Dosa aniaya isteri

Saya ingin tahu kenapa ada sesetengah lelaki rela membuat isteri menderita dengan meletakkan isteri dalam keadaan ‘gantung tidak bertali’ walaupun sudah lama hidup berasingan. Mereka seolah-olah menggunakan kuasa menjatuhkan talak itu sebagai cara untuk menguasai hidup isteri.

Dalam keadaan begini (apabila pasangan berkenaan sudah tidak mempunyai persefahaman untuk meneruskan perkahwinan), tidakkah suami bertindak di luar batasan kerana mereka secara tidak langsung menyekat hak seorang wanita itu mendirikan rumah tangga dan mencari kebahagiaan sendiri?

Jika berlaku perkara sebegini, apakah tindakan yang boleh dilakukan wanita? Adakah mereka boleh membuat rayuan atau menuntut fasakh di mahkamah syariah (terutama bagi wanita yang mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian)? Tidakkah mereka dikira sebagai isteri derhaka dan berdosa besar kerana meminta perceraian?

Zur,
Klang

Jawapan

Pepatah ada berkata; rambut sama hitam hati lain-lain. Tidak semua lelaki suka menjadikan isteri menderita namun wujud segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa talak yang diamanahkan Allah pada mereka.

Allah memberi amaran dalam al-Quran mengenai dosa suami yang menyusahkan dan memudaratkan isterinya. Apabila sudah tiada persefahaman hendaklah dilepaskan dengan baik juga dan jika berhasrat bersama pastikan suami menjaganya dengan baik.

Jika sudah jelas ada unsur penganiayaan dari suami pihak isteri boleh memfailkan tuntutan cerai pada suami melalui mahkamah dengan cerai fasakh atau taklik. Isteri yang berdosa dan derhaka ialah isteri yang meminta cerai tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Seorang wanita pernah meminta Rasulullah SAW memberikan cerai khuluk kerana tidak mahu terus berdosa bila tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Islam sebagai agama yang adil tidak menganiaya mana-mana pihak lelaki atau perempuan.
Sumber: Ruangan DrMashitah, Harian Metro

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: