Suami Liat Sembahyang

Soalan

Saya seorang yang menjaga perihal tentang sembahyang manakala suami saya agak liat dan jarang sembahyang cukup lima waktu.

Pada hari cuti, suami saya lebih rela tidur dari bangun sembahyang subuh.

Apakah saya berdosa kalau saya tidak mengejutkan suami saya supaya bangun bersembahyang.

Kadang-kadang saya ada juga kejutkan suami tetapi dia tetap tidak mahu bangun. Adakah saya dikira berdosa kerana bersubahat?

Jawapan:
Ramai di kalangan kita membincangkan isteri derhaka pada suaminya, tetapi jarang orang membincangkan derhaka suami kepada isterinya. Kenapa keadaan ini berlaku? Bukankah nampak macam tidak adil di pihak isteri?

Mungkin juga isteri menjadi derhaka kerana suaminya yang tidak pandai mendidik isteri yang menjadi amanah yang diterimanya melalui akad yang sah. Sebuah keluarga yang bahagia terbentuk dengan kesefahaman, toleransi, bantu membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Bahagialah sebuah rumahtangga yang diketuai oleh suami atau si ayah yang memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah dalam rumah. Tetapi apabila suami gagal memahami tugasnya selaku ketua rumahtangga akan berlaku ketidakstabilan pengurusan dalam rumahtangga.

Namun demikian bersyukur apabila isteri mengambil alih tugasan memberi peringatan mengenai solat. Sepatutnya suami yang mengingatkan, tidak salah jika isteri yang ingatkan. Tetapi bila isteri yang suruh atau isteri yang mengajak kepada kebaikan suaminya tak berapa nak buat. Kerana dia hanya dilihat sebagai seorang wanita.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah tugas bersama. Jika si suami melihat isterinya melakukan sesuatu yang salah atau melanggar perintah Allah maka si suami berkewajipan menegur dan membetulkan dan jika sebaliknya suami yang melakukan kesalahan maka si isteri berkewajipan membetulkannya. Ini termasuklah mengajak suami solat.

Mengemudi

Suami perlu diperbetulkan supaya mereka yang di bawah jagaannya terdidik. Suami bertanggungjawab mengemudi bahtera rumahtangga.

Suami umpama kepala gerabak kereta api, kalau sesat kepala kereta api itu sesatlah seluruh penumpangnya. Allah s.w.t menegaskan akan kedudukan lelaki dalam masyarakat dengan firman-Nya yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat lain Allah menegaskan bahawa suami berkewajipan menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka, firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). (al-Tahrim: 6).

Qatadah menjelaskan berkenaan ayat ini menyuruh mereka supaya taat perintah Allah serta menegah mereka dari melakukan maksiat kepada Allah serta membantu mereka dalam mentaati Allah s.w.t.

Ayat ini menyuruh ketua keluarga menyelamatkan dirinya dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Selamatkan diri dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan maksiat dan bersegera bertaubat dari segala kesalahan yang menjadi kemurkaan Allah s.w.t.

Seorang isteri tidak memikul dosa suami yang tidak sembahyang. Selagi mengingat dan mengajak suami tidak mendatangkan mudarat pada fizikal, maka selagi itulah puan berkewajipan mengingatkannya. Namun dosa dia tinggalkan solat dia sendirilah yang tanggung.

Dalam al-Quran jelas Allah menerangkan yang bermaksud: Sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah). (al-Isra’: 15)

5 thoughts on “Suami Liat Sembahyang

  1. Assalamualaikum…

    Sy mempunyai masalah mengajak suami solat 5 waktu.sblm berkahwin kami jrg bertemu dan sy tdk mengetahui yg dia solat atau tdk.slps 6 bln mengenali kami bertunang dan kemudian berkhwin.seawal perkahwinan kami dia ada solat tp jarang.suami sy suka main games ps3 nya sehingga jam 4 pagi kdg2 sehingga 6 pagi.jd selama 2 thun kebelakangan ni sy tdo dulu.nafsunya terhadap sy juga kurang.sehingga skg kami masih belum ada zuriat.pernah berjumpa ustaz dan diberitahu kami telah disihir dan suami sy dikatakan telah disekat nafsunya terhadap sy.sy tdk tahu sejauh mana perkara ini benar.tetapi ape yg sy lalui mmg benar dia kurang nafsu terhdp sy shga suatu hri sy megajaknya bersma ttp sy dimarahinya.sy ni seorg manusia biasa yg ada perasaan dan juga nafsu..terkdg bila sy rindu dgn dia sy pergi dekat dgnnya..sy nak bermanja dgnya.ttp sy dimarahinya..dia kata dia penat.kdg2 wlp sy ddk dekatnya dia tdk mengendahkan sy langsung dan asyik tgk tv.sy tdk thu dimana silap sy.sy pernah mengajaknya solat sehingga bergaduh kerana saya nk bersolat jemaah dgnnya..slps 2 thn berkahwin dia tidak mahu solat langsung.dan sudah setahun dia tdk solat.puas sy mengajaknya solat sy kata pa dah masuk waktu jom la solat.kdg sy sms dia sy ckp hidup sy xsempurna sb suami sy xsolat.sy malu dgn keluarga sy krn mempunyai suami yg x solat.dan skg sy selalu berdoa supaya Allah bukakan pintu hatinya dan memberi hidayah kpdnya.

  2. Youur way of describingg aall in this paragraph iss iin fact pleasant, every oone be capable of simply knw it,
    Thanks a lot.

Tinggalkan Jawapan kepada yuyu Batal balasan