Dialog Rasullullah Dengan Iblis

Januari 31, 2008

Rasullullah S.A.W pernah bertanya kepada iblis, “Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku.Aku telah dibangkitkan utk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T.”

Jawab Iblis: “Ya Rasullullah, demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya.”

Tanya Rasullullah lagi: “Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”
Jawab Iblis: “Ya Muhammad! Sebenarnya aku amat hairan dengan sikap umatmu dalam dua perkara iaitu:

Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Kedua, mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.”

Firman Allah kepada Iblis: “Sememangnya engkau adalah makhluk terkutuk, demi kemuliaanKu, akan Aku beriakn kepada umat Muhammad dua kegembiraan iaitu: kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka lakukan…”

Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahawa umat Muhammad adalah umat yang disayangi Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Memakai gelang tangan berubat

Januari 31, 2008

SOALAN: Adakah orang lelaki boleh memakai gelang tangan bertujuan untuk berubat dan bukan daripada emas?

– Sayuti Zakaria, Bukit Sekilau,

Kuantan,Pahang.

JAWAPAN: Hukum menyerupai wanita memang tidak dibenarkan sama ada melalui pakaian, lagak, perbuatan dan sebagainya. Namun dari segi hukum berubat ada yang ditegah dan ada yang dibenarkan. Adapun yang ditegah itu ialah melalui bomoh, ramalan jampi mantera yang bertentangan dengan ajaran Islam dan melalui amalan sihir jin dan sebagainya. Sedangkan berubat dengan bacaan ayat suci al-Fatihah dan lainnya dibenarkan sekalipun dengan menerima bayaran dan juga cara saintifik yang jelas berkesan dan diakui ramai.

Persoalan

Jadi persoalan anda ini mungkin dapat dikategori dari jenis ini (tidak dilarang) malah disuruh agama seperti kita berubat dengan madu, berjumpa doktor dan sebagainya.

Cuma cara memakai gelang magnet tersebut hendaklah tidak seperti gelang yang boleh dikatakan gelang seperti bentuk perhiasan wanita dan pakailah di tempat yang tersembunyi bukan di tempat yang biasa (tempat terbuka) dipakai untuk perhiasan. Tetapi bila berlaku khilaf ulama dalam satu hukum itu, maka digalakkan seseorang itu meninggalkanya untuk menjauhkan diri daripadanya (khilaf tersebut). Kata ulama: “keluarkan diri dari suatu perselisihan (khilaf) itu digalakkan”, tanpa memaksa orang lain untuk mengikuti dan menerima pendapatnya sahaja. Begitulah dalam segala hukum khilaf yang lainnya. Wallahualam.

- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel mingguan@utusan.com.my. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.


Pasangan yang kerap bertengkar mampu panjang umur

Januari 31, 2008

Pasangan suami isteri digalakkan bertengkar kerana ia adalah rahsia panjang umur. Penyelidik mendapati, suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam kemarahan antara satu sama lain berkemungkinan meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh. Ia kerana cubaan menyelesaikan konflik walaupun dalam tingkah laku menaikkan kemarahan, adalah lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.

Laporan akhbar Daily Mail menyebut, saintis mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori. Kumpulan pertama mengandungi pasangan suami isteri yang membincangkan kemarahan mereka dan kumpulan kedua diisi pasangan yang cuma suami menunjukkan kemarahan sebaliknya isteri memendam perasaan. Kumpulan ketiga membabitkan pasangan yang cuma isteri menunjukkan kemarahan manakala kumpulan keempat mengandungi pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati kematian ketika tempoh kajian dua kali ganda berlaku dalam kumpulan terakhir berbanding kategori lain. Aliran itu nyata walaupun faktor lain seperti usia, merokok, berat badan, tekanan darah, masalah bronkus dan risiko kardiovaskular diambil kira. Di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam kemarahan, 13 kematian dicatatkan. Bagaimanapun, dalam tiga kumpulan lagi membabitkan 166 pasangan, cuma gabungan 41 kematian dicatatkan.

Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan, yang menjalankan kajian itu berkata: “Apabila pasangan bersama, salah satu tugas utama mereka ialah menyelesaikan konflik. Selalunya tiada siapa dilatih untuk berbuat demikian. Jika mereka mempunyai ibu bapa yang baik, mereka boleh mencontohi cara penyelesaian, itu tiada masalah. Namun selalunya pasangan tidak jahil mengenai proses menyelesaikan konflik. Kunci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimana anda menyelesaikannya? Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam kemarahan, dan anda berfikir mendalam mengenainya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah.”


Hubungan Menantu Mentua

Januari 31, 2008

Oleh Diyanah Anuar

KATA orang, perkahwinan itu suatu yang indah untuk dilalui namun di dalam indah itu ada juga terselit liku-liku yang terpaksa diharungi.

Hubungan dengan mentua atau ibu dan bapa kepada pasangan yang dinikahi sering disebut-sebut antara cabaran besar yang akan menguji kehidupan berumahtangga.

Lihat saja realiti dalam kehidupan kebanyakan masyarakat baik apa bangsa sekalipun, hubungan antara mentua dan menantu terutamanya antara ibu mentua dengan menantu perempuan selalu dihimpit masalah dan tekanan.

Sememangnya, ada menantu dan mentua yang mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab, ada juga yang melalui hubungan tidak begitu baik dan ada pula sekadar biasa saja.

Namun, mengapa agaknya segelintir perhubungan antara mentua dan menantu?

Cetusan konflik selalunya bermula pada pertemuan pertama. Sejak itu lagi, bakal menantu biasanya tertanya-tanya, adakah ‘bakal mentua’ akan menyukainya ataupun tidak.

Individu yang sensitif dapat ‘menghidu’ apa perasaan bakal mentua pada pandangan pertama lagi. Bakal pengantin perempuan juga selalunya boleh mengesan jika bakal mentua mereka, terutama bakal ibu mentua merestui hubungan yang ingin dimeterai ataupun tidak.

Bagi sesetengah yang lain pula, kerumitan akan mula wujud saat membuat persiapan perkahwinan. Ketidaksefahaman mungkin terjadi apabila masing-masing ingin membuat keputusan dalam persiapan yang sedang diadakan itu.

Pasangan (suami atau isteri) juga juga boleh menjadi punca perbalahan atau wujudnya perasaan berbaur negatif antara mentua dan ibu mereka terutama apabila mereka tidak menjadikan pasangan mereka sebagai keutamaan.

Jika perhatian dan tanggungjawab yang seharusnya diberikan tidak dilaksanakan oleh si anak ataupun menantu juga boleh membuatkan ibu bapa sentiasa ‘menagih’ waktu, wang ringgit, kasih sayang dan kesetiaan.

Lalu, isteri atau suami pula akan merungut mengenai pasangan mereka yang membiarkan kehidupan mereka dikawal oleh ibu atau bapa.

Konflik juga boleh timbul sekiranya ibu bapa mentua tidak menunjukkan rasa hormat terhadap hak peribadi anak mereka yang sudah berumahtangga.

Antara penyebab lain pula adalah bila lebih banyak kritikan yang dilemparkan berbanding rasa hormat atas perbezaan yang ada. Anak menantu yang lebih banyak dikritik daripada dihargai oleh ibu bapa akan berasa sakit hati, salah faham dan juga marah. Pada perspektif sesetengah mentua pula, menantu hanya akan mendapatkan mereka bila inginkan bantuan saja.

Pun begitu, satu perkara yang harus diingat mana-mana ibu mentua mahupun yang bakal bergelar ibu mentua, kedudukan seorang ibu mentua tidak lagi sama seperti kedudukan seorang ibu kandung. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghubungi atau bertandang ke rumah anak dan menantu mahupun masuk campur dalam urusan kehidupan mereka. Suami atau isteri anaknya adalah keutamaan dalam kehidupan anak mereka kini.

Seperti kata Pembantu Teknik Awam, Rosmaini Salleh, 27, sekiranya seseorang itu sudah memainkan peranan mereka sebagai seorang anak dan menantu dengan sebaiknya, konflik dan masalah dalam perhubungan menantu dan mentua dapat dielakkan.

“Sebagai anak, kita seharusnya bijak melaksanakan kedua-dua tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagai seorang anak.

“Masalah mentua-menantu terutama antara ibu mentua dan menantu perempuan yang selalu berlaku dalam masyarakat kita mungkin terjadi bila si ibu cuba membanding-bandingkan bagaimana mereka menjaga anak mereka dengan bagaimana pasangan anaknya menjaga anak mereka.

“Ini tentunya dapat dielakkan jika kedua-dua anak dan menantu berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,” ujarnya.

Isteri Rosmaini, Sharifah Atan, 23, pula berkata, ‘persaingan’ antara menantu serta mentua yang bersifat pilih kasih juga boleh menjadi faktor yang boleh menimbulkan masalah dalam hubungan mentua-menantu.

“Ada sesetengah mentua yang mempunyai menantu kesayangan hingga membuatkan menantu lain berasa terpinggir atau kecil hati. Ini yang boleh merenggangkan hubungan antara mereka.

“Sebaik-baiknya, mentua jangan membeza-bezakan layanan mereka kepada menantu dan setiap menantu pula saling menghormati antara satu sama lain, barulah hubungan antara mereka dapat dijalinkan dengan baik.

“Saya sendiri bersyukur kerana keluarga mentua melayan saya dengan baik dan banyak memberi tunjuk ajar sejak saya menyertai keluarga mereka setahun lalu.

“Pokok pangkalnya, kita mestilah saling berusaha mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain dan mengelakkan sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan ini,” kata Sharifah.

Shahidah Din, 53, suri rumah yang juga ibu kepada empat orang anak pula berkongsi pendapat beliau, ibu bapa harus bersifat lebih terbuka dan bertolak ansur dengan anak dan menantu mereka.

“Kehidupan anak-anak kini penuh dengan pelbagai komitmen. Jadi, masing-masing tentunya tidak dapat memberikan perhatian seperti mana yang diberikan sebelum berumahtangga dulu.

“Dalam soal ini, ibu bapa seharusnya lebih bertolak-ansur. Seperkara lagi, janganlah pula terlalu campur tangan dalam soal rumah tangga anak-anak. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri. Bila mereka perlukan bantuan, barulah kita bantu. Cuma, apa yang harus ditegur, kita tegurlah,” kata beliau yang lapan tahun bergelar ibu mentua.

“Sejak mula lagi, saya dan suami pastikan kami melayan menantu sama seperti anak sendiri. Saya selalu ingatkan diri sendiri, saya juga ada anak-anak lain yang satu hari nanti akan menjadi menantu orang juga. Takut kalau kita layan menantu dengan buruk, perkara yang sama akan terjadi kepada anak kita pula,” katanya sambil menyatakan sifat saling hormat adalah perkara terpenting dalam jalinan hubungan mentua-menantu.

Apapun, setiap manusia ingin diri dihargai. Perasaan ini dapat dizahirkan apabila kita saling menghormati antara satu sama lain dan memahami batas perhubungan mentua dan menantu.

Masing-masing harus tahu bagaimana hendak menjaga hati masing-masing.

Pada yang bergelar suami atau isteri pula, pastikan perasaan pasangan anda juga dijaga sebaiknya. Kebanyakan konflik mentua-menantu dapat dielakkan apabila setiap pasangan tahu bahawa kedudukan mereka lebih diutamakan daripada yang lain.

Tips memastikan hubungan dengan mentua-menantu sentiasa baik

  • Cuba bermesra – Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.
  • Dahulukan keluarga anda – Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa ‘jauh’ dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.
  • Usah babitkan anak-anak dalam masalah – Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.
  • Dapatkan nasihat – Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.
  • Terima seadanya – Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Bebaskan gigi daripada plak

Januari 31, 2008

PLAK adalah lapisan bakteria yang boleh wujud di permukaan gigi. Bakteria yang hidup menerusi makanan yang tertinggal pada gigi akan menghasilkan asid dan menyerang lapisan enamel gigi hingga menyebabkan pereputan pada gigi.

Plak juga boleh berlaku pada akar gigi di bawah gusi dan menyebabkan kerosakan pada tulang yang menyokong gigi. Persoalannya, adakah berus gigi anda mampu menanggalkan plak dengan berkesan?

Bagi mengelakkan gigi dan tubuh anda dihidapi penyakit yang berpunca daripada kesan pembersihan plak gigi yang tidak sempurna, pemilihan berus gigi yang sesuai dan berupaya menanggalkan plak adalah penting.

Sehubungan itu, Oral-B jenama berus gigi terkenal untuk golongan kanak-kanak dan dewasa tampil dengan berus gigi Oral-B Cross Action Massage baru yang telah terbukti secara klinikal dapat menanggalkan 90 peratus plak pada gigi anda.

Penemuan dan inovasi ini adalah hasil teknologi moden yang diperkenalkan Oral-B terhadap reka bentuk berus gigi terbaru ini.

Oral-B Cross Action Massage bercirikan berus CrissCross yang diletakkan secara bertentangan dan direka bentuk untuk melentur dan menegang, membersihkan celahan gigi dan gusi daripada plak.

Dua baris pengurut gusi yang lembut diletakkan pada kedua-dua sisi berus akan mengurangkan gingivitis dalam tempoh empat minggu.

Sementara berus pelbagai bahagian Power Tip pada hujung berus membantu membersihkan kawasan yang sukar dicapai.

Dengan penunjuk biru (Indicator) yang akan pudar apabila tiba masa untuk menggantikan berus serta pemegang yang lebar dan ergonomik memastikan genggaman kemas semasa memberus.

Berus gigi ini boleh didapati dalam empat pemegang berlainan warna seperti Aqua, Indigo, Chartreuse dan Raspberrys serta dijual pada harga RM13.90.