat penyakit kencing manis. Saya mensyaki telah disihir oleh wanita kelantan tersebut sampai mendapat penyakit yang berbahaya ini. Apa pedapat anda-anda semua? Hidup ini penuh pancaroba.

  14. shida berkata:

    assalamualaikum.suami sya ni dia tkna ilmu pengasih.sblm ni kmi bhagia tp perubhan diri dia blaku secara mendadak bnda yg dia x ska dia suka dgn sya pn mkn hr mkn x mesra tmsuk ank2.sdgkan dlu dia seorg pyayang dgn ank2.dia kta dia dah kwen kt siam tp bla sya selidik blm kwen.dia jrg blik tdr kt umh dan msa dia pn bnyk hbs dgn permpuan 2.tmasuk duit gaji dia.dia seolah2 agau ngan btina 2 bla x jmpa x leh dok dan gelisah.pnh 1hr seluar dlm sya yg sya pkai pd wktu mlm dok luar keesokan pg nya.sya pn pnh mimpi ular swa batik dgn ular kuning.mkn hr perubahan dri dia mkn teruk.sdah bnyk tmpt sya iktiar termasuklah solat hajat dan doa.kdg2 saya rasa mcm ptus harapan tp alhamdulillah makmertua,adik beradik dan kawan2 bnyk memberi sokongan dan menolong.disini saya nk mendapat kepastian btl ka suami sya ni terkena..bagaimana cara utk mengembalikan dia ke pengakuan kami semula.saya kesian kt ank2 asyk trigat kt abah dia.tlg lah bantu saya

  15. Banyak ber do,a agar di jauh kan dari ilmu sihir.dan jgan terlalu yakin kpd ilmu sihir yakin dan berserah diri lah kpd allah.

  16. hairzan bt abu hasan berkata:

    slm…ada seorang kawan yg rasanya dia telah disihir oleh isterinya s’dri..sbbnya,isterinya merasakan yg dia ada org lain di luar..tpi si isteri ni x mengaku yg dia ada buat smua tu..dia tak pernah melakukannya..tpi si suami tetap menuduh si isteri..sbb si suami ckp,tak ada org lain yg buat kat dia kecuali isteri dia s’dri..apa hukum nya kalau si suami menuduh yg bkan2 t’hadap isterinya…sedangkan isterinya menafikannya…kesian si isteri..

  17. zz berkata:

    Alhamdulillah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: