Perkahwinan paksa tidak sah

SOALAN:
SEPUPU saya dipaksa kahwin oleh bapanya dengan orang yang tidak dia kenali. Sepupu saya berkeras tidak mahu mengahwini lelaki pilihan bapanya itu sebab dia mempunyai pilihan hatinya sendiri. Bolehkah dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya? Sekiranya dia akur dengan kehendak bapanya, adakah perkahwinan itu sah kerana dilangsungkan tanpa kerelaan hatinya?

- MOHD KHAIRUL NA’IM,Muar, Johor.

JAWAPAN:

Perkahwinan merupakan ikatan antara dua insan yang saling bersetuju untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Persetujuan ini amat penting bagi memastikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan berdasarkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati.

Oleh itu, baik menurut ajaran Islam mahupun undang-undang syariah di Malaysia menetapkan bahawa kedua-dua pasangan yang ingin berkahwin agar setuju dan rela akan perkahwinan itu.

Memandangkan saudara tidak menyatakan di mana sepupu saudara tinggal, jadi kami akan menganggap bahawa dia juga tinggal di Johor seperti saudara. Oleh yang demikian, undang-undang yang terpakai kepadanya adalah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Seksyen 13 enakmen yang disebut di atas ada menyebut bahawa, sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah enakmen berkenaan melainkan kedua-dua belah pihak lelaki dan pihak perempuan bagi perkahwinan tersebut bersetuju dan rela hati untuk berkahwin.

Berdasarkan Seksyen 13 ini, perkahwinan sepupu saudara, sekiranya dilangsungkan, tidak akan diperakui dan tidak boleh didaftarkan. Perkahwinan itu akan menjadi tidak sah kerana dijalankan tanpa kerelaan pihak perempuan.

Kepentingan persetujuan pihak perempuan dalam melangsungkan sesuatu perkahwinan bukan terdapat di bawah undang-undang syariah Islam semata-mata, malah terdapat juga hadis yang menyebut bahawa pihak perempuan perlu bersetuju untuk diijabkabulkan dengan seseorang lelaki sebelum perkahwinan itu dianggap sah.

Di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan dua hadis mengenai perkara ini, bahawa wali tidak boleh mengahwinkan seorang anak dara atau wanita yang pernah berkahwin tanpa persetujuannya.

Terdapat juga hadis dalam Sunan Nasai Juzuk II bahawa Rasulullah s.a.w. telah menawarkan untuk membatalkan perkahwinan seorang gadis yang telah dikahwinkan oleh bapanya tanpa persetujuannya. Hadis tersebut berbunyi seperti berikut:

Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai Rasulullah! Saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka (dalam hal ini).

Melihat kepada hadis-hadis ini, dapatlah disimpulkan bahawa sepupu saudara tidak boleh dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya sekiranya dia tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Kami di Sisters In Islam menasihatkan agar sepupu saudara berbincang secara baik dengan bapanya tentang hal ini. Ajaklah juga teman lelakinya serta mana-mana ahli keluarga terdekat untuk menyertai perbincangan ini. Moga-moga bapa kepada sepupu saudara menyedari bahawa perkahwinan yang dibuat atas dasar paksaan bukan sekadar melanggar undang-undang, malah bertentangan dengan tuntutan agama.

- Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada

Sisters In Islam di alamat No 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel:telenisa@sistersinislam.org.my

8 Responses to Perkahwinan paksa tidak sah

  1. udezz berkata:

    assalamualaikum..
    saya berumur 23 tahun
    dan sering menjadi mangsa tekanan perasaan dengan kawin paksa..

  2. siti berkata:

    sabar ya..perempuan memang mempunyai hak ke atas diri sendiri. Kawin paksa memang x dibenarkan dalam islam.Perthankan diri sendiri ye..Berjuang untuk diri sendiri.

  3. omar din sharif berkata:

    Apa status perkahwinan seorang perempuan yang dipaksa untuk rela yang tidak mengikut prosuder undang-undang keluarga Malaysia dan hukum syarak? Kes wanita ini adalah die ingin berkahwin dgn suami orang dn tidak dipersetujui oleh keluarga angkatnya.Dgn alasan untuk menyelamatkannya,Segala prosuder pernikahan langsung tidak diikuti sehinggakan die dipksa menandatangani surat pernikahannya oleh abg angkatnya pada malam sebelum majlis akad nikahnya. Sedangkan mengikut undang2, pihak kadhi sahaja berhak untuk bertanyakan persetujuan wanita tersebut sbelum die meng akadkan pengantin lelaki. Wanita ini juga dianiaya kerna die mengetahui yang die akan dinikahkan sehari sebelum majlis berlangsung dan pihak pengantin lelaki juga tahu hal ini dan menyembunyikannya sehingga wanita ini diberitahu dan die berasa amat kecewa dan teraniaya.Dan pernikahan ini berlaku di taiping perak. Apakah pandangan tentang pernikahan ini? sekian wallahu’alam.

  4. wahida berkata:

    omar : kesia ye wanita berkenaanmengikutt uu syariah di Malaysia, wanita berkenaan boleh bawa kes ke muka pengadilan dan pihak2 yg paksa die kawen mcm 2 bleh kene tindakan kesalahan jenayah syariah..
    mane bleh kawen xikut prosidur..hanya kadi yg bleh nikahkan..kadi yg diberi tauliah dan dilantik oleh majlis agama islam negeri2

    ikut Islam pun xboleh kawen paksa..sy penah jmpe byk kes mcm ni..slalunye la..kalau kawen xikut prosidur ni..xsah..bende ni bahaya..kalau ade anak lg kesian..kalau dah nikahnye xsah..status anak pun jd wat’i syubhah

  5. Kalau lelaki kene kawen paksa,mcm mana pula ?
    Kalau lelaki terbabit tidak ikut kata ibunya,ibunya berkata dia akan kecil hati dan hidup si lelaki tidak dirahmati…
    bolehkah berikan penerangan serba sedikit..

  6. Niesa berkata:

    As’slmualaikum..sye ingn mndpt kpastian dgn situasi yg sya alami ketika ini
    (1)Bagaimana dgn status perkhwinan utk wanita yg sdah telanjur dn melahirkn ank d’paksa oleh kdua org tuanya brnikah dgn pasangan terlanjurnya tanpa kerelaan hti wanita itu ats sebab lelaki trsebut tdk mhu brtangungjwb slama tempoh kehamiln wanita tersebut dn tdk mhu mengakui perbuatanya,drpd itu wanita tersbut tdk menyukai lelaki yg memaksa wanita trsbt bernikah??apa hukumnye??dan bgimna jln penyelesaiany??
    (2)bgaiman pula dgn nafkah zahir n bathin pda psangan yg d’paksa berkhwin??adakah sma spt psangan yg berkahwin dgn kerelaanya??
    (3)dptkah wali membatalkan pernikahan tersebut??

    -niesa jb-

  7. syada berkata:

    salam. bagaimana kalau dah terjadi perkahwinan setahun lebih kemudian bercerai. bagaimana dengan hak dan status anak. si isteri mengetahui ia benar-benar dipaksa tapi tidak tahu adanya jalan keluar atau penyelesaian bagi masalahnya

  8. suhaimi berkata:

    mcm mana kalau lelaki di paksa oleh wali si wanita supaya berkahwin dgn wanita tersebut sedangkan lelaki itu tak rela..dan jika tidak berkahwin si wali wanita itu mengugut akan merosakkan masa depan si lelaki..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: