Peluh berlebihan punca utama badan berbau

Hyperhidrosis jejas mutu kehidupan pesakit sehingga ada yang terpaksa mengasingkan diri

Kajian terkini mendapati kira-kira 2.5 peratus daripada populasi masyarakat menderita hyperhidrosis atau peluh berlebihan yang bukan saja boleh mengakibatkan apa yang dipegang menjadi basah, sebaliknya bau badan tidak menyenangkan.

Antara punca bau badan ialah ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti, menopaus dan pembiakan bakteria di tempat terpencil seperti bawah lengan. Puncanya, peluh berlebihan.

Tidak kita jantina, aroma yang kurang menyenangkan itu sering kali menimbulkan suasana kurang selesa sama ada kepada yang empunya badan mahupun orang yang berada di sekelilingnya.

Pengarah Urusan Riemann & Co, Anne Kirstine Riemann, berkata secara purata, seorang dewasa mempunyai kira-kira lima juta kelenjar peluh di seluruh tubuh, tetapi lebih banyak pada beberapa bahagian tubuh seperti dahi, tangan dan kaki.

Bagaimanapun, secara perbandingan, ketiak manusia mempunyai sejumlah satu peratus daripada keseluruhan kelenjar peluh.

“Bagaimanapun, peluh pada bahagian ketiak lebih ketara kerana peluh tidak mudah menyejat sebagaimana bahagian tubuh yang terdedah. Mengurangkan bau berkenaan, penggunaan bahan antipeluh dan deodoran sering kali menjadi pilihan yang mana ia mempunyai fungsi berbeza.

“Penggunaan bahan antipeluh mengurangkan peluh dengan mengawal aliran peluh pada ketiak sekali gus menutup bau badan. Deodoran pula menghalang bau menerusi penggunaan wangi-wangian dan mengurangkan tahap bakteria pada ketiak, namun ia tidak menghalang perpeluhan,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran produk antipeluh PerspireX di ibu negara, baru-baru ini.

Katanya, melihat fungsi berkenaan menyebabkan ada yang menyatakan penggunaan bahan berkenaan boleh menyebabkan barah payu dara kerana didakwa memberi kesan kepada gen DNA yang mengawal pembentukan ketumbuhan barah.

Tegasnya tiada bukti mengenai hal ini kerana secara fisiologikal, sukar bagi bahan kimia menembusi buah dada kerana kelenjar limfa lazimnya menghapuskan sebarang toksin.

Katanya, produk antipeluh PerspireX mempunyai ciri unik kerana tidak perlu disapukan pada bahagian dikehendaki setiap hari, sebaliknya hanya dua kali seminggu sebelum tidur dan pastikan pada kulit yang benar-benar kering, diikuti mandi pada keesokannya.

Mengulas lanjut, Riemann berkata, Perspirex dihasilkan oleh bapanya kira-kira 28 tahun lalu bagi membantu beliau yang mengatasi masalah peluh berlebihan ketika remaja dulu.

“Ketika bekerja dulu, saya pernah ditegur kerana memiliki bau badan yang kurang menyenangkan dan hanya menyedari apabila ditegur rakan sekeliling. Saya ingatkan pakaian saya yang menyebabkan bau itu dan bagi mengatasinya, saya kerap menyalin tukar baju.

“Tetapi akhirnya saya mengaku ia berpunca daripada tubuh saya dan ia dianggap sebagai masalah bau badan. Sejam selepas mandi, bau badan saya tetap berbau macam satu hari tidak mandi,” katanya.

Mujur bagi Riemann, apabila ayahnya menyedari masalah dihadapi lantas ayahnya yang juga Pengarah Urusan Perspirex ketika itu tampil bersama formula yang menghalang daripada berpeluh berlebihan.

Kini syarikat berkenaan dikendalikan olehnya di lokasi kilang baru yang dibuka tahun lalu di Hilleroed, Denmark. Beliau bersama rakan kerjanya, Pengarah Jualan, Irene Stnotrk Jdegreergensen memahami individu yang menderita hyperhidrosis.

Katanya, akibat masalah itu ada yang enggan menanggalkan jaket mereka kerana berasa malu orang boleh melihat ketiaknya yang berpeluh, dan dalam kes lain ada yang ‘menyembur’ minyak wangi untuk menutup bau peluh badan mereka.

Produk ini dikatakan mendapat sambutan menggalakkan di Asia kerana cuaca rantau itu yang panas menyebabkan orang ramai mudah berpeluh dan menyebabkan badan berbau.

Perunding Bedah Kardiovaskular dan Torasik, Dr David Khoo, berkata pesakit yang menghidap penyakit itu akan berhadapan dengan masalah sosial apabila berasa rendah diri dan rasa tidak selesa.

Katanya, menangani masalah berkenaan segelintir pesakit mencari penyelesaian seketika seperti mengambil suntikan botox dan ada juga yang memilih cara pembedahan singkat, endoscopic thoracic sympathectomy, yang boleh menghalang isyarat saraf daripada mengeluarkan peluh.

“Pembedahan adalah pilihan terakhir kerana ia mungkin membabitkan sedikit kos. Sungguhpun ada pesakit yang berusia belasan tahun menjalani pembedahan, sebagai pengamal perubatan kita tidak melakukan ia sesuka hati.

“Sebagai contoh sekiranya pesakit ingin pembedahan dilakukan kepada anak yang kecil, kita khuatir pula sekiranya pada masa depan ia akan sembuh sejajar pertambahan usianya,” katanya.

FAKTA: Masalah peluh berlebihan:

  • Ketiak serta kaki adalah bahagian menjadi tumpuan pengeluaran bau. Ini kerana kelenjar peluh yang dihasilkan pada bahagian berkenaan bukan saja aktif sebaliknya bahagian itu lebih terlindung menyebabkan pengaliran udara di kawasannya lebih sukar.
  • Kelembapan mengundang pembiakan bakteria dengan lebih aktif dan bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada bahan buangan yang dihasil oleh bakteria berkenaan.
  • Perpeluhan pula berlaku disebabkan struktur kecil di dalam kulit yang dikenali sebagai kelenjar peluh.
  • Kulit mengandungi tiga kelenjar iaitu kelenjar ‘eccrine’, ‘apocrine’ dan ‘sebaceous’.
  • Kelenjar ‘eccrine’ mengeluarkan cecair iaitu 99 peratus air yang menyebabkan basah di bahagian ketiak sementara kelenjar ‘apocrine’ pula mengeluarkan lelehan yang mana bakteria akan memecahkan lelehan yang mengundang aroma kurang menyenangkan.
  • Bagaimanapun ini bukan masalah individu, sebaliknya selebriti tidak terkecuali apabila sebuah akhbar melaporkan penyanyi pop Amerika Syarikat, Britney Spears pernah dilaporkan mempunyai kaki berbau. Keadaan itu menyebabkan semua penumpang dalam pesawat yang dinaikinya menutup hidung dan mengomel sesama sendiri sebaik saja dia menanggalkan kasut. Bau kakinya amat busuk sehingga menyebabkan penumpang lain tidak selesa dan seorang pramugari terpaksa meminta Britney memakai semula kasutnya.


Hapuskan Badan Berbau. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Diet Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

136 Responses to Peluh berlebihan punca utama badan berbau

  1. ikan berkata:

    perspirex ni elok ker?ade kesan sampingan x?

  2. lynn berkata:

    mcm mane nak dapatkan perspirex ni…

  3. nazrin berkata:

    saya pun mengalami masalah serupa,dimanakah boleh didapati produk tersebut

  4. minah berkata:

    kat mane nk dpt produk perspirex..
    dan ada ksn smpingan ke???

  5. wani... berkata:

    kat mane nk dpt kn produk nie..
    plezz..

  6. nana.. berkata:

    cam mane nk dpt kn produk nie??
    plezz..
    reply kat email saye..
    plizzzz

  7. syimon berkata:

    kat mane nak dapatkan produk ni?
    harga camne?

  8. fire_ball berkata:

    aku nak cube produk ni.. sbb aku rase malu ketiak aku berpeluh.. kat mane aku bleh dapat kan product ni?

  9. ikan lily berkata:

    sya pown mengalami msalah yg sama..bagaimana cara utk mengatasi nyer..???

  10. anak berkata:

    sya mslh yg sama..tlg..mcm mana nak dapatkan product ni??????

  11. wan berkata:

    kat farmasi…dalam 50-60rgt

  12. sue berkata:

    apakah punca peluh banyak dan adakah terdapat kesan pada diri

  13. rizal berkata:

    Teramat ingin tahu… berapakah anggaran kos pembedahan (bedah dibawah ketiak) untuk Hyperhidrosis. Saya amat memerlukan bantuan (info) tentang kos pembedahan ini.

    Terima kasih

  14. maipuza binti sudin berkata:

    kat mane nak dt produk ni??
    ade kesan smpingan x??
    bape harganya??

  15. adee kedah berkata:

    Setelah membaca maklumat di atas walaupun secara ringkas, ianya nampak mudah untuk digunakan dan amat berkesan. Sehubungan itu;
    Bolehkah saya mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai produk Perspirex ini?
    Harga?
    Cara penggunaan?
    Kesan tindakbalas jika ada?
    Sejauh mana tahap keberkesanannya?
    Saya berharap akan mendapat maklum balas di atas dengan segera.
    Terima kasih…..

  16. moy berkata:

    sy nk tau pasal produk perspirex ni..
    n berapa hargenye..
    segera ye

  17. Arjuna berkata:

    Rajin2 lah mandi…
    Makanan kena jaga juga… cth: selalu makan bawang putih… sure badan bau macam bawang putih..
    Kadang2 kesan penggunaan deodoran yg tak sesuai juga boleh menambah masalah….
    elok juga sekalisekalapegi spa.. atau mandi wap herba..

  18. coco berkata:

    bagus ker?

  19. sharifah berkata:

    Saya ada masalah bau badan dan kulit yang sensitif. Saya tidak boleh memakai apa-apa deoderan samada deoderan yang murah & yang mahal, jika saya memakainya ketiak saya akan mengalami gatal2. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri apabila bersama-sama rakan & suami. Saya nak tahu macam mana saya nak dapatkan produk PERSPIREX di kuantan dan berapa harganya.

    Sekian, terima kasih.

  20. kiranto berkata:

    cuba cuba guna batu ‘ tawas’

  21. gie berkata:

    Saya salah seorang dari pesakit hyperhidrosis. tapak tangan dan kaki selalu berpeluh. Keadaan ini menyebabkan saya rasa rendah diri dan malu untuk bersalaman sewaktu tangan saya berpeluh. Masalah-masalah lain juga timbul…cam mana saya nak dapatkan produk ini?berapa harga?…bagaimana caranya..

  22. ani berkata:

    saya mengalami masalah terlalu banyak berpeluh dan mengeluarkan bau yang tidak enak.saya nak berkerja pun malu dan tidak selesa

  23. coco berkata:

    saya dah try produk ni..
    mmg berkesan..
    skrg ni mmg kurang peluh..
    nak cari kaler baju pun dah xperlu risau.
    klu dulu mst cari baju yg gelap.
    produk ni dlm smggu 3 kali jerk pkai..
    pkai lepas mandi.
    die cume 25ml tpi leh tahan lama.
    nama dia “PerspireX “..

    • dee berkata:

      saya baru je try Perspirex nie. tp bila pakai je confirm ketiak rasa gatal2. mmg mcm tu ke atau kulit sensitif ek ?

    • misz dhea berkata:

      ktna boleh didapati perspirex ni..? xkan kena order smpai luar negara..?

      • firdaus berkata:

        farmasi guardian ada jual. lebih kurang rm60. staff diorang mesti tahu pasal deodoran tuh. Alhamdulillah, masalah saya smakin bekurangan

  24. coco berkata:

    25ml hanya rm60 jerk termasuk pos laju

  25. coco berkata:

    dlm masa 2 mgu da dapat kesannya..
    so slamat mencuba…=)

  26. hany berkata:

    dimana jawapan bagi semua soalan diatas…

  27. nazrin berkata:

    kat mana ada jual produk ni……kt farmasi ade ke?tlg la reply k…klu nk beli secara pos macamana?

  28. aku berkata:

    mmg lah rasa susah kalo g mana tak selesa.. nak angkat tgn pun teragak2. takut malu sendiri… masalah mmg dah lama.. bawah lengan saya mmg sensitif. kalo selalu cukur akan gatal2. bercampur pulak dengan masalah peluh.. rasa macam terseksa sgt2.. dah lah tu masalah ni menyebabkan bawah lengan saya gelap. saya rasa malu sangt dpan kawan2 sebab saya dok hostel. kalo bleh saya nak tau lebih lanjut ttg produk ni. ttg harga. di mana saya boleh dapatkan produk ni.. dan kalo boleh saya mahukan no yang bleh saya hubungi.. terima kasih..

  29. kebayan berkata:

    aku juga mengalami masaalah yang sama … masaalah perpeluhan yang banyak adalah disebabkan kilang kilang peluh yang banyak dan aktif .Mereka yang mengalami masaalah ini akan cepat terasa haus dan selalu minum air .Untuk bahagian ketiak ,gunakan ubat ketiak yang ada perkataan anti – perspirant ( anti – perpeluhan) biasanya dalam bentuk sabun dan bukannya cecair.Aku selalu gunakan “dashing “,memang untuk lelaki .. tetapi sesuai kerana tidak meninggalkan kesan yang mudarat seperti gatal gatal atau luka .Lagi pun harganya murah dan senang didapati .Untuk kaki pula .. kalau boleh elakkan memakai kasut yang bertutup .. biar terdedah pada udara .Pakailah pakaian yang sesuai yang boleh menyerap peluh . Bagi wanita yang mengalami masaalah ini , memang tak sesuai untuk bermekap tebal .. alamat bercapuk capuklah muka .. untuk bahagian muka , gunakan produk penjagaan kulit serta kosmetik yang berasaskan air ( water based products ).

  30. opah berkata:

    hai coco..

    camne nak contact awak ek?sy mmg tgh cari produk ‘perspirex’ ni.susah sgt nak dapat.klu coco bleh dapatkn untuk saya,just bagi no. akaun bank n immediately saya bank in bayaran yang diperlukan.RM60 termasuk kos penghantaran kan..

    Pls reply me ASAP coz I really need this product!Thanks.

  31. opah berkata:

    Salam smua..

    Saya dah dapat informasi kat mana kita bleh dapatkan produk ni. Kepada sesiapa yang berminat, sila call 013-3024241 En.Munawar (Prosper Pharmacy). Saya dah pun buat tempahan.Harga produk ni Rm55.Kos penghantaran RM8.

  32. opah berkata:

    http://www.mosquit-ex.co.uk/perspirex/index.html.

    yang ni website ’bout PERSPIREX.kt bleh dapatkan info bkenaan produk tuk masalah peluh berlebihan.

    http://www.wethandsclub.com/forum

    yang ni plak forum ttg produk ni..

  33. mrnz berkata:

    Saya dh beli smlm.. ada jual kt guardian.. kene tanya kt staff derang..

    15ml rm39

  34. mimie berkata:

    saya mengalami masalh ketiak berpeluh baru-baru ini sehingga berbau tetapi penyakit ini saya baru alami…tidak sebelum ini adakah ini berpunca dari penyakit lain

    • rozita jalis berkata:

      I also experienced the same problem jg .. new 6 months before I experience it .. ni tak ada apa apa pun .. betul2 embarrassing. the aircon still sweating under the arms. Are these products help .. We’ll try to find in the shops guardian.

  35. coco berkata:

    kalau nak ape2 info or pertanyaan jz emel saya…coco_coco@yahoo.com.tq

  36. Joanne berkata:

    produk ni di sahkan oleh KKM x? Kementerian Kesihatan Malaysia.

  37. jj berkata:

    deffffffffffffffffffffffffffffffffffffhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

  38. PEePee berkata:

    saya benar2 berasa malu kerana bau badan saya sering menganggu sy…
    kdg sy berasa tak selesa kerana bau badan…
    sy sering berpeluh…
    sampai kan saya terpaksa mengepitkan lengan sy bg menhalang bau yang kuat…
    macam mane nak dapatkan produk yang dinyatakan di atas??

  39. Myshalim berkata:

    saya pernah terbaca ada perempuan suka dgn bau peluk lelaki yg bercampur dgn minyak wanggi… diorang kata itu chemical romance… betul ker?

  40. MJ berkata:

    PEePee… lah kan ada banyak kat guardian pharmacy jual body deodorant tu.. jenis lelaki atau perempuan pun ada.. tapi yang jelasnya, kalau badan sering berpeluh is because, u have lots of toxin dalam badan. So u need to eat lots of fiber as in fuits and vegetables. Kalau u tak suka makan banyak sangat all these fruits and vege, then makan vitamins Fuits & vegetables. Pasti kan u take them diligently everyday.

    Myshalim, peluh lelaki tu adakala nye memang lah sedap bau nya, tapi kan kalau bau bangla… ee tak stim langsung!

  41. lan berkata:

    macam mana nak dapat produk ni dan berapa harganya.tolong balas di email ini

  42. mahamid berkata:

    Bagi pendapat saya, ada 2

    1. Berpeluh kerana sihat
    2. Berpeluh kerana penyakit

    Kita kena menjalani pemeriksaan Doktor Pakar terlebih dahulu sebelum menentukan apa prodak yang akan kita pakai, dari itu sifat waspada perlulah diutamakan.

    wassalam

  43. siti berkata:

    macam mana nak bezakan bau peluh sihat dan sakit????

  44. snake berkata:

    sehat tak berbau kot..yg tenat 2 bau busik laa..kot2 je nie..

  45. piNk_LaDy berkata:

    i just bought the under arm roll PerspireX tu
    br nk try pkai
    25ml = RM55.90
    so far yg i cr cume jmpe kt Guardian je
    kne tnye staff die la, rase nye farmasi biase mmg xde jual product ni
    idop Gurdian krn menyelamatkn i
    hehehehe

  46. aku berkata:

    salam semua…
    betol ke produk ni btol2 brkesan?
    dh cba produk2 lain..xbrksan gak..
    plz help me…

  47. larra berkata:

    mane nk dptkan perspirex dan brape harganye???

  48. coco berkata:

    mmg berkesan…pape info bole ym/ email sy coco_coco@yahoo.com

  49. del berkata:

    saya nak tanya dekat mne saya blh dptkan produk ni.. sbb saya mmpunyai masalah berpeluh yg berlebihan di bahagian ketiak….tlg la…..dh lame sy tanggung masalah ni..

  50. mie berkata:

    ada jual kat guardian..cari la..xpun tanya je org yg kje kt citu..

  51. Diana berkata:

    Saya juga mengalami maslah yg sama..& berasa malu ditegur tunang sendiri…setiap kali keluar saya sering memilih pakaian berwarna gelap..untuk menutupi ketiak yg basah…
    dimana boleh saya dapatkan produk ini?

  52. yana berkata:

    setelah sy bace cmua d ats..
    sy brmnt dgn nye…
    hmm..
    1)tp sy ingin tw,da ka kesan smpingan klu kite memakai produk niey??
    2)bgai mne nk dpat kan nye…
    3)plz kci info,bb sy mgalaminye,ketiak bsah dn brbau..
    plzzz…

  53. comot berkata:

    mmg berkesan..saye baru je gune last saturday..cube la..beli je kat guardian tapi bukan sume guardian ade..staff guardian kate maybe dorg xkan amik stock ni lagi..so cepat while stock last..

  54. xxx??? berkata:

    masalah bau peluh ni bukan ke disebabkan kulit berminyak? Bagaimana nak atasi masalah berminyak ni ya? Tak ada ke tips2 untuk masalah ni?

  55. summer berkata:

    sy dah order kat online farmasi..rm60 jer tmasuk kos penghantaran..da dapat dah skrg, kemarin sy g guardian ada plak benda ni di jual kat situ tp cuma 2 jer.. rm55.90 satu..limited stok g..

  56. ermm berkata:

    apalah bodoh sgt yg bertanya..sblm tanya…baca dulu..scroll balik..nie asik tanya benda yg sama..pemalas tul nk baca…

  57. tolong berkata:

    x baik cakap orang bodoh “ermm”. orang yang terlalu ghairah nak bertanya, takde masa nak scroll naik atas baca balik. if kau takde masalah Hyperhidrosis, buat apa nak cakap orang lain bodoh.
    kepada yang berminat dengan perspirex, boleh didiapati di guardian, 55.90. produk ni memang berkesan, tahan lama lagi. good luck kepada semua yang mengalami Hyperhidrosis!!

  58. Q berkata:

    stuju dgn “tolong” hihihihih…..coz i had the same problm wit u all…huk2…btw i akn try gne PerspireX lpas nih.

  59. muna berkata:

    saya da pakai produk ini hampir 1 tahun.. memang saya rase yakin selepas memakainya sekarang masalah ialah produk ini da x di jual lagi di guardian… soalan di manakah saya boleh mendapatkan produk ini lagi???? saya amat memerlukannya… plezzzzz….

  60. jimmy berkata:

    assalamualaikum,,.semue..,,
    Kt farmasi ad jual bnde alah nie..
    Cube try test tnye,,.
    Msty ad pnye,,..

  61. nasera berkata:

    kpd jimmy,,.smlm sy cbe try n test tnye at farmasi berdekatan tmpt sy,,.
    Dorang kte xde pon,,.
    Kte at smue farmasi ad jual..,

  62. jimmy berkata:

    hello,,.cik nasera,,.mse bile sy ckp semue farmasi
    Cubela paham jawapan,,.
    Nie msty bm failed kn,,.
    Sbb tu la sy soh gne konsep..
    “Cube try test” cik kak oii!!!

  63. Zamy berkata:

    Hmmm… Time kaseh sume ( u all make me laugh.. :D)… Excited jugak nak cari ni Perspirex ni… In case klu xde kat farmasi or Guardian.. Coco u ade lg x? Stock ade lg? Nak beli lebih ade diskaun x? :-P

  64. Kiter berkata:

    ak bce entri nie tghari td sbb bpeluh kat ketiak ak nie agk teruk la..smpai ak kena pakai bj itam jer..xpon kalau nak nmpk klainan ak akn pkai jaket..sbb malu ketiak ak basah..ptg terus ak cari ubt nie..n mlm nie ak nak try…nti klu berkesan or watever ak akn update lg…ak arap kali nie jadi la perspireX..

  65. sazamehat berkata:

    kalau d Kedah dekat mana saya boleh beli PerspireX ni

  66. paykod berkata:

    terus terang ak dah penah guna perspirex nie..betul2 sgt berkesan..aku cuma guna 3 kali jer dah baek..sblm nie ak mmg prob ak mmg teruk la..xbleh panas ckit..mesti dah berpeluh..kdg2 xwat keje pon dah berpeluh kat ketiak..alhamdulilah akhir nyer settle gak masalah ak..thank pada u all coz tlg settle kan mslh ak nie..ak bli persperix nie kat guardian..harga die rm58..

  67. Hazwan Hamdan berkata:

    sya penghidap hyperhidrosis…agk teruk gak gak…dlu kaki dgn tgn tu mmg berpeluh j setiap masa…tahun 2008 sya wat surgery kt KPJ seremban…kos rm 15k…peluh kt tgn dh hilang tp kt kaki still ade lg…kos utk surgey kaki lain plak…lps surgery peluh tu keluar kt dada dgn blakang badan…smalam bru j beli perspirex kt prosper pharmacy kt sungai buloh…walaupun dia kata lotion utk kaki dan tangan tp sya dgn pandainya sapu kt dada dan blakang badan…bru first sapu dh nmpk hasil yg sgt memberangsangkan cme ade pedih2 skit kt kulit…kalo nk beli perspirex blh bukak http://prosperpharmacy.blogspot.com…diorang ade service kurier utk hantar pesanan ke mana sja

  68. mm berkata:

    genjala penyakit jantung pun akan berpeluh berlebehan

  69. mrmagoo berkata:

    nak tanya kalau kita pakai mde alah ni mesti kena pakai masa nak tido kan?? pastu bgun pagi esok kena basuh pastu boleh ke kita pakai deo yg kita slalu pakai tu atau kena biar camtu jew??

  70. mrmagoo berkata:

    ia benar2 berkesan…. syukur ari ni dalam sjarah baju sy xbasah. hehehe.. tapi boleh ke sy mggunakan deo sy spt biasa atau ia akn mmberi kesan terhadap penggunaan perspirex tu?? tlg jawab…

  71. mrmagoo berkata:

    ni sampai bila nk kena pakai ahh??? kalu kite stop penggunaan peluh tu kuar balik x… sbb skarang ni memang tol2 brkesan.. memag xpeluh lg kt ketiak ni. kalu peluh main bola tu bese la.. plukan jawapan…

  72. ahmad berkata:

    tumpang tanye semua. saya baru perasan artikel nih. rase rasenye ade jual lagi ke kat farmasi ubat nih? smalam pegi watson tapi org farmasi sane macam ta tahu ape-ape dgn ubat tuh. harap ada jawapan membantu

  73. dee berkata:

    dekat guardian biase nye ade tp x byk la. cube tye staff diorg.

  74. kesiah berkata:

    ada la….masa tu sya p farmasi …staff tu mcm tak tauk je….pa bnda tu…slain guardian n farmasi ada sik kat cosway ?? tnyak je.

  75. Shah berkata:

    Baru beli petang semalam. Malam tu, saya terus pakai. Pakai secalit je untuk setiap ketiak. Rasa pedih.

    Hari ni saya pergi office, ketiak tak basah pun! Happy!

  76. oza berkata:

    oza:
    mulanya…sy xyakin tp try jgk smpai hari kelima sy teruja ngan perubahanny..biase kalo jln bnyk cikit dh lecak…tp skang x lg…xde kesan pun kt baju….alhamdulillah…dh jumpe dh produk ny…

  77. Gadis Kerdil berkata:

    Salam semua. Nampaknya saya tidak keseorangan. Tapi saya tetap sedih dan rasa rendah diri. Saya adalah salah seorang pelajar IPTS. Mula2 kena bau badan ni masa sakhir sem 1, x silap bulan 9, badan dah start bau2. Mula2 badan jer bau, tapi bila dah lama2, saya rasa badan saya x sedap, rasa dekat belakang badan macam ada semut bergerak2. Padahal xder pom. Ingatkan semut kat baju, tukar baju dan mandi pula, tetap ada lagi. 2yg rasa x sedap badan. rasa 2 bergerak2. Ada gak tnya org tua, dia cakap ada kulat kulit. Sebelum tahu ada 2, pernah cuba macam2 la, terutama rawatan tradisional yg kat internet, tpi x menjadi. sekarang dah 9 bulan menderita. sekarang rasa nak je behenti belajar bab masalah ni x selesa gak walaupun dah cuba pelbgai cara. Tapi saya rasa, masalah sy bermula apabila sy mula memakai dedorant yg berbeza2 pd masa yg sama. Ini kerana, jadual sy padat, t ketiak berpeluh, x selesa. Tapi sebalik nya pula jadi. Sedih sgt2. Dah sekarang sem 3, tapi masih x ilang lagi. sekarang jadual makin padat dgn kelas yg tol2 menguji minda. Dgn masalah ni plak, sy rasa setiap ary balik kelas, sy nak je nangis krna setiap kali masuk kls, kawan2 seolah2 tahan nafas jer dgn bau sy. kadang2 sy nak jer dok kat blkang kls sorang2 tapi sy x terdaya. Hnya Tuhan sahaja tahu perasaan setiap kali nak ke kls dan setiap kali nk berhadapan dgn org ramai. Rasa nak jer cepat balik umah mandi. tapi balik mandi badan tetap bau. Rasa tol2 tertekan sangat2.. jadi nak tnya r, korang ada x masalah mcm sy, dan bila sy blh x gna benda ni sebab tempoh sy hadapi masalah ni dah lama. sekarang x leh nak fokus belajar bab pk bnda ni.

  78. Gadis Kerdil berkata:

    sekarang hanya kesedihan melanda. pernah share benda ni dgn kawan, tapi yerlah kan, kawan hnya tempat share je. ni masalah kita, so kita lah kne sendri pk kan. memang airmata jer yg menjadi teman sy. sy mampu hamparkan sejadah, tadah tangan dan meratapi nasib. pointer sy rendah. stress sgt2. tapi nak berhenti belajar x gna bab 2 tanggungjawab mak sy bgi suh galas, sy xnk kecilkan aty mak sy. sy redha jer. sekarang sy nak cari jln penyelesaian. kadang2 rendah dri jg. kdg2 sampai org cakap kita sombong. tpi dlm aty hnya Tuhan jer tahu kan.

    • Fuku berkata:

      Dik..betoi cube deo perspirex…kt guardian rm58..akak pn mengalami benda yg sama bertahun2…pelbagai bende akak dh try..produk ni susah dpt…mmg laris..kdg2 xde stok…cube ea…now akak dh ade keyakinan diri utk berdepan dgn org ramai…tq 2 perspirex..

    • Gadis Kerdil berkata:

      akak Fuku: akak pom sama macam saya ye?? rasa macam ada benda bergerak2 kat belakang badan dan badan akak berbau yer?? memang menyusuk idung ea?? sy teru sgt2. rasa x tahu nak ngadu sape2. nasib baik, Tuhan temukan dgn blog ni. dapat rasa sedikit masalah x berat ngat tapi masih still berfikir mcm ne nak berhadapan dgn org. akak, akak pakai brpa lama perspirex 2??

  79. kongkekman berkata:

    makan anti biotik biasa

  80. hyperhydro berkata:

    bila awk bli perspirex 2 gadis kerdil?bli kt mne??brkesan tk??
    kte mngalami mslh y sme..rsenye sye ag truk kot..mndrita sngt2..

    • Gadis Kerdil berkata:

      saya baru jugak beli, dlm awal bulan 7, dekat guardian. pada mulanya boley lah dikatakan menjadi tapi sejak akhir2 ni dah x menjadi plak. malahan lagi kuat dan makin menjadi2. sehinggakan sy skrg rasa dah x kuat. sy rasa kita sama menderita. sy dah nak masuk setahun mengalami mslah ni. rasa sgt2 tertekan, dah la sy belajar lagi. byk sgt dugaan. sy skrg masih pakai tapi sy x yakin ia akan ilang. nk xnak sy rasa kita kena rujuk doktor. sy ade terbaca 1 laman ni, ade dktor pakar kulit (masalah bau badan), tetapi area kL. menyukarkan sy bab sy dri golongan miskin & pinjaman sy x mempu membawa sy ke sna. sy sgt2 tertekan skrg. sy dah cuba plbagai cara. skrg sy tgh pk nak pk klinik swasta tapi x yakin. tapi nak kne try jugak. bab sy juga ade terbaca 1 produk utk mslah kita. tapi kos mahal sgt. dlmrm300 lebih. mahal sgt2 bgi sy. tapi sy tnya jugak pakar produk 2, dia cakap, sy mengalami masalah saraf. tapi sy x tahu la. makin x tahan rasanya. skrg sy ngah cari pakar kulit area melaka. x tahu lagi kat mana, ingat nak jumpa pakar kulit bab sy hnya melibatkan anggota ats badan shja. awk lak mcm mane ‘hyperhydro’

      • zue berkata:

        cari penawar di Luqman Ayurvedic Herbs Centre. Maklumat lanjut sila ke facebook luqman_ayurvedic. tq.

      • Gadis Kerdil berkata:

        Zue: makasih tau.. Insya-Allah. sy mengharapkan penawar yg terbaik, sebab sy sudaj cuba pelbagai tapi masih gagal..

  81. hyperhydro berkata:

    sy ni sbnrnya sorg psakit hyperhidrosis y truk sgt2..tiap msa tension fkr tntng skt ni..rsa tk tahan dh.
    bdn,tgn,kaki,muka,ketiak,paha smuanya sntiasa brpeluh dn brbauh bsuk.penah skli jmpa ngn sorg doktor..boleh2 plak doctor tu kata smuanya norma..tiada mslh pe pun..pas tu,sbrg rawatan dan ubt2an blum pnh lg cuba…
    gadis kerdil boleh bg alamat or no. pone ke utk kta mudah brhubung dan mngetahui prkmbngn tntng kta ni dr msa ke smasa??ni no pone sy 0138670497.contact k.

    • Gadis Kerdil berkata:

      terima kasih awak.. Insya-Allah, sy nak juga berkongsi mengenai masalah kita. semOga awk lebih tabah k.

  82. sweaty armpit berkata:

    sebelum ne i x la berbeluh sangat,but lately ne i mengalami peluh
    yg berlebihan terutamanya di bahagian armpit biar sejuk,lepas shower or i duduk diam2 tengo tv tetap leaking .sangat2 terkanan.im a sosial person hari2 ada ja events so
    jelasnya i kena dreass up but with this armpit condition i just can’t
    wear whatever i want,my dreass code become mini its always black,black or colorfull with black jaket & cardigan to cover my kebasahan yg over 2.don’t get me wrong i have closet to wear..i so miss my old days when i can wear everthing with confident.bau x la sangat cuma kebasahan 2 yg terover2 sangat.dah try mcm2 dari deodarant,tips2 kat internet homemade remedies i even try to buy pill but gagal n danger,botox,surgery are my last option i guess .after baca petikan & comments di atas i paham apa yg anda2
    semua lalui cos i pun sama juga..i baru saja beli product ne kat
    guardian kk at price rm58.90 so limited cuma 1 botol ja,n i suda pun apply at my armpit,masih lagi leaking its my 1 day hopefully this product may help me & u guys cos this a life threatening,death sentence & embarrassment for me..pls go away sweaty armpit i hate u.:(

    • sweaty armpit berkata:

      its been 4 days free of sweaty armpit thank god & this product.sangat2 berkesan utk i hari ke2 guna ketiak kering terus tahap kemarau.keyakinan semakin meningkat.now i can wear whatever i want..hopefully my sweaty armpit gone for ever & for good.all the best to u guys thanks to this blog..:)

      • lulu berkata:

        betullla…mmg mnjadi..i bru pkai dlm 4 hari..mmg ketiak da tak basah macm dlu….cume klo i lmbat mandi after balik keje ketiak akan gatal2..kenape ye..org lain pon mcm ni ke?

  83. Anis berkata:

    Baru je beli petang tadi , tak sabar nak tunggu kesan , im so excited!

  84. mie berkata:

    guardian mana ye .. bkn sume guardian kan yg ada ??

  85. Gadis Kerdil berkata:

    kenapa saya masih x berjaya mengatasinya ea kawan2??

  86. 123456789 berkata:

    sy pom ade masalah ketiak bsah jugak,,
    tertekan rasa sbb sy masih student lagi

  87. 123456789 berkata:

    aku jumpa perspirex yg losyen je kat guardian ,,,
    camne erkk boleh guna jugak ke kat ketiak ni????????????????????

  88. Gadis Kerdil berkata:

    saya pom x tahu jugak wak. sy dah try pelbagai

  89. 123456789 berkata:

    sy dh jumpa ,,,baru je tadi beli,,,,
    nak tngok hasil nye esok,,,,
    tpi masa mula2 guna rasa gatal yg teramat sngat nape????

  90. 10ztalk.com berkata:

    I think this is one of the most important information for me.
    And i’m glad reading your article. But want to remark on few general things, The website style is great, the articles is really nice : D. Good job, cheers

  91. mola berkata:

    peluh sahaja tidak berbau klu tida ada mokrob. Penguraian peluh oleh mikrob ni yg jadi punca bau. Ketahuinya di web saya cara mandi yg menghilangkan bau badan. Dlm 7 hari selesai masalah. Ada jaminan.

  92. kumekite berkata:

    yang mane pakai je gatal tu, sy nk share lah ckit ea..
    kalau yang pkai utk kali pertama tu gatal gile, jgn risau lagi yg pnting jangan garu pakai je terus lah tido..
    korg test pulak selang sehari pkai time nk tido je tau, sbb kite dh tk boleh aktif sgt dh bile dh pkai deo perspirex tu sbb tknak bagi peluh dgn ubat tu bercampo karanggg bergabungmeletup pulak hehe
    HA’ balikpada gatal, kalau korg pakai kali ke 2 tu gatal jugak ikut org lah kadg2 ade yg nk serasi lmbat tapi seeloknye 3 kali pkai dh bleh tau sesuai ke tak taw..
    pastikan sblum nk pkai tu seeloknyemandi lah dulu bersihkn segale sisa2 peluh dgn deodren yg sdia dh ade tu than jgn lupe lap lah sekeringnye taw rase dulu kesat lagi ke tak brulah pkai deo perspirex tu dn tido insya allah berhasil..

  93. ADMIN berkata:

    Petikan sebahagian dari soalan pesakit ‘HYPERHYDROSIS’ di facebook kami: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre?ref=hl

    Saya seorang yg mengalami penyakit (HYPERHYDROSIS).. berpeluh d bahagian tapak tangan dan kaki.. saya ingin tahu apa ubat untuk mengatasinya selain dari melalui pembedahan..

    Jawapan dari LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE

    Penyakit ini boleh dirawat. Pesakit yang mendapatkan rawatan dari kami perlu menjalani rawatan selama 6 bulan. Kami akan bekalkan ubat herba (kapsul) untuk dimakan. Harga sebulan rawatan RM240.00.

    **HARGA ISTIMEWA DIBERIKAN KEPADA PESAKIT YANG MENGAMBIL PAKEJ 3 BULAN RAWATAN.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: