Kaedah ‘kasi’ kurangkan masalah buang kucing

BEBERAPA kali saya diganggu ketika sedang makan di restoran dan gerai di Alor Star.Gangguan itu datang daripada kucing-kucing yang berkeliaran di premis tersebut. Bukan saja saya malah ramai pelanggan membiarkan haiwan itu mundar-mandir di tempat-tempat makan kerana kasihan dengan makhluk buangan itu.

Bagaimanapun rasa tidak senang bertambah apabila pergi ke pasar besar Alor Star di Jalan Lencong Barat. Bilangan kucing yang dibuang oleh manusia di situ adalah terlalu banyak.

Di dalam dan di luar pasar puluhan kucing mengiau kuat seolah-olah minta diselamatkan.

Sekalipun mereka diberi makan oleh tuan punya gerai ikan,tetapi kucing-kucing itu kelihatan tidak sihat. Kebanyakan haiwan itu kelihatan sakit, murung dan kurus kerana pelbagai masalah kesihatan.

Kebetulan ketika sedang memerhatikan haiwan itu, seorang pemuda tiba-tiba muncul dengan motosikal membawa tiga ekor lagi anak kucing dan mengeluarkannya daripada kotak.

Saya menghampirinya dan bertanya kenapa membuang anak kucing itu. Katanya, kucing di rumahnya sudah banyak kerana setiap kali ibu kucing melahir dua hingga empat ekor anak, jumlahnya akan bertambah.

Kini jumlah kucing di rumahnya sudah bertambah hampir 11 ekor. Oleh itu setiap kali kelahiran baru, dia terpaksa membuang anak-anak kucing itu.

Dia memilih kawasan pasar kerana percaya kucing buangannya tidak akan mati di situ kerana ada makanan. Rasa-rasanya kalau tiada tindakan diambil untuk mengatasi hal ini, masalah membuang kucing di merata tempat terutama di tempat-tempat makan akan berterusan dan sekiranya berlaku penyakit kucing seperti selesema kucing,maka nyawa manusia akan terancam.

Dalam hal ini saya mengesyorkan kepada Jabatan Haiwan Negeri Kedah supaya mengadakan khidmat kasi kucing jantan dan pemandulan kucing betina. Setakat ini tidak ada khidmat memandul kucing betina di jabatan itu. Inilah punca begitu banyak anak kucing yang dibuang di merata tempat.

Di samping itu kerajaan negeri melalui Jabatan Haiwan harus mengeluarkan maklumat cara-cara memelihara kucing yang baik, memandangkan ramai di kalangan keluarga Melayu yang ada kucing tidak tahu menjaga binatang kesayangan masing-masing.

Kita tidak mahu binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. disalah asuh hingga menjadi parasit kepada orang ramai. Tentunya langkah pertama ialah mewujudkan khidmat kasi dan pemandulan kucing yang semestinya dilakukan segera oleh Jabatan Haiwan negeri.

Perlu disebut bahawa negara-negara seperti Korea Selatan dan Belanda memberi khidmat percuma memandulkan dan mengkasi kucing.

Itu sebabnya kucing di negara tersebut tidak mendatangkan masalah seperti di negara kita yang menyaksikan haiwan itu bersepah-sepah di sana sini.

- PENCINTA KUCING, Alor Star, Kedah.

Dari Forum Utusan Malaysia

4 Responses to Kaedah ‘kasi’ kurangkan masalah buang kucing

  1. mayang berkata:

    tak berdosa ke memandulkan kucing tu..? tak sampai hati rasanya sebab dia pun ada naluri sendiri juga..

  2. M.Faizal berkata:

    Assalmualaikum.Rasanya demi kemaslahatan dibenarkan tetapi dibuat dengan cara lain-kerana mengkasi boleh mengakibatkan haiwan hilang naluri mereka..Sebaik-baik cara adalah yang tidak mengggangu proses mengawan mereka..

  3. muhammad hanif berkata:

    adakah hukum membuang kucing haram???

  4. amir berkata:

    ya haram membuang kucing. tak perlu tanya soalan begini. manusia yang sanggup buang anak sendiri saja sanggup buat begitu.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: