Gymnema & fenugreek membantu mengawal paras gula

“KEPUTUSAN ujian darah menunjukkan ibu saya mempunyai paras gula darah yang tinggi iaitu 124mg/dL, iaitu pada tahap pradiabetes.

Menurut doktor keadaan ini masih boleh dikawal dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

Selain daripada ubat, adakah herba boleh membantu merendahkan paras gula darah?”

JAWAPAN: Pradiabetes merujuk kepada keadaan di mana paras gula darah adalah lebih tinggi daripada normal tetapi masih tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes.

Individu yang berada pada tahap pradiabetes selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala diabetes yang jelas seperti sentiasa dahaga, kerap rasa lapar atau kerap membuang air kencing.

Akan tetapi, apabila ia tidak dikawal dengan baik, ia akan terus berkembang seterusnya mendorong kepada diabetes jenis kedua yang juga dikenali sebagai diabetes mellitus tidak bergantung kepada insulin (NIDD).

Insulin ialah hormon yang bertanggungjawab mengawal paras gula darah dalam julat yang sepatutnya.

Apabila badan tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan, walaupun pengeluarannya oleh pankreas adalah mencukupi, ketidakseimbangan gula di dalam darah akan berlaku lalu menyumbang kepada diabetes.

Gymnema, fenugreek, holy basil dan Bitter melon (peria) adalah herba popular yang telah digunakan secara tradisional dan mendapat perhatian para pengkaji kerana keberkesanannya dalam membantu mengawal paras gula darah.

Gymnema membantu menjana semula sel beta di dalam pankreas dan meningkatkan penghasilan insulin.

Halba (fenugreek), herba yang digunakan secara meluas sebagai rempah masakan juga diperakui boleh mengawal paras gula dalam darah.

Bahan kimia yang terkandung dalam halba membantu proses penghadaman dan memperlahankan penyerapan gula ke dalam tubuh dan dengan itu mengawal atur paras gula darah.

Di samping itu, peria merendahkan penyerapan glukosa dalam saluran usus manakala holy basil meningkatkan penggunaan glukosa dan penghasilan insulin.

Gabungan herba ini didapati memberi kesan sinergistik.

Pada masa yang sama, perubahan diet dan gaya hidup tidak harus diabaikan malah ia harus menjadi keutamaan dalam mengawal masalah pradiabetes atau paras gula yang tidak seimbang ini.

Elakkan makanan yang tinggi dengan gula ringkas seperti roti dan nasi serta minuman manis atau berkarbonat.

Gantikan dengan makanan berserat tinggi seperti bran oat, nasi beras perang dan roti bijirin penuh.

- Orang ramai yang ingin mengemukakan soalan berkaitan penjagaan kesihatan secara semula jadi boleh menghantar e-mel ke kesihatan@biolife.com.my atau dengan menghubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE (Isnin-Jumaat, 9 pagi – 6 petang) di talian 03-77287407 (Semenanjung Malaysia), 082-241820 (Sarawak), 088-230148 (Sabah). Ruangan ini disiarkan dua minggu sekali.

One Response to Gymnema & fenugreek membantu mengawal paras gula

  1. Hussin Daud berkata:

    Saya baru mencuba produk Bio-Life ‘Gymnema & Fenugreek’untuk mengawal tahap gula didalam darah dan masih mengawas ‘Effectiveness’ produk ini, bolihkan saya mendapat detail mengenai produk ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: