Huraian punca kes fasakh ditangguh

SAYA menfailkan permohonan perceraian secara baik dengan suami tetapi beliau enggan melepaskan saya dan kini saya memohon perceraian secara fasakh dengan menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman. Kes ini berlarutan lebih setahun di mahkamah. Sehingga kini suami masih tidak menjawab pembelaan terhadap tuduhan saya. Hakim di mahkamah juga seakan-akan memberikan kebebasan kepada suami dengan menangguhkan kes walaupun suami tidak membuat pembelaan. Setiap kali saya mengajukan pertanyaan kepada Biro Bantuan Guaman, jawapan yang diterima daripada peguam saya adalah: “Kita tak boleh buat apa-apa sebab suami puan juga menggunakan khidmat biro bantuan guaman.” Adakah saya tiada hak untuk mempercepatkan kes hanya kerana saya dan suami menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman? Harap dapat penjelasan pihak tuan.

Isteri keliru,
Kuala Lumpur

ISU dalam persoalan ini menjurus kepada prosedur atau tatacara di Mahkamah Syariah sebelum kes diputuskan oleh hakim. Dalam sistem kehakiman Islam, sebelum menjatuhkan hukuman atas sebarang tuntutan, ada garis panduan wajib dipatuhi hakim.
Garis panduan itu dinyatakan dengan jelas bahawa hakim perlu membuat keputusan berpandukan al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad selepas mengambil kira hak kedua-dua pihak dipenuhi. Antaranya hak memberikan keterangan bagi pihak menuntut dan hak membela diri bagi pihak dituntut.

Hakim dan peguam perlu mematuhi setiap tatacara serta garis panduan ditetapkan hukum syarak supaya mahkamah boleh membuat keputusan dengan adil tanpa sebarang syak wasangka. Panduan itu bukan untuk melewatkan perjalanan kes atau menganiaya mana-mana pihak tetapi demi mencapai keadilan selepas hak kedua-dua pihak bertikai di dengar di mahkamah.

Demi memudahkan hakim dan peguam, diwujudkan Akta/Enakmen Prosedur Mal berkaitan garis panduan yang selari dengan sistem kehakiman Islam. Jika garis panduan itu tidak dipatuhi oleh hakim, hakim berkenaan bukan saja menanggung dosa di sisi Allah, malah keputusan kes diputuskan olehnya akan mudah untuk dirayu semula oleh pihak yang kalah menggunakan alasan hakim tersilap daripada segi hukum syarak dan prosedur undang-undang kerana tidak mematuhi garis panduan sebelum menjatuhkan hukuman.

Apabila puan memohon sesuatu di mahkamah sama ada secara bersendirian atau diwakili peguam syarie, mahkamah perlu menentukan terlebih dulu sama ada saman dan pernyataan tuntutan puan sudah diterima suami.

Pada hari pendengaran kali pertama kes fasakh puan, jika suami hadir di mahkamah, soalan yang perlu mahkamah pastikan adalah sama ada suami puan sudah menerima saman dan pernyataan tuntutan kes fasakh itu.

Jika suami sudah menerima dokumen berkenaan, mahkamah perlu memastikan sama ada suami bersetuju dengan tuntutan fasakh puan atau tidak dan ingin membuat pembelaan terhadap tuntutan itu.

Jika suami berhasrat untuk membuat pembelaan, itu adalah hak bagi seseorang defendan membela dirinya dan hakim perlu memberikan peluang. Dalam Islam, sesiapa dituduh atau orang yang dituntut berhak diberi peluang membela diri dengan menjawab tuntutan terhadapnya dan menfailkan pembelaan.

Sebagai seorang awam, suami puan tentu kurang arif berkaitan bahasa undang-undang dan tatacara menyediakan pembelaan. Oleh itu, suami berhak menggunakan khidmat peguam. Penyediaan pembelaan bukan mudah dan boleh dibuat secara spontan di hadapan hakim. Ia perlu dibuat secara bertulis dan difailkan di mahkamah sebagai dokumen yang akan direkodkan bagi memudahkan pihak puan menjawab balas pembelaan suami.

Apabila hakim membenarkan defendan menyediakan pembelaannya, hakim akan menangguhkan kes untuk didengar pada masa akan datang bagi memberikan peluang defendan memfailkan pembelaan secara bertulis dan teratur.

Secara praktikalnya, tindakan hakim menangguhkan kes puan kerana suami belum memasukkan pembelaan bukan bermaksud memberikan kebebasan kepada suami dengan sengaja untuk menangguhkan kes.

Ia bertujuan memberi peluang sekali lagi bagi beliau jika alasan kelewatan kali pertama untuk memasukkan pembelaan adalah munasabah dan boleh diterima hakim. Jika sehingga dua kali pendengaran kes, suami puan atau wakilnya masih belum menfailkan pembelaan, maka puan berhak memohon untuk meneruskan kes dengan perbicaraan.

Kes puan sudah berlarutan selama satu tahun adalah kerana pada pendapat saya, awalnya puan menfailkan kes perceraian secara persetujuan tetapi apabila suami enggan menceraikan secara baik, puan terpaksa memohon cerai secara fasakh.

Oleh itu, apabila sampai kepada pendengaran kes fasakh, tempoh puan berulang alik ke mahkamah boleh mencapai hingga satu tahun. Ia tidak akan berlaku jika daripada awal permohonan, puan menfailkan permohonan cerai fasakh.

Isu sama ada puan dan suami sama-sama menggunakan khidmat peguam Biro Bantuan Guaman atau peguam swasta menyebabkan pembelaan suami puan lewat difailkan ke mahkamah atau menyebabkan kes ditangguhkan tidak timbul.

Kemungkinan kelewatan penyediaan pembelaan oleh peguam yang mewakili suami puan adalah disebabkan kegagalan suami berbincang dengan peguam beliau berkaitan isu pembelaan diri. Untuk pengetahuan puan, peguam hanya akan menyediakan pembelaan berkaitan isu diarahkan anak guamnya saja.

Adalah bersalahan dengan etika kepeguaman jika peguam menyediakan pembelaan tanpa arahan dan perbincangan dengan anak guamnya terlebih dulu kerana hanya pihak terbabit yang tahu masalah rumah tangga mereka.

Tugas peguam adalah sebagai pemudah cara di samping membantu mahkamah untuk membuat keputusan dengan adil. Walau bagaimanapun, jika puan masih ingin mendapatkan jawapan lebih terperinci berkaitan khidmat biro bantuan guaman, puan dinasihatkan berhubung terus dengan pihak berkenaan.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

19 Responses to Huraian punca kes fasakh ditangguh

  1. suhaila berkata:

    assalamualaikum…
    Bolehkah kes bercerai secara fasakh selesai hanya dengan kehadiran satu pihak sahaja kerana satu pihak lagi sengaja tidak mahu datang sedangkan penyampaian gantian telah dilakukan..
    ?

  2. amutha a/p raya retinam berkata:

    saya kahwin dgn suami saya 4 tahun,saya mengalami mengalami masalah dengannya.dia tingalkan saya dah 3bulan dengan keadaan mengandung sarat 7 bulan.sekarang saya tak tahu dimana bia berada.saya nak pertolongan dari tuan/puan

  3. anak yang runsing berkata:

    saya ada masalah yang ingin diajukan pada pihak tuan,mak saya telah menuntut cerai Fasakh tanpa pengetahuan ayah saya.saya dan mak telah pergi ke biro bantuan guaman untuk mendapat nasihat,tetapi masalahnya sekarang peguam itu megatakan bahawa kes mak saya ini agak rumit kerana tidak ada bukti hitam putih,untuk pengetahuan tuan ayah sering memberi penderaan emosi dan fizikal kepada mak.mak pula sekarang sudah seminggu tidak balik ke rumah kerana baru-baru ini ayah telah memukul mak,tetapi tidak ada kesan.sebelum ini pon pada 2 tahun yang lepas ayah pernah megacukan parang kepada mak,tetapi nasib baik kami adik-beradik ada di rumah.saya sendiri pun telah tidak tahan melihat mak diperlakukan seperti itu.yang sekarang tinggal di rumah cuma adik perempuan yang masih bersekolah.sewaktu kami anak lelaki ada di rumah ayah tidak berani memukul mak tetapi apabila tinggal mak ddengan adik perempuan dirumah,ayah akan membuat perangai semula.ayah adalah seorang pesara tentera dan telah pencen selama hampir 15 tahun,umur ayah sekarang 56 tahun.mak pula masih bekerja di jabatan awam,umur mak 49 tahun.mak dan ayah telah berkahwin selama 27 tahun.saya sebagai anak yang kedua melihat ayah dan mak tidak boleh hidup bersama lagi.masalahnya sekarang peguam itu megatakan jika mak ingin menuntut Fasakh juga haruslah mempunyai bukti hitam putih dari hospital yang menunjukkan mak sering dipukul.tetapi masalahnya kesan itu telah hilang.peguam tersebut juga megatakan jika tidak ada bukti hitam putih dari pihak hospital atau polis,agak sukar untuk menang kes ini,saya berharap pihak tuan ada tak pendapat lain yang dapat saya dan mak lakukan agar lebih memudahkan kes ini di mahkamah nanti dan seterusnya mak dapat menuntut Fasakh dari pihak mahkamah.saya amat berharap pihak tuan dapat membantu kes mak saya ini.sekian terima kasih.

  4. siti aminah berkata:

    assalamualaikum,saya pelajar jurusan syariah dan perindangan islam.saya dalam proses untuk menyiapkan kajian saya tentang penceraian fasakh.di dalam tajuk ini,saya mengalami kerumitan dalam mencari prosedur fasakh yag sebenar.ini,kerana,kebanyakan prosedur fasakh yang telah saya cari,bergantung kepada kes itu sendiri.jadi,sya ingin mengetahui prosedur fasakh yang sebenar secara umumnya.saya harap akan mendapat maklum balas daripada kesulitan saya ini.sekian.

  5. effa berkata:

    Fasakh

    Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).

    Cara melakukan fasakh

    Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
    Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
    Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
    Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

    Khuluk atau tebus talak

    Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

    Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

    Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

    Memelihara hak wanita
    Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
    Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

    Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

    • Alia berkata:

      Cik Effa,

      Saya amat buntu sekarang dengan kelakuan suami saya yang suka berkawan dengan perempuan yang tidak senonoh yang dikenali melalui laman internet..saya ada terbaca email yang dihantar dan diterima oleh perempuan tersebut. Saya amat kecewa dengan kata-kata sayang dan berbau lucah suami saya.
      Untuk makluman, ini bukan kali pertama perbuatannya. Sebelum ini dengan kenalan yang berstatus janda, perkara ini telah berlaku semasa saya mengandung tahun 2006 ..saya hanya menyedari pada tahun ni (2009)…Saya amat tertekan dengan perbuatan suami saya ini. Mohon Cik Effa dapat membantu saya. Terima Kasih.

  6. effa berkata:

    Prinsip mengenai perceraian pada amnya adalah berdasarkan dengan cara yang baik. Ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 229 yang menyebut bahawa bolehlah berpegang dengan cara yang maaruf atau bercerai dengan cara yang baik.

    Jelas di sini bahawa sekiranya pasangan di dalam perkahwinan ingin bercerai maka mereka haruslah bercerai dengan cara yang baik.

    Fasakh adalah diertikan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan melalui perintah kehakiman.
    Ia juga dikenali sebagai tafriq dalam bahasa Arab. Ia merupakan satu cara bagi wanita untuk mendapatkan perceraian dari suaminya.

    Terdapat perbezaan di antara mazhab-mazhab mengenai fasakh.

    Mazhab Hanafi berpendapat pembubaran perkahwinan adalah hak suami sepenuhnya dan mahkamah hanya mempunyai hak sekiranya suami mempunyai kecacatan yang serius.

    Pandangan jumhur Shafie pula mengatakan bahawa fasakh dibenarkan atas alasan kecacatan pihak suami (mati pucuk, tidak siuman, kusta) dan sekiranya suami tidak mampu memberi nafkah minimum yang ditetapkan.

    Pengikut mazhab Maliki dan Hanbali pula memberi tafsiran yang lebih luas mengenai kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembubaran perkahwinan. Mereka berpendapat bahawa isteri boleh memohon fasakh dengan alasan suami telah melakukan kemudaratan ke atasnya yang menjadikannya mustahil untuk meneruskan kehidupan perkahwinan mereka.

    Contohnya memukul, menghina atau memaksanya melakukan perkara yang tidak senonoh.

    Di Wilayah Persekutuan, kita telah menerima pakai tafsiran mazhab Maliki dan akta telah menyatakan 12 alasan yang membolehkan seorang isteri untuk mendapatkan perintah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh.

    Rujukan kini harus dilakukan kepada Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Seksyen tersebut telah menggariskan perkara-perkara berikut yang boleh dijadikan alasan oleh seorang isteri;

    (a) Dia tidak mengetahui di mana suami berada selama lebih dari satu tahun;

    (b) suaminya cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama lebih tiga bulan;

    (c) bahawa suaminya telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih; (Hukuman tersebut haruslah telah dikemukakan dan suami telah menjalani hukuman selama satu tahun.)

    (d) bahawa suami tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

    (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

    (f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

    (g) bahawa apabila isteri dikahwinkan, dia belum mencapai umur 16 tahun dan dia menolak perkahwinan tersebut sebelum dia berumur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya;

    (h) bahawa suami telah menganiaya isteri. Ia juga boleh bermaksud bahawa:

    - suami telah sentiasa lazim menyakiti atau telah menjadikan kehidupan isteri menderita; atau
    - suami telah berkawan dengan wanita yang tidak baik mengikut Hukum Syarak; atau
    - suami telah memaksa isteri hidup secara lucah; atau
    - suami telah melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan haknya ke atas harta tersebut; atau
    - menghalang isteri dari menjalankan kewajipan atau amalan agama; atau
    - jika suami berpoligami, dia telah tidak melayani isteri secara adil menurut Hukum Syarak;

    (i) suami telah enggan bersetubuh dengan isteri melebihi tempoh empat bulan;

    (j) isteri tidak merestui perkahwinan di antara mereka sama ada kerana isteri telah dipaksa untuk berkahwin, tidak sempurna akal atau perkara lain yang diakui Hukum Syarak;

    (k) isteri menghadapi penyakit kurang siuman;

    (l) apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinan di bawah Hukum Syarak.

    Bagi penganiayaan fizikal seperti pukul, ia tidak perlu dibuktikan bagi isteri bahawa perbuatan itu selalu dilakukan oleh suami. Memukul walau tidak lazim adalah mencukupi untuk membuktikan penganiayaan.

  7. jannah berkata:

    Effa, saja nak bertanya untuk pengetahuan, you bercerai secara tuntut fasakh ke atau diceraikan suami? Seorang isteri yang sudah tidak bahagia dengan suaminya, bolehkah dia tuntut fasakh? Alasan: suami curang, tidak bertanggungjawab, mcamana nak buktikan semua alasan itu? Kalau tengok alasan di atas, nampak macam susah nak tuntut fasakh.

  8. effa berkata:

    Sy lari dari rmh since jan’99 dn digantung x bertali. aug’04 baru sah bercerai secara baik setelah kami berbincang. Proses kaunseling hingga ke mahkamah hanya memakan masa satu bulan saja kerana masing2 memberikan kerjasama. Yg menjadi masalah dan kes itu berlarutan lama adalah kerana tiada kerjasama dari semua pihak..jika satu pihak saja yg hadir, proses itu boleh diambil alih oleh mahkamah tapi biasanya ambil masa yg lama..
    JIka jannah perlu utk berkongsi apa jua masalah dgn saya secara tertutup blh juga e-mail intelligent_smartwork@yahoo.com

  9. DUGONG berkata:

    effa tak sangka kou pun keadaan mcm ini…

  10. effa berkata:

    itu semua kisah lalu..all is over..biarlah tinggal sebagai sejarah,,life must go on..betul x? dan ia sebahagian drp asam garam dalam ‘UNIVERSITI KEHIDUPAN”. Pengalaman juga blh mematangkan sesorang utk menjadi lebih kuat dn bersemangat..

  11. jannah berkata:

    Effa, saya YM dgn effa boleh?

  12. DUGONG berkata:

    ANAK YG RUSING……

    Berangkali bapa u ada mengalami tekanan mental.amat merbahaya,akan membuat kecederaan teruk.di masa mendatang

    -BUAT SURAT BERSUMPAH ATAU LAPORKAN KPD POLIS APA2 KEJADIAN UGUT,PUKUL TERMASUK MEMUKUL WALAU PUN DI LUAR TIAdA NAMPAK KECEDERAAN TETAPI PAKAR DAPAT MENGETAHUI (AKAN TISSUE2 YG TERCEDERA ) ATAU TAMPAR MENAMPAR-tiada lebam.

    Laporan ke pejabat ugama-syariah,memohon beria2 untok berpisah-jangan ikut…termakan buah fikiran mereka- bersatu-emak u yg merana kena dera yg ada kuasa.bukan mereka yg merasai kesakitan di hati (kesah bonar emak x mengikut kerenah pejabat ugama mohon fazakh lebeh kurang 30 tahun ..baru selesai ..kes dlm tahun 60′an-kes gantung tak bertali…saya kan jadi penguam menyoal tentang kekejaman manusia,pentadbiran beraja kpd ALLAH.

    BIRO BANTUAN BIASA TIDAK DAPAT MENOLONG -KALAU BuLEH PUN MENGAMBIL MASA-dlm masa itu mangsa terukdi belasah atau mati baru mereka kata ada bukti/kes.

    Tulis kapada /ceritakan WAO
    WAO
    p o box 493
    jalan sultan
    46760 p. jaya
    selangor

    talipon 02 79563488 fax 03 79563237
    WAO@PO.JARING.MY

    barangkali mereka boleh tolong selesaikan ,besar kemungkinan lebeh baik

  13. rita berkata:

    bagaimana saya ingin mempercepatkan kes tuntutan fasakh..bermula dengan cerai atas persetujuan bersama tetapi suami enggan memberi kerjasama..sudah berlarutan selama 4 bulan..atas nasihat pegawai jabatan agama ditukarkan pada tuntutan fasakh..belum mendapat mana2 bantuan biro guaman..adakah layak..apakah syarat2 yang dikehendaki.saya seorang isteri yang diabaikan suami yang tidak berkerja tanpa sebab selama lebih kurang 7tahun..segala perbelanjaan ditanggung sendiri dan mempunyai anak seramai tiga orang dan anak yang pertama berada diasrama agak berat segalanya ditanggung sendirian..apakah bukti yang kukuh untuk saya memenangi kes ini…

  14. amide berkata:

    salam alaika..saya ingin mengajukan soalan di sini. saya merupakan seorang guru dan suami seorang pemandu tentera.ini berkaitan perkahwinan tidak sekufu.suami tidak dapat membaca al-quran dengan fasih, iq lemah dan tidak tahu hukum agama. apakah saya boleh menuntut fasakh atas alasan tidak sekufu?ini untuk kebaikan suami juga kerana sy akan malu untuk membawa suami bertemu dengan sanak saudara belah keluarga saya setiap kali ada majlis kraian.sy akan sentiasa mencari alasan untuk tidak membawanya bersama. tentang nafkah tidak menjadi masalah kerana akan dipotong melalui gajinya setiap bulan malah sy tidak menggunakan pun gajinye.cuma sering berlaku tidak kesefahaman pendapat kerana pemikiran yang berbeza.mohon nasihat

  15. Hamba Allah yang Kerdil berkata:

    slm alaik..ape mksud nye pembubaran secara farak adakah prlu kpada prosedur trtn2? adakah mksudnyer, bubar shaja prkahwnan dgan mmisahkan suami istri 2..n .apakah pula prkara yg mnybabkan brlakunya pmbubaran prkahwinan scara farak 2…

  16. siti berkata:

    sya b’khwin thun lpas dgn suami,kwin pn pkai duit mak dia sbb dia x keja msa tu,wlupn sya thu dia seorg yg pns brn,ska minum arak,kki club & t’libat dlm geng hrm(pkul2 org),tp sya terima dia sbb igt dia akn brubh,skrg sya tgh sarat hamil ank sulung,ingtkn ada prubhn rupanya mkin teruk,sya pnah kna lmpang dgn dia krn hal remeh temeh,ugut2 sya dn sengaja bling atau tumbuk2 brg spaya sya tkot dgn dia,sya prnh report polis tp dia pujuk sya yg dia akn ubh sikap tp xada prubhn jgk slps tu,skrg dia slalu kuar mlm,bila sya check fb,sya t’kejut,rupanya dia pgi club mlm,togak arak rsanya sbb dulu sya knal dia pn,dia mmang kki minum,sya diam sbb takut kna pkul,lgpn sya bila2 msa nk bleh b’slin,mak suruh sya sbr,boleh kh sya tuntut fasakh?spnjng mngndung sya byk kecil hti dgn prangai dia dn byk b’sbr shj tp sya rsa spt dperbodohkn,sya mngaku yg sya dh twr hti dgn dia dn mhu pulang ke pangkuan kluarga krn dh lma mreka x dpt jenguk sya sbb tkut dgn menantu yg suka b’lagak gengster

  17. mlek berkata:

    ini lah realiti serta fitrah kehidupan…..setiap keputusan hidup kita telah ditentukan Allah..apa yg Allah mahu tengok USAHA serta IKTHIAR kita mengubah kehidupan….kalau yg mahu berusaha serta mencari jln pasatinya di bantu Allah..yg hanya duduk diam itulah yg telah Allah berikan…Dlm kes perkhawinan serta juga penceraian sama juga….Allah telah pun berikan dan menyuruh kita pertahankan dan percantikan apa yg telah dioberikanNYA….terpulanglah pada kita memilihnya…bagi yg berusaha mencari keindahan serta kecantikan perkahwinan pastinya akan diberkati Allah serta mendapat keredaanNYA…namun bagi yg berusaha meruntuhkan serta menghancurkan perkahwinan nescaya azab yg menanti sebagai balasan…cuma di zaman modern ini wanita telah banyak menjurus kearah mencari kemusnahan r/tangga sedangkan mereka inilah yg sebenarnya mempunyai suatu keajaipan kurnian Allah seandainya mereka tetap dgn pegangan serta suruhan yg ALLAH turunkan dlm Al Quran…suami yg teramat jahat sekali pun masih boleh di lentur si isteri…PERCAYALAH!!!!! itu kekuatan seorang isteri..sejahat mana pun si suami baru bergelar AUN!!!! masih boleh dibentuk isteri andainya isteri taat serta sabar dan berusaha kearah kebaikan…isteri lelaki yg paling jahat iaitu FIRUAN juga telah membukti kesabaran serta kesetiaan dan berusaha telah menjadikan mereka dipelihara serta mendapat kemulian dari Allah….dgn itu berusahalah mencari jln penyelesaian dari menjerumuskan diri kealam penceraian serta kemusnahan r/tangga……kaum wanita wajip faham istilah berdiri tak akan sama tinggi dan duduk tak akan sama rendah bersama kaum lelaki…baru lah setiap perkahwinan yg dianaugerahkan Allah berkekalan….dlm erti kata lain IMAM YG MENGIMAMKAN SOLAT pastinya yg bergelar LELAKI…namun wanitalah yg boleh serta menjadikan seorang lelaki yg teramat jahat sekali menjadi seorang yg cukup lembut- selembutnya manusia….satu kurnian Allah pada wanita yg tidak ada pada lelaki..peliharalah perkahwinan yg telah Allah berikan pada kita biar pun banyak dugaan serta rintangan yg harus kita tempuhi serta alami…pastinya kemuliaan serta kesenangann yg kita perolehi dari Allah atas kesetiaan serta kesabaran kita dgn segala dugaan mengharungi alam r/tangga….(TIDAK AKAN DAPAT KITA MEMUASKAN HATI ORG LAIN SEDANGKAN MEMUASKAN HATI KITA SENDIRI KITA TAK MAMPU)….akhir kata dari saya yg memohon ampu serta maaf andai ada yg tersinggung>>>>>>HIDUP WAJIP SABAR dan BERSYUKUR serta BERUSAHA,<<<<<<<<Assalamualaikom.

  18. azsh berkata:

    salam,

    ingin bertanya andai si isteri telah ditinggalkan suami sejak 3 tahun lalu, tanpa memberi sebarang nafkah, bukankah secara automatik jatuh fasakh berdasarkan surat perjanjian yang di meterai ketika akad nikah di jalankan?

    Dan jika jatuh fasakh, kenapa pihak mahkamah masih memerlukan masa yang lama untuk membuat penghakiman?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: