ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.
Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.
Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.
Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.
Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.
Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.
Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.
Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.
Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.
Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.
Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.
Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.
Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.
Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.



















Januari 13, 2008 at 11:41 pm |
mmm… saya tak minta banyak… cukup apabila terkena musibah atau sesuatu yang buruk atau merugikan, si isteri berkata, “sabarlah bang, ini semua ujian allah”. bukan menambahkan kecewa, marah dan sakit hati. dahla tak dapat membantu, dia tambahkan lagi beban fikiran.
itu cuma sketsa kat drama. tak ada kaitan ngan yang telah hidup atau yang masih mati.
Januari 14, 2008 at 5:15 pm |
Saya bersetuju bahawa suami yang mendapat kasih sayang dan perhatian isteri akan cemerlang di tempat kerja dan tidak memerlukan orang lain selain isteri di sisi.
Alhamdulillah saya mampu memberikan kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada suami tetapi ini dapat saya lakukan dengan mudah kerena saya dikurniakan seorang suami yang dalam pemerhatian saya, baik, ikhlas, tidak ego dan matang. (insyaallah). Saya dapati daripada pengalaman rakan2, isteri yang tidak dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya adalah disebabkan
1. Isteri itu bukan kategori org yang beriman
2. Suami mereka juga kurang beriman
3. Suami ego dan tidak matang
Selebihnya, saya perhatikan ramai isteri yang cinta dan sanggup memberikan kasih sayang kepada suami yang juga membalas kasih sayang mereka dan berkongsi semua perkara bersama.
Justeru itu yang penting ialah mencari jodah yang sesuai dan beriman. Bukan dengan melihat rupa paras, harta benda dan menurutkan kehendak nafsu sahaja
Februari 6, 2008 at 9:57 am |
Saya kurang setuju sebabnya kaum lelaki sekarang ni malas nak bekerja, hanya mengharapkan pendapatan isteri sahaja, sedangkan tanggungjawab suami harus memberi nafkah kepada isteri menanggung makan minum dan pakaian, tetapi sayang saya tak dapat semua itu, anak saya juga tidak mendapat layanan sebaiknya dari seorang ayah, apakah ini semua harus saya akur untuk menjadi isteri yang solehah..sedangkan di zaman nabi para2 suami yang menyara isteri, bukan isteri yang menyara suami…
Februari 14, 2008 at 3:58 pm |
macam mana plk suami yg mengambil kesempatan ke atas isteri yg bekerja.mcm mintak isteri belikan itu ini,brg2 rumah,tp suami simpan duit mereka.mmg isteri kene beri layanan mesra,senyum ikhlas,abis tu klu merajuk mcm mana.bila hati terluka mesti tak dapat buat mcm tu kan.bila masa nk merajuk.
Februari 26, 2008 at 3:33 pm |
isteri yang telah menjalankan tanggungjawab terhadap suami dengan baik nyer..tetapi bagaimana dengan suami yg masih mengambil kesempatan terhadap isteri nyer…masih tidak cukup kah layanan dan kasih sayang yang telah diberikan oleh isteri…
Februari 27, 2008 at 1:28 pm |
ana setuju sangat dengan apa yg tertulis di atas tapi dunia hari ini yg semakin banyak
cabaran terutama untuk mencari pasangan yang betul2 mampu mengikut syariat bukanlah mudah..tapi walaubagaimanapun usahalah dan pegang pada matlamat meenagapa kita mencari pasangan…jika betullah matlamatnya..jalan yang diambil insyaallah kita mampu meraih bahagia tidak tertakluk pada mencari isteri solehah tetapi juga suami yang soleh
Mac 21, 2008 at 10:27 am |
sy teringin nak dpt isteri yg bila sy ada masalah dia memberi sokongan moral bukan mencari kesilapan nak menambahkan sakit hati. sy mengaku sy gagal dlm perkahwinan tapi sy juga setuju kegagalan dlm suatu perkahwinan itu adalah kesilapan dari suami sbb suami yg mesti bijak membentuk isteri yg solehah.
