Perut mengeras kerana angin

Doktor,
SAYA seorang wanita berusia 25 tahun berstatus bujang dan kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Johor. Saya ingin bertanyakan suatu masalah kesihatan yang sedang saya alami sekarang dan diharap pihak tuan dapat membantu saya.

Sepanjang usia saya, saya mempunyai berat badan yang agak stabil iaitu antara 43 hingga 45kg dengan ketinggian 4 kaki 9 inci. Tetapi sejak berpindah ke Johor dari salah sebuah negeri di pantai timur semenanjung, berat badan saya telah bertambah dengan mendadak dan saya kerap diserang semput dan mempunyai masalah angin dalam badan.

Pada kebanyakan masa, perut saya akan mengeras kerana angin tersebut diikuti serangan semput dan kepala berdenyut dengan kuat. Saya yang mempunyai masalah untuk membuang angin (kentut/sendawa) rasa amat terseksa dan sering sakit di bahagian hulu hati.

Adakah saya berisiko diserang angin ahmar? Apakah masalah kesihatan saya yang sebenarnya? Untuk pengetahuan doktor, sebelum ini saya menghadapi masalah kekurangan sel darah merah (hemoglobin) tetapi kini telah sembuh.

– ROSE, Kluang, Johor

—————-

Rose,

Usah bimbang. Anda tidak mempunyai risiko untuk diserang penyakit angin ahmar/strok kerana berdasarkan kepada keadaan yang anda gambarkan, ia sama sekali berlainan.

Saya juga menjangkakan bahawa tekanan darah anda adalah normal. Daripada gejala-gejala yang Rose pamerkan, anda mungkin mengalami apa yang dipanggil sebagai dispepsia/senak fungsian (functional dyspepsia).

Pesakit dengan keadaan ini cenderung mengalami pertambahan berat badan, badan mempunyai masalah berangin dan juga ketidakselesaan hulu hati (epigastrik).

Bagi masalah semput, saya sarankan agar Rose menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Endoskopi mungkin diperlukan bagi mengesahkan apa masalah anda yang sebenarnya.

Bertemulah dengan doktor untuk penilaian serta rawatan lanjut.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Perubatan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

6 Responses to Perut mengeras kerana angin

  1. nur berkata:

    salam,
    sy berumur 22 tahun dan sy ada masalah berkaitan dengan perut sy.sejak seminggu sudah..sy sering sakit perut mencucuk sampai ke belakang badan, cirit birit,demam, rasa x selesa dan setiap kali sy buang air besar sy rasa penat sangat padahal sy najis sy hanya sedikit.
    sy mendapatkan rawatan di hospital..dr dah buat ujian darah, urin, ultasound dan ogds..namun ujian sy semua ok.hanya sel darah putih sy naik sedikit tetapi dktor x ada beri ubat antibiotik..hanya ubat anti gastrik dan pariet.
    Selepas makan ubat, sy kembali ok..
    Tp selang 2 hari jadi kembali, bila tido sy rasa x selesa rasa mual dan nak cirit birit..
    Pergi hospital..doktr bt ctscan..normal jugak.
    Sekarang da 2 mggu..sy masih rasa mencucuk sampai belakang, x selesa..sekali sehari sy buang air besar n najis sy lembut.
    Sy betul2 risau dan x selasa di perut..bila buang air besar terasa nak buang lg..
    bantu sy doktor.
    adakah

  2. khatijah berkata:

    saya dah kawin 4bulan.skrang perut saya membesar keras dan senak di bahagian bwah pusat.

  3. khatijah berkata:

    saya baru kawin 4bulan.period saya kuar sehari. selepas itu perut saya membesar dan keras.rasa senak di bahagian bawah pusat

  4. disease berkata:

    angin jika dah masuk ke perut dan terlalu lama disana, itu bisa menyebabkan kesusahan pada kasihatan kita. Bila kita tengok dari kaca mata ugama, angin diperut tuh karena kita suka menyimpan sesuatu dihati kepada orang lain..maka bila ada maksud pada orang lain, segeralah untuk disampaikan…jangan simpan terlalu lama di hati kita.. :D

  5. saya berak berdarah….sejak setahun yg lalu,,pemeriksaan kerap dilakukan..ubat pun telan…tp sehingga hari ini masih berak berdarah…2@3 bulan sekali dua terjadi…pada masa yg sama,perut sy sgt keras dan buncit

  6. TOLONG LAH SAYA……masih adaharapan lagi utk sembuh>>>??sy sangat takut….saya sgt takut dgn permasalahan ini…sy dah selalu pergi jmper doktor d spital besar kuala lumpur..tp tidak menyelesaikan masalah saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: