Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA perasan, ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang. Benjolan itu timbul semasa anda batuk, bersin, berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal lain.
Namun, ia tidak kelihatan seolah-olah bersembunyi dan menghilangkan dirinya apabila anda berbaring mahupun terjaga dari tidur pada waktu pagi keesokan harinya.
Lazimnya, ia tidak mendatangkan apa-apa kesakitan, cuma rasa agak kurang selesa, malah ada benjolan yang masuk semula dengan sendirinya.
Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat.
Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan.
Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
Anda mungkin pernah mendengar orang tua-tua bercakap tentang angin pasang, uluran dan burut. Inilah dia. Pakar-pakar perubatan pula memanggilnya sebagai hernia.
Walaupun namanya boleh sahaja membayangkan seorang perawan dengan rupa paras yang menarik, hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghidapi hernia, 1:10.
Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi, Hospital Pakar Putra (Batu Pahat), Johor, Dr. Chan Kin Yoong berkata, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
‘‘Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
‘‘Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar,’’ ujar beliau.
Nama penyakit ini berasal dari bahasa Latin, herniae, yang bererti penonjolan isi suatu rongga melalui tisu nipis yang lemah pada dinding rongga itu.
Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar berupa bahagian dari usus,
Menurutnya, umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak dan lebih sering dialami kaum Adam berbanding Hawa.
‘‘Ini terjadi kerana adanya perbezaan proses perkembangan alat reproduksi lelaki dan wanita semasa janin.
‘‘Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
‘‘Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu dapat menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia,’’ kata Dr. Chan.
Pesakit sering mengeluh adanya benjolan yang tidak menyakitkan namun cukup mengganggu, bergantung berapa besar penonjolannya. Penonjolan muncul kerana adanya kelemahan anatomi pada otot dinding perut, menyebabkan penonjolan di tempat yang lemah.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada dorongan akibat peningkatan tekanan di dalam rongga perut. Misalnya, akibat meneran ketika buang air, batuk, bersin atau mengangkat bebanan berat.
Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Mengulas lanjut, katanya, hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan, yang merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan.
Pada orang dewasa, hernia terjadi disebabkan dua faktor utama.
‘‘Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut yang lemah. Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya hernia pada orang dewasa ini terjadi pada usia lanjut kerana pada umur tua otot dinding rongga perut melemah.
‘‘Seiring pertambahan usia, organ dan tisu tubuh mengalami proses kemerosotan. Pada wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya bahagian yang lemah.
‘‘Keadaan-keadaan tersebut, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam bahagian yang lemah tadi lalu menonjol ke luar,’’ jelasnya.
Kebiasaan merokok, penyakit yang mengenai tisu dan diabetes melitus juga dapat mempengaruhi timbulnya hernia. Ketiga-tiganya mempunyai kaitan dengan gangguan metabolisme pada tisu.
Dalam kes hernia ringan, bahagian usus yang keluar dapat masuk kembali ke rongga perut jika pesakit berbaring atau didorong sendiri oleh pesakit.
Berita buruknya apabila hernia sudah masuk ke tahap takterturunkan. Pada peringkat ini, isi hernia yang keluar tidak boleh masuk kembali meskipun ditolak dari luar.
Terang Dr. Chan: ‘‘Kita juga perlu waspada jika cincin hernia berdiameter kecil. Bila sudah ada usus yang keluar ditambah tekanan rongga perut yang meningkat, bahagian usus dapat keluar lebih banyak.
‘‘Jika berterusan begitu tanpa rawatan, ia boleh menjadi hernia inkarserat. Bahagian usus yang terjulur keluar tidak dapat kembali ke tempat asalnya.
“Atau menjadi hernia tercekik kerana usus yang terkeluar tadi dapat mengalami pembusukan dan mati akibat tidak mendapat bekalan darah (gangren).’’
*Rawatan
Hernia pada orang dewasa seelok-eloknya ditangani seawal mungkin. Bila didiamkan dan bertambah parah, nyawa mampu menjadi taruhannya.
‘‘Terapinya tak ada jalan lain, kecuali pembedahan,’’ tegas Dr. Chan. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkan kerana puncanya melibatkan keadaan anatomi yang melemah atau mengalami kelainan.
Pembedahan untuk menangani hernia ini merupakan yang kedua paling kerap selepas operasi apendiks.
Di kalangan orang dewasa, pembedahan dilakukan untuk menutup lubang dan memperkuatkan bahagian yang lemah. Otot perut dirapatkan menutupi lubang yang ada.
Pada zaman dahulu, pembedahan dilakukan dengan menempatkan pesakit dalam posisi kepala di bawah agar isi hernia masuk kembali ke rongga perut oleh graviti bumi.
‘‘Pembedahan tidak harus segera kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik, ia harus segera dilakukan. Jika tidak, bahagian isi hernia yang terjerut boleh membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian,’’ katanya.
Setelah operasi, ada sesetengah pesakit mengadu bahagian yang dibedah seperti tertarik dan berasa nyeri (sakit seperti ditusuk jarum).
Untuk mengatasi keluhan tadi, kini tersedia jala sintetis yang dikenal dengan mesh.
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat.
‘‘Pada kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya.
‘‘Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus.
‘‘Akibatnya, tidak hanya cairan yang keluar, usus pun dapat keluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia,’’ ujar Dr. Chan sambil menambah, pada kanak-kanak, tindakan hanya ditujukan untuk menutup lubang.
Terapi tanpa bedah berupa pemakaian penopang hanya bersifat menyokong, sama sekali tidak memperbaiki hernia itu, apalagi menyembuhkannya.
Cara ini diperuntukkan bagi pesakit yang menolak pembedahan atau keadaan yang tidak mengizinkannya untuk dibedah.
Namun, untuk penderita yang menolak pembedahan, keadaan penyakitnya boleh memasuki tahap lanjut dan akhirnya tetap memerlukan pembedahan.
Malangnya, pada keadaan ini, surgeri akan menjadi lebih sukar, apalagi kalau sampai isi hernia tidak boleh dimasukkan kembali atau membusuk.
Elakkan hernia berulang
PESAKIT hernia boleh mengalami penyakit itu semula dalam masa beberapa bulan atau setahun selepas dibedah. Hal ini mungkin akibat pembedahan yang dilakukan.
Namun, bila ia terjadi setelah dua tahun atau lebih, nampaknya terjadi kelemahan fascia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot-otot dan lapisan perlindungan yang mengelilingi organ lembut ataupun mudah tercedera tepat di bawah kulit) yang progresif.
‘‘Hati-hati bila hernia berulang. Kemungkinan besar hernia berkembang menjadi hernia inkarserat dan terjerut.
‘‘Untuk mencegahnya, pesakit harus menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut misalnya batuk dan bersin yang kuat, sembelit, meneran serta mengangkat barang berat,’’ saran beliau.
Misalnya, menghindari batuk-batuk yang berterusan dan berhenti merokok bagi pesakit yang mempunyai tabiat buruk itu. Sekiranya sukar membuang air kecil atau besar, jangan sampai meneran. Sebaliknya segera berubat dan diatasi dulu.
Andai pekerjaan pesakit membabitkan mengangkat beban berat, minta agar diberikan tugasan lain atas alasan perubatan. Pada wanita yang obes, dianjurkan mengurangi berat badannya.
Kesimpulannya, yang penting adalah menangani hernia sejak peringkat awal dan mengambil langkah- langkah pencegahan risiko lanjutan.
Jenis-jenis hernia
Terdapat beberapa jenis hernia yang biasa ditemui. Namanya disesuaikan mengikut tempat kejadiannya pada tubuh. Kebanyakannya berlaku di abdomen.
* Hernia inguinal (pemecahan) paling kerap ditemui di mana penonjolan sak peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus, melalui dinding abdomen bawah (pelipat paha)
* Apabila sebahagian usus menonjol pada bahagian atas paha melalui titik arteri femoral dari abdomen ke paha, ia disebut hernia femoral. Wanita lebih banyak mengalami hernia jenis ini
* Di pusat, hernia umbilikal, paling biasa di kalangan kanak-kanak
* Di sekat rongga badan digelar hernia berdiafragma kongenital, kecacatan sejak lahir yang selalunya memerlukan pembedahan
* Hernia insisional, yang terjadi selepas pembedahan. Ini kerana, pasca pembedahan biasanya kekuatan tisu tidak seratus peratus kembali seperti semula. Bahagian itu kemudiannya menjadi lemah dan boleh mengalami hernia
* Hernia hiatus, satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan) yang menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.
* Hernia inkarserat, hernia yang bengkak dan tetap di dalam saknya
* Hernia takterturunkan adalah hernia yang tidak dapat dikembalikan ke tapak normal
* Hernia tercekik merupakan hernia yang terputus daripada bekalan darahnya, menjadi sakit dan akhirnya bergangren
Tip-tip pencegahan
* Kekalkan berat badan ideal yang disesuaikan dengan ketinggian. Berbincanglah dengan doktor atau pakar diet tentang pola makan sihat dan program latihannya jika anda berasa tubuh berlebihan berat
* Jadikan buah-buahan, makanan vegetarian dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum sebagai sebahagian dari diet anda. Makanan ini tidak hanya baik untuk tubuh tetapi juga mengandungi banyak serat yang akan menghindari tubuh daripada mengalami masalah sembelit dan meneran
* Berhati-hatilah ketika mengangkat bebanan yang berat. Jika itu tidak dapat dielakkan, angkatlah dengan cara membengkokkan lutut anda dan bukannya bahagian punggung atau jangan mengangkatnya sama sekali!
* Berjumpalah doktor apabila berasa sakit. Jika mengalami batuk yang lama akibat dingin atau bersin terus-menerus disebabkan alergi, berjumpa doktor untuk merawat batuk dan mengambil ubat alahan. Berhenti merokok. Rokok dapat menyebabkan batuk yang berpanjangan dan hal ini akan menegangkan otot perut.
Soal jawab lazim
Bagaimana mengenal pasti hernia (diagnosis)?
Doktor akan minta anda batuk, mengemut atau berdiri untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Bahagian yang menonjol keluar boleh ditekankan masuk dengan tangan.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jarinya, apakah masih boleh dimasukkan kembali ke dalam perut atau tidak. Rawatan yang akan dilakukan bergantung dari pemeriksaan tersebut.
Kenapa hernia patut dibedah?
Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati
Bilakah pembedahan patut dilakukan?
Semua hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu. Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan.
Jenis pembedahan yang biasa dilakukan
Kegunaan jaring atau mesh untuk menampal lubang dengan cara pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi
Apa itu pembedahan laparoskopi untuk hernia?
Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian badan. Ia boleh menampal tempat hernia yang berlubang dengan mesh atau jaring. Cara baru ini mengurangkan kejadian hernia berulang. Parut dan kesakitan pun kurang.
Adakah jaring atau mesh itu selamat di dalam badan?
Mesh diperbuat daripada sejenis plastik (polypropylene). Ia tidak mengandungi protein. Maka ia tidak mengakibatkan alahan atau penolakan di badan.
Apa yang harus dilakukan jika mesh dijangkiti kuman?
Infeksi mesh jarang berlaku. Biasanya komplikasi ini boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.
Jenis hernia yang manakah boleh dibedah secara harian (day care)?
Hernia seperti inguinal, umbilikal, femoral atau insisional boleh dibedah secara harian, bermaksud pesakit boleh datang dan balik ke rumah selepas pembedahan pada hari yang sama. Hernia yang besar atau berkomplikasi tidak boleh dibedah secara harian. Hernia yang kecil boleh dibedah dengan bius setempat sahaja.
Bolehkah saya dibedah jika mempunyai masalah perubatan lain?
Kebiasaan pesakit yang ada penyakit seperti jantung, diabetis, tekanan darah tinggi yang terkawal boleh dibedah dengan selamat. Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan diizinkan.
Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh?
Pesakit sembuh dengan cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Pesakit boleh menjalankan rutin seharian seperti biasa, tanpa gangguan dengan selamat.
Bilakah saya boleh kembali bekerja?
Kerja-kerja pejabat boleh dimulakan dalam 2-3 hari. Pesakit boleh memandu kereta ke pejabat. Kerja ringan boleh dijalankan dalam 10-14 hari. Kerja berat memerlukan 3-4 minggu rehat.
Bilakah saya boleh mula bersukan?
Tiga hingga empat hari selepas pembedahan, pesakit boleh berjalan pantas, berenang dan joging. Lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, pesakit boleh bermain golf, bermain ski dan kasut luncur, boling, bola lisut dan memanjat.
Selepas 10 hingga 12 hari pembedahan, pesakit boleh bermain tenis, berbasikal dan menyertai sukan memanjat gunung bermotosikal. Dua minggu selepas pembedahan, tiada sekatan untuk sukan seperti bola sepak, hoki, angkat berat dan besbol.












Mei 19, 2008 at 10:27 pm |
assalamualaikum doktor…. sy mempunyai masalah hernia seperti yg di nyatakan dlam blog ini di bahagian testis.saya ingin bertanya lebih lanjut dan mengetahui kos pembedahan jika sy ingin lakukan. terima kasih
Mei 23, 2008 at 6:15 pm |
asalamualaikum dan salam sejahtera doktor…saya ade masalah usus terjulur keluar daripada umur saya 12tahun lagi..sekarang umo saya sudah 24 tahun..doktor saya nak tanye adekah jd masalah jike saya lewat buat pembedahan?..dan buah zakar saya sebelah seolah-olah dah pecah..dia xnormal mcm buah zakar saya yang sebelah lagi..jika buah zakar saya pecah adekah ia boleh diubati atau dibuang sahaja?dan ape akibatnye kalau buah zakar saya dibuang? terima kasih
Jun 2, 2008 at 11:38 am |
Salam Sejahtera dr,
Saya kartini kamarudin ibu kepada dua orang cahaya mata. Anak sulung saya berusia 1 tahun 10 bulan (lelaki) dan ke dua berusia 10 bulan. (perempuan). Masalah saya dr, anak lelaki saya yang sulung baru-baru ini mengalami pembenjolan pada testisnya di sebelah kanan. Keadaannya itu amat merisaukan saya dan suami. Walaupun keadaannya agak baik, aktif bermain dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia sakit, tapi saya amat risau sekali. Baru-baru ini ada saya bawa dia berjumpa dengan dr di sebuah klinik swasta, tapi amat menghampakan saya kerana dr tersebut seperti endah tak endah sahaja memeriksa anak saya. Sentuh pun tak mahu. Hanya bercakap ia adalah hernia dan pergi hospital untuk operate. Saya kecewa benar dengan sikap dr tersebut. Disini saya ingin pandangan dr, Apakah anak saya mme mengidap penyakit hernia atau sebaliknya. Sebelum ini semasa usianya 3bulan – 9 bulan, memang ada benjolan seperti itu, bila berjumpa dr kata tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Selang beberapa minggu kemudian benjolan tersebut hilang. Dan kini bila usianya hampir 2 tahun benjolan tersebut timbul kembali. Harap dr dapat beri sedikit penerangan. terima kasih.
Jun 2, 2008 at 12:19 pm |
to kartini , im not a doctor but maybe post ni leh tlg,
Inguinal hernias (IPA: /ɪnˈgwinəl ˈhɝniəz/) are protrusions of abdominal cavity contents through the inguinal canal. They are very common (it is estimated that 5% of the population will develop an abdominal wall hernia)[citation needed] and their repair is one of the most frequently performed surgical operations.
There are two types of inguinal hernia, direct and indirect. Direct inguinal hernias occur when abdominal contents herniate through a weak point in the fascia of the abdominal wall and into the inguinal canal. Indirect inguinal hernias occur when abdominal contents protrude through the deep inguinal ring; this is ultimately caused by failure of embryonic closure of the internal inguinal ring.
In men, indirect hernias follow the same route as the descending testes, which migrates from the abdomen into the scrotum during the development of the urinary and reproductive organs. The larger size of their inguinal canal, which transmitted the testicle and accommodates the structures of the spermatic cord, might be one reason why men are 25 times more likely to have an inguinal hernia than women. Although several mechanisms such as strength of the posterior wall of the inguinal canal and shutter mechanisms compensating for raised intra-abdominal pressure prevent hernia formation in normal individuals, the exact importance of each factor is still under debate.[1]
Hernias present as bulges in the groin area that can become more prominent when coughing, straining, or standing up. They are often painful, and the bulge commonly disappears on lying down. The inability to “reduce”, or place the bulge back into the abdomen usually means the hernia is “incarcerated,” often necessitating emergency surgery.
As the hernia progresses, contents of the abdominal cavity, such as the intestines, can descend into the hernia and run the risk of being pinched within the hernia, causing an intestinal obstruction. If the blood supply of the portion of the intestine caught in the hernia is compromised, the hernia is deemed “strangulated,” and gut ischemia and gangrene can result, with potentially fatal consequences. The timing of complications is not predictable; some hernias remain static for years, others progress rapidly from the time of onset. Provided there are no serious co-existing medical problems, patients are advised to get the hernia repaired surgically at the earliest convenience after a diagnosis is made. Emergency surgery for complications such as incarceration and strangulation carry much higher risk than planned, “elective” procedures.
dipetik dari wikipedia , maybe anak puan kene Inguinal hernia kot??
kalo doktor swasta tu mengecewakan, pi jumpe doktor yang laen..
Jun 2, 2008 at 3:23 pm |
To Kartini. Daripada apa yang u cerita, memang anak u ada hernia le seperti dikatakan oleh doktor tu. Benda tu memang ade kejap, lepas tu kejap hilang. Sebabnya, usus terkeluar hingga masuk ke kerandut buah zakar tu. Kalau anak tu suka menjerit2 lagi la benda tu datang balik.
Anak kak ida yang no. 2 pernah mengalami masalah tu. Masa kecik selalu ada benjolan tu. Kekadang, benjolan tu membuatkan buah zakar tu besar sebelah. Tapi tak lama hilang. Kekadang, bukan kat testis tu, tapi kat bawah perut sebelah kanan.
Masa anak umur 11 tahun (tahun 2006), doktor nasihatkan operate. Kalau tak operat, nanti bila selalu jadi macam tu susah nak balik ke asal, maksudnya usus tu tak naik lagi, duk diam dalam kerandut tu, jadilah ianya membesar dan akan menyusahkan anak tu bila besar, jugak akan rasa sakit.
Jadi, kak ida setuju anak dibedah walaupun masa nak bedah tu benjolan tu dah takde, nampak normal aje. Tapi doktor kata sebab ade ruang yang lemah kat bawah perut tu jadi usus tu bila2 masa boleh keluar dari rongga perut.
Pembedahan tu tak lama, palin lama pun satu jam.
Usah risau dik, ikut aje nasihat doktor sebab mereka lebih tahu. Tak usah dengar cakap orang lain sebab doktor lebih tahu – ye la dia orang dah belajar hingga 6 tahun nak jadi doktor!
Jun 2, 2008 at 3:26 pm |
Anak kak ida kena bedah tu bukan kat alat sulit dia, tapi kat bawah perut belah kanan…toksah risau banyak dik. G aje hospital.
Julai 4, 2008 at 3:27 pm |
Anak saya lelaki usia 1 thn 11 bulan.Sejak dari bulan 12 th lepas perut
membuncit ,dan pusat nye terbonjol keluar,sejak itu saya telah ke hospital kerajaan dan swasta semua mengatakn tiada masalah.anak saya juga kerap demam.dn baru 2 ini mengadu sakit perut,baru 3/7 /08 saya ke hospital kerajaan dan doktor baru kesan anak saya mengalami hernia.dan dikehendaki bejumpa dgn pakar bedah kanak2.adakah apa 2 kesan sampingan ke atas ank saya pada masa akan datang dan mungkin kah penyakit ini akan kembali.
Ogos 3, 2008 at 3:42 pm |
Adakah apabila seseorang yg menhidap hernia takterturunkan akan menyebbkan komplikasi pada sistem dalaman y lain sperti jantung & buah pinggang?
Saya baru dua mggu kematian ayah akibat hernia.tapi faktor kematian nya berpunca drpd pernafasan jantung & kegagalan buah pinggang?dia mmg tdk pernah mengidap masalah penyakit lain sebelum ini. Ayah sy ditahan di wad pada ptg & meninggal pd keesokan paginya sebeum sempat melakukan pembedahan.
Doktor memberi harapan bahawa ayah sy boleh di bedah & sembuh seperti sediakala.
Apakah doktor tidak boleh tafsir jangka hayat seseorang yg menghidap hernia seperti pesakit yg menghidap penyakit lain?
Pada malam sebelum pembedahan ayah sy kelihatan normal, tekanan darah & suhu badan stabil.Pergerakan & percakapan normal.Adakah penyakit ini merubah-ubah tahap kesihatan seseorang?
Mmg kita tdk boleh mengelak kematian, tp agak hairan dgn penyakit ini yg tdk menunjukkan tanda-tanda yg teruk walaupun ayah sy disahkan menghidap hernia yg takterturunkan.
Ogos 18, 2008 at 3:40 pm |
doktor,
adakah penyakit hernia ini akan membuatkan zakar lelaki tidak berfungsi?seperti menegang?
apakah tanda-tanda berlakunya penyakit ini?
bagaimanakah caranya untuk mngetahui sama ada terkena penyakit ini atau tidak?
Oktober 26, 2008 at 10:03 am |
Saya baru mengetahui bahawa saya ada penyakit ULURAN ini…Saya berumur 22 tahun..Saya tahu melalui seorang pakcik yang melakukan URUTAN
Oktober 26, 2008 at 10:04 am |
Emosi saya menjadi tidak stabil sejak saya tahu penyakit yang saya hadapi…Tolong saya
November 6, 2008 at 4:07 pm |
sya ct,anak saya berumur 6 bln,mslh sya sejak di lahirkan sya dapati kemaluan anak sya besar sebelah,iaitu sebelah kanan lbh besar dari sebelah kiri. adakah itu merupakan hernia?
November 6, 2008 at 4:10 pm |
apakah kaedah rawatan yang harus sya ambil?cara traditional atau melalui pembedahan. kalau blh sya nk elakkan drpd melakukan pembedahan.
November 15, 2008 at 11:40 pm |
To Dr.
My son 1 mth 3 weeks. Since born nurse told us my son have hernia problem, but last 3 weeks obviously can see the swallow above part near kidney area. He always vomit after breast feedings. I went to Clinic and the doctor refer to HSA JB speacialist. Once they check, the doctor proposed to do operation dated 31st Dec 2008 at my son age +- 2 months 9 days.
What’s your comment about this age. Shall I continue or…wait until 1 year old?
Disember 29, 2008 at 8:21 pm |
adakah saya mengidap hernia? setelah bersama isteri perut saya mengeras, yg pasti banyak angin. Susah sendawa, ulu hati sakit. Pinggang terasa sakit bila lama duduk. Selalu sakit dibahagian bawah sebelah kiri sebelum pelipat peha. Adakah rawatan lain selain dari pembedahan? Jika di bedah berapakah kosnya?
Februari 19, 2009 at 11:45 am |
.buah zakar saya kejap bengkak..kejap OK..kejap tertarik kedalam.perut kejap kembung.. kejap tak.. perut saya berbunyi kruk-krak.. perut saya kembung.. bila kembung tu turun ke buah zakar.. ia akan membengkak.bila kembung tu naik ke dada ia akan perit susah nafas seperti kena sakit jantung. bila saya terkejut.. akan ada angin dari bawah naik ke dada bawa ke kepala dan batang pun akan tertarik kedalam(tinggal kepala shj). kepala saya sentiasa berdesing.bila waktu sejuk… buah zakar saya akan mengecut ke dalam. bila ke hospital… doktor kata kan normal. dan buah zakar pun normal ketika diperiksa.padahal buah zakar saya besar kejap kecik..saya sakit susah nafas! tolong saya !! saya dah mengalami hampir setahun!! bila buah zakar saya mangecut… ada bunyi macam hirup minuman menggunakan STRAW naik ke perut.. seterusnya ke kepala… tolong saya.. 017-3493343
September 21, 2009 at 9:47 pm |
g la brubt kg..cri area2 Muar lar,situ rmai yg pandai mngubat..kat tangkak,kg sri makmor(wan).. sy pena kne,skg alhamdllh da mkin sembuh..
Mac 6, 2009 at 4:09 am |
salam…Adakah angin pasang akan menyebabkn kemandulan dan lemah tenaga batin
Mac 6, 2009 at 4:11 am |
salam ..adakan angin pasang(hernia inguina) akan menyebabkn kemandulan dan lemah tenaga batin selepas pembedahan
Mac 10, 2009 at 5:20 pm |
Doktor.
Semenjak pertengahan tahun lepas, saya mendapati terdapat ketulan pada buah zakar sebelah kiri saya,,kadang2 ada dan tiada. tak terasa sakit tapi bila ada buat kerja yang berat2 ada juga terasa sakit..adakah itu hernia…apakah cara yang terbaik untuk rawatan atau ada cara lain selain dari pembedahan?..saya harap doktor dapat tolonglah saya.
Saya di belenggu dan sangat susah hati.
terima kasih.
Mei 10, 2009 at 3:57 pm |
kos operation brape>>>
jring 2 than lame ke>>>
Mei 14, 2009 at 1:13 pm |
berapakah kos pembedahan hernia jika dilakukan di hospital swasta?
Mei 14, 2009 at 10:02 pm |
sy rasa sy mempunyai masalah hernia. Berapakah kos pembedahan bg masalah tersebut? Adakah pembedahan tersebut mempengaruhi hubungan kelamin?
Mei 20, 2009 at 10:27 am |
Sy rasa sy mempunyai masalah hernia. terdapat satu ketualan di sebelah kiri testis sy. sy dah alami agak hampir setahun kadangkala ketulan itu ada dah hilang buat sementara. yang menjadi kerisauan sy, ramai org mengatakan penyakit ini amat bahaya. Saya amat risau, jika tidak di bedah apakah akibatnya dan kalau di bedah brapekah kos pembedahan dan ada tak kesan selepas pembedahan?..
Terima kasih.
Mei 22, 2009 at 10:15 pm |
saya risau anak saya yg semenjak lahir saya hanya dapat mengesan sebiji saja buah zakar dikerandutnya,sehingga kini usianya sudah masuk 3 bulan keadaannya masih sama,apakah masaalah yg dihadapinya sebenarnya, apakah ddengan cara urutan boleh menyelesaikannya
Jun 10, 2009 at 11:51 am |
Suami saya mengalami masalah angin pasang sudah agak lame. Bila angin pasang itu datang, suami saya rasa teramat sakit di bahagian testis sebelah kiri dan ianye membengkak.
Berapakah kos rawatan pembedahan di hospital kerajaan dan juga di hospital swasta? Setelah menjalani pembedahan adakah suami saya akan mengalami masalah kelamin?
Julai 17, 2009 at 12:41 am |
Jika tidak keberatan boleh hubungi saya bagi mendapatkan maklumat tentang yang terjadi kepada buah zakar suami anda..
Segalanya mungkin akan terjawab…dan terlerai masaalah saudara….. 0122299471
Julai 23, 2009 at 4:23 pm |
suami saya mengalami angin pasang.jika sudah buat pembedahan bolehkah suami say abuat hubungan kelamin?
Julai 29, 2009 at 9:33 pm |
saya ada masalah benjolan belah kanan betul2 celah peha kanan..mula doktor kata mungkin kelenjar bengkak tapi bila check kali ke2 dia suspek hernia..benjol ni akan dtg selepas saya period sampai la next period..tapi bila time subur bengkak tu akan wujud aje sepanjang hari kecuali time baring..bila period tak de..kemaluan sya akan nampak benjol sebelah..so apa cadangan terbaik tuk atasi masalah ni..saya takut kena operate..n adakah ini salah satu penyebab kegagalan saya pregnant..saya dah 3 tahun kawin..tapi tak pernah pregnant n tak pernah gugur..
November 14, 2009 at 9:57 am |
saya ada masalah macam awak nie.nak buat macamana ye?adakah awak dah berubat atau operate….boleh share masalah ni…
Oktober 16, 2009 at 5:02 pm |
apa akan terjadi skiranya buah zakar terpaksa dibuang akhibat burut?apakah risikonya?
tq
November 9, 2009 at 9:22 pm |
naper xder reply dr doctor? uiksss..?