Jun 24, 2009 at 4:43 pm |
awaklah satu2nye lelaki yg mengaku kesilapan…..yg lain hanya tuduh wanita je…..
padahal, wanita dah jadi isteri yg baik, suri rumah juga….keje lagi….
lelaki ramai yg tak tahu bersyukur.
Ramai wanita yg mati akibat di pukul suami…tu masih kata tak solehah.
bye
Mac 27, 2008 at 10:39 pm |
nk jd isteri solehah gak…emmm
Mac 29, 2008 at 11:35 pm |
semoga sy dikurniakan suami yg soleh
semoga sy dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri
semoga sy dapat menjadi seorang isteri solehah dan ibu yg mithali
semoga sy dan suami berjumpa semula di taman syurga
-ameen-
April 22, 2008 at 11:28 pm |
saya di katakan degil, padahal saya dah buat yang terbaik. Saya isteri yg ke2 tapi suami tak pernah keluar dgn saya takut orang nampak. Saya di sorok.
April 23, 2008 at 10:27 am |
saya bersyukur setakat ni tak pernah minta lebih2 dari kemampuan suami, saya terima seadanya dan dia terima saya seadanya…..saya banyak kekurangan tapi suami tak pernah merungut sejak bersama hampir 16 tahun.
Nak harap suami 100% perfect memang tak boleh. Ada masanya dia down, begitu juga saya…..tapi orang kata give n take la…
nak jadi isteri solehah 100% pun tak boleh la, saya bukan malaikat…
apa-apa pun, bersyukur atas apa yang ada!
April 29, 2008 at 3:56 pm |
isteri yang solehah….
saya banyak tgk golongan suami ni…. bagi saya sungguh mengecewakan, termasuklah suami saya sendiri.
meminta supaya terima kelemahan dia seadanya walhal dia sendiri tak dapat menerima kelemahan isterinya sendiri. sang isteri hanya mampu diam tanpa sebarang tentangan dan ungkitan bagi menjaga keamanan rumah tangga walaupun hati ni sakit dan menangis. tetapi sang suami sikit2 mengungkit kelemahan isteri, merendahkan isteri demi egonya dan keluarganya.
dulu saya tertanya jugak, kenapa kebanyakan isteri mendiamkan dia bila disakiti. tapi bila saya sendiri menjadi isteri, baru lah saya tau.. mereka buat begitu demi menjaga rumahtangga mereka agar suaminya sentiasa gembira dan bahagia walaupun hati sendiri tak gembira dan bahagia. mereka relakan diri mereka dihambur sang suami. kerana.. mereka terlalu sayangkan suami mereka dan menerima seadanya suami mereka.
ni cakap org tak beriman, kadang2 terpikir gak.. adalah isteri ni dijadikan macai suami? hanya mementingkan hati suami sedangkan hati sendiri tergadai. bila melawan, berdosa, bila ikutkan, makan hati.
Julai 15, 2008 at 9:50 pm |
nak jadi isteri solehah dan yang terbaik untuk suami.bukanlah saya ni sempurna utk suami,tapi saya akan buat yg terbaik untuk dia.harapan saya pun sama,dia akan layan dengan sebaiknyer terhadap saya.saya ju ga kadang2 macam sinar juga,bila melawan berdosa,bila ikutkan makn hati,so kita sebagi isteri kenala banyak bersabar kerana dia tetap suami kita selamanyer dunia akhirat.semoga saya akan bahagia selamanyer bersamanyer.
Ogos 20, 2008 at 12:38 pm |
suami juga main peranan utk si isteri jadi isteri solehah. kalo da tak bagi langsung nafkah pada keluarga..agak2nya, bolehker si isteri senyum lagi ngan suami, sayang suami??…so, salah siapa kalo isteri dah tak sayang suami?…dah 2 tahun saya tak dapat nafkah dari suami, semua perbelanjaan dia saya tanggung, pengajian dia saya tanggung, perbelanjaan keluarga saya tanggung, malah perbelanjaan utk keluarga dia juga saya tanggung…suami apa tu???!!!…agaknya, masih boleh ker saya tersenyum???….
Ogos 21, 2008 at 4:11 pm |
Saya setuju dengan Nora, kalau tengok perenggan yang di atas
“Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.”
saya tidak dapat keperluan dari suami. Semua urusan rumah tangga termasuk perbelanjaan makan minum dan segala2nya terletak di tangan saya, suami hanya ada gaji untuk diri sendiri (beli hp 2 dan digital camera 2) TAPI beli susu anak pun tak nak…SO macamana isteri nak bagi layanan kelas satu?
APa yang saya faham, suami wajib mentaati suami dan layan suami macam raja kalau suami menjalankan tanggungjawabnya. Suami yang tk kisah, maka isteri pun tak leh nak senyum…
Ogos 21, 2008 at 4:16 pm |
Untuk Faizal, belajarlah dari kesilapan yang lalu, moga2 dapat menjadi suami soleh supaya dapat mendidik isteri supaya menjadi solehah.
April 8, 2009 at 9:08 pm |
sy sgt sygkan suami..sy ign jd yg trbaik untuknya..sy pnh bjnji utk diri sy,cmne mrh pun dia pd sy, cmne benci pun dia trhdp sy, apepun sgkaan dia pd sy, sy tetp akan menyayanginya utk slmanya..insyaAllah…
Jun 16, 2009 at 11:10 am |
istri yang baik adalah ia mampu memberikan yang terbaiak pula untuk suami nya. sebagai istri bukan kita disuruh untuk mengalah, isalam sudah meberikan porsinta buat istri maupun suami…..
sebagi istri berusahalah untuk memberikan yang terbaoiak untuk suami, menjadi pendamping setia seorang nahkoda kapal…
banyak istri yang mengeluhkan sikap suaminya..
akan tetapi belajarlah untuk mencintai kekurangna pasangan kita bukan mencintai kelebihannya..
rumaha tangga yang didasari keimanan akan embawa kita pada surga dunia dan akhirat…
Jun 24, 2009 at 2:26 pm |
sy ase sowg istri msti lkukn tggungjwbnya sbaik mgkin..istri mna yg sggup mliht suaminya mcari pmpuan laen…
Jun 25, 2009 at 4:50 am |
solehah..btul kta awk..kta ni istri ingin mnjdi istri yang tbaik, mdgr kta suami n jauh skali nk drhakan..tp apalah dya sgla pgorbanan tidak dpt dpndg dgn mta halus sbliknya kekuranga dpt dpndg dgn mta ksar..xkan ada istri yg snggup melihat kecurangan istri dgn wanita lain..sesungguhnya allah swt mjdikan kta yang ptama tuk suami krn allah swt tu mha adil die thu sglanya yg blaku..pilihan dariNYA tuk kta adalah yang pling tbaik..tp kta sbg hambanya tidak pnh rs bsyukur dgn ape yg ada..slma 5 thn sy mjdi istri bkn mhu mengungkit tp tiada penghargaan buat suami tcinta..apa dosa sy sehinggakan die curang dgn perempuan lain yg hanya mahu meruntuhkan rumahtangga yg sy bina atas dasar k.syg yg suci n ikhlas menerima dia seadanya..isteri yg mcm ner lg suami perlu cri..sgala2nya sy tlg..sehinggakan nafkah pun sy tlg..n x pnh nk bkira..nafkah kuarganya sy juga tlg hlurkan..blik kg pun sy sentiasa mbwa kpluan supaya dpt membahagiakn kuarganya..tp bla blaku pgolakan umahtangga sy seluruh kuarganya membenci sy..knp nmpk pd kekurangan..knp x dlihat ttg kebaikan..nsib sy bkerja n x mgharap duit suami..sy thu doa istri yg t’aniaya akan dmakbulkan allah swt..smga 1 hari suami sy akan sedar atas sgala ksipannya..