Memulihkan sayang suami yang pudar

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan.

Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya.

Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).

Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.

Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.

Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.

Apa yang anda boleh dilakukan

- Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya.

- Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia.

- Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara.

- Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami.

- Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri.

- Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami.

- Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami.

- Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

- Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.

- Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.

- Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.

- Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.

- Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.

- Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.


Rahsia Keintiman Suami Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Penawar Konflik Rumahtangga. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

32 Responses to Memulihkan sayang suami yang pudar

  1. anjang1458 berkata:

    Hairan, mengapa wanita saje yang perlu di nasihati atas kesilapan sedemikian . Apa jua pon kita perlu dua belah tangan untuk ber tepok . Walau apa sekali yng di buat untuk mengambil hati si suami kalau dia dah pilih arah jalan yang lain tak akan kembali pada si isteri se macam waktu dulu melainkan dah kena musibah dan tak berdaya lagi hanya perlu jagaan sesaorang …. sudah tentu si isteri tua atau emak nya yang jadi mangsa!!

  2. isteri berkata:

    Macam mana pula kalau si suami yang selalu menimbulkan masalah. Kesian isteri bila selalu di perlakukan oleh si suami yang tidak bertanggungjawab. Segala urusan rumahtangga si isteri yang uruskan sedangkan si suami x menghiraukan isteri malah tiada nafkah zahir batin yang banyak kesian sungguh isteri mendapat suami sebegini. Apa pendapat anda???

  3. isteri fedup berkata:

    saya selalu berdandan untuk suami, pakai bau-bauan wangi, jaga perutnya dengan memasak makanan kegemarannya, segala-galanya dilakukan bagi menyejukkan hati suami. Tapi kenapa suami saya, tak pernah nak mandi pagi dan bersiap wangi2 untuk saya. Petang baru mandi terus keluar malam pukul 3 pg baru balik. Dimana keadilannya di sini. Kalau saya lelaki, sudah pasti anda tahu sendiri jawapannya!!!

    • ilya berkata:

      ntahla ye tapi ape yang awak citekan sememngnya benar. Kita lakukan sehabis baik untuk memenangi dirinya tapi mereka tidak pernah berusaha memenangi hati kita. Nanti kita cari pengganti baru nak gigit jari.

  4. pendam rasa berkata:

    memang susah utk memenangi hati suami, yelah walau dilayan baik ssesekali dan selalu pun, jemu agaknya bila lihat muaka yang sama dalam rumah. kekadang bila difikir2kan, tidak adil dunia ni asyik nak salahkn isteri saja. Dimanakah kebenaran yang nyata di mata suami untuk si isteri yang selalu dipersalahkan…

  5. littlemama berkata:

    kepada isteri fade up dan pendam rasa, sebaiknya jangan mendandan diri kerana untuk suami saja tapi buatlah untuk diri sendiri juga supaya bila kita sentiasa cantik hati akan gembira. Bagi saya yang lemah ini, suami ibarat layang-layang, ada kalanya perlu ditarik ada kalanya perlu dibiar melayang. Selagi dia tahu jalan pulang ke rumah, selagi itu hargai lah dia kerana suatu hari dia akan menghargai kita. Untuk mengelakkan kebosanan, buatlah aktiviti yang menggembirakan seperti hobi atau keluar shopping dengan kawan2, jangan terlalu difikirkan suami buat apa sebab hanya akan menambahkan kedut di muka!…nikmatilah hidup to its fullest kerana life is short…buat yang terbaik. Ingatlah, give the best to the world and the best will come back to you…. asal suami masih memberi nafkah zahir dan batin, cukup segalanya tak merempat sana sini, sehat tubuh badan, anak-anak sihat dan terdidik, bersyukurlah, lebih banyak orang di luar sana yang sengsara……memang sebagai perempuan kita lebih banyak memendam rasa dan berkorban…maaf saya hanya mengingatkan diri saya

  6. ibu2006 berkata:

    “Tanpa dia siapa kita?… Tak salah jika menyanjungi kerana dia suami. tak rugi mengambil hati kerana semua ni kan untuk kebahagian bersama… Fikir2kanlah.

  7. FINAZ berkata:

    Assalammualaikum?
    saya pun mengalami masalah yang sama,cuma berlainan kerana suami saya susah hendak memberi nafkah zahir dan batin.tapi bila saya ingin kemukan masalah saya pada pejabat agama baru dia nak bagi dan berbuat baik,tapi semua itu lakonan semata,lepas hati saya ok dan tenang ia akan mengulangi sikapnya kembali….dan saya rasa tekanan kerana sikapnya yang pandai berlakon di depan orang…adakah ini di panggil penderaan mental?jiwa dan hati saya tertekan dengan sikapnya yang tidak mengambil berat tentang diri saya tetapi di mata masyarakat dialah yang suami yang baik.

  8. isteri sepi berkata:

    Saya pulak tertekan kerana berkahwin dengan orang yang terlalu tua untuk saya. Ingatkan dulu berkahwin dengan orang yang berusia, si suami akan sangat menyanyangi isteri tetapi ini sebaliknya. Saya dilayan bagaikan tidak wujud di matanya, di saat dia sibuk dengan kerja yang tak mengira masa…saya ditinggalkan sendirian. Dia tidak pernah ingin mengambil tahu susah senang saya, yang dia tahu saya ada di depan mata cukup. Nafkah zahir dan batin yang kadang-kadang saja saya dapat. Segala tips yang diberi diatas telah saya praktikan tapi memang keadaan suami saya yang begitu. Kekadang saya rasa lebih suka hidup bersendiri daripada hidup dengan orang yang tidak ada hati dan perasaan sepertinya.

  9. mimi berkata:

    ermmm..
    pada saya berbalik pd tanggungjawab seorang isteri n suami…
    allah jadikan suami n isteri saling melengkapi…
    pd zaman sekarang susah..ada jugak reason yg sy dengar nk kawin coz isteri terlalu baik..jd kesimpulan yg bole kita bt ialah jalankan tanggungjawab dgn ikhlas n padamase yg sama berdoalah agar rumahtangga kita sentiasa diredhai allah n bahagia…
    amin

  10. istri terluka berkata:

    saya plak… dari smjk saya mengandung menjaga hati dan perasaan die.. tapi still jugak die ade kekasih di belakang saya.. if dah kantoi dg saya ataupon perempuan die tanggalkan permpuan.. pastu janji xkan ulang lagi… tapi 2-3bulan lepas tu.. ade lagi perempuan yg dijadikan sbg kekasih.. yg peliknyer tu..dia mengaku bujang .. tapi yg peliknyer tu, semua pompuan tu dijanjikan akan dijadikan tunang… dan bakal isteri.. klo dah kantoi dg saya dan pompuan tu. sedap jer die cakap main2 jer dg pompuan tu.. janji kosong jer .. die cakap macam tu. tapi tak tau lah samapi biler sya ley btahan dengan perangai die ni.. Allah jer yg tau… ingatkan dah ade anak ley berubah.. nasib bekahwin dg lelaki yg lebih muda..

  11. ek ele berkata:

    isteri sepi….kalau dah buat apa pun tak mau…cakap direct je kat dia….”abang…saya ni muda lagi….so saya nak isikan masa muda saya ni dengan perkara2 yang sepatutnya saya dapat sebagai org muda…..harap abang paham….”….cheh siap ada skrip ni…..

    seperti apa yang aku cakap kat bini aku…..aku cakap dia…kita ni muda lagi…elok lah
    kita buat apa yang sepatutnya org muda buat….pasal aku cakap…abang tak nak nanti umur makin tua abang makin miang pasal masa muda2 tak dapat cukup…

    kadang2 kita kene cakap tepat pada point nya pada pasangan kita…pasal ada masanya buang masa sahaja berpantun2 ni tapi dia kedu jugak tak paham…

    dulu aku ada kawan lelaki India…dia cakap bini dia nak ajak bergaul bukan main susah…so dia cakap direct kat bini dia….dia tahu letih ke apa…tapi dia cakap bini dia kalau I tak have sex with you…who do you expect me to have sex with?

  12. pencacai tua berkata:

    isterki trluka kawin ngan laki lebih muda?muda bape tahun…aku tak berape suke berkawin ngan pmpuan lebih tua,sebab mcm isteri lak melindungi aku..hehe.aku yg spttnye melindungi isteri..aku tak kawin lagi ,tak reti nak bagi nasihat..dunia perkawinan adlah dunia yg berbeza..aku suke bc luahan hati org lain.tp sebagai panduan aku je sblm masuk dalam dunia perkawinan..nak bina family bahagia dunia n akhirat

  13. fyda berkata:

    si isteri perlulah sentiasa melayan suami…macan saya suami dan saya sentiasa bahagia,suami seorang yang penyabar saya pulak seorang yang panas baran syukur kepada allah kerana saya di kurniakan seorang suami yang begitu baik…saya seorang isteri yang mudah cemburu buta,baru-baru ini kami ada krisis bekas teman wanita suami menhubungi suami mengatakan dia terlalu sedih kerana suami saya sudah berkahwin saya mengamuk dan hampir-2 meminta cerai dari suami tapi berkat kesabaran suami yang sentisa sayang pada saya dan tidak mudah menlenting rumah tangga kami kembali aman

  14. mimi berkata:

    bila gaduh suami selalu ambil keputusan berdiam diri.saya dah bagitahu sbb kenapa saya merajuk pun x bagi apa2 makna pada dia.dia langsung xnk cuba paham.susah sgt ke suami nk paham apa yg isteri mahukan tanpa perlu diberitahu??

  15. psyco berkata:

    OK LH 2 KLAU GADUH SUAMI DIAM…
    DARIPADA NAIK SEPAK TERAJANG…
    BTUL X???MANUSIA NI XPENAH SYUKUR DGN APA YG DH ADA.. :)

  16. isteri bsyukur berkata:

    langit tidak selalunya cerah…. pasti ada ketika badai melanda.. namun selepas itu, matahari pasti memancarkan semula sinarnya.. bumi menjadi lebih bersih. harum udara segar pasti lebih terasa…

    isteri lakukanlah sesuatu kerana Allah. jika kita rasa suami tidak menghargai, kita saja yg asyik diuji, memendam rasa, merana diri. Lihatlah org lain yg lebih malang dari kita. yg tlantar lemah di hospital kerana kanser. yg hidup melarat dalam peperangan. bukankah kita jauh lebih beruntung? Jd kita patut lebih bsyukur.
    jika suami tak menghargai, tp Allah dah janjikan pahala utk semua kebaikan yg kita lakukan. xpelah suami atau org di sekeliling kita tak peduli, tp yg pasti ALLAH hargai dan pahala dah dijanji.
    Ikhlas walau malas, senyumlah walau payah :)

  17. ...... berkata:

    aku tetap sejati dgn bini yg dapt memberi segala gala nya..akan tetap menghargai hingga ke ma..sebagi balasan cuci kaki aje aku ini…apa yg dia hajatikan akan ku penuhi…tak kira lah jadi namba sekali… aku tak suka bini yg asek nak toreh pocket aku aja n..sedang kan die sudah melehi..kalau keadaan kta selalu membebani suami aksan orang gaji..dah tentu dia pergie

  18. kak kiah berkata:

    hhhmmm… mcm mana dgn suami yg pemalas…

  19. mawar_layu berkata:

    smua tips da lama laksanakan…tpi sang suami xpernah amik lgkah wlupun berbincang. hanya bisu seribu bahasa..i can count his words…sadis la rasa…

  20. ratu balqis berkata:

    sebenarnya cara paling mudah untuk dapatkan kasih sayang suami ialah dengan cara,….apa sahaja kerja atau tanggungjawab kita dengan suami buatlah kerana cinta dan takutkan ALLAH…bukannya untuk mendapatkan cinta suami.kalau buat seperti yg di perintahkan otmetik semua yang kita harapkan akan datang sendiri…sebab hati2 kita ni milik ALLAH berhak membolak balikan hati hamba2nya.tiada yang mustahil baginya…dan cara inilah yang paling berkesan.

  21. mrs.fluffy berkata:

    sy kawen plhn sndr. tapi tllalu ekspress. dia duda. tak tau la sy kawen dasar syg atau lbh pd simpati. 2 weeks sblm nak btunang dgn dia, sy nak cancel. tap angah tarik muka, ckp kat sy yg mak dah canang kt rami org, mcmne nk cancel. so sbb nk jg hbgn dgn family, sy ikutkan je.
    sy pmpn yg biasa, serba serbi biasa. sy jns tak suka susahkn org. dia nafkah kdg bg, kdg tak. kalo bg less than hundred. brg dapo sy lbh selesa bli sndr, dr mtk kat dia. waktu nak kawen dlu, preparation sy wat sorg2. g bncng plamin, bj, make up foto, sorg2. skali je die teman fitting bj. alasan dia knape nk ikut adat, agama kan lg penting? nikah yg penting, bkn mjls besar2 waktu kawen. tapi mas kawen untuk nikah pn sy yg sediakan. kndr pn sblh pmpn je wat. duit hntrn dia bg sparuh je.
    sejak kawen tak pnah nak bwk sy jmp sedara dia kt area kl ni. dia asal, sanak sedare kat kl area. pastu ckp sy kera sumbang. nk bwk g jln, alasan pnat, sume die wat sndr. sy tau sy takda lesen, nk tlg krgkn beban dia ke hulu ke hilir. sy cdng ambk package agent p hlday, dia ckp tak blh naik bus, ddk dlm bus lama2. tap yg sy sedih kalo kwn ajak g konvoi jauh2 g perak, laju je dia setuju. sy tny, nape tak bwk sy skali? dia jwb, tade pmpn ikut. tapi ble sy check profile die d FB, ada je wife/awek kwn2 die ikut. malu ke nk bwk sy ni?
    kalo sy tinggal solat,dia mrh2. tapi dia sndr tak solat. dia kunci jam untuk attend meeting, tap tak kunci jam untuk bngn subuh. tdo lwat pg. hr2 sy lmbt masuk keje, sbb numpang dia pg2. lg dia ckp, dia rase takde ‘life’ skrng. lately dia mtk sy blk keje sndr naik bus sbb nak p jogg ptg2. mcm la tak blh g jogg dgn sy skali.

    sy tak tau la nak live up kan my marriage life mcmne. hambar.

    • greatPapa berkata:

      Salam..minta doa byk2..agar Allah bukakan hati suami awk..kalau dia x tunjuk contoh yg baik utk awk..awk la yg kena tunjuk contoh yg baik utk suami awk..rajin solat hajat & minta pada Allah..

  22. Isteri y diabaikan berkata:

    Wahai suami apa y isteri mahu hnya lh cnta tlus ikhlas dr htimu..duit d kmewahan bukan ukuran kpda ku.tapi belaian mnja dr mu mjdi idamanku..

  23. alizaraf berkata:

    farah.. ak wedo dekatuu.. knal x???? hhahahahaaa

  24. afinan_afna berkata:

    perempuan jahat untuk lelaki jahat…..
    perempuan baik untuk lelaki yang baik……..
    hahahahahaha……………….
    jgn mengaibkan suami sendiri…
    bawa bersabar dan
    bawa bertaubat
    jangan tinggal solat dan banyakkan berdoa yea……..Amin!
    Semoga suami dan isteri insaflah hendaknya.

  25. Isteri Bahagia berkata:

    Setuju ngan afinan_afna.. Suami saya kalau boleh semua kerja-kerja rumah dan memasak sema dia nak buat, malah disuruhnya saya rileks kaw-kaw.. Pastu kalau shopping sanggup die bagi saya beribu-ribu ringgit asalkan hati saya puas. Suami suka melancong ke oversea \,pergi kelab-kelab malam pasti bawa saya..

  26. Kathrin berkata:

    Nice post. I used to be checking constantly this weblog and I’m inspired! Very useful information particularly the last phase :) I care for such info a lot. I used to be seeking this certain information for a long time. Thanks and good luck.

    Kathrin

  27. freecoupon berkata:

    I do not even know how I ended up here, but I thought this post was
    good. I do not know who you are but certainly you are going
    to a famous blogger if you aren’t already ;) Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: