Hepatitis B punca kanser hati

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

KIRA-KIRA 1.3 juta rakyat Malaysia didapati pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain.

Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risiko untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Hepatitis B kronik adalah punca kematian yang ke-10 utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang dijangkiti, manakala setiap tahun dianggarkan kira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit kronik yang berkaitan dengan penyakit ini.

Virus hepatitis B akan menyerang sel hati. Ia boleh dipindahkan dari ibu ke anak semasa lahir atau menerusi pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti.

Virus ini 100 kali lebih mudah berjangkit daripada HIV dan kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus tersebut. Ini kerana penyakit tersebut mungkin tidak muncul dengan serta-merta.

Profesor Perubatan dan Perunding Hepatology di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Rosmawati Mohamed berkata, hepatitis B kronik ialah masalah perubatan serius yang boleh menyebabkan masalah hati seperti sirosis, kanser dan kegagalan organ tersebut, seterusnya membawa kematian awal.

“Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh PPUM, hepatitis B ialah punca utama kanser hati iaitu 85 peratus jika dibandingkan dengan hepatitis C ( dua peratus), alkohol (empat peratus) dan selebihnya masih belum diketahui.

“Antara faktor yang mempengaruhi hepatitis B kronik ialah peningkatan umur, gender lelaki, pengambilan alkohol secara berlebihan dan merokok.

“Walaupun kajian PPUM menunjukkan lelaki lebih berisiko daripada wanita, golongan wanita jangan memandang remeh tentang penyakit ini, sekurang-kurangnya lakukan pemeriksaan kesihatan sekali seumur hidup.

Matlamat rawatan

“Matlamat utama rawatan ialah untuk menyekat jumlah virus hepatitis B dalam sistem dan memastikan parasnya serendah yang mungkin dalam jangka panjang. Ini merupakan faktor penting dalam usaha menambah baik keputusan rawatan pesakit,” katanya lagi ketika sidang media pengenalan rawatan hepatitis B, Sebivo, di Petaling Jaya, Selangor.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd., Richard Abela dan Prof. Dr. Lim Seng Gee dari National University Hospital, Singapura.

Rawatan Sebivo (telbivudine) dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding rawatan Lamivudine.

Penemuan ini berdasarkan kajian penting Globe, sebuah kajian klinikal fasa III, yang membabitkan 1,367 pesakit dari 20 negara dan merupakan ujian pendaftaran terbesar bagi pesakit hepatitis B kronik yang pernah dijalankan.

Dalam kajian Globe, sebahagian besar pesakit adalah dari Asia. Sebivo dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding Lamivudine dengan profil keselamatan lebih baik.

Kesan ini dikekalkan selepas dua tahun rawatan, menunjukkan bahawa Sebivo boleh dijadikan pilihan rawatan jangka panjang bagi penghidap hepatitis B.

Analisis data Globe menunjukkan bahawa pengekangan virus maksimum pada minggu ke-24.

Pada minggu ke-24 selepas memulakan terapi, lebih ramai pesakit yang menggunakan Sebivo didapati mempunyai kandungan virus hepatitis B yang tidak dapat dikesan berbanding Lamivudine, lantas membuktikan keberkesanan anti virus Sebivo.

Mempunyai pilihan

“Pelancaran Sebivo memang dinanti-nantikan kerana para doktor kini mempunyai pilihan rawatan tambahan untuk merawat pesakit yang menghidap hepatitis B kronik, penyakit yang biasanya dialami sepanjang hayat,’’ jelasnya.

Rancangan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik bergantung kepada peringkat penyakit. Pesakit perlu menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan, walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini.

“Pesakit perlu datang untuk menjalani pemeriksaan supaya doktor boleh menentukan rancangan pengurusan dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan mereka.

Pengesanan awal amat penting kerana kita boleh mencegah kerumitan serius bagi pesakit pada masa depan, justeru meningkatkan kualiti kehidupan mereka,” kata Dr. Rosmawati.

INFO

- Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud radang hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.

- Lebih daripada 350 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab yang ke-10 menyebabkan kematian di dunia.

- Virus hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan.

- Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus.

- Antara gejala kronik:

- Muntah darah

- Salur pemakanan kembang (varices)

- Busung (Asites)

Cara jangkitan

- Hepatitis B dijangkiti melalui darah yang dijangkiti atau cairan tubuh seperti dari faraj, mulut dan sperma.

- Jangkitan berlaku melalui ibu yang dijangkiti kepada anak yang dikandungnya semasa proses:

- Kelahiran

- Pemindahan darah

- Melalui hubungan seks

- Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan

Glosari

- sirosis: Penyakit hati yang dicirikan oleh matinya sel-sel hati dan sebagainya (yang terjadi akibat jangkitan kronik, terlalu banyak minum minuman keras dan lain-lain)

- virus: Sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan atau tumbuhan.

- rembesan: Aliran atau titisan

- enzim: Bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan) yang menyebabkan perubahan kepada bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri.

24 Responses to Hepatitis B punca kanser hati

  1. awang berkata:

    info yg bagus utk semua pengidap dan bukan pengidap HB,, tenkiu.

  2. apez berkata:

    dapatkah food supplyment seperti madu lebah dan apa2 food supplement yg terdapat d pasaran mengurangkan kanser hati???

  3. suliana berkata:

    saya ada sedikit pertanyaan disini…Bolehkah penyakit hepatitis B ini berjangkit melalui air liur sama ada di cawan dan sebagainya?

  4. lee berkata:

    tak thu la..coz blum ada lgi pekara mcm tu yg saya dengar….tapi kalau menurut doktor pakar,tak mustahil ia boleh berjangkit……bagi yg dah kronik….thats my pandangan sahaja

  5. Ccsa berkata:

    pemakanan apa yang bagus untuk peSakit Hpetatis B??

  6. wawa berkata:

    adakah ubat utk smbuhkan penyakit hepatitis b?..sy disahkan reactive hepatitis b pd usia kndungan 7 bln tp low level..doktor kate leh dpt kat baby n doktor akan caring baby..n leh jg dpt kat husband..tue yg risau sgt tue..baru je dpt tau semalam..

  7. adi berkata:

    ape pmakanan yg sesuai? pastu terapi utk pnyakit hipetitis b blh pulihkn pesakit 100 peratus ke?

  8. Hariz berkata:

    baru2 nie saya baru sahaja membuat ujian darah untuk HB, resultnya negetif…
    Tapi saya pelik sikit sebab anti immune for HB dlm badan saya juga negetif…
    Saya di syorkan untuk mengambil suntikan vaksin HB…
    Suntikan pertama dh dilakukan…
    yg merisaukan saya sekarang jika setelah mengambil semua suntikan ini, ia tetep negetif…
    doktor pun masih tiada jawapan…

  9. wawa berkata:

    bkn ker kalu negatif tue kira bebas hep.b?..
    leh sembuh x?..

  10. qaseh berkata:

    sy adalah isteru kedua,bila isteri pertama pregnant,doctor mgesahkn dia mgidap hep.b..suami sy tya sy mcm2 soalan2 yg ckup myakitkn hati sy..hari ni suami sy bru nk g cek darah ngn 1st wife..hati sy btl2 x tenteram memikirkan hal ni..insya allah sy akan akan ambil cuti esok utk buat cek darah..harap2 bkn dari sy..ya allah..Kau jauhkan lah dari semua ini..

  11. isterisolehah berkata:

    alamualaikum…mengalami penyakit batu karang, buasir dan berak berdarah walaupun usianya baru 34 tahun, kami ke JSH utk rawatan buasirnya, doktor mengarahkan mengambil ujian darah. Ujian darah mengesahkan dia adalah Hepatitis B carrier reactive, gugur jantung sy. Rupanya segala gejala kesihatan yg dialaminya adalah berpunca dari virus Hepatitis B, Di manakah punca virus itu, sejarah kesihatan kedua-dua ibubapa, tidak menunjukan Virus itu diwarisi dari org tua, bapa mertua saya meninggal pada usia 80 thn, beliau ckp sihat semasa usianya, dan mak mertua sy berusia 64 tahun spt mana mrk seusianya mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis yg ringan saja. Dari manakah puncanya ? selepas 2 hari sy mengambil ujian dari samada sy di jangkiti atau pun tidak, ujiannya ternyata sata nonreactive hepatitis B dsn reactive antibody, Alhamdullilah….adakah anak2 juga dijangkiti ? kesimpulannya suami sy mungkin baru saja dijangkiti, tapi dimana dan melalui siapa ? setahu saya suami sy bukan penagih dadah, insyaalah seorg suami yg baik.

  12. azrin berkata:

    pagi tadi dr tlh mengesahkan mak saya mnhidap bengkak hati..selama ni mak saya selalu mengadu cepat letih,kurang selera makan,sakit otot n sendi.semua gejala ni disebabkan oleh bengkak hatikah.apakah rawatn u mak saye.adakah harapan u sembuh.umur mak saya awal 50 an

  13. liz berkata:

    risau dengar penyakit hb.. abang kandung pun baru kena virus niee, hati dia pun dah rosak ckit… masih dalam rawatan berulang dari rumah ke hospital masuk ubat… x tau dari mna dia dapat. mak ayah tak davirus ni pun.. anak pula dijaga oleh kak ipar… boleh jangkit ke? moga x la apa yang difikirkan.

  14. eddy berkata:

    sy ada sakit ni skrg…..darah sy reactive hB….TENGAH PENING CMNER NK CARI APE UBAT YG BLEH MENYEMBUHKAN……….AFT….LFT…..REACTIVEXDER APE2 UBAT YG BAGUS KE…

  15. cwek baik berkata:

    salam, saya mahu bertanya,baru-baru ini mak saya dikatakan menghidap hepatitis B, tapi saya hairan kenapa mak saya boleh menghidap penyakit ini sedangkan mak saya sudah tua, untuk makluman tuan, mak saya telah berusia 65 tahun dan tidak mungkin akan melahirkan anak,mak saya juga tidak mengambil alhokol apatahlagi merokok, dan lain-lain seperti yang tuan terangkan diatas. disini saya mahu tahu adakah cara lain yang boleh menyebabkan hepatitis ini selain yang tuan terangkan. sekian dan terima kasih.

  16. sahabat berkata:

    salam tuan2 dan puan2…. menurut amalan org lama2… dan setiap kejadian Allah dimuka bumi ini ada penawarnya… tiada ubat selain mati….. maka yakin lah pada kejadian Nya yang telah dicipta……….. sahabat saya mengalami bengkak hati HEPA B sedangkan dia bukan pengamal seks dan akohol…. alhamdulillah dia semakin pulih…… dengan mengamalkan air rebusan pokok dukung budak…. dan juga minum susu kambing fresh…… air rebusan itu diamalkan setiap pagi selepas bangun tidur…. setelah sebulan minum air serta amalan minum susu kambing… doc seakan tidak percaya bahawa dia kembali normal…. apa yang kita faham pengajian yang dipelajari oleh doc masa kini boleh digundah2kan sbb tidak berteraskan kepada AL-quran… kerana ilmu perubatan masa kini telah diputar belitkan oleh yahudi untuk membutakan masyarakat ISLAM… yakin lah bahawa Allah itu adalah segala penawar …..

  17. hitomy berkata:

    salam..byk jgak info yg sy dpt selepas membaca komen2 rakan di atas..sy jgk telah disahkan mnghidap pyakit hepatits B +ve dan disahkan sbg carrier..sy dpt tahu pun selepas membuat ujian kehamilan.mmg sgt trkjt n x sgka bleh dpt pyakit ni..skarang usia anak pun dah mencecah 1 thn 7 bulan..shingga skarang sy blom lg mndapatkan apa2 rawatan sbb dkatakan xde rwtan khusus untuk pyakit ni…

  18. anuil berkata:

    saya anuil dr sabah

    sy mghidap penyakit ne da 4 thun,tp DR kata xda ubat nk pulihkan sakit ne…so sy nk tau pa cara lain spaya sy bleh smbuh….

  19. hamba Allah berkata:

    Salam,isteri sya bru disahkan hepa B aktif,siang mlm nangis,ingat mati dan belum brsedia tglkan anak2 yg masih kecil.buntu saya.bru dpt tau bila cek kehamilan 2 mgu lepas.tolonglah bg apa idea atau rawatan untuk kembalikan keceriaan rumahtangga saya.
    Thn lepas ada masuk darah 2 tabung sbb mengandung HB rendah,mngkn itu puncanya.Punca lain x de dilakukan spt alkohol,seks rambang dsb.Kami brdua guru yg hanya sentiasa sibuk hal2 sekolah tp mcm mane leh ada.pening saya.

    • saya pun pernah menghadapi masalah serupa masa pregnant 4 tahun lalu samalah nangis sebulan pas tu mimpi nak mati…habis semua anak dan suami ambil darah cek hepatitis b nasib baik semua ok & x dijangkiti….lepas bersalin anak disuntik dgn hepabig(RM300) satu suntikan tambahan lepas 8 bulan ambil darah utk pastikan dia jangkit ke x alhamdulilah x…melalui penyelidikan saya dijangkiti melalui keturunan terutama jika ada keturunan chinese blood seperti saya dan baru baru ini kakak saya juga dijangkiti….doktor cuma menasihatkan check darah utk mengetahui fungsi hati ok setahun sekali,kurangkan makanan berminyak & berlemak…jangan risau biasalah org tengah pregnant lebih sensitif…

  20. sariah ab ghani berkata:

    Thanks for the info . Suami saya baru dishahkan mengalami Hepititis B setelah mengadu sakit sebelah kanan perut. Ujian darah menunjukkkan +ve . Adakah ubat atau cara perubatan yang boleh menyembokan penyakit ini

  21. maya pagang berkata:

    i br tadi inject vaccine hep b. menurut result yg i terima i langsung tiada antiboby utk serang pnykt ni. selama ni i tak sedar betapa bahayanya hep b. skrg br i sedar..

  22. grace berkata:

    kalau vaksin hepatitis B disuntik, dapatkah saya mengandung pada bulan tersebut? kalau dalam badan saya tidak ada vaksin hepatitis B, bolehkah saya tunggu sehingga hamil baru menyuntik hepaitis B?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: