Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut

MUNGKIN anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mengambil berat tentang kesakitan tersebut kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.

Namun, jika rasa sakit pada lutut berterusan, ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup dengan mengehadkan pergerakan kerana khuatir rasa sakit bertambah.

Terdapat banyak kaedah rawatan sedia ada untuk merawat kecederaan pada lutut dan mengurangkan kesakitan, mengikut bentuk kecederaan yang dialami pesakit.

Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan jika masalah yang dihadapi melibatkan kemerosotan fungsi dan struktur pada tulang, otot dan sendi lutut.

Tidak kurang juga pesakit yang terpaksa hidup dengan rasa sakit akibat menerima rawatan yang kurang atau tidak berkesan.

Namun, mungkin perkembangan teknologi terkini telah membuka lembaran baru dalam satu kaedah rawatan yang telah sekian lama digunakan untuk merawat penyakit lain.

Kaedah ini mungkin dapat membantu pesakit dengan masalah lutut mempunyai hidup yang lebih berkualiti.

Sel stem

Sebelum ini anda mungkin pernah mendengar atau terbaca tentang penyakit-penyakit seperti barah darah (leukemia), talasemia, jantung, diabetes dan penyakit Parkinson yang boleh dirawat dengan menggunakan sel stem.

Kini, dengan adanya teknologi terapi sel stem, mereka yang mengalami kecederaan lutut yang teruk atau mengalami osteoartritis tidak perlu hidup dalam kesakitan.

Sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan pelbagai jenis sel lain.

Melalui penggunaan sel stem, satu kaedah baru telah ditemui untuk mengubati beberapa penyakit termasuklah kecederaan lutut.

Antara punca utama sakit lutut adalah osteoartiristis iaitu penyakit degeneratif (kemerosotan) sendi dan ia bukan sahaja dialami oleh golongan warga emas tetapi juga golongan muda.

Faktor risiko untuk osteoartiristis termasuklah obesiti, penggunaan sendi yang berlebihan, kecederaan akibat daripada cara kerja atau bersukan, pembedahan, usia dan sejarah keluarga (genetik).

Penemuan terbaru terapi kecederaan lutut dengan menggunakan sel stem oleh Pakar Runding Ortopedik Pusat Perubatan Kesukanan Kuala Lumpur (KLSMC), Dr. Saw Khay Yong, dipercayai bakal mencipta nama negara dalam bidang perubatan kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia.

“Kita biasanya mendengar banyak rungutan orang ramai mengenai sakit sendi lutut semasa mereka berjalan, naik atau turun tangga dan kadangkala terdapat bunyi bergesel (meretih) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi.

“Saya menasihati agar mereka yang mengalami situasi sebegini berjumpa dengan pakar runding ortopedik sebelum keadaan menjadi lebih serius,” kata Dr. Khay Yong.

Bermula daripada penyelidikan haiwan dua tahun lalu yang diketuai oleh Dr. Khay Yong dan rakan-rakan sekerja di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mereka menemui satu prosedur amat mudah di mana kawasan kecacatan pada rawan lutut digerudi bagi menggalakkan pendarahan di bawah sumsum tulang.

Penyelidikan tersebut juga dijalankan dengan bantuan StemLife Therapeutics.

“Seminggu selepas itu, suntikan berterusan yang mengandungi sel stem bersama asid hyalgen atau asid hyaluronik dilakukan ke dalam sendi lutut.

“Dari model haiwan, kami berjaya menunjukkan bukti pembaharuan rawan di permukaan sendi yang serupa dengan rawan yang normal,” kata Dr. Khay Yong.

Beliau menjelaskan, penemuan kaedah terapi terbaru ini dilakukan dengan menggunakan sel stem matang (adult stem cells) yang diambil daripada pesakit itu sendiri.

“Selepas pembedahan atroskopi, sel stem tersebut akan disemat ke kawasan kecederaan dengan campuran asid hyalgen melalui suntikan selama beberapa minggu,” katanya.

Menurut beliau, prosedur mudah ini juga boleh dilakukan di mana-mana klinik luar.

Dalam pembedahan atroskopi, beberapa tebukan di atas permukaan sendi tulang akan dilakukan.

Pembedahan tersebut akan membentuk darah beku di permukaan tulang yang kemudiannya membentuk perancah bagi penumbuhan dan pembentukan semula rawan.

Seminggu selepas proses tebukan tersebut, sebanyak 12.5 milimeter sel stem akan diambil daripada sumsum tulang pesakit.

Proses pemindahan sel stem seterusnya dilakukan dengan memasukkan semula sel stem ke dalam saluran darah dan proses ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam serta tidak menyakitkan.

Seminggu selepas itu, sel stem dengan asid yang dikenali sebagai asid haylgen akan disuntik ke lutut seminggu sekali untuk tempoh lima minggu.

Lima lagi suntikan akan diberikan setiap hari kepada pesakit selepas tempoh lima minggu itu untuk menggalakkan sel stem keluar daripada sumsum tulang.

Kelebihan

Terapi sel stem menggunakan kemampuan dan keunikan sel stem untuk membentuk mana-mana jenis sel dan tisu dalam badan dan membolehkan rawan di permukaan sendi lutut membentuk semula kawasan sendi yang rosak.

Dr. Khay Yong juga berkata, kebaikan prosedur ini adalah ia hanya membabitkan satu pembedahan sahaja, mudah dijalankan dan hanya memerlukan kos yang rendah.

Menurut Pengarah Urusan Stemlife Sdn Bhd, Sharon Low, sel stem penting dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia kerana ia merupakan sel induk yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam badan manusia.

“Saya yakin penemuan terbaru ini mempunyai impak yang besar ke atas rawatan kecederaan lutut kerana kecederaan rawan merupakan perkara yang biasa berlaku ke atas lutut seseorang,” katanya.

Rawan merupakan tisu putih yang nipis dan lembut bagi membalut hujung tulang keras pada sendi lutut di samping bertindak sebagai mekanisma pelincir dan membantu kelancaran pergerakan sendi kerana sifatnya sebagai cecair pekat yang kenyal.

Selain untuk penumbuhan rawan, sel stem juga berpotensi untuk memperbaiki kecederaan ortopedik lain seperti kecederaan tendon dan ligamen, kecederaan saraf, koyakan pada otot dan ulser pada kaki pesakit diabetes.

“Belum ada negara yang menggunakan teknik ini dan Malaysia adalah negara pertama yang membangunkan dan menggunakan prosedur ini,” kata Sharon.

Kata pesakit

Penemuan ini terbukti berkesan apabila seorang pesakit Lee Lay Kheng, 45, mengakui keadaan lututnya bertambah baik selepas menjalani terapi tersebut di KLSMC.

“Dua tahun yang lalu, saya mengalami sakit lutut yang teruk di kaki sebelah kiri dan setahun kemudian ia mula merebak ke lutut kanan.

“Saya memilih untuk menggunakan prosedur menumbuhkan semula rawan dan selepas menjalani pembedahan 3 minggu lalu, keadaan saya bertambah baik dan semakin pulih,” katanya ketika ditemui sedang menjalani fisioterapi di KLSMC.

Seorang lagi pesakit, Fauziah Fadzil, 44, yang berkerja sebagai Pengurus Tadika berkata, dia dan pesakit lain yang menerima rawatan sel stem ini akan menjalani fisioterapi selepas pembedahan.

“Sebelum terapi, saya mengalami sakit lutut yang amat teruk sehingga saya terpaksa menggunakan dua tongkat.

“Tetapi selepas menjalani terapi ini, saya hanya memakai satu tongkat sahaja dan sakit pun tidak dirasai semasa melakukan fisioterapi,” katanya.

Dengan kos rendah dan keputusan yang bagus, terapi lutut dengan menggunakan sel stem dijangka akan mendapat perhatian dan sambutan hebat di kalangan pesakit dan pakar bedah ortopedik di Malaysia dan seluruh dunia.

17 Responses to Sel Stem: Terapi terkini kecederaan lutut

  1. Michelle Nicola berkata:

    Saya telah membaca Majalah Wanita di mana saya mengetahui ada sebuah institusi NURY yang dapat membantu atau memulihkan kanak-kanak dari yang tidak dapat berjalan hingga dapat berjalan. Saya mempunyai seorang anak yang umurnya hampir mencecah 3 tahun. Dia belum lagi pandai berjalan cuma mampu merangkak seperti bayi yang baru berlajar untuk merangkak. Dia seorang anak perempuan yang sangat Hiperaktif. bagaimana saya dapat menghubungi Dato Dr. Noor Laily untuk mendapatkan bantuan dari segi nasihat atau tunjuk ajar agar dapat membantu anak saya dapat berjalan seperti kanak-kanak normal. saya sudah membawa dia berjumpa dengan pihak hospital kerajaan mahupun berubat secara tradisional. sesiapa yang membaca segmen ini dapatkah menghantar emel iaitu Princessleia052525@yahoo.com. – –Pn. Michelle

  2. Henry berkata:

    No. 9-11, Lorong Wangsa 5A, JalanWangsa 5,
    Bukit Antarabangsa, Ampang , Selangor.
    Tel : 03- 4107 5487

  3. alauddinr berkata:

    Kini terdapat cara baru untuk anda meningkatkan peredaran sel stem badan anda tanpa perlu menjalani sebarang suntikan atau kesakitan. Hanya mengalami keseronokkan pemakanan tambahan rumpai tasek AFA EXTRACT. Dengan pengambilan 3 kapsul, dalam masa linkungan 60 minit, sel-sel stem akan meningkat kepada linkungan 30 peratus dan terus melakukan ‘repair’ pada sebarang kecederaan. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari: http://alauddinr.stemtechbiz.com.my/default_MY_EN.aspx . Sel-sel stem badan anda berupaya menjadikan badan anda gagah dan menawan sekiranya anda memberi peluang kepada sel-sel tersebut melakukan tugasnya yang utama, iaitu MENJAGA BADAN ANDA. Pertingkatkan peredaran sel stem anda segera dengan cara yang menyeronokkan. Hubungi saya di alauddinr@gmail.com

  4. zairol hj zakaria berkata:

    saya berumur 32 tahun dan aktif bersukan. apakah jaminan selepas saya melalui prosedur tersebut akan menyembuhkan kesakitan pada ligemen yg dialami. bagaimana saya hendak menjalani rawatan tersebut? berapakah kos keseluruhan ? tempoh rawatan ke keadaan yg betul-betul sempuh berapa lama?

  5. saya nak tahu berapakah kosnya kerana ligamen lutut saya koyak akibat bersukan…

  6. dg berkata:

    saya seorang yang aktif bersukan.saya telah mengalami masalah lutut kira-kira 2 bulan lalu semasa bermain futsal.kecederaan ini menyebabkan saya tidak dapat aktif dalam bersukan..berapakah kos keseluruhan dan tempoh masa untuk pulih??selepas menjalani rawatan ini adakah saya boleh terus bersukan ataupun kena berehat seketika??

  7. duncan berkata:

    lutut sya ada masalah..
    x tahu camana nak x,plane..
    tapi bila lompat 1 anak tangga saja pun da sakit..sakit yg sangat2..lutut saya cedera masa main takrow 2 tahun lepas..sampai sekarang pun x baik2 lagi..malahan semakin sakit..
    saya nak tahu cara perubatan u all..dan kos berapa..

  8. syahid berkata:

    sya mengalami masalah kecesraan lutot sewaktu bersukann…….adakah teknikini dapat menyembuhkan a.c.l

  9. Matthew berkata:

    saya mengalami sakit lutut sejak tahun 2000 tapi masa tu tidak serius. dalam 2 tahun kebelakangan ini rasa sakit makin bertambah…menurut doc yang merawat saya, saya perlu menjalani pebedahan (hospita Trendak)tapi saya tidak berani ambil risiko, kerana pada pendapat saya bukan semua pembedahan dpt menyembuhkan 100% malah saya berpendapat sakit akan lega selepas penbedahan dan beberapa bulan lepas itu sakit lutut itu akan berulang(pd pendapat saya lah) sebab itu saya tidak berani nak dapatkan rawatan pembedahan di hospital kem trendak. dalam 2 hari ini sakit pada lutut saya datang menyerang lagi sehingga hendak membengkokkan kaki pun rasa teramat sakit…saya pergi dapatkan rawatan semula di klinik dan diberi suntikan penahan sakit…jadi adakah saya perlu mendapatkan rawatan ? Apa jenis rawatan yang perlu saya dapatkan? (Sakit dibahagian tempurung lutut,terasa tulang bertemu tulang,rasa sakit bila nak duduk dengan membengkokkan kaki atau mengangkakkan kaki ianya perlu sokongan dengan tangan)

  10. brian berkata:

    Saya berumur 31tahun. Saya telah mengalami masalah lutut yg kronik sejak 2009. Lebih teruk lagi lutut sya telah dijangkiti kuman (septik artiritis) akibat sakit gout kronik.Masalah saya sekarang kaki saya tidak dapat bengkok. Pada 2009 saya telah melakukan pembedahan viscoskop untuk mencuci dan membuang sebilangan tisu rawan yg rosak akibat jangkitan kuman (bahagian tepi kanan&kiri) di pusat rawatan swasta sibu,sarawak. Doctor telah membalut kaki(simen) agar rawan tersebut dapat melekat pada tulang lutut tapi hasilnya menghampakan saya… lutut saya masih sakit bila saya berjalan atau melakukan aktiviti kat rumah.Adakah rawatan sel stem pengubatnya? Berapakah kos rawatan penumbuhan rawan kat klsmc?

  11. ajai berkata:

    saya punye sendi lutut tidak dpt membengkok lagi. dulu kaki pd tulang peha saya patah, jdi saya tlh terbaring lama tanpe mbuat senaman. adakah sesiapa yg tahu bagai mana dpt saya pulih semula. ada sesiapa yg tahu rawatanya? tolonglah bagi tahu saya tak kira cara teradisional atau moden, dan berapa kos nya. terima kasih pd yg simpati. email saya- unggeh6204@gmail.com

  12. azhazila berkata:

    saya nak tahu, dimana boleh buat pembedahab sel stem utk sakit lutut ini, dan kosnya berapa?
    ini kerana sakait lutut ibu saya sudah sampai tahap
    yang menyakitkan sangat hanya menelan panadol utk tahan sakitnya.

  13. mar berkata:

    saya berminat nak tau ttg rawatan stem ni kerana emak saya sudah 2 tahun menderita sakit tulang rawan ni. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan dan berapa kosnya.

  14. hanum berkata:

    Terima kasihatas info…saya berminat nak ketahui di mana hospital yg menyediakan rawatantersebut…silA email kepada saya..terima kasih…

  15. Ahmad Rafie berkata:

    saya

  16. iphone casinos berkata:

    Aw, this was an extremely nice post. Taking the time and actual effort to make a great article… but what can I say… I
    procrastinate a whole lot and don’t manage to get anything done.

  17. kamal berkata:

    saya mengalami masalah acl koyak 90 %. bolehkah kaedah ini merawat acl saya pulih kembali.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: