Bijak Menabung: Menabung demi masa depan anak

Oleh Suraiya Mohd Nor (Perunding Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya)
suraiyanor@yahoo.com

KEGEMBIRAAN menyambut Syawal masih lagi terasa dan ketika ini ramai yang mengambil kesempatan menjemput sanak-saudara, rakan kenalan dan juga jiran tetangga dengan menganjurkan rumah terbuka. Pendek kata, setiap hujung minggu pasti saja jemputan dan aktiviti ini menjadikan bulan Syawal satu bulan sibuk yang bukan saja mampu mempereratkan silaturahim, malah jika tidak dibuat perancangan teliti, boleh menyebabkan perbelanjaan keluarga terlebih bajet.

Bagaimanapun dalam keadaan ekonomi yang semakin makmur, ramai yang mengambil inisiatif berbelanja secara berhemah dengan meningkatkan tabungan masing-masing. Beberapa suri rumah yang ditemui memilih membuat kuih-muih sendiri kerana bukan saja aktiviti itu dijadikan aktiviti keluarga di mana anak-anak pun boleh turut sama, malah ia juga menjimatkan.

Adalah lebih membanggakan, jika dapat menjamu tetamu yang berkunjung dengan hasil air tangan sendiri sekali pun tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis biskut dan kek yang enak-enak dijual di pasaran.
Setahun sekali menyambut Aidilfitri tidak seharusnya perlu membuat persediaan dan berbelanja berhabis-habisan. Kehidupan tidak terhenti dengan berakhirnya bulan Syawal kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah pastikan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah perlu menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan.

Mungkin agak meringankan bebanan apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan dalam Belanjawan 2008, semua murid akan mendapat buku teks dan tidak perlu membayar yuran sekolah. Namun, ibu bapa masih lagi perlu menyediakan pakaian, sepatu dan peralatan lain sekolah. Masih banyak yang perlu dibelanjakan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna.

Ibu bapa yang bijak biasanya sudah membuat perancangan awal sejak anak mereka masih kecil lagi. Mereka sudah menentukan di mana anak mereka perlu di sekolah sama ada sekolah biasa (kerajaan) ataupun sekolah persendirian (termasuk sekolah tahfiz ataupun sekolah antarabangsa) dan mereka juga sudah menyediakan tabungan sejak awal lagi.

Pendeknya, sejak anak mereka baru lahir saja ibu bapa ini sudah mula menabung untuk kegunaan anak mereka masa depan. Seorang klien saya, mula menyimpan ketika anaknya berusia sebulan secara membuat arahan auto debit. Tindakan sama dibuat untuk anak kedua dan anak ketiga dan simpanan dalam akaun simpanan kanak-kanak ini hanya bertambah di segi jumlah tetapi tidak berkembang seperti sepatutnya.

Untuk simpanan jangka masa panjang terutama lebih lima tahun, akaun simpanan biasa bukanlah tempat yang tepat kerana pulangan tahunan amat sedikit antara 0 hingga satu peratus saja setahun. Ada baiknya jika simpanan bulanan ini dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan lebih tinggi dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun.

Melaburkan wang simpanan bagi tujuan pendidikan anak-anak di pasaran saham bukan satu tindakan bijak kerana pasaran saham bergerak terlalu aktif dan tinggi risikonya. Sekalipun ia mampu memberi pulangan sehingga 400 peratus, ada masanya nilai pelaburan itu menjadi negatif. Yang ditakuti ramai pelabur pasaran saham adalah apabila pasaran saham merudum. Apabila ini berlaku, untuk mendapat semula modal dilaburkan perlukan masa dan ada yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak sanggup menunggu terlalu lama.

Pendidikan anak amat penting kerana merekalah pemimpin masa depan. Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti. Ketika ini memang ada pinjaman daripada institusi perbankan dan juga badan-badan berkaitan. Bayangkan kosnya yang perlu anak anda tanggung apabila mereka tamat pengajian kelak. Belum tentu lagi mereka mendapat pekerjaan, mereka perlu berfikir untuk membayar semula pinjaman.

Ini belum lagi jika mereka mendapat tawaran untuk mengikuti program berkembar dengan institusi pengajian luar negara. Untuk mengikuti program berkembar di Malaysia bagi tempoh tiga tahun adalah RM92,670; Australia RM191,903 manakala United Kingdom pula, RM211,875. Dianggarkan kos pendidikan meningkat enam peratus setahun, kos program berkembar ini masing-masing akan meningkat RM222,089 (Malaysia); RM459,906 (Australia) dan; RM507,770 (United Kingdom).

Bayangkan jika anda tiada tabungan pendidikan untuk anak anda. Sanggupkah anda melihat nasib mereka diperjudikan? Fikirkanlah dan rancanglah sekarang!

One Response to Bijak Menabung: Menabung demi masa depan anak

  1. aprillins berkata:

    iya menabung terus,, untuk masa depan,,,
    from http://blog.aprillins.com yes this is aprillins aprillins aprillins!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: