Suami mithali idaman isteri

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

6 Responses to Suami mithali idaman isteri

  1. ruslan berkata:

    Jika mengikut senarai di atas memang banyak (30) ciri-ciri yang perlu pada seseorang untuk menjadi suami mithali. Saya percaya sebahagian ciri-ciri dinyatakan memang diikuti oleh seorang suami yang bertanggungjawab samada secara disedari atau tidak.

    Persoalan disini isteri menyatakan amat meyintai suami saban waktu tetapi hanya dimulut sahaja. Ini kerana suami bagai dipuja dengan kata-kata sedangkan seringkali perbuatan atau tingkahlaku isteri tidak menunjukan kecintaan pada suami. makan minum terabai, tuturkata sering menyentuh perasaan suami, boros berbelanja, tiada rasa hormat, layan suami bagai “mainan yang berharga” pendek kata banyak perkara yang tidak menyenangkan suami. Suami terpaksa mendiamkan diri agar hati isteri tidak terluka, suami terpaksa kedapur saban hari kerana isteri tidak minat memasak dan demi anak-anak dan berjimat cermat dan banyak lagi yang menyebabkan fikiran suami berserabut dan tidak tenteram. Namun suami terpaksa korbankan perasaan malah berkorban agar rumah tangga tidak porak peranda. Suami sering “makan hati berulam jantung”. Demi rumahtangga dan anak-anak pengorbanan suami dianggap sebagai suami yang tak berani. Suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi walaupun keadaan yang dirasai tidak seperti yang diingini. Mungkin ada pandangan dari situasi ini sahabat taulan. t.kasih

  2. Laila berkata:

    Suami mithali payah dicari. Tetapi jika seorang lelaki yang beriman tidak sukar untuk memenuhi ciri-ciri di atas. Bahagialah wanita yang menjadi isteri kepada suami mithali ini. Sebenarnya keegoan yang ada dalam diri seseorang yang bernama lelaki inilah yang menjadi tembok kepada mencapai gelaran suami mithali ini.

  3. kasih berkata:

    Bgi sya, tk smestinya suami beriman mmenuhi smua ciri2 tersebut. Tpi tk dinafikan ada yg mmnuhi ksemuanya or hmpir ksmuanya. Slh satu contoh, ada suami yg jnis tak berapa bnyk ckp dlm kreta. Sbb memang jnis mcm tu. Tpi kat rumah memang dia suka berbual dgn isteri dan kluarga. Si isteri pun memang fhm dan tk fikir itu satu mslh atau kekurangan dri segi sifat2 sbgai suami mithali. Tapi Alhmdulillah, sya rsa suami sya memang memenuhi ciri2 sedemikian. Tpi kita msti ingat, suami juga manusia biasa, ada ktika dia berbuat silap, mcm isteri juga. No body is perfect. Perbincangan dan persefahaman perlu ada pd suami isteri. Pd yg tk pndai nak bincang2 atau luahkan perasaan tak senang hati tu, cuba blajar scara prlahan2, ckit2. Kdg isteri atau suami yg cuai tnggungjwb ni, tk smestinya dia jahat. Kdg2 ia trjdi akibt trlalu dimnjakan oleh psngan drpd awl prkhwinan lagi. Akhirnya brlarutan hingga mcm tak dpt diubati lagi. Skaliskala tunjukkn lah rasa ktidakpuasan hati tu. Mungkin psngan tu sedar…

  4. nazrida berkata:

    Memang terdapat isteri yang tidak tahu menghargai suami. Kata saja sayang pada suami tapi perangai adalah sebaliknya. Cuma isteri tak sedar yang sikapnya itu tidak disukai suami kerana suami tak akan kata apa yang dia tak suka! Bila baca semua ni, saya pun mungkin tergolong dalam kategori ini la…….saya kawin pilihan keluarga, tapi saya akur sebab saya tau suami saya memang sukakan saya…bagi saya, suami saya 85% misali! selama 16 tahun kawin, memang dia sayang saya, tak pernah dengar gosip dia dengan pmpuan lain. Dia bayar hutang kad kredit saya, urut badan saya kalau saya letih dan sakit, kalau lkat tempat tidur, memang dia buat semua yang saya suka, dia akan dahulukan keseronokan saya dulu dari dia…hampir umur 40 ni, dia makin baik dengan saya! Tapi saya ni jenis pemalas, malas masak, malas kemas rumah, semua serah orang gaji! Saya hanya tahu berbelanja untuk saya, anak-anak dn ke pasar sekali sekala!…juga saya ni pemarah….juga saya ni suka jalan-jalan dengan kawan………….tapi suami tak marah! Dia akan jaga anak kalau saya jalan dengan kawan!…… Cuma satu yang saya puji diri saya dan suami pun puji, saya pandai jaga badan! Biarpun saya tak lah cantik mana, tapi badan saya suami kata macam anak dara!….kawan-kawan lain pun pernah puji potongan badan saya! Memang betul, saya rajin diet, makan jamu dan bersenam. Pantang saya nampak lemak berkumpul kat pinggang, mesti saya bersenam dan berdiet…..suami suka! Tapi bila baca komen ruslan di atas, timbul keinsafan dalam diri saya, tentu suami saya dah lama makan hati dengan sikap saya ni…terimakasih ruslan, awak membuatkan saya sedar diri, saya harap dapat merubah perangai dengan segera sebelum suami buka cawangan!

  5. mohd samdol lokman berkata:

    sy berusaha nak jadi suami yg mithali…

  6. Nur faizahton Binti fisal berkata:

    2 way communication itu lebih baik…tegur menegur..nasihat menasihati…like a friend..boleh gurau..terkurang terlebih tidak berkira..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: