Petua Jaga Badan

DALAM masyarakat Melayu memang kaya dengan kaedah untuk merawat penyakit menggunakan akar kayu, herba dan tumbuh-tumbuhan.

Selain menjimatkan wang dan boleh dilakukan sendiri, kaedah perubatan atau petua tradisional itu lebih mujarab kerana ia tidak menggunakan bahan terlarang atau dadah.

Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan:

- JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut.

Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam.

- PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput :censored: yang berdaun lembut dan berwarna hijau.

Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.

- UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum.

- HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering.

Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.

7 Responses to Petua Jaga Badan

  1. Rizwan berkata:

    Mak aii..!! Banyak benda aku tak tau.. Thanks for the tip.. Aku tak pulak tau rupe daun senduduk tu.. Muka aku banyak jerawat..Boleh try gak..Thanks again..

  2. erin berkata:

    tambah lagi petua yang lain ada banayk la tau.any way thank tip yang ada tu.

  3. anakkawi berkata:

    daun siput?
    hrm..

  4. nuriman berkata:

    alahai daun senduduk kat rumah i2 hari byk tp hbis di tebang..xtau pulak boleh buat ubat jerawat……..

  5. fashionablewife berkata:

    mana nak rupa daun siput? haku ni resdung tak hingat

  6. amoi berkata:

    daun sirih juga baik utk kesihatan dalaman wanita. selamat mencuba

  7. mama cyg berkata:

    halia,emm ok la tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: