Rahsia Daun Sirih

CANTIK bukan hanya pada wajah menawan atau penampilan diri bergaya tetapi kecantikan sebenar terletak pada keindahan dalaman.

Sirih antara tanaman yang banyak digunakan dalam perubatan selain bahan penting untuk hantaran atau proses peminangan.

Masyarakat India dan Cina turut menggunakan sirih.

Pengasas Bio Sireh Cosmetics, Sheikh Paiman Salleh membongkar khasiat sirih, antaranya:
 

* Dalam tulisan Luqman al-Hakim dalam kitab lama mengisahkan ketika Hawa dicampakkan ke bumi (dikatakan tercampak ke Selatan India dan kini dikenali sebagai Sri Lanka), Hawa berasa malu dan tumbuhan yang ada pada masa itu adalah sirih (masa itu dikatakan daunnya sebesar dulang) untuk menutupi alat sulitnya.

* Jika diteliti sehelai daun sirih, bentuknya dikatakan seakan-akan bentuk kemaluan wanita. Bahkan ada yang mengatakan ia berbentuk peta negara India dan kebetulan salasilah penemuan awalnya di India.

* Disifatkan sebagai daun yang paling baik untuk perubatan dan membantu memperbaiki sistem peranakan. Justeru, ia banyak digunakan untuk penyucian alat sulit kerana sifatnya sebagai pembersih dalaman.

* Membantu menyembuhkan hidung berdarah dengan hanya menggunakan sehelai daun sirih. Daun dilipat kecil dan sumbatkan ke dalam hidung dengan mendongakkan kepala pesakit.

* Dulu ia menjadi hidangan menyambut tetamu dengan meletakkan setepak sirih dilengkapi pinang, kapur dan gambir.

* Fungsinya boleh membantu menaikkan seri wajah, airnya untuk membantu kekuatan dalaman dan cucian tempat sulit wanita. Selain itu, ia digunakan untuk tujuan awet muda.

* Baik untuk perubatan kebatinan yang banyak digunakan bomoh tradisional.

* Sifatnya yang pedas dan dedar (seperti bunga cengkih), menjadikannya sesuai sebagai pewangi mulut.

* Kanak-kanak yang bermasalah kembung perut dan menangis tidak henti-henti, boleh mengambil beberapa helai daun sirih lalu diletakkan pada perut bayi.

* Simbolik adat dalam peminangan dan perkahwinan orang Melayu atau majlis rasmi pejabat.

* Dikatakan mempunyai aura jika ada lelaki atau wanita yang belum ketemu jodoh apabila mereka menemui ‘sirih bertemu urat’. Jika ditemui segera, cepatlah orang itu bertemu jodoh.

18 Responses to Rahsia Daun Sirih

  1. nikdin berkata:

    Salam sejahtera…
    Memang hebat daun sirih tu ye… Boleh dijadikan macam2….

  2. yus bin hj A.hamid berkata:

    ingin tahu hasiad daun sireh dan kegunaannya

  3. ila berkata:

    betoi..daun sireh ni byk rahsianyer..aku ni dah branak dua, aku nak kongsi ckit pasal sireh nie

    masa dlm pantang, aku slalu cuci alat sulit aku ngan air sireh, amik dlm 5 helai daun sireh ramas ngan air suam bersama ibu garam (garam kasar).. rendam selama lebih 15 mnt..tp sesudah selesai mandi, kna cuci dulu alat sulit ngan pencuci yg sesuai..
    mmg best, segar n wangi…

    lepas tu aku minum air rebusan sireh ngn gula batu(sesedap rasa tp jgn manis tau), 3 atau 4 kali sekali…badan pun wangi tau, satu lagi mase buang air kecil wangi aje..
    hehe cubalah petua ni..mmg best tau

    utk yg belum kawin pun leh gak coz boleh mengurangkan keputihan tau…
    aku macam2 petua ade, kena jaga badan ler … abang sayang!!!

  4. kiranto berkata:

    Komponen Aktif Dalam Sirih

    Flavournoid Polyphenol
    Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.
    Hydroxyl-chavicol
    Membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar.

    Astrigen
    Membantu mengecutkan dan memulihkan tisu – tisu organik badan akibat luka dan sebagainya.

    Sialagoga
    Membantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah.
    Ekspektoran
    Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak.

    Euginol
    Membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus/kulat.

  5. kiranto berkata:

    Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang.

    Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.

    Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika

    Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan

  6. Arjuna berkata:

    ila.. i nak tau cuci macamana caranya? jirus saja ke?

  7. kebayan berkata:

    Arjuna … tips tips yang diberikan khas untuk orang perempuan aja …. bukannya lelaki ..

  8. menonama berkata:

    “Sifatnya yang pedas dan dedar (seperti bunga cengkih), menjadikannya sesuai sebagai pewangi mulut”

    Alamak yg ni aku tak berpe setuju laaaaaaa.. bau hangit ade la..

  9. Arjuna berkata:

    aku tau lah untukperempuan.. tapi aku nak tau cara cucinya cmana kbayan ooi

  10. eda berkata:

    dengar2 kalau nak kurus…. dan mempunyai masalah haid ambik daun sirih yang sudah di basuh rendam dalam air panas… pastu minum… katanya untuk pulih

  11. lixa berkata:

    Apakah jenis sirih yang selalu dibuat untuk maminang@hantaran?

  12. ziehan berkata:

    kalo lepas pantang boleh minum ke air sirih ni? sbb i ada tanam kat umah,… ingat nak amalkan,.. berapa kali sehari?

  13. HELMIE berkata:

    bg lelaki @ wanita yg dh brkawin..cubalah amalkan mkn daun sirih campur pinang skit..cuba dulu bru tau..eemmm

  14. HELMIE berkata:

    bg yg nk kurangkn mkn @ kuruskn badan,cubalah biasakn mkn sirih + pinang skit..hasilnya amat memuaskn..INSYALLAH.

  15. [...] odour and itchiness (especially in private areas) due to allergy or…and there are many more benefits,mainly for cleansing in the internal organs, blood….If these websites are in Malay, u can use [...]

  16. Kat berkata:

    Salam semua. Saya nak tanya. Saya dah 2 thn kahwin tapi belum hamil. Saya belum datang haid bulan ni. Dan saya mengalami keputihan. Saya nak minum air sirih tapi saya takut mana lah tau haid saya dah lewat sebab baru nak jadi (hamil).. Adakah selamat untuk minum air sirih jika hamil? dan apakah ubat/herba yang selamat diminum oleh perempuan hamil muda bagi merawat keputihan? terima kasih..

  17. […] odour and itchiness (especially in private areas) due to allergy or…and there are many more benefits,mainly for cleansing in the internal organs, blood….If these websites are in Malay, u can use […]

  18. […] odour and itchiness (especially in private areas) due to allergy or…and there are many more benefits,mainly for cleansing in the internal organs, blood….If these websites are in Malay, u can use […]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: