Pelbagai punca sakit dada

SAKIT dada, sakit jantung. Ini telah menjadi satu pemahaman dan ketakutan di kalangan masyarakat negara ini sehinggakan banyak drama atau filem di negara ini menjadikannya satu klise untuk menunjukkan bencana dan tragedi keluarga. Setelah bertahun-tahun masyarakat didedahkan kepada ‘kefahaman’ ini, tidak hairanlah ramai yang bergegas mencari doktor apabila mengalami sakit dada kerana khuatir diserang sakit jantung.

Tidak boleh disangkal bahawa penyakit jantung menjadi pembunuh utama di negara ini dan banyak negara lain lagi. Memandangkan semakin ramai golongan muda yang diserang sakit jantung, tidak menghairankan juga golongan yang cemas ini terdiri daripada semua peringkat umur.

Namun, orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan jantung dengan penyakit lain supaya perasaan cemas ketika mengalami sakit dada tidak membawa kepada kemudaratan lain.

Pakar Perunding Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan, serangan jantung biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian kiri atau tengah dada tetapi kadangkala boleh berlaku pada bahagian kanan dada juga.

“Rasa sakit ini seperti dada ditindih (ditekan), berat atau dibelit (sempit), dan boleh merebak dari dada ke leher, rahang atau lengan kiri

“Selain itu, rasa sakit akibat serangan jantung turut dikaitkan dengan simptom lain seperti berpeluh, rasa mual, sesak nafas dan rasa berdebar-debar (palpitation),” jelas beliau.

Kata beliau, rasa sakit ini juga datang dan pergi dan cuma bertahan untuk beberapa saat atau beberapa minit sahaja, serta dapat dikurangkan dengan berehat.

Tambahnya, serangan jantung juga dikaitkan dengan aktiviti fizikal berat seperti senaman terlalu kuat, mengangkat barang yang berat atau naik banyak anak tangga. Jika stres ditambah dengan perasaan marah yang membuak-buak, terdapat juga kemungkinan serangan jantung berlaku secara mendadak.

Jantung vs reflux

Perkara pertama dalam mengelakkan kekeliruan dan rasa cemas akibat sakit dada adalah mengenali simptom ketika berlakunya serangan jantung. Perasaan cemas adalah normal jika kesakitan timbul di tempat yang sebelum ini tidak pernah berasa sakit.

Tetapi jangan terlalu risau atau cemas sehingga memudaratkan lagi keadaan dan menyebabkan rasa sakit itu semakin kuat.

Antara punca sakit dada bukan akibat serangan jantung yang biasa ditemui adalah masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.

“Sistem badan manusia telah diatur untuk berfungsi dengan elok, dari atas turun ke bawah, yang mengalir pula dalam satu arah. Jika fungsi sistem badan terganggu sehingga menjadi songsong, itu mungkin tanda hadirnya penyakit tertentu dan rasa sakit itu pula sebagai petanda daripada badan, memaklumkan terdapat kepincangan dalam fungsi sistem berkenaan,” kata Dr. Ahmad Shukri.

Penyakit yang dikenali Reflux Gastroesophageal (GERD) ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh reflux asid dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, rasa pedih hulu hati yang berhampiran dengan kedudukan jantung ini mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

“Selalunya reflux berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak,” kata beliau.

Beliau menyatakan reflux juga menyebabkan rasa mual, rasa asid (masam) di dalam mulut dan tidak melibatkan simptom seperti serangan jantung (sesak nafas, rasa berdebar) serta tidak dikaitkan dengan aktiviti fizikal.

Tambahnya, reflux juga boleh menyebabkan simptom batuk yang kering pada waktu malam, serangan asma (lelah) disebabkan kekejangan bronkiol atau menyebabkan pesakit bangun mengejut pada waktu malam akibat sakit di bahagian dada.

Rasa pedih hulu hati berbeza dengan sakit jantung kerana melibatkan perasaan seperti terbakar (heart burn) yang berpanjangan. Makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan simptom ini berlaku atau menjadi bertambah teruk.

Saringan dan rawatan

Selain simptom, perlu juga diketahui ujian saringan bagi menentukan keadaan kesihatan anda serta menentukan rasa sakit pada dada berpunca daripada masalah jantung atau sebaliknya. Bukan sahaja ujian saringan, malahan cara rawatan untuk serangan jantung dan reflux juga berbeza.

Menurut Dr. Ahmad Shukri, doktor akan menjalankan ujian elektrikal kardiogram (ECG) jika pesakit disyaki mempunyai masalah jantung atau mengalami serangan jantung.

“Selain ECG, ujian darah juga dijalankan untuk menentukan kandungan kolesterol dan gula di dalam darah.

“Doktor juga akan mengambil tekanan darah pesakit dan menguji kehadiran enzim jantung yang dikeluarkan jika jantung mengalami kecederaan,” kata beliau.

Jika ECG adalah normal tetapi masih disyaki masalah jantung, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan doktor akan melakukan ujian ECG tekanan (stres) yang memerlukan pesakit berlari di atas mesin treadmill bagi menguji kesannya terhadap jantung.

Beliau menjelaskan jantung akan memerlukan lebih banyak oksigen ketika menghadapi tekanan atau berlari dan perubahan pada bacaan ECG akan berlaku jika terdapat salur darah yang tersumbat.

Bagaimanapun, ujian ECG tekanan tidak memberikan bacaan yang 100 peratus tepat dan kadangkala boleh memberikan bacaan positif atau negatif yang salah. Ini merupakan antara batasan terhadap ujian saringan ini yang kadangkala boleh menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah jantung sebagai sihat.

Dr. Ahmad Shukri memaklumkan pesakit boleh menjalani ujian koronari angiogram jika ujian stres ECG juga normal sedangkan doktor masih mengsyaki masalah jantung.

“Ujian koronari angiogram boleh menunjukkan bilangan dan tahap salur darah koronari jantung yang tersumbat dengan lebih tepat. Selain angiogram, pesakit juga boleh menjalani ujian angiogram MultiSlice Computer Tomography (MSCT) yang hanya memerlukan suntikan di tangan dan lebih cepat,” jelas beliau.

Selain itu, beliau turut menyatakan rawatan masalah jantung berbeza mengikut keadaan dan tidak semestinya memerlukan pembedahan besar.

Sekiranya doktor mengesan tanda positif pada ECG, Stres ECG atau MSCT, maka kaedah seterusnya yang terbaik adalah koronari angiogram yang membolehkan rawatan dilakukan pada saluran darah yang tersumbat melalui belon angioplasti dan stenting. Pembedahan pintasan jantung mungkin perlu dilakukan sekiranya bilangan dan tahap saluran koronari tersumbat terlalu serius. Selain itu, pesakit juga perlu meneruskan rawatan yang melibatkan penggunaan ubat bagi mengelakkan serangan jantung berulang.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan masalah reflux pula dapat ditentukan dengan ujian endoskopi (OGDS) bagi menentukan sama ada terdapat radang atau luka di saluran penghadaman esofagus, atau hiatal hernia yang menjadi punca masalah berkenaan.

“Ujian lain untuk masalah reflux adalah kajian pH saluran penghadaman esofagus selama 24 hingga 48 jam.

“Rawatan untuk masalah reflux pula lebih mudah dengan bertumpu kepada mengurangkan penghasilan asid perut,” jelas beliau.

Menurut Dr. Ahmad Shukri, penghasilan asid perut boleh dikawal menggunakan ubat tertentu yang perlu diambil secara berkala oleh pesakit.

Dr. Ahmad Shukri menasihatkan sesiapa yang menghadapi sakit dada untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian lanjut dan juga untuk dirujuk kepada doktor pakar perut, jantung atau paru-paru mengikut penyakit yang disyaki.

“Perlu diingat sakit dada itu bukan hanya petanda sakit jantung tetapi mungkin juga melibatkan masalah kesihatan lain yang perlu dikenalpasti dengan segera untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

“Jangan ambil mudah walaupun jika bukan disyaki serangan jantung dan dapatkan nasihat serta pandangan doktor anda dengan segera,” tegas beliau.

Sebarang pertanyaan mengenai sakit dada boleh diajukan kepada Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh melalui e-mel ashukris@yahoo.co.uk

Risiko dan pencegahan

Terdapat dua jenis faktor risiko serangan jantung iaitu faktor tidak boleh ubah dan boleh ubah. Faktor tidak boleh ubah termasuk umur lebih 40 tahun, jantina lelaki dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung pada usia muda. Faktor boleh ubah pula lebih melibatkan gaya hidup yang boleh dikawal seperti merokok, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, obesiti dan stres.

Serangan jantung juga boleh berlaku seawal usia 20-an akibat amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Bagi mereka yang aktif dalam sukan dan boleh berlari dalam jarak dua kilometer dengan mudah, rasa sakit dada berkemungkinan bukan akibat serangan jantung. Namun bagi mereka yang bermain sukan kurang tekanan seperti golf, sakit dada berkemungkinan menandakan serangan jantung terutamanya jika mereka kurang berjalan dan banyak menaiki kereta buggy sepanjang bermain golf. Senaman, diet rendah lemak dan tidak merokok menjadi antara kaedah utama yang dicadangkan untuk mengurangkan risiko dan mengelak mengalami serangan jantung.

Antara kumpulan yang berisiko menghidap reflux asid pula adalah perokok, berat badan berlebihan, mempunyai masalah hiatal hernia dan kuat minum kopi. Merokok dan tabiat sering minum kopi boleh melemahkan cerut atau spinkter esofagus dan akan memudahkan asid perut naik ke dalam saluran esofagus. Pesakit yang menghidap reflux perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan dalam hidangan kecil dengan kekerapan lebih tinggi, atau makan sedikit-sedikit, banyak kali setiap hari.

Punca-punca lain sakit dada

Aneurisme aorta yang bocor atau pecah

Masalah ini melibatkan salur darah yang membengkak dan lebih berbahaya daripada serangan jantung kerana boleh menyebabkan kematian mengejut pesakit. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan antara punca utamanya adalah tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit yang dijangkiti kuman siflis ketika masih muda juga menghadapi risiko aneurisme yang lebih tinggi selepas melewati umur 50 tahun.

* Pleuritis

Masalah ini melibatkan radang pada lapisan pleura iaitu membran yang melitupi paru-paru. Pesakit biasanya berasa sakit ketika menarik nafas akibat paru-paru yang mengembang menyentuh lapisan pleura. Pleuritis mungkin berlaku akibat jangkitan kuman dan cara rawatannya adalah dengan merawat jangkitan tersebut.

* Costochondritis (Sindrom Tietze)

Masalah ini melibatkan keradangan dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan costal pada tulang rusuk pesakit. Antara puncanya adalah trauma atau batuk yang berpanjangan. Kesakitan akibat masalah ini turut melibatkan tulang rusuk dan pesakit akan berasa lebih sakit jika kawasan terbabit ditekan. Rasa sakit pada dada akibat masalah ini juga berpanjangan dan boleh mencecah berhari-hari lamanya.

Selain tulang rusuk dan rawan costal, kesakitan pada otot dada juga diletakkan di bawah kumpulan ini. Antara punca kepada masalah ini adalah senaman keras atau terlalu berat yang mencederakan struktur tulang, otot atau rawan pada dada. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini menyangkakan mereka, mengalami serangan jantung tetapi costochondritis mudah dibezakan dengan sakit jantung atau reflux asid memandangkan kedua-dua keadaan berkenaan tidak menyebabkan kesakitan bertambah jika dada ditekan.

Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini dan akan pulih selepas satu masa tertentu, bergantung kepada punca masalah berkenaan.

* Tekanan pada saraf

Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia. Walaupun jarang berlaku, masalah ini mungkin dihadapi mereka yang mengalami kecederaan teruk pada leher.

Masalah ini boleh dikesan melalui imbasan Sinar-X atau imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) ke atas tulang belakang pesakit. Rawatan untuk masalah ini biasanya melibatkan ubat dan fisioterapi tetapi pembedahan mungkin diperlukan untuk pesakit dengan masalah yang lebih serius.

69 Respons bagi “Pelbagai punca sakit dada”

  1. khairul Berkata:

    saya baru2nie menghadapi serangan jantung setelah di maklumkan oleh doktoe hospital kerajaan.tandanya2 saya mengalami demam dan masalah gastrik.tapi yang peliknya saya merasa pedih pada dada kiri dan sakit lengan kiri(kebas)dan darah saya di periksa dan di maklum terdapat enzim dan kecederaan pada jantung.adakah penyakit ini boleh sembuh??minggu hadapan saya akan melalui ujian stress.

  2. khairul Berkata:

    can call me-016-3434819

  3. MOHD NAZRI BIN MUDA Berkata:

    Assalamualaikum w.b.t dr..baru2 ini saya mengalami sakit dada sebelah kiri..rasa mencucuk2..saya telah dapatkan rawatan di hospital kerajaan di mersing..ujian ECG dan ujian darah telah dilakukan..hasilnya dr menyatakan kadar degupan jantung normal dan ujian darah tidak menandakan ada sakit jantung..rumusan yg dibuat oleh dr selepas rawatan selama 3 hari 2 malam,mungkin otot2 saya koyak,alahan makan ataupun persekitaran yg berhabuk..sekarang rasa sakit di dada itu masih ada jika saya tidak memakan ubat penahan sakit..boleh dr jelaskan apa sebabnya..saya bimbang takot2 simtom2 itu mmg simton penyakit jantung…

  4. mfuza Berkata:

    Saya berumur 35 tahun. Dua bulan yang lepas saya telah mengalami sesak nafas dan pitam. Apabila dirujuk ke HKL, pihak hospital telah membuat ECG dan menambil darah keatas saya. Pemeriksaan didapati bahawa saya hanya sakit normal. Doctor telah memberi ubat Hydration Salt, Vitamin B complex dan Prochlorperazine Maleate 5mg/25mg. Selepas 3 hari saya sesak nafas kembali. Saya telah dirujuk kehospital Selayang. Doctor juga telah membuat pemeriksaan seperti pemeriksaaan diHKL. Hasilnya doctor menyatakan saya tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan kemungkinan stress. Doctor telah memberi ubat Vit C, Multi Vit, Vit B complex dan Prichkorperazine Maleate. Tetapi minggu lepas saya telah mengalami sakit dada di sebelah kanan, sakit kerongkong beberapa hari dan merasa lemah ketika perjalanan ke tempat kerja. Saya terus merujuk ke HKL sekali lagi. Semua pemeriksaan (ECG, Darah, Urine) adalah berkeadaan baik. Tetapi doctor menasihat datang semula pd 15hb Ogos untuk mengambil darah bagi ujian Tyroid. Doctor meyatakan kemungkinan berlaku perubahan hormon pada diri saya boleh menyebabkan sengal-sengal badan termasuk sakit dada. Doctor telah memberi ubat Propranolol HCL 40mg, Vit B Complex dan Mefenamic Acid serta ubat gastrik (bila perlu). tetapi saya masih bimbang dengan kesihatan saya. Didalam hati saya saya merasakan saya mempunyai penyakit jantung atau paru-paru. Dr. tolong jelaskan kepada saya.

  5. Hanisah Berkata:

    saya berumur 30 tahun. sejak setahun lalu saya mengalami sesak nafas yang kadang kadang hilang dan kadang kadang datang menyerang. saya juga telah berjumpa dengan doktor, dan beliau memberikan saya ubat asma. untuk makluman saya juga telah diserang resdung sejak 7 bulan yang lepas, yang mana tonsil saya telah membengkak. saya juga pernah diserang gastrik sejak 3 tahun lepas tetapi telah hilang sebaik sahaja memakan ubat yang diberikan oleh doktor. sekarang sesak nafas saya menyerang kembali, nafas saya selalu tersekat dibahagian kerongkong dan ulu hati serta perut berasa tidak selesa apa bila sesak nafas menyerang.
    saya memperolehi sesak nafas selepas menghidu asap rokok yang berterusan selama lebih 24 jam , semenjak itu, saya diserang selsema yang agak serius.
    tolonglah saya, adakah saya mengalami sakit paru paru atau jantung?

  6. Zaini Othman Berkata:

    asslamualaikum,saya berumur 40 tahun.Cerita saya begini…pada awal january 2008 ketika saya pulang dari kerja keadaan saya lesu dan letih dan pada masa yang ama saya mengalami sakit di bhg belikat saya,jadi saya minta isteri menyapu minyak angin pada bhg tersebut dan juga tulang belakang.Saya sendawa berterusan.setelah selesai saya bangun dari keadaan meniarap ,tiba2 saya terasa sakit di bhg dada(rasa terik) lantas saya merasa cemas akibat dari keaadan tersebut.Keadaan tersebut berterusan sehingga lbih kurang 2 jam..akibat rasa cemas saya terus pergi klinik untuk membuat periksaan.Hasil dari pemeriksaan ketika itu tekan darah saya 160/112.doktor menyuruh saya rehat dan bertenang dan selepas itu ujian dijalankan tekanan darah saya 150/90.Saya dikesan menghidap darah tinggi.Saya diberikan ubat utk darah tinggi dan juga gastrik(spt yg dimaklumkan oleh doktor).keadaan berkurangan selama seminggu tetapi setelah seminggu hujung kaki dan tangan saya mengalami keadaan sejuk terlampau walaupun dibawah cahaya matahari.

  7. Zaini Othman Berkata:

    Bahagian kiri dada saya merasa sakit mencucuk..terasa seperti di cengkam..rasa mencucuk kadang2 beralih kekanan…hilang dan datang.Sayay rujuk masalah saya ke IJN dengan membuat ujian darah,ujian stress dan juga ECG.
    Hasil dari itu keadaan paru2 saya normal,jantung juga normal cuma saya mengalami masalah berat badan,paras kolesterol tinggi(5.5) dan juga saya dinasihat kan agar berhenti merokok.
    Setelah 8 bulan …saya membuat ujian semula hasil nya tekanan darah saya diparas 120/70 hingga 130/80,berat badan turun 16kg dgn cara kawal permakanan dan juga senaman(4 bulan)paras gula normal(4.5-5.4).ujian untuk tyroid juga menunjukkan hasil yang normal.

  8. Zaini Othman Berkata:

    Pada waktu ini saya masih mengalami masalah sejuk terlampau kaki tangan ketika bangun pagi dan lebih2 lagi bila saya berada didalam bilik hawa dingin.Sakit di bahagian dada masih ada tetapi dalam kadar seminggu sekali dan hilang dalam tempoh bawah 30 minit dan ketika ia berlaku saya dalam keadaan normal(tiada FACES)
    Kemusykilan saya ialah adakah keadaan saya ini dikategorikan mengalami sakit jantung?

  9. Rina Berkata:

    Assalammualaikum….

    Saya berusia 31 tahun, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Sejak 6 tahun yang lalu saya selalu mengalami sesak nafas dan apabila dirujuk kepada doktor, kata mereka saya mengalami stress dan ubatnya adalah bernafas menggunakan plastik. (Maksudnya menyedut semula udara yang saya keluarkan di dalam plastik tersebut). Tetapi sejak 1 tahun yang lalu saya kerap mengalami sakit dada dibahagian tengah. kesakitan itu datang tidak menentu dan apabila berjumpa doktor, alasan yang sama juga diberikan. Apakah yang harus saya lakukan dan adakah ini diketegorikan dalam tanda2 sakit jantung?

  10. H.Pranginangin Berkata:

    dokter memutuskan bahwa saya mengidap jantung koroner, tindakanya harus di lakukan balonisasi atau bypass, pertanyaan saya adakah cara yang lain untuk pengobatanya …?

  11. ika Berkata:

    Assalamualaikum w.b.t dr..baru2 ini saya mengalami sakit dada kiri..rasa mencucuk2..saya telah dapatkan rawatan di hospital changkat melintang..ujian ECG dan ujian darah telah dilakukan..hasilnya dr menyatakan kadar degupan jantung normal dan ujian darah tidak menandakan ada sakit jantung..rumusan yg dibuat oleh dr selepas rawatan selama 3 hari 2 malam,mungkin otot2 saya koyak,alahan makan ataupun persekitaran yg berhabuk..sekarang rasa sakit di dada itu masih ada jika saya tidak memakan ubat penahan sakit..boleh dr jelaskan apa sebabnya..saya bimbang takot2 simtom2 itu mmg simton penyakit jantung…

  12. ika Berkata:

    betul ke bkn sakit jantung??? walaupun doktor ckp sy sihat tp setiap hari sy msh sakit dada lg… risau laa..

  13. sarah alias Berkata:

    assalamualaikum…

    Saya berumur 24 tahun, cerita saya begini. Ketika malam2 saya merasa sakit dada sehingga sukar untuk tidur. sakit seperti dada ditekan,sesak nafas, rasa mual dan batuk2. Yang peliknya sebelum ni saya x pernah berasa sakit sepeti ini, dan ini kali pertama. Dan saya x da masalah jantung sebelum ni dan xda keturunan yang menghidapi masalah jantung. Saya takut ni simptom2 sakit jantung. boleh x doktor bagi penjelasan pada saya secara detail.

  14. sarah alias Berkata:

    kadang2 jantung saya berdebar2, rasa sampai ke pagi. saya khuatir.

  15. kebayan Berkata:

    adik sarah .. mungkin adik ada asthma agaknya .. sebab dari simptom adik .. sama macam penghidap asthma .. dan penyakit asthma sering menyerang pada waktu malam kerana suhu sejuk ..

  16. shahirah binti shahabudin Berkata:

    3 bulan yang lepas saya kena buat medical check up,sbb nak masuk u. selepas selesai x-ray,doktor dapati jantung saya bengkak sebelah kiri. apakah puncanya. setahu saya saya suka tidur tindih di badan kiri. dan terasa pedih sesekali di jantung kiri saya. selepas itu saya terus putus hubungan hospital. saya x jalani rawatan. apakah ia akan merebak?

  17. Fairuz Berkata:

    saya mengalami sakit dada yang amat sgt..seolah2 ditindih atai ditekan dgn kuat..sakit bertambah apabila saya menrik nafas… merebak hingga ke leher… sebelum ni saya ke hospital untk memeriksa kesihatan jantung.ECG dibuat dan doktor mengesahkan tak ada apa2 sedangkan kadang2 saya sukar untuk bernafas dan sesak di dada..sakit dada yg saya alami ni pernah menyerang sebelum ini…kdg2 saya mengalami sesak nafas seolah2 saluran pernafasan sempit. doktor, beri pandagan pada saya…terima kasih

  18. boystar Berkata:

    seperti fairuz……..tetapi x pernah sebelum ini….dan dah di x ray sekali…tetapi doc mengesahkan x ada apa2……….

  19. kd Berkata:

    salam untuk semua.

    pada pandangan saya simptom2 spt yg dsebutkn oleh ika, sarah, fairuz, bodystar dan kengkawan yang lain adalah petanda sakit gerd, asid refluk atau dyspepsia.

    penyakit ini adalah serumpun dgan sakit gastrik. kebiasaannye semua ujian berkaitan jantung yg djalankn oleh doktor adalah normal dan doktor mengatakan kita sihat.. walhal kita sendiri merasakan badan kita tidak berapa sihat dan seperti ada sesuatu yg tidak kene pada perut, ulu hati, bahagian dada atau pernafasan. cuba dapatkn nasihat dr pakar gastroenterologist/perut.

    satu soalan.. perhatikn lidah anda.. adakah terdapat seperti selaput putihan pada lidah anda????????

  20. kebayan Berkata:

    kadang kadang apa yang kita alami ada kaitan dengan stress .. apabila emosi kita tenang .. segala sistem badan akan berfungsi dengan baik ..

  21. ek ele Berkata:

    betul kebayan….kengkadang check doktor sume ok aje…tapi check punya check…kesannya hantu jeruk…mana tak pedih ulu hati

  22. aris Berkata:

    A/kum sy dah dua tahun mengalami masalah sakit dada seperti mencucuk, rasa lemah badan, rasa berdedar2 aadang x bersemangat nak bekerja.
    dah banyak kali buat rawatan hasilnya masih sama….
    bagaimana rwatan yg sepatutnya Dr

  23. farah Berkata:

    saya mengalami sakit dada dibahagian kiri. bila penyakit tu menyerang saya tak boleh tarik nafas,saya akan bertambah sakit bila saya tari nafas…bila saya sapu minyak angin yg panas penyakit tu beransur pulih tapi sekejap je sbb dia akan kembali sakit. saya jugak alah pada cuaca sejuk.

  24. ana Berkata:

    assalamualaikum…dulu,dada saya selalu bdebar2..bl jumpa dr,katanya gastrik.dkt 1thn la juga.kdng2 ok,tp kdng2 tak.bln 12thn lepas saya rasa bdn semacam je.tiba2 saya tsedar dr tidur dgn perasaan yg pelik.nak muntah,buang air besar..dada bdebar kuat..slps kejadian tu bdn mcm letih je..saya jumpa pakar,bl buat ecg kurang ok.tp bila scan x nmpk apa2.saya tpaksa buat angiogram,tp keputusan ok.x de saluran sumbat..buat echo pun ok..skrg saya mkn ubat kolestrol/cair darah.tp dada saya ni still rasa semacam je…apakah masalah saya sbnrnya..skrg nie bl tsedar tengah mlm,saya susah nak lelap semula,dan mimpi yg buruk2 je….

    • bkn_dr Berkata:

      Ana, try berubat secara tradisional atau spiritual. kadang2 ada juga penyakit di bahagian abdomen ni yang bukan ‘fizikal’ semata-mata, berkemungkinan ada kaitan dengan ‘gangguan’ yang mistik atau halus. Wallahua’lam

  25. emA Berkata:

    salam dr nk tanya.. saya sakit dada di kiri sekitar jam 10-11am setiap hari…rasanya spt mencucuk2 apbla tarik..ttp slps bbrapa minit ok…tp saya menjadi berhati2 menarik nafas sbb kalau tarik terlalu kuat sakit…apekah masalah ini? boleh menjadi serius kah? terima kasih~ -ema-

  26. kd Berkata:

    salam..
    cemane saya bleh berhubung ngan saudari ika. maybe org sekampung lebih memahami masalah kita.

    tq.

  27. emA Berkata:

    salam ana…masalah ana tu rasanya kena jumpa perawaat Islam kot..sebab tu masalah lain dah tu…insyaALLAH diberikan kesembuhan oleh ALLAH..berusahalah yer…

  28. ida Berkata:

    salam,

    saya mempunyai masalah yang hampir sama dengan puan hanisah. Puncanya adalah batuk yang berpanjangan lebih 2 bulan. Setelah itu, sakit di dada di bahagian tengah dada menyerang terasa seperti ditekan. Kesukaran bernafas dan tidak selesa di kerongkong. Belakang sebelah kanan turut merasa sakit.Kadang – kadang terasa kembung perut dan sakit serta pedih di ulu hati. Walaupun kini batuk agak berkurangan kecuali pagi, saluran pernafasan saya masih tidak begitu selesa. Seolah – olah kerongkong saya sempit. Saya telah pergi berjumpa banyak doktor di HKL, Ampang Puteri dan juga Pertama Specialist, namun jawapan yang diberikan hampir sama iaitu kemungkinan saya asthma, brongkitis. Sedangkan sehingga ini, saya masih merasa sukar untuk bernafas dan sering letih. Apakah masalah saya sebenarnya. Adakah ini tanda – tanda sakit jantung atau ianya berkaitan dengan paru – paru? Untuk makluman, keluarga saya tidak ada yang mengidap ashtma. Adalah sesiapa yang boleh membantu saya?

  29. nor'ain Berkata:

    saya sering mengalami masalah sakit dada… umur saya pada ketika ini baru berumur 20 tahun..apabila saya mengangkat barang yang berat-berat dan bersukan saya akan sakit dada.. saya berkerja di tempat yang berhawa dingin ini menambahkan lagi kesakitan di dada saya..apakah ini tanda-tanda sakit jantung ataw sebaliknya?

  30. kd Berkata:

    salam semua..

    kpd ida.. adakah anda mempunyai simptom2 gastrik, refluk.. atau perut selalu berangin?

  31. shamni Berkata:

    salam doktor kd…bleh bagi email add?…

  32. kd Berkata:

    to shamni.. xbleh

    • mira Berkata:

      assalamualaikum,saya nk bertanya,saya ad masalah,rasa sakit disebalah dada kiri,mcm senak,bila saya rasa di antara dada kiri dan kanan,disebelah dada kiri terasa seperti ad bonjolan mcm bonjolan bengkak..kdg2 rasa senak tiba2 dtg,lenguh di bahagian bdn blakang belah kiri..saya risau sangat..so, skunk ni saya nk tanya pendapat dr kd…tq,

  33. shamni Berkata:

    kedekutnyer doktor kd nih..

  34. shamni Berkata:

    simptom gerd dan gastrik banyak persamaanya..tetapi punca dan fisiologinya berbeza…

    kekadang banyak faktor dan penyebab..
    kekadang tak semistinya berpunca drpd gangguan dlm perut gak
    …..tetapi berkemungkinan juga dipengaruhi oleh gangguan organ lain…cam sistem hati kita…pundi hempedu..pankreas..saluran cerna…atau organ yg berjiran ngn sistem perut..n bla..bla..
    kekadang serangan gerd yg serang kat dada selalu disalah anggap sakit jantung…
    ape ape pun..selalu ler kita pi check kat doktor tahap kesihatan kita..tak kira waktu kita sihat or sebaliknyer…”hargai kesihatan”…

  35. Razidi Osman Berkata:

    Saya pun mengidap sakit jantung dah hampir 4tahun tapi sekarang dah sembuh berubat secara tradisonal atau orang kata cara kampong kalau ikut doktor nak oprate cosnya 27,000 tapi cara ni 1,000 pun tak sampai sekarang bolih makan semua dahulu kena pantang silap makan sakit kalau ingin mencoba call saya kat no 019 4646957

  36. Razidi Osman Berkata:

    Sekarang dunia tanpa batasan obat secara tradisonal orang dah lupa tapi kalau setakat obat doktor hanya bolih mencegah atau tahan sakit sahaja tapi kalau obat secara tradisonal dan memohon serta berdoa kepada maha kuasa mungkin akan diberinya

  37. ana Berkata:

    salam razidi.. menarik gak kaedah sedara.. sedara kt mana nih?

  38. junied Berkata:

    …berusaha saja…boleh guna air yasin malam jumaat
    guna minum dan makan ubat..

  39. junied Berkata:

    asalamualaikum kawan2..
    …sekiranya anda sakit dalam dada tak kira kerana sakit jantung,barah,luka atau lebih2 lagi yang doktor tak dapat sahkan punca dan sakitnya…
    …dan ada antara gejala2 sampingan seperti di bawah ini…iaitu
    1.ada gejala tekanan perasaan seperti benci,takut,sedih,rindu ,bingung atau gembira tanpa sebab.
    2.kadang2 jantung terasa berdebar2 tanpa sebab(seperti bukan kerana penat atau takut).
    3.tempat sakit terasa berpindah2 tempat.
    4.kadang2 terasa ada benda tajam menyucuk.
    5.tempat sakit kadang2 terasa panas.
    6.ada benda bergerak dalam dada seperti cacing2,semut2,angin2 atau ada tempat tertentu yang terasa bergegar.
    7.susah mengawal rasa marah atau kadang2 rasa marah tanpa sebab.
    8.kadang2 tapak tangan sentiasa terasa panas,lebih panas dari badan…
    …maka saya harap anda tak mengabaikan rawatan sakit dari sebab gangguan jin.
    …sakit ini mungkin semata2 gangguan…
    …atau ada sakit biasa tapi di ambil kesempatan oleh bangsa jin…kadang2 di tambah2kanya…
    dan kadang2 ada penyakit biasa tapi jin sembunyikan agar seseorang itu tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dari hospital…Walloohu A,lam.

  40. shamni Berkata:

    salam semua
    hai junied

    ….saya terpaku dengan ayat awak……

    (..kadang2 ada penyakit biasa tapi jin sembunyikan agar seseorang itu tidak mendapat rawatan dari hospital…)

    …nak percaya atau tidak…hanya orang yang mengalami gangguan ni sahaja yang merasa…

    …doktor pun tak tahu nak bagitau apa penyakit…semua result diognosis normal…ada juga kes,doktor suh famili pesakit tu ikhtiar cara rawatan traditional..

    mana junied tahu akan gejala-gejala sampingan tu?..adakah junied ponah alami keadaan sedemikian?.Kekadang pengalaman seseorang itu terluah dengan apa yang dirinya rasa dan hadapi…

    berdoa dan berusaha moga ada jalan selesai semuanya kan?!..amin…

  41. junied Berkata:

    …salam semua…
    …terima kasih Shamni…Insya Allah..
    …dan saya nak tambah lagi…iaitu kadang2 rasa sesak nafas (tiada kahak) kerana rasa berat dada (atau seperti di himpit sesuatu benda berat).namun elok di faham ya…kalau anda ada antara gejala2 di atas,tak semestinya anda sakit dada,tapi sebaliknya kalau anda sakit dada dan ada antara gejala2 tersebut maka pertimbangkan juga rawatan sakit kerana gangguan jin.ini sangat penting untuk mengelakkan ujian2 hospital yang tidak perlu sedangkan pada hakikatnya sakit dada anda itu terbiar begitu saja (kerana tak sesuai dengan rawatannya).namun begitu,jangan pula tinggalkan rawatan hospital begitu saja tanpa di rujuk,terutama kalau baru minta rawatan kerana mungkin rawatan hospital lebih sesuai untuk anda.
    …semua ni dari pengalaman saya sendiri di samping bertukar2 pengalaman dengan kawan2.
    …dulu saya pernah sakit jantung (masa tu yang saya fikirkan mungkin ada pembuluh darah dalam jantung yang sempit).kadang2 datang dan akan mengambil masa 5 ke 10 minit ia akan hilang begitu saja.tapi hampir setiap hari sakit itu datang hinggalah saya mengamal kan membaca Ayat Manzil (Ayat 33). selama sebulan badan terasa panas membahang setiap malam. bila ’sakit panas’ itu hilang hinggalah bertahun2 ke hari ini,sakit jantung itu tak pernah terasa lagi.
    …adapun jin menyembunyikan penyakit itu berlaku kepada seorang perempuan (non muslim) berumur 18 tahun.bila sakitnya datang,perutnya mengembung seperti ada bola di dalam kemudian pengsan,tapi hospital mengesah kan ia normal (sihat).bila minum air yang di doakan Ayat Qur’an,akhirnya ‘bola’ itu terasa pecah dan berlubang2.dalam beberapa minggu ‘bola’ itu hancur sepenuhnya.dan hospital mengesan barah dalam perutnya membolehkan ia di rawat(dibedah).perkara sebegini tidak akan hanya boleh berlaku di bahagian perut sahaja.kerana itu anda perlu bersedia untuk rawatan lain terutamanya kalau hospital sentiasa tidak dapat mengesan, atau ‘ragu2′ dengan penyakit anda.

  42. mel Berkata:

    Askm…
    Dr. saya berusia 29 thn.mempunyai 2 org anak. sejak jun 08 saya mula merasa sesak nafas.tp tak sakit dada sama sekali.cuma sempit sangat untuk bernafas.saya kerap menarik narik nafas yg pendek ni untuk dapat bernafas dengan lega.dalam 5 or 6 kali tarik kadang baru dapat tarik sampai ujung dan lega.sehingga kini keadaan itu tetap sama. tahun lepas saja telah 5 kali ke klinik dan ada juga buat xray. dan sekali ke hospital subang. setelah di rawat sekejap,mereka kata saya mempunyai stress.dan stress adalah musuh utama abab ini(yg dikatakan dokter tersebut).
    doktor..jika punca stress,..saya telah cuba bertenang walau hakikatnyer tk mempunyai masalah sangat…tp keadaan itu tetap berlaku..
    macam mana saya nak mengatakan diri sihat sedangkan saya tidak dapat bernafas dengan sempurna seperti hari2 sebelumnya..

    apakah yg harus saya lakukan dokter…
    anak2 saya masih kecil dan kalo bole saya nak rawat awal dari dah terlambat…

    ..ibu penyayang.
    salam..

    • naz7dust Berkata:

      salam pn.mel saya juga mempunyai masaalah yg sama dgn pn.mel soalan saya sudah kah pn.mel bertemu dgn penyelesaiannya harap boleh berkongsi dgn saya. terima kasih.

  43. shamni Berkata:

    salam semua
    to junied..
    yaps junied..!!!!
    percaya atau tidak terpulanglah pada mereka yang memahami dan pernah mengalami keadaan sedemikian kan?!…

    kak mel ibu yang penyanyang…
    kalau akak terbaca kiriman komen dari shamni nih..
    cuba akak terjah masuk blog intim ni gak..taip title “pedih ulu hati”..blog tu banyak info yang berguna…
    ape ape pun sebagai wanita..kita pun turut terasa terbeban dengan kepelbagaian tekanan kak..cuba akak bersikap terbuka untuk berterus terang dan berkongsi masalah setiap kali berhadapn dengan situasi sebegini..

    dr kd…dr kd…oooooo dr kd…ke mana hang lama tak kirim komen..

    wassalam

  44. pak aji penang Berkata:

    Buat ana dan mel saya tinggal di Pulau Pinang dan bertugas di Sg.Petani.Minggu lepas saya ada mengantar obat buat saorang hamba allah yang mengidap sakit jantung di Kuala Lumpur sakiranya anda berdua ingin tahu apakah obat tersebut dapat mengobatinya nya sila hubungi Puan Rozilah di no taliponnya 0163303066 kerena saya menolong dan hanya allah yang menentukannya.

  45. jet Berkata:

    tuan nak tanya dalam tiga minggu ni saya rasa dada sbelah kiri macam pedih seperti menyucuk(dkt diafram sblah kiri), tapi setiap minggu saya buat senaman dgn berjogging dan berjalan dlm 1.5km tetapi tak rasa teruk sgt dan ok ja bernafas,cuma masih rasa pedih kat sebelah kiri dada dkt diafram kiri,apakah punca dan ujian yang akan dijalankan untuk mengetahui sakit dan bahagian ini dan apakah ubatnya…minta tolong tuan jelaskan sikit utk kita kongsi bersama…

  46. pak aji penang Berkata:

    Asalamualikum jet,
    penyakit tu hanya angin medu kalau mengikut loghat orang utara. angin dan darah jalan tak sama kena tunning macam kereta jugak maknanya kalau manusia kena cari orang mengurutlah.

  47. junied Berkata:

    …salam semua…
    kalau ada yang nak uji cara mudah samada apa juga penyakit yang anda hidapi samada penyakit biasa semata2 atau ada penglibatan gangguan, caranya…
    …ada tiga jenis makanan yang akan menguatkan jin dalam badan (ertinya sakit atau masalah kesihatan akan rasa bertambah jika memakannya)…
    1.daging binatang 4 kaki
    2.telur ayam
    3.buah pisang (menurut ust k pisang emas, tapi seorang kawan yang mengidap sakit dada yang hospital sahkan sihat beritahu sakit dadanya datang atau bertambah asal saja makan buah pisang).
    …bukan bererti anda tak boleh makan langsung…tapi bila makan dan rasa masalah bertambah berat…ertinya anda kena berpantang sementara…dan jika pada satu masa lain anda tak rasa (sakit atau masalah bertambah)…maka anda bolehlah makan seperti biasa.
    …ini kerana gangguan ini ada dua jenis masa iaitu berterusan atau ‘bermusim’…jadi bila masa boleh makan… atau bila masa perlu berpantang,terpulang pada rasa dan penilaian anda sendiri…

  48. pak aji penang Berkata:

    Salam buat junied,
    kita berserah kepada yang maha kuasa kerana jin terbagi pada dua ia itu jin islam dan kafir maka usah lah kita risau sangat tentang penyakit yang kita hadapi banyak berzikir dan selawat baru kita tahu apa punyanya.

  49. junied Berkata:

    …walaikumsalam…
    …terimaksih Pak Aji…

  50. pak aji penang Berkata:

    asalam buat semua,
    Zaman sekarang zaman fast food dan jungkies mana kita semua tak dapat penyakit. Dizaman waktu saya sekolah dulu semua masakan dimasak pakai kayu api tapi sekarang semua main pakai gas dan karan.Sampai sekarang kalau saya balik kampong dirumah pusaka tinggalan orang tua saya masih guna dapur kayu.Bila nak masak mula cari ranting kayu atau batang getah yang jatuh untuk dibuat kayu api.Saya ingin tahu ada sesiapa yang pernah makan jantung pisang hutan dan beri tahu apa rasanya.Anak anak sekarang mana tahu mandi sungai panjat pokok dan lain lain.Budak budak sekarang hanya pandai surface internet dan main game dilaptop atau handphone. Cuba musim cuti sekolah bawa anak anak anda ke kawasan pendalaman untuk melihat bagimana kehidupan orang kampong baru mereka tahu akan keseusahan orang kampong dihulu sana.

    • kebayan Berkata:

      ya lah pak aji .. yang dirisaukan terutama yang tinggal dibandar bandar .. anak saya tak pernah tengok ayam hidup .. dia tahu ayam yang dah dimasak saja hehe ..

  51. paklebai Berkata:

    .. tapi yg paling merisaukn bukan anak2 je.. yg bapak2 kt bandar ni pun sama.. cakap pasal ayam kepala terus ingat ayam2 yg kt coket tuh… sesungguhnya zaman sangat banyak berubah dan mengheret kita bersama2 melayari arus perubahan tersebut………..

  52. shamni Berkata:

    ..jantung pisang…ambik kat pokok..kupas kulit..basuh ia bersih2…rebus….makan buat ulam cicah ngn sambal…rasenyer payau2,lemak berkrim n yummi..nak makan buah..panjat jer pokok rambutan..pokok jambu..pokok mangga..bila panas bdan..pi jer terjun air bukit ke..sungai ke…ala moden..ala traditional…semua kene serba sikit tahu..
    betul cakap wak aji tuh..zaman la ni..semua segera..nak ape..cari je kat kodai..siap packing lagi..

  53. pak aji penang Berkata:

    Salam kepada semua,
    saya masih terkenang pada zaman kanak kanak saya yang dikelilingi dengan pokok pokok buah buahan saperti buah tampoi ,buah pulasam, buah jentik jentik,buah rambai dan daun ulam saperti pucuk beka,pucuk setang pucuk putat,pucuk bebuas, pucuk beluntas dan lain lain lagi tetapi sekarang hanya terdapat pucuk ubi kalau dibandar lainlah macam orang desa semua masih ada tapi ramai yang tidak mengenalinya.Dizaman saya dahulu semua benda ini didepan umah tapi sekarang hanya tinggal nama saja bagi anak anak gen x mungkin tidak akan dapat melihat benda benda ini lagi.

  54. pak aji penang Berkata:

    Saya razidi Osman yang dipanggil oleh rakan rakan pak aji penang adalah orang yang sama.Gelaran pak aji sebab dah sampai ketempat seluruh umat islam datang menyahut seruannya pada tahun lepas.

  55. zee Berkata:

    salam,
    ada tak ayat2 Al-Quran yg boleh d amalkan untuk melawan penyakit2 aneh (sakit d bahagian dada berpanjangan) walaupun sudah membuat pemeriksaan d hospital tetapi normal..

  56. zee Berkata:

    apa komen anda tentang amalan pemakanan bagi penyakit tersebut:

    -Habatussauda (jintan hitam)
    -madu lebah

  57. junied Berkata:

    salam Zee…
    dan salam semua.
    …setakat pengalaman saya,kalau kita tak ambil ijazah
    amalan di mana2 (zikir dan ayat Quran…atau Tenaga Dalam -yang halal)…maka antara sebaik2 amalan adalah Ayat Manzil atau juga dikenal sebagai Ayat 33.
    …ia di baca sekurang2nya sekali sehari…atau lebih baik pagi petang dalam keadaan berwuduk dan duduk mengadap Qiblat…
    …sambil tu utk sementara pantang makan dengan pisang,
    telur ayam dan daging binatang 4 kaki…
    …jika ada sebarang tindak balas bila mengamalkan ayat ini,tidak kira seperti perkara biasa atau ganjil yang kita rasa …menunjukkan ada gangguan…
    …atau tiba2 rasa bertambah sakit…menunjukkkan amalan ini sesuai dan ia biasanya untuk sementara
    saja…dan sangat baik diteruskan…
    …juga siapa2 nak amal,letakkan air sebotol didepan
    utk guna minum juga disapu pada muka dan dada…
    …bagi siapa yang kurang lancar baca Quran…
    cuba gunakan Air Yasin malam jumaat..atau minta buat
    kan air Yasin dengan siapa2 yang di rasa sesuai…
    …caranya pegang gelas yang berisi air Yasin,
    baca Bismillah…1x,salawat 3x dan shahadat 1x…
    (atau lebih baik Istighfar 3x,Bismillah 3x…
    salawat 3x…shahadat 3x…)…dan
    niat dalam hati atau cara berbisik…Ya Allah, jadikan air ini penawar kepada sakit dadaku (atau
    lain2),juga penawar segala bisa dan gangguan dalam tubuhku…minum 3 teguk,tinggalkan sedikit , sapu pada muka dan bhg. dada yang sakit…jadikan ini amalan biasa…setiap pagi dan petang..
    …mudah2an ada manafaatnya….
    …atau yang lebih khusus kalau boleh…guna air yang di bacakan Ayat Manzil…
    …tentang Habatussaudah ia ada di sebut dalam Hadis
    juga madu antara amalan perubatan terbaik…dan kalau nak tambah khasiatnya lagi boleh di bacakan Ayat Manzil…Wallohu a’lam…

  58. fapereira Berkata:

    Terima kasih banyak dari saya, yaitu fapereira email nanda5061@yahoo.com from Timor Leste. aku mau tanya pada dokter mengenai sakit di tengah dada, tapi aku tidak minum kopi, rokok, tapi kalau sudah sakit rasanya ada ditengah dada luka ditekanpun sakit minta ampun, tapi kalau di pijat minyak telong, sakit nya hilang, maka itu tolong jelaskan.sekali lagi terima kasih banyak, dari fapereira Dili Timor Leste.

  59. junied Berkata:

    …Salam semua…
    ada satu petua…tujuan utamanya adalah untuk ujian samada dalam badan kita ada gangguan makhluk halus…
    1.tadah dua tangan seperti berdoa…
    2.dekatkan ke hujung bibir…
    3.baca BISMILLAA HIRROHMAA NIRROHIIM 7x.(seolah-olah Ayat tadi kita sambut ditapak tangan).
    4.sedut dengan hujung bibir- dengan tarikan nafas panjang kedalam perut…atau kalau ada tempat sakit,masa menyedut tadi…tumpukan perhatian pada tempat sakit…(masa menyedut…tutup mata dan rasakan perjalanan nafas sampai ke perut…atau ke tempat yang sakit …doa dengan keberkatannya minta Tuhan sembuhkan)…
    …dan petunjuknya… jika ada sebarang tindakbalas yang kita rasa samada rasa panas badan (atau tindakbalas lain)…atau panas tempat sakit atau tiba2 sakit berdenyut2…menunjukkan ada gangguan…
    …kalau tak rasa apa2 ulang 2x (jadi semua 3x)…kalau tak rasa sebarang tindakbalas…tandanya tak ada gangguan atau sakit biasa saja..
    …Insya Allah kalau gangguan masih ringan…kadang2 kaedah ini cukup untuk mengusir keluar makhlus halus dari tubuh kita…kehadirannya yang paling ketara bila kita rasa semut2 merayap atau ada benda bergegar terutama pada… atau sekitar tempat yang sakit (tak kira sakit apa)…kalau boleh …ulang sampai terasa benda itu keluar atau hilang…
    …kalau sakit bertambah kuat…menunjukkan ada kesan dan kemungkinan besar sesuai…dan teruskan bila2 masa dalam sehari dan kesehari… kerana sakit itu adalah untuk sementara saja…
    …petua ini boleh di buat oleh siapa saja…orang dewasa…remaja…kanak2…termasuk kaum wanita yang sedang cuti…dengan niatkan sebagai doa…
    …kalau ada tindakbalas tapi anda rasa perlu rawatan lanjut…
    kerana mungkin penyakit yang anda tanggung agak berat…maka di samping rawatan hospital saya syorkan berubat secara doa atau ayat Quran dari ustaz2…atau yang paling penting jangan perawat yang guna jin…kerana biasanya akan menambah masalah atau sakit itu sendiri….wallohu a’lam.

  60. rozi Berkata:

    askum doktor, saya berumur 28 tahun dada berasa tersumbat, kebas dan lenguh tangan kiri dan belakang.Rasa tekak panas.bila picit dada bersendawa dengan rasa masam. ini terjadi apabila makan benda yang pedas dan masam.ia berlarutan dalam lama.minta pandangan simtop apa. makasih

  61. ali Berkata:

    slm.. kate org kalaugangguan jin ni slalu sakitnye berlaku waktu senja kalu xsilap.. pada pndangan en junied n semua la ye, kalu yang sakit nyer xkira waktu ni leh jadi kene gangguan gak ke ea?

  62. kamil Berkata:

    assalamualaikum doktor…saya juga ada sakit seperti dada terasa dipijak pijak bagai setapak kaki gajah diletak di dada kiri(kanan tak rasa lak kaki gajah)dan kadang kala disertakan dengan jantung berdegup kencang mcm tgk wayang seram kemudian terus gelap mata.

    umur saya hampir² menjangkau ke 27 hujung tahun ni.doktor pernah chek dan dier bagi saya serbuk hydrate salt,paracetamol dan vitamin B…apedaa

    apakah gejala yang saya hadapi ini doktor?kata beliau tekanan darah saya tinggi dalam 160/?? mcm tueh lah.

    ada tak rawatan ubat susulan untuk elak kejadian gelap mata berlaku?bahaya gak kalau tengah pandu atau tunggang moto tetiba jatuh atas jalan.kalau ada pemandu yang perasan takpe gak dier boleh elak.kena kalau yang dok tengak main hanpon atau dok bersiol masa pandu tueh tak ke naya saya pergi ke alam lain nanti?

  63. haizal Berkata:

    Dr. Saya berumur 45 tahun seorg yang aktif berjoging(3-4 kali seminggu).saya juga suka makan makanan yang bergoreng dan perokok bukan tegar(1-2 batang sehari).kadang kala saya sering sakit di hulu hati terutama kiranya jadual makan saya tidak teratur (saya seorang yang cuai dari segi jadual pemakanan) dan kekadang juga saya mengalami seperti susah bernafas. Adakah itu salah satu sintom sakit jantung. Terima Kasih Dr.

  64. shamni Berkata:

    jom cari penawar

    rahsia herba khazanah alam

    http://www.bio-asli.com/?id=anni

Tinggalkan jawapan