Atasi kekeringan dengan kanta lekap pakai buang

Bagi mereka yang rabun, menggunakan cermin mata adalah sesuatu yang membebankan lebih-lebih lagi kepada mereka yang aktif bersukan kerana sedikit sebanyak ia menyukarkan pergerakan.

Penggunaan kanta lekap adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak menggemari memakai cermin mata. Pelbagai pilihan warna dan gaya disediakan bagi mereka yang ingin mencubanya.

Kanta lekap dicipta bertujuan untuk menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman penglihatan.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung untuk beberapa jenis penyakit kornea dan bagi memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

Tetapi, adakalanya pemakaian kanta lekap ini akan menyebabkan pemakai mengalami ketidakselesaan disebabkan kekeringan kanta tersebut khususnya selepas memakainya sehari suntuk.

CooperVision, pemimpin global dalam reka bentuk, pembangunan bahan dan pengilangan kanta lesitizkap, kini memberi pilihan kepada mereka yang menginginkan keselesaan dan kelembapan pada mata dengan mencipta Proclear 1 Day, kanta pakai buang pertama di pasaran.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Perkhidmatan Profesional Serantau CooperVision, Dr. Tan Kah Ooi, dengan adanya kanta lekap seperti ini, pengguna tidak perlu risau lagi terhadap masalah kanta kering.

“Proclear 1 Day ini dapat mengekalkan tahap molekul kandungan air asal yang tinggi, walaupun selepas digunakan selama 12 jam.

“Keunikan dan kelebihan ciri-ciri yang ada pada kanta lekap ini dapat memberi keselesaan yang tiada tandingannya pada pengguna,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Proclear 1 Day baru-baru ini.

Menurut Dr. Tan, ada empat ciri penting yang diharapkan oleh pengguna apabila menggunakan kanta lekap iaitu tahap penglihatan, selesa, mudah dan menyihatkan.

“Kami telah menggabungkan kesemua ciri-ciri ini bagi menghasilkan sesuatu yang dapat menarik dan selamat untuk pengguna,” katanya.

Tambah beliau lagi, bahan yang digunakan merupakan satu-satunya bahan yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

Ia boleh meningkatkan tahap keselesaan bagi pengguna kanta lekap yang mengalami ketidakselesaan ringan atau gejala berkaitan kekeringan semasa menggunakan kanta.

“Penggunaan Aspheric Design dalam kanta ini menghasilkan ketajaman yang lebih tinggi berbanding kanta yang lain.

“Kanta ini mudah untuk dimasukkan dan dikeluarkan kerana kami telah mengoptimumkan reka bentuk kanta aspera dan tinta pengendalian.

“Sisi membulat yang teracu mengurangkan sentuhan sisi dengan selaput mata supaya pengguna lebih selesa memakainya,” ujarnya.

Teknologi yang digunakan bagi menghasilkan kanta tersebut membolehkannya berfungsi dengan lebih cekap dan memastikan mata sentiasa lembap dan selesa.

Kanta lekap ini juga amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai waktu untuk menjaganya seperti kanta lekap biasa kerana ia boleh dibuang selepas memakainya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: