Derma Darah ~ Tubuh rasa segar

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
JIKA pernah terlintas dalam fikiran anda ingin menyertai kempen derma darah untuk mengetahui status kesihatan diri, padamkan niat anda.

Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan dan tidak boleh dijadikan serampang dua mata demi kepentingan diri.

Untuk menjadi penderma darah, perkara pertama ialah memastikan anda benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.

Jika memenuhi syarat layak menjadi penderma darah, tiada sebab untuk berlengah kerana darah anda akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menyambung nyawa orang lain.

Kalau ada menyatakan menderma darah boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk, usah percaya kerana menurut Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr Umi Kalsom Md Ariffin, sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong dakwaan itu.

Sebaliknya, menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa.

Usah takut kita akan mengalami masalah kekurangan darah selepas menderma kerana perkara ini tidak terjadi. Secara semula jadi, badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari).

Apabila kita menderma darah, proses sama berlaku. Badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen.

Penderma hanya dibenarkan menderma darah pada jarak masa tiga bulan sekali.

Ini sebabnya ramai penderma berasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah. Malah, rata-rata penderma berasa tenang kerana tahu darah mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru.

Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

“Bagaimanapun, masih ada yang takut untuk menderma, terutama wanita, apabila mendengar dakwaan sesetengah pihak bahawa menderma darah boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sehingga kini tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan itu, jadi tidak perlu takut untuk menderma jika cukup sihat.

“Ramai orang ingat jika ada penyakit mereka tidak boleh menderma darah, tetapi tanggapan ini kurang tepat kerana hanya dalam keadaan tertentu seseorang itu dilarang menjadi penderma,” katanya ketika kempen derma darah kedua anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Berapa banyak darah yang diambil? Dr Umi berkata, jumlah darah yang boleh diambil daripada seseorang penderma ialah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah isipadu darah jangkaan.

Contohnya jika seseorang individu itu mempunyai berat badan 70 kilogram, jumlah isi padu darahnya dianggarkan sebanyak lima liter. Jadi jumlah darah yang diambil antara 350 hingga 450 mililiter saja.

Ini sebabnya individu yang mempunyai berat badan kurang daripada 45 kilogram tidak dibenarkan menjadi penderma kerana jumlah darah dimilikinya hanya cukup untuk keperluan diri.

Proses derma darah adalah selamat. Sebelum menderma, penderma perlu mengisi borang soal selidik untuk mengetahui status kesihatan mereka, diikuti pengambilan tekanan darah (bagi memastikan tekanan darah adalah normal) dan ujian pengenalan jenis darah.

Contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling secara peribadi bagi memastikan anda penderma berisiko rendah. Selepas menderma darah, penderma diberi pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

“Jangan derma darah jika anda tidak memenuhi syarat menjadi penderma darah, contohnya jika kurang tidur, kerana ia boleh memberi kesan kepada diri. Jika anda demam atau mengambil ubat tertentu seperti antibiotik, jangan menderma darah kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada penerima,” katanya.

Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX — yang semuanya ada kegunaan tersendiri. Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah.

Plasma darah ini juga diproses untuk dijadikan ‘ubat’ bagi merawat penyakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Individu yang menghidap penyakit juga sebenarnya boleh menderma. Jika tidak pasti mengenai keadaan anda, berbincang dulu dengan doktor. Luangkan masa untuk mengunjungi kempen derma darah kerana di sana ada doktor yang boleh memberi nasihat dan mengenal pasti kedudukan anda.

Dilarang derma

> Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
> Pernah mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
> Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
> Pernah mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).
> Pernah mengadakan hubungan seks dengan dua-dua jantina (biseksual).
> Pernah mengambil dadah secara suntikan.

Boleh derma

> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Dilarang derma sementara waktu

> Demam (apabila sakit atau demam, darah kita mengandungi banyak sel darah putih — yang boleh memberi kesan kepada penerima).
> Berat badan kurang 45 kilogram.
> Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas dos terakhir).
> Tidur kurang lima jam.
> Minum minuman beralkohol kurang dari 24 jam.
> Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
> Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
> Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
> Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

15 Responses to Derma Darah ~ Tubuh rasa segar

  1. maziah berkata:

    kenapa rs pening selepas beberapa jam saya menderma?pada hal saya tiada masalah menderma sebelum ini?Perkara ini mengejutkan saya kerana ini kali ketiga saya nebderma…saya tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan pun

  2. salam…

    ni kali ke 3 sy menderma darah, sebelum ni tak ada masalah berlaku, malangnya bila sy menderma pada 8 april yg lalu, sehingga hari ni sy demam, boleh sy tahu kenapa jd demikian?

  3. Syed izan berkata:

    saya pertama kali menderma darah…tiba2 muka saya pucat n berpeluh semasa proses menderma..kenapa? n darah yg diambil x penuh lagi kerana nurse melihat keadaan saya begitu..minta penjelasan

  4. kebayan berkata:

    syed izan .. sebenarnya .. anda rasa agak ketakutan .. itu yang berpeluh dan pucat .. semasa proses menderma .. kenalah relax .. tarik nafas panjang ..

  5. oji berkata:

    kenapa sy rase mengantuk je lepas derma darah 8/8/10 hr tu? n nk complain sket la kat staff nurse PDN nih…die x pandai cucuk so smpi akrg tgn sy bengkak n lebam pas derma darah ahad lepas…

  6. oji berkata:

    kenapa sy rase mengantuk je lepas derma darah 8/8/10 hr tu? n nk complain sket la kat staff nurse PDN nih…die x pandai cucuk so smpi akrg tgn sy bengkak n lebam pas derma darah ahad lepas…

    • nur izyean berkata:

      saya pun mcm awak jgak.. lpas je derma drah, tngan saya bengkak n lebam teruk.. da seminggu tp msih blom hlang… ada sesiapa yang boley bg tips cam ne nak kurangkan lebam da bengkak ni.. risau jgak sy ni…

  7. yuyui berkata:

    bg ssape yg bru abis mderma drh,n dapati tgn dia ada kesan lebam,jan risaw lebam 2 bukan serius mana pn..
    Aq prnh ada kes bgtu,masa 2 1st tyme drma darah.. Aq pn risaw thp gaban la sbb xprnah nmpak lebam teruk gitu skali..
    Abah suruh tuam ngan air suam pastu..Alhmdlah,kesan dia positive..hrm..
    Bg sspe yg lebam pas derma drh,jan risaw sgt la k..

  8. cikpia berkata:

    selepas derma darah saya jadi mengantuk jer….. dah seminggu macam nie. adakah ini kesan derma darah atau tidak?

  9. noordiyana yusoff berkata:

    assalamualiakum. saya noordiyana. alhamdulillah sy dah 7 kali menderma. setakat sekarang, sy x ada apa2 masalah pun. cuma saa nak tanya, adakah elok kalau kita cuma menggunakan sebelah tangan sahaja untuk menderma? kerana saya menulis menggunakan tangan kanan, jd sy selalu menggunakan tangan kiri untuk menderma. sy nak tahu ada x apa2 kesan yg akan sy alami?
    terima kasih.

  10. Ilham Azza berkata:

    assalamualaikum… saya Ilham, sy dah 20x menderma dan hampir kesemuanya sy derma guna tangan kiri. alhamdulillah setakat ni sihat2 jaaa… jgn takut … teruskan menderma .. ikhlaskan niat dan semoga Allah menulis amalan derma darah ni sebagai amal soleh .. insyaallah ..

  11. ariey berkata:

    assalamualaikum saya baru lepas menderma darah..kali nie buat kali kedua .. tp untuk kali nie .. saya rasa pening ,sesak nafas dan sakit dalam dada.. jadi ada x sape2 yang dapat membantu menjawab persoalan saya nie .. atau sesiapa sahaja yang mahir ngan sume nie ..please

  12. kiera idora berkata:

    Hai.. sy nk tny.. kenapa darah tinggi tak boleh menderma? Sy tak mengambil apa2 ubat pun, cuma doc kata saya ada drh tinggi yg berubah2 sbb stress management yg tak baik… sy nak sgt menderma tapi… :(

  13. Assalamualaikum..sy nak tanya..klu kite diperingkat awal mengandung dan tak tau kite tgh 8, pergi derma darah, ape jadi ye? Boleh ke tak? Takut pulak rase..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: