Dapat isteri ‘sisa’ rakan

SAYA berkahwin hampir tiga tahun lalu dan ada seorang anak. Selama tempoh itu saya rasa sungguh bahagia. Namun, yang menjadi masalah kepada saya sejak setahun lalu ialah, saya tertekan dengan sejarah silam isteri.

Saya dapat tahu isteri saya pernah melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Berita ini saya dengar daripada mulut bekas teman lelakinya.
Sejak cerita itu masuk ke telinga, saya rasa dunia ini sungguh gelap. Sejak itu saya hilang rasa hormat kepadanya sebagai isteri dan ibu kepada anak saya.

Hubungan kami tidak semesra dulu, ibarat air laut yang pasang dan surut, tambahan pula saya panas baran dan berdendam. Saya cuba lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, setiap kali itu terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bekas teman lelakinya: “Aku dah ‘projek’ berkali-kali dengan isteri kau. Pergilah tanya dia, tak kan dia tak mengaku dan kenal aku.”

Setiap kali hendak bersama, saya berasakan isteri saya terbayang dia melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya. Ini membuatkan saya hilang mood dan mula mencari salah.

Saya pernah terfikir untuk menceraikannya, tetapi saya kasihan pada anak kami yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Namun, pada masa sama saya benci melihat muka isteri, terutama bila teringat kata-kata bekas teman lelakinya. Saya harap Dang Setia dapat membantu saya dalam hal ini.

RAUL
Perak

Masalah saudara memang rumit, namun yang merumitkannya lagi ialah saudara tidak bertindak secara proaktif untuk menyelesaikannya, tetapi memendamnya.

Apabila sesuatu masalah dipendam, ia sama sekali tidak akan selesai, sebaliknya bertambah rumit.

Dalam menangani masalah rumit ini, Dang Setia berpendapat saudara perlu lebih realistik, tidak bertindak terburu-buru dan bijak mengawal emosi.

Bagi Dang Setia, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan apakah dakwaan kawan saudara yang juga bekas teman lelaki isteri saudara benar atau palsu.

Ada kemungkinan terhadap kedua-duanya. Mungkin benar isteri pernah ditiduri bekas teman lelakinya dan mungkin juga ia tidak benar, sebaliknya perkara itu sekadar rekaan bekas teman lelakinya untuk memporak-perandakan rumah tangga saudara.

Dia mungkin bertindak begitu kerana ingin membalas dendam selepas hasratnya untuk berkahwin dengan isteri saudara tidak kesampaian.

Justeru, cara terbaik untuk mengetahui sama ada ia benar atau palsu ialah bertanya soalan itu kepada isteri saudara. Dang Setia sedar tindakan ini bukan mudah, namun saudara sebenarnya tiada pilihan.

Mahu atau tidak, saudara perlu melakukannya dan perlu ada keberanian, ketabahan serta ketahanan mental untuk melakukannya. Ini kerana, jika jawapan isteri saudari tidak, tentu ia sungguh melegakan.

Namun, timbul juga pertanyaan, adakah saudara akan mempercayai kata-katanya atau masih berterusan diselubungi curiga dan syak wasangka yang sekali gus menyebabkan hubungan anda berdua terus dingin.

Bagaimana pula jika jawapan isteri saudara ya, maksudnya dia mengaku pernah tidur bersama bekas teman lelakinya. Apakah pula sikap dan penerimaan saudara? Apakah saudara sudi memaafkannya atau terus menjatuhkan pelbagai hukuman ke atasnya?

Saudara, soal hati dan perasaan saudara memang sukar diubah. Ia hadir secara semula jadi dan kita tidak boleh berpura-pura atau menipu diri sendiri untuk menidakkan apa yang sebenarnya kita rasa.

Jadi, yang mampu Dang Setia lakukan ialah sekadar memberi pandangan dan ada dua perkara yang Dang Setia mahu saudara fikirkan. Pertama, cuba bayangkan diri saudara di tempat isteri.

Dia sudah kehilangan dara dan Dang Setia yakin dia pasti menyesali keterlanjurannya. Apabila saudara melamarnya, tentu dia dihimpit dilema sama ada mahu berterus terang mengenai kisah silamnya atau merahsiakannya.

Jika berterus terang, dia bimbang saudara tidak sudi mengahwininya dan dia kemudian mengambil risiko dengan merahsiakan perkara itu. Nyata, langkahnya tepat sehinggalah saudara mengesan kisah hitamnya selepas hampir tiga tahun berkahwin.

Jadi, jika saudara di tempat isteri, apa agaknya perasaan saudara jika dituduh tidak jujur, sedangkan saudara menyesali keterlanjuran yang berlaku serta percaya berahsia adalah langkah paling baik yang wajar dilakukan?

Kedua, apakah sejarah kehidupan lampau isteri terlalu penting buat saudara? Selain itu, mana satu yang lebih penting, sejarah silam atau perlakuannya masa kini?

Andai kata saudara tidak diberitahu mengenai kisah silam isteri, bukankah persepsi positif saudara terhadapnya selama ini tidak akan berubah? Ini kerana saudara berpuas hati dengan perlakuannya kini.

Dang Setia berani berkata begitu kerana saudara sendiri menyatakan sepanjang dua tahun pertama perkahwinan, kehidupan saudara sungguh bahagia. Ini menunjukkan isteri saudara berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan baik, sebagaimana saudara inginkan.

Oleh itu, wajarkah segala kebahagiaan itu digadaikan dek kesilapan lampaunya yang sangat dikesalinya? Berbaloikah juga saudara menjejaskan tumbesaran dan masa depan anak yang saudara kasihani semata-mata kerana kesilapan lampau isteri?

Akhir sekali, jangan lupa apa yang diajar Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada kita umat Islam. Jika Allah SWT sentiasa bersedia mengampunkan hamba-Nya, begitu juga Rasulullah SAW yang sedia memaafkan kesilapan umatnya, bukankah kita sewajarnya mengikut contoh yang diberikan itu?

~ Kolum Dang Setia, Metro

12 Responses to Dapat isteri ‘sisa’ rakan

  1. salimah berkata:

    wei, aku pun ade cter cm ni… aku skrg xkawin lg… tp dh pnah telanjur ngn xbf aku… kire aku xde dara dh la… aku takot la nak fikirkan mase dpn aku… takot husband aku xleh trime… skrng aku tgh buntu sama ade nak cter kt my future husband or x… huhuhu. tp aku mmg menyesal la coz dh pnah telanjur kn… hemmm…

  2. mohdfazli berkata:

    saya pernah berlaku juga dalam masalah ini, cuma masalah sama saya adalah dalam bidang pekerjaan. Pada masa ini amat sukar bagi saya untuk membuat keputusan memilih ruang kerja yang baru.
    Di tempat lama yang pernah memberikan pengalaman dan pembelajaran ataupun tempat baru yang diberi gaji lumayan… heheee

  3. jeffabd berkata:

    satu soalan utk tuan raul,, were u virgin sebelum u kawin???,,,even if u were ,,,,mema ‘afkan insan terutama seseorg yg amat saudara cintai akan lebih bahagia utk masa depan keluarga,,, Jgn mendekati’ Kawan ‘ itu lagi kerana org ini bukan kawan tetapi MUSUH yg hendak menjahanamkan hidup anda,,,Berbincang dgn isteri ,, luahkan semua perasaan anda,,,tetapi Jgn ikut Ego ,,pertimbangan dgn waras jgn ikut hati ,,,,,,best wishes

  4. apiz-rage- berkata:

    daH laH.. yg penTing bg orng dah telanJur tu berTobat lah.. bedosa besAr tu kalo bezina..
    yg blom prnah terlanJur tolonglah kawaL nafsu.. tunggu daH kawen baru la.. Sentiasa berdoa KpD Allah s.w.t agar kita di jauhi perkara maksiaT mcM tu..

  5. mmmm berkata:

    buka lambaran baru,past is past.

  6. zzoroo berkata:

    buat salima….. pengalaman yang berharga ……. jaga lah diri bebaik jangan ulangi lagi. nanti kesan yang tinggal buruk padahnay….. bersyukur sbb dah insaf. jgn fikir ttg yang sudah.. esok perlu di hadapi.

  7. budakcute berkata:

    jgn kata yg terlanjur dgn kerelaan hati, yg kene rodok pin, suami dan mak mentua xleh nak trime…pompuan pon kdg2 x fhm emosi pompuan lain…nobody perfect..tp kite kn la cuba yg terbaik…laki pon bkn nye ‘virgin’ sgt..

  8. akuinginpulang.. berkata:

    Raul, setiap manusia ada masa silam, orang lain pun mesti ada tapi kita tidak tahu mungkin lebih buruk lagi. Sekarang ni tanya pada hati Raul, adakah sayang pada isteri atau tidak? Jangan biarkan sendiri memendam rasa. Kalau saya berada di tempat Raul, saya akan lupakan kisah silamnya dan jalani hidup yang bahagia, life is short, jangan habiskan dengan bersedih, marah dan dendam…nikmati la kehidupan dengan isteri yang tercinta, hargai la masa bersamanya. Bersyukurla dapat hidup bersama dengan orang yang dicinta. Kisah silamnya tu lupakan saja.

  9. zoro berkata:

    saya setuju dengan Jeffabd……..

  10. princess610 berkata:

    salam raul…..
    setiap manusia di dunia ini terdapat kisah masing2 dlm mematangkan diri,kadang2 ianya melanggar syariat islam kita sendiri….almaklum la kita ini manusia biasa yg tidak lari membuat kesilapan…akan tetapi pintu taubat sentiasa terbuka bagi hambanya ya ingin bertaubat….bagi sy,raul sepatutnya bwa berbincang dgn isteri anda dan luahkan isi hati anda bknnya menyimpan dendam krna dendam mrupakn pyakit berbahaya so…luahkan!!!dan kalo blh berdoa spya lmbutkan hati utk memaafi isteri anda ats perkara silamnya…..kalau Allah blh ampunkan dosa hambanya ini kan kita hanya manusia biasa….raul,u should be ask urself why u married her???it’s because sexs or love????bkn ke sebuah perkhwinan itu lbh mementingkan peranan & t/jwb suami isteri bknnya seks semata-mata…so think hardly!!!!!!!!!!

  11. taekwon berkata:

    mcm ni la.. isteri aku pun kes mcm kau.. tp kau kene phm doh.. tu kisah silam die.. aku paham perasaan kau. mula2 aku dapat tau, aku rasa nak pitam, hati berdegup lain mcm.. tp cuba kau bincang dengan die. tak elok simpan mcm ni.. seksa beb.. aku sokong jeffabd tu… musuh kau tu.. bukan kawan.. cam sial jek. klu aku da tumbuk sejibik dulu.. pastu putus kwan. tp yang penting isteri kau doh.. hancur hati dia bila dapat tau yang kau tau dan kau benci dia.. so kau kene mainkan tanggungjawab sebagai lelaki yang dia hormat dan sayang( sb dia kawin ngan kau) tu.. ape2pun.. dia x salah wei.. bende tu pun dulu dia bercinta.. kn dia main masa da kawin ngan kau

  12. missKura2 berkata:

    ape la…lelaki tu cuma ckp je,cube la sedara tny dengan isteri sedara,lau betul,die da sah jd isteri sedarakan,manusia mn yg tak buat silap,sy pun mcm isteri sedara gak,tp sy citer kt suami sy…alhamdulillah die boleh terima sy seadanya,sekarang ni sy mengandungkan benih suami sy..sebenarnye lau sedara berada di tempat isteri sedara ape yg sedara rs lau isteri dpt tau hal sedara,selagi die tak curang ngn sedara cukupla…ampun kan je kesalahan die dulu….tu kesalahan die sebelum kenal sedara..sedara xleh lau nk crai kesalahan die…org akan bersorak lau sedara ceraikan die…..cube kaji knp jantan tuh nk buka citer…mesti ade kebaikan isteri sedara yg menyebabkan die cemburu atas kebahagian rumah tangga sedaratuh…pk la sebelom wat keputusan k….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 344 other followers

%d bloggers like this: