Kasih Sayang Dan Doa Berkesan Untuk Didik Anak

Saya ibu kepada dua anak berusia tiga tahun sembilan bulan dan dua tahun dua bulan. Umur saya 26 tahun dan suami pula 33 tahun. Masalah saya adalah anak sulung sudah mula menunjukkan riak perangainya.

Untuk pengetahuan, suami saya bekerja jauh dari kediaman kami dan pulang pada hujung minggu. Saya tahu anak-anak memerlukan ayahnya. Tetapi, apakan daya suami terpaksa bekerja jauh daripada kami.

Saya tertekan apabila anak suka memberontak, menjerit dan kuat menangis apabila permintaannya tidak dipenuhi. Kadang-kadang saya buntu. Apa lagi usaha saya untuk membuat dia sentiasa gembira dan mudah dilentur.

Tidak dinafikan, kadang-kala saya meninggikan suara dan merotannya (tidak sampai mendera) apabila hilang sabar. Tetapi, selepas itu saya menyesal dan sedih. Adakah dia faham apa mesej yang hendak saya beritahu? Kasihan anak ku. Saya cuba selembut boleh, tetapi dia masih menduga kesabaran saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JAWAPANNYA:

Anak berumur tiga tahun ke atas memang sudah bijak kerana otak mereka membentuk lebih 85 peratus. Sebagai ibu bapa, kita mesti bersikap tegas dan bijak menangani masalah yang dihadapi anak.

Saya bersetuju ketiadaan ayah setiap hari agak menyukarkan. Kanak-kanak memang bijak dalam menarik perhatian ibu bapa mereka. Kadang-kadang mereka suka mengadu sakit walaupun sedikit.

Anak saya berumur tiga tahun contohnya, sering menangis mengadu sakit tangan dan jarinya.

Apa yang selalu saya lakukan ialah di samping menyapu ubat pada tempat yang sakit saya juga t menunjukkan rasa simpati, mencium tempat yang diadu sakit dan memeluknya. Cara begini memang mujarab.

Dia akan berhenti menangis dan rasa dihargai, diberi perhatian dan gembira. Kaedah ini saya namakan rawatan dengan ciuman dan pelukan.

Kaedah ini sangat berkesan, terutama apabila mereka bermain di luar, tiba-tiba berlari masuk ke rumah sambil menangis sebab jatuh dan sebagainya. Selain membersihkan tempat anggota yang terluka atau lebam, sapu sedikit ubat, peluk dan cium. Sebab rasanya itu ubat yang paling mujarab.

Oleh kerana sudah biasa dengan cara doa, anak saya, yang berusia tiga tahun selalu akan kata: “Mama, baca doa sikit nanti cepat baik!” Saya selalunya selawat dan menghembus pada tempat luka, dengan berkata : ?Sudah baik, insya-Allah. Pergi bermain semula!?

Namun, berlembut saja kadang-kadang boleh membuatkan anak lebih meragam kerana dia tahu kelemahan puan. Ada beberapa cara untuk menangani anak-anak begini. Antaranya:-

(i) Jangan ambil peduli

Kadang-kala kita jangan terlalu mengambil peduli kerenah anak, terutama jika sudah melampau. Cuba dengan sengaja tidak mempedulikan dia sebentar dan nyatakan bahawa permintaan dia tidak akan dipenuhi selagi tidak berhenti merengek.

Teruskan kegiatan yang puan lakukan. Puan perlu tegas dan sabar untuk tidak mempedulikannya. Insya-Allah dia akan mengalah.

(ii) Biarkan dia sehingga jemu

Kanak-kanak pada umur begini memang selalunya banyak kerenah.

Anak saya berusia tiga tahun suka bermain air. Biarkan saja sehingga dia puas bermain. Sebenarnya mereka ingin belajar serta ingin mengatahui selain kehendak mereka yang sangat tinggi.

Cuma pastikan mereka tidak membahayakan diri, orang lain dan tidak merosakkan barang-barang.

(iii) Bermain dan bercerita

Pastikan puan mengambil masa bermain dan bercerita dengan anak-anak. Dengan cara ini anak akan berasa diri dihargai dan disayangi. Dia sebenarnya memerlukan perhatian.

(iv) Doa

Setiap kali selepas solat lima waktu, doakanlah anak-anak, sebutkan nama mereka satu persatu dalam doa puan.

Sebelum pergi kerja cium dan tiup pada ubun-ubun mereka.

Saya selalu membaca surah ayat 19, surah as-Syura dan ayat 200, surah Ali Imran pada ubun-ubun atau air dan masakan.

Sebelum tidur banyak membaca doa dan ucapkan harapan puan di depannya. membantu anak untuk berubah.

Insyakallah, semuga kita sama-sama dapat menfaatkan cara-cara seperti ini.

Dijawab Rosnah Ahmad, seorang pengurus dan pengusaha taska.

2 Responses to Kasih Sayang Dan Doa Berkesan Untuk Didik Anak

  1. Rosnah Majid berkata:

    Saya ibu kepada dua anak berusia dua tahun 11 bulan dan satu tahun 8 bulan. Umur saya 30 tahun dan suami pula 29 tahun. Masalah saya adalah anak sulung sudah mula menunjukkan riak perangainya.

    Saya tertekan apabila anak suka memberontak, menjerit dan kuat menangis apabila permintaannya tidak dipenuhi. Kadang-kadang saya buntu. Apa lagi usaha saya untuk membuat dia sentiasa gembira dan mudah dilentur.

    Tidak dinafikan, kadang-kala saya meninggikan suara dan merotannya (tidak sampai mendera) apabila hilang sabar. Tetapi, selepas itu saya menyesal dan sedih. Adakah dia faham apa mesej yang hendak saya beritahu? Kasihan anak ku. Saya cuba selembut boleh, tetapi dia masih menduga kesabaran saya.

    Anak saya yang sulung selulu membuli adiknya .Pantang tak boleh tengok apa barang yang adiknya pegang pasti akan dirampasnya.kadang-2 tuu saya puas mencari artikel-2 tantang anak saya yang tidak mendengar kata dan degil . Saya juga selalu amalkan baca surah Toha ayat 1-5 dan pelbagai surah-2 lain.Kesannya ada tapi sekejap lepas tuu buat balik…hingga saya pergi bawa berubat mintak air penawar dan tangkal berhabis duit tapi kesannya sama juga . Saya binggung hingga menjejaskan kerja seharian saya . Anak saya yang kedua pun dah mula mengikut jejak anak saya yang sulung.Klu pergi kerja saya kena bawa dia berjalan-2 setiap hari supaya mereka jgn menangis apabila saya pergi kerja..tetapi akhirnya dia menangis juga…Ada tempay yang saya berubat mengatakan anak saya kena saka nenek sebelah suami saya..saya mcm tak percaya…tolonglah apa yang perlu saya buat…….

    Ibu Bingung

  2. Zuraidah muda berkata:

    sy bingung…masih belum jumpa jodoh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: