Dialisis Peritoneal – Alternatif rawatan buah pinggang

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
DALAM tempoh lebih 20 tahun, jumlah pesakit yang memerlukan dialisis di negara ini telah meningkat dengan begitu ketara.

Saban tahun, lebih 2,500 pesakit disahkan menghidap kegagalan buah pinggang tahap lewat atau akhir (ESRF), bersamaan dengan kira-kira 100 orang bagi setiap sejuta penduduk.

Kadar ini terus meningkat dari 43 orang pesakit yang diterima menjalani dialisis pada tahun 1980 kepada 3,152 orang pada tahun 2006.

Pakar Runding Nefrologi, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher berkata, keadaan ini sebahagiannya berpunca daripada peningkatan kadar diabetes dan hipertensi (darah tinggi).

“Kira-kira 57 peratus daripada kes kegagalan buah pinggang lanjutan disebabkan oleh diabetes melitus.

“Adalah penting bagi seseorang individu untuk merawat dan menguruskan penyakit buah pinggang seawal yang mungkin terutamanya jika mereka berada dalam kategori berisiko tinggi (diabetes dan darah tinggi).

“Jika tidak dikesan dan dirawat secara berkesan, ia boleh mengancam nyawa,’’ ujar beliau pada majlis mengumumkan pemenang peraduan Dreamcatcher yang dianjurkan oleh firma farmaseutikal Baxter Healthcare Malaysia buat julung kalinya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

(Minggu hadapan, jangan lupa untuk berkongsi pengalaman finalis Dreamcatcher yang menderitai penyakit buah pinggang serta pilihan rawatan mereka)

Ia dikhaskan untuk semua pesakit buah pinggang di seluruh negara yang menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD), iaitu salah satu pilihan rawatan bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Mnurutnya, buah pinggang memainkan peranan penting menapis keluar kotoran di dalam darah dan mengeluarkan air yang berlebihan di dalam badan.

Di samping itu, ia turut membantu mengimbang tekanan darah, menghasilkan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah merah serta memelihara tulang yang sihat.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi

* Kotoran terhasil di dalam darah membuatkan badan terasa gatal, hilang selera makan, diikuti dengan rasa mual dan muntah-muntah

* Air yang berlebihan yang terhasil di dalam badan mengakibatkan bengkak pada muka dan kaki. Ia juga boleh mengakibatkan sesak nafas

* Kekurangan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah merah boleh mengakibatkan kita kelihatan pucat dan sering terasa letih

* Kekurangan hormon untuk memelihara tulang boleh mengakibatkan penyakit yang ada kaitan dengan tulang seperti tulang reput

* Kekurangan hormon untuk mengimbangkan tekanan darah boleh mengakibatkan tekanan darah yang tidak terkawal (darah tinggi)

Dr. Zaki Morad yang juga seorang profesor dalam bidang perubatan dalaman berkata, penyakit buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan keupayaannya untuk berfungsi.

‘‘Ia merupakan penyakit senyap dan selalunya gagal dikesan kerana gejala-gejalanya mungkin tidak dirasai.

‘‘Bagaimanapun, tanda-tanda awal masalah buah pinggang boleh dikesan dengan ujian rutin air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah yang ringkas dan mudah,’’ katanya.

Berita baiknya lagi, CKD boleh ditangguhkan dan dicegah melalui ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup sebaik sahaja masalah ini dapat dipastikan.

Pengesanan dan rawatan awal CKD dapat memperlahankan perkembangan pesakit memasuki tahap ESRF dan memerlukan dialisis.

Para pesakit yang didiagnosis dengan ESRF mempunyai tiga pilihan rawatan iaitu pemindahan buah pinggang, hemodialisis dan PD, kata Dr. Zaki Morad.

‘‘Dialisis ialah rawatan perubatan yang membantu pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan bendalir dan bahan buangan daripada darah.

‘‘Hemodialisis ialah jenis dialisis yang membersihkan darah anda dengan mengalirkan darah keluar daripada badan dan membersihkannya menerusi penapis yang dinamakan dialyzer (buah pinggang tiruan),’’ jelasnya.

Sebaliknya, PD dilakukan di dalam badan anda. Selaput nipis yang dinamakan membran peritoneum melapisi abdomen. Membran ini juga meliputi kesemua organ dalam rongga abdomen.

Ia separa telap, maksudnya hanya bahan tertentu boleh melalui selaput tersebut. PD menggunakan membran ini untuk menapis darah semasa dialisis.

Bagaimana proses PD berlaku?

Pertama sekali, tiub lembut yang dinamakan kateter dimasukkan secara pembedahan melalui dinding abdomen ke dalam rongga peritoneum.

Bergantung kepada jenis kateter yang diletakkan, sambungan kekal ini biasanya boleh digunakan untuk terapi dialisis peritoneum 10 hingga 14 hari selepas prosedur.

Kawasan di mana kateter itu dikeluarkan dari abdomen dipanggil exit site.

Kateter ini membolehkan larutan dialisis memasuki rongga peritoneum. Rongga peritoneum kemudian diisi dengan 2 hingga 3 liter cecair, yang boleg ditampung dengan selesa oleh orang dewasa.

Apabila larutan dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum, hasil buangan akan ditapis daripada aliran darah menerusi membran peritoneum ke dalam larutan dialisis.

Dari situ, bahan buangan akan dikeluarkan dari badan anda. Ini dinamakan fasa pengantaraan dalam pertukaran PD dan proses ini berlaku dalam tempoh beberapa jam setiap kali.

Kemudian, larutan dialisis yang telah digunakan disalurkan keluar dari rongga peritoneum dan digantikan dengan larutan baru. Penyaluran keluar dan penggantian larutan dialisis dinamakan pertukaran atau kitaran.

Jenis PD dan preskripsi rawatan yang dipilih akan menentukan bilangan pertukaran atau kitaran yang diperlukan sehari. Anda boleh memilih sama ada dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) atau dialisis peritoneal automatik (APD).

CAPD – 4 hingga 5 tukaran sehari, yang disesuaikan dengan gaya hidup anda

Sebagai permulaan, kateter PD disambungkan kepada set tiub. Larutan yang berada dalam abdomen pada pertukaran sebelumnya, mesti disalur keluar dari rongga peritoneum ke dalam beg yang sudah tersambung.

Apabila cecair telah dikeluarkan sepenuhnya daripada rongga peritoneal, larutan dialisis baru disalur masuk melalui kateter, mengisi rongga peritoneum dengan jumlah cecair baru yang ditetapkan.

Beg dan set tiub kemudian ditanggalkan dan dibuang. Dalam fasa pengantaraan ini, apabila cecair berada dalam rongga peritoneum barulah dialisis sebenar atau penapisan bahan buangan dan cecair berlaku.

Kini, anda bebas menjalankan kegiatan harian sambil dialisis berlaku dalam rongga peritoneum anda.

Setiap pertukaran mengambil masa 30 minit dan dilakukan setiap 4 hingga 6 jam. Pertukaran malam terakhir kekal atau disimpan di dalam rongga peritoneum semalaman ketika anda tidur.

CAPD memberikan anda kebebasan untuk melakukan dialisis di rumah, tempat kerja malah semasa bercuti.

Anda boleh terus menikmati kehidupan tidak kira sama ada anda bekerja, bersekolah, mengembara mahupun melakukan hobi atau kegiatan lain seperti yang anda lakukan sebelum memulakan dialisis.

APD – Mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam

Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa anda tidur. Sebelum tidur, kateter anda disambungkan kepada mesin APD. Mesin dan larutan diletakkan berhampiran katil.

Apabila anda tidur, mesin APD mengawal ketiga-tiga fasa kitaran, menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi masa larutan kekal dalam rongga peritoneum – masa penghantaran.

Pada waktu pagi, mesin melakukan isian terakhir bagi kebanyakan pesakit. Ini bermakna, larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya.

Apabila anda menanggalkan sambungan, anda bebas melakukan kegiatan harian seperti biasa.

Dalam kedua-dua kes, anda dan Unit Perubatan Buah Pinggang anda boleh membincangkan pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

15 Responses to Dialisis Peritoneal – Alternatif rawatan buah pinggang

  1. cheq_ina berkata:

    Adakah buah pinggang yg rosak buleh pulih sepenuhnye dengan bantuan ubat ubatan lain?

  2. sham berkata:

    Assalamualaikum,

    adakah ada pilihan atau kemungkinan kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan homeodialisis mendapatkan rawatan lain yang boleh menyembuhkan buah pinggang mereka?

  3. zah berkata:

    assalammualalikum..
    saya ingin tahu gejala2 awal menunjukkan seseorang itu menghidapi kerosakan buah pinggang..
    ini kerana saya selalu merasa pedih di kedua2 kawasan hadapan pinggang dan mengalami kaki sembab..
    adakah ini tanda2 awal saya menhidapi masalah kegagalan buah pinggang berfungsi?
    dan apakah cara rawatan yang terbaik yang perlu saya ambil sekiranya saya menghadapi tanda2 awal

    • abb berkata:

      sudari zah,tanda2 awal kegagalan buah pinggang merujuk kpd keadaan dimana berlaku edema(kembang air) di sekitar pergelangan kaki,abdomen dan bahagian muka.air kencing berbuih byk dan berat bdn bertambah kerana kndungan air dlm bdn tdk keluar sempurna..pastikan saudari melakukan pemeriksaan lanjutan di hospital..

  4. Rabiah berkata:

    Assalamualaikum..
    apakah kompilasi2 setelah membuat rawatan dialisis?
    Ibu saya telah membuat rawatan dialisis selama setahun setengah sebanyak 3 kali semiggu. akhir-akhir ni ibu saya mengalami keguguran rambut yg teruk dan botak. mukanya menjadi hitam dan perut menjadi buncit dan tegang. sering sesak nafas ketika tidur dan jarang habiskan rawatannya. saya mahu kepastian penyakit buah pinggang ibu saya di tahap mana? selain penyakit buah pinggang, ibu saya juga mempunyai penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

  5. shely berkata:

    assalamualaikum..
    sy 19thn,sdh 1thn HD, rencana mau pasang CAPD tp msh ragu bgt, efek buruk apa saja?? dan harus bagaimana?
    tolong beri info dan crt pengalaman lgsg dr pasien capd.. trimakasih

  6. sha berkata:

    as’kum… apakah makanan yg sesuai bagi pesakit kedua-dua buah pinggangnya tidak bfungsi??ibu sy baru saje disahkan dan diketahui sakit tersebut dan kami memilih cuci darah bukan cpd air…selepas dia cuci darah kelihatan penat sgt muka bengkak dan badan gatal2…bagaimana mgatasinya?supaya dia tidak rasa sgt sakit?dia berumur 62 pada thn ini dan pada tiap malam badan terasa panas

  7. spongebob berkata:

    waalaikumsalam shely,
    suami sy menghidap sakit buat pinggang dan telah menjalani rawatan HD dan bertukar kepada CAPD selama 2 tahun. Beliau kini berusia 31 tahun. Penggunaan CAPD memberikan lebih byk kebebasan drpd HD. Walaupun dilakukan sebanyak 4 kali sehari tetapi boleh disesuaikan mengikut aktiviti dan masa kita. Sy dan suami tidak menghadapi sebarang masalah ketika bercuti, tp perlu dipastikan rawatan dilakukan ditempat yg bersih (hotel2 yg baik). Kesan sampingan yg lain juga boleh diperlambatkan seperti reput tulang dan kuantiti kencing masih lg byk setakat hari ini.

  8. azmi rahman berkata:

    ibu saya mengalami kegagalan buah pinggang baru2 ini dan sekarang sedang menjalani dialisis,,,,,ibu saya jalani dialisis 3 kali seminggu tetapi ibu sy kerap kali mengalami kompilasi semasa dialisis dijalankan 4 jam yang sepatutnya kadang2 hanya 2 jam dialisis dilakukan.adakah kebiasaan benda ini terjadi kepada pesakit buah pinggang.dimanakah sy harus mendapatkan bantuan dari segi kewangan untuk membantu ibu saya?

  9. anis azira berkata:

    saya merupakan pesakit buah pinggang yg kini menjalani dialisis 3x sminggu… mohon agar mereka yg dluar sana mengetahui apa2 produk yg bolh mmulihkan buah pinggang yg rosak.. sekian terima kasih

    • ayn1503 berkata:

      azira , sy ada produk yang insyaallah boleh membantu anda.sebab ramai yang telah mencuba produk nie ,yang telah menjalani dialisis pon boleh brhenti .untuk tahu lebih lanjut anda boleh hubungi sy di email ayn_nya91@yahoo.com atau hubungi 0134656623

      • zati berkata:

        saya difahamkan oleh doktor, sekiranya anda telah memulakan rawatan dialisis, anda terpaksa melakukan rawatan tersebut sehingga akhir hayat…..Jika benar, ada produk lain yang dapat membantu pesakit untuk sembuh dan tidak perlu rawatan dialisis, kenapa doktor/kerajaan/atau sesiapa shja pun menwar-warkan penggunaan produk tersebut…… maaf, sekadar musykil…(ayah saya sendiri baru shj di’diagnose’ mempunyai chonic renal failure)…

      • ayn1503 berkata:

        zati , Dr terikat dengan etika kerja..mana boleh dia mempromosikan ubat lain.ok mama sy , suspek buah pinggang tahap 4 ..pada bulan 6 arituh .Dr kata , kena buah saluran untuk dialisis , tapi mama sy tolak , dan nak tahu Dr cakap apa ?Dr kata , makcik balik dulu , kalu makcik xnak buat dialisis mak cik try berubat cara lain.sy yakin ad.bulan 9 mak cik datang balik , kita akan buat ujian darah sekali lagi.so ? nampak x ?Dr sendiri tahu ada ubat y mampu membantu…tp dia xboleh beritahu..sy masih remaja,tp pengalamn dgn professor , u]orang y pernah menghidap pelbagai jenis penyakit..sudah biasa..professor saya sendiri telah mengambil produk nie , dan terbukti berkesan.produk ini adalah produk research selama dan telah selama 12 tahun.ubat ini digunakan di hospital gleneagles singapura,Malaysia , masih ketinggalan lgpun ubat ini sudah dipatenkan..hanya 1 syarikat y mampu mengeluarkan..di semua hosp di rusia menggunakan ubat ini.sebab dia adalah ubat untuk antibodi badan.siapa kata orang yang dah buat dialisis xboleh tinggal dialisis?mungkin awak xbiasa berdepan dengan orang yang sakit..setiap penyakit ada ubatnya kan..itu dalam AL-QURAN..maknya setiap penyakit yang ALLAH jadikan ada ubatnya.so , percayalah dan yakin…kalu dialisis , kena caranya boleh tinggal..

      • ayn1503 berkata:

        zati , kalu awak nak tahu lebih lanjut boleh hubungi sy pada no yang telah sy bagi.ok ?mungkin xmampu untuk on9 selepas ini ,disebabkan kesibukan di kampus.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: