Sakit payudara sebelum haid

Doktor,
Saya berumur 18 tahun. Saya menanggung sakit payudara setiap kali selama seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid.

Hampir setahun saya menghadapi masalah ini. Kesakitan pada payudara saya sering kali mengganggu rutin harian saya sebagai seorang pelajar.

Saya telah membuat pemeriksaan payudara sendiri dan mendapati tiada sebarang kesan benjolan pada payudara saya.

Masalah ini menjadi semakin rumit apabila setiap kali saya mandi kerana saya pasti merasa perit pada bahagian puting.

Apakah masalah sebenar saya? Adakah saya menghadapi risiko terkena kanser?

– Gadis derita, Pahang

Jawapan

Sakit payudara ini adalah satu keadaan yang dialami oleh ramai wanita iaitu hampir 70 peratus wanita akan mengalami sakit payudara pada sesuatu masa.

Anda risau mengenai barah payudara apabila mengalami sakit ini.

Adalah didapati kurang daripada 3 peratus wanita yang mengalami sakit ini menghidapi barah payudara dan golongan wanita seperti ini biasanya ada tanda-tanda lain.

Ramai wanita yang mengalami sakit payudara sebelum kedatangan haid. Biasanya kedua-dua payudara terasa sakit pada masa yang sama dan sakit ini terasa sehingga ke ketiak.

Tiada ketulan atau benjolan yang didapati pada payudara dalam keadaan ini.

Masalah ini biasanya mula terjadi pada umur 20-an atau 30-an dan berakhir apabila menopaus dicapai.

Keadaan ini terjadi sebab payudara sesetengah wanita lebih sensitif kepada perubahan hormon.

Langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit ini adalah seperti berikut:

1) Memakai pakaian yang tidak terlalu ketat.

2) Pengambilan diet makanan yang kurang lemak

3) Cuba elakkan minuman seperti kopi dan minuman ringan bergas

4) Mengambil EPO (evening primrose oil) atau suplemen vitamin E.

Kebanyakan cara untuk mengubati keadaan ini akan mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan hasil.

Maka anda perlulah bersabar dan jangan putus asa. Jika cara dan ubat ini mengurangkan sakit maka sebaiknya diambil berterusan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

Jika berterusan, cuba berjumpa doktor pakar untuk nasihat dan ujian lanjut.

* Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) .

35 Responses to Sakit payudara sebelum haid

  1. din berkata:

    Mungkin tu sakit akibat ” Breast Mouse”..

  2. Helmy berkata:

    buah dada saya rasanya berat sekali, rasanya sebelahnya seberat 3 kg. tolong dong dok,bantuin ak, jangan2 aku ada penyakit. th u

  3. kebayan berkata:

    Helmy… ko ni lelaki ke perempuan …..?

  4. ek ele berkata:

    he he…kebayan apa lah soalan kau…tapi bukan ke normal bagi pempuan
    kalau nak period breast rasa sengal2….aku ada dua contoh terdekat…bini aku…dgn member kat opis ni sorang…so aku ingat normal bende ni kat sume pompuan…

    kalau lelaki lah si Helmy ada payudara besar?…bertaubat lah helmy….pakai tudung…
    ha ha ha ha ha…aku nak tegelak je lah hari ni

  5. nazrida berkata:

    aku pun mcm tu jgk…breast sakit kalau nak period dalam tempoh 1-2 minggu sebelum haid. Pernah pgi jumpa doktor sbb ada ketulan dan sakit. So, doktor pakar sakit puan (lelaki pulak tu!!) pegi la picit2 lagi kat breast tu dan scan, tapi dktr ckp adalah disebabkan hormon dan tidak perlu ubat sebab bila haid nanti ianya akan hilang sendiri…..sebenarnya masa aku belum kawin je aku kena….bila dah kawin simptom lain la plak waktu nak dtg haid spt sakit kepala etc…tp lately, simptom sakit payudara tu datang balik! malas aku nak makan EPO, sbb kalau mkn tu, aku berselera sangat nak makan, susah plak nak maintain badan!

  6. vila berkata:

    saya vila juga menghadapi masalah yang sama iaitu sakit payudara sebelum haid. Sekarang saya sudah berkhawin dan dah masuk tahun ke 3 tetapi masih belum mendapati rezeki anak.Saya risau masalah sakit payudara yang menyebabkan saya tidak dapat mengandung.Jika saya jumpa doktor , doktor sentiasa kata ini adalah horman problem.Tak ada apa masalah. Tapi saya risau……….tolong berikan jawapan untuk saya.

  7. kebayan berkata:

    Vila … sakit payudara sebelum datang haid ni … perkara biasa aje … ramai orang mengalaminya … melalui pembacaan.. ia berkaitan dengan hormon wanita kita .Tapi bila haid datang ..sakit sakit itu hilang.Tak payah lah risau risau .. lagi satu ,sakit payu dara ni tiada kena mengena dengan mengandung atau tak mengandung.Mungkin belum ada rezeki …

  8. ija berkata:

    bagi saya sakit payudara ketika haid adalah normal….ianya perubahan hormon.

  9. remaja risau berkata:

    umur saya 21 tahun dan bulan 7 ni saya akan mendirikan rmah tangga saya sudah 4 bulan tidak datang period. saya sudah berjumpa doktor dan doktor kata itu hanya masalah hormon yang tidak seimbang..saya amat risay sekiranya saya mengalami masalah dalaman..apakah yang patut saya lakukan?

  10. MJ berkata:

    hmm.. patut lah setiap kali nak datang haid.. terasa macam membengkak jer dua gunungku ini… semakin membesar pulak.. nak lagi kalau tak pakai bra.. beratnye mintak ampun.. terkadang tu risau jugak.. hmm bagus jugak artikel nie.. setidak2 nya its ok lah tu..

  11. fatin fakhriah berkata:

    saya selalu sakit2 pinggang dan sakit payudara,apa yg dpt saya buat?

  12. gayathri berkata:

    saya berumur 37 thn. saya mempunyai 3 anak. masalah saya ini ialah saya terlampau kekurangan air di faraj. apabila persutubuhan faraj saya kering dan asyik mengunakan lotion. ini amat merisaukan saya.

    tolong beri saya cadangan atau jawapan bagi masalah saya ini

  13. ria kayrendz elisdh berkata:

    saya sering kali mersa sakit payuudara saya saat mnjelang haid bahkan sakit sekali knp yaa dan obatnya apa yaa kdg2 sayaa gak kuat sakit sekali

  14. lynni lyn berkata:

    doc saya berumur 19 thn.sy sering sakit payu dara sebelum datang haid.masalah nya doc dalam 1 bln ini saya datang haid 2 kali dan mengakibatkan payu darah sakit dan saya tidak selesa apabila melakukan kerja.
    ada ka sakit payu darah semasa datang haid memang akan mengalami macam itu??

  15. lynni lyn berkata:

    kenapa sakit payu darah semasa datang bulan

  16. Melinda berkata:

    Saya single, 23 tahun. Menjelang haid, sekitar seminggu ketiak kanan dan kiri saya sakit, seperti pegal.. APalagi kalau saya tekan, semakin terasa pegal. Apakah ini wajar? Mengingat saya pernah dioperasi tumor jinak payudara (payudara kanan saya),, Mohon informasinya. Terimakasih.

  17. isma berkata:

    assalamualaikum..saya pun ada masalah ini juga..breast sentiasa sakit2 dan ketiak juga,,kalau nak mensus 2 sakit2 le breast 2 tapi penah juga tidak sakit.itulah yg saya heran.sakitnya pun di seluruh breast 2..apa ye sebabya..thanx..

  18. isma berkata:

    assalamualaikum..saya pun ada masalah ini juga..breast sentiasa sakit2 dan ketiak juga,,kalau nak mensus 2 sakit2 le breast 2 tapi penah juga tidak sakit.itulah yg saya heran.sakitnya pun di seluruh breast 2..apa ye sebabya..thanx..:)

  19. juay berkata:

    salam…
    perkare nh pon saye slalu kene time2 nak due date…
    sakit sgt…dah tuh campur an senggugut..
    hope bende nh boleh hilang naturally pas kahwin.

  20. mimie berkata:

    sy slalu mengalami sengal2 pada payudara sblh kiri n kdg2 kebas tangan terutama 2 mggu sblm period.tp bla cek xe lak benjolan ke ape ke..adakah tu tanda normal??

    • ija berkata:

      btol2..sy pon mgalami bnda yg sma dsblah kiri,,sblah tgn kebas jgk…yg pliknye cuma skit dsblah kiri ja…knan x sakit pon…tp bla dtg haid hilang skejap pastu skit balik….

  21. Wanza berkata:

    Bagaimana pula jika Payudara sya sakit selepas dtg haid? Sya bru habis haid 6 hari yg lepas(bru prtama x mngalami) sblum ni sakit sblum haid…dh 6 bulan khwin. Apakh ini mnunjukkan tanda awal mngandung?

    • shizuka berkata:

      salam wanza, saya pun baru2 ni ada masalah macam awak…beberapa hari selepas period, payudara saya sangat sakit jika tersentuh…terasa penuh seolah2 payudara penuh dengan susu…saya dah berkahwin dan ada seorang anak…saya pun baru pertama kali mengalami masalah ini…ada jawapan yang lebih spesifik ke, terima kasih…

  22. qissh berkata:

    salam……sy pon alami payudara skit…sy 19 taon..pastu senggugut yg skit sgt ari 1st n 2nd period,,ap yg harus sy lakukan???

  23. juvita berkata:

    salam,,anak saya myusu badan..tp payudara saya sakit sampai ke ketiak apabila ditekan apa yg harus saya lakukan???

  24. tasha berkata:

    Salam… sy jg alami kebas2 dan sengal2 di payudara setiap kali sblm kdtgan period. ttp sejak bbrp hari ini sengal2 t’sebut m’jadi smkn sakit dan b’denyut sehingga m’ganggu aktiviti seharian. waktu tidur jg terganggu sbb xdpt tidur dgn selesa. sy dh check sendiri tetapi tak ada apa2 perubahan ataupun bengkakan pd payudara sy. apakah yg harus sy lakukan dan apakah cara utk mengurangkan kesakitan ini… need your help….thanks

  25. siti_mastura berkata:

    saya pn sama jgak ni,sakit kat breast dah 4 ari,tp dah terlepas waktu sepatutnya datang haid,haid saya setiap bulan x menentu..da jwpan x?tq

  26. dyansetiaslalu berkata:

    saya sakit payudara baru2 ni setiap saya akan db pa sebabnya it? thx b4

  27. sari berkata:

    salam..puting payudara saya sakit selepas di usap oleh suami sAya.sakitnya kdng2 sampai 1minggu lbih baru hilang sakitnya.apakah puncanya??wasalm

  28. lini berkata:

    salam..sy br berkahwin…seminggu sebelum sy period sy berasa tegang dan sakit di puting payudara sy…selain dari menujukkan akan datang haid…adakah tanda ini juga menunjukkan tanda awal kehamilan?

  29. dyansetiaslalu berkata:

    tolong donk kasi tau jga obatnya

  30. Mastura_siti berkata:

    Salam , saya baru habis period, sebelum dtg haid mmg sakit payudara, tapi yang merunsingkan, selepas haid pun sakit lagi payudara saya ni. saya baru 3 bulan kawin, dan memang merancang untuk pregnant. so ada sapa2 penah jdi camni x? atau ada pendapat ke??

  31. salam,sy sering skit pada bhagian payudara(keseluruhan payudara),tetapi dlm 1,2 mggu ni sy hanya sakit pada bhagian puting sahaja…apakah tandanya?saya dh brkahwin dan mgkin disebabkn itu,saya terfikir mengandung kerana saya teringinkan ank.tp dtang bulan saya selalunya xmenentu..dan juga masalah saya.
    selepas saya dtg bulan,dlm msa seminggu saya dtg bulan.keputihan saya keluar dgn bnyk.seperti datang bulan..apakah sebabnya??saya bingung memikirkannya,blh terangkan pada saya??terima kasih,salam..
    insan mengharapkn jwapan-ida-dr kelantan.

  32. sofea aisya berkata:

    salam..saya telah mengalami sakit payudara sebelum period.kebiasaannya,ia akan hilang setelah 2-3 hari period.tetapi masalahnya saya dah habis period.tetapi dah lepas 12 hari pun masih mengalami sakt payudara.mintak tlg beri jawapan dan pendapat.terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: