Bayi juga sembelit

Doktor,
SAYA ibu kepada seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Masalah yang anak saya hadapi kini ialah kepayahannya untuk membuang air besar. Najisnya sangat keras, gelap dan kadang-kadang berdarah.

Saya pernah berjumpa doktor dan bercerita mengenai masalah anak saya ini, dan sudahnya hanya ubat untuk mencairkan najis sahaja yang diberikan. Tidakkah ada jalan penyelesaian lain untuk anak saya?

Adakah ia kerana susu formula yang diminumnya ataupun ada faktor lain yang menyebabkan anak saya susah hendak membuang air besar. Pada pendapat doktor, adakah penggunaan tandas kanak-kanak (potty) merupakan salah satu jalan penyelesaian yang sesuai untuk anak saya ini?

– IBU NADIA

—–

Ibu Nadia,

Terdapat banyak sebab kenapa masalah sembelit berlaku di kalangan kanak-kanak pada usia yang masih muda seperti bayi puan, seperti di bawah.

1. Mengambil kira faktor usianya dan keadaan najisnya yang berdarah seperti mana yang puan gambarkan, saya menasihatkan puan membawanya berjumpa pakar kanak- kanak agar pemeriksaan yang dijalankan dapat menyingkirkan sebarang punca perubatan lain termasuklah yang memerlukan pembedahan.

Terdapat keadaan-keadaan tertentu seperti tisu-tisu, penyempitan bukaan anus/dubur (stenosis), kalsium tinggi dan kalium rendah yang boleh mencetuskan masalah ini.

2. Diet atau pemakanan mencukupi seperti sayur-sayuran, serat tinggi dan banyakkan minuman adalah penting. Kanak-kanak dengan masalah alahan protein susu lembu juga mungkin akan mengalami pembuangan air besar berdarah, sakit dan kembung perut. Bertukar kepada rumusan soya bagi golongan kanak-kanak ini dapat membantu.

3. Menjelang umurnya dua tahun, kanak-kanak selalunya sudah mampu mengawal usus mereka.

Adalah sangat penting menggunakan kerusi tandas yang sesuai bagi kanak-kanak. Keseimbangan perlulah mencukupi dari segi pegangan tangan dan tempat meletak kaki, bagi membolehkan mereka berasa selamat untuk menggunakannya.

Ini merupakan aspek penting dalam melatih anak-anak menggunakan tandas dengan betul dan dalam masa yang sama memastikan anak-anak duduk di atas tempat duduk tandas satu atau dua kali sehari, bagi memastikan ketetapan pergerakan usus mereka.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Kanak-Kanak, KJMC, Dr. Meghana Poovaneswaran.

30 Responses to Bayi juga sembelit

  1. Norsinah berkata:

    Doktor, saya adalah ibu kepada seorang bayi berusia 9 bulan lebih, dari bayi anak saya tidak mahu menyusu badan, jadi pelbagai susu saya gunakan untuk menyesuaikan keadaanya..

    Jadi setelah banyak mencuba produk susu, akhirnya saya menemui susu yang sesuai dengannya, sehingga sekarang bayi saya minum susu NAN, tetapi seminggu ini, dia mula sembelit, sehingga dia menangis ketika hendak mengeluarkan najis.najis nya agak kehitaman, saya juga sudah refer kepada doktor, dan telah di beri ubat untuk cairkan najis, tetapi kadangkala, dia masih sembelit, jadi saya bertukar susu lain, iaitu BEBELAC, tapi masih juga sembelit..

    Pemakanan pula, setiap hari saya memberi sayur2 dan minum air yang cukup kepadanya. tetapi masih menemui jalan buntu.

    Adakah cara untuk menyelesaikan masalah bayi saya ini.

  2. shella berkata:

    Doktor anak saya berumur 1 thn 1 bulan, dia menghadapi masalah sembelit setiap kali
    membuang air besar, anak saya sembelit semenjak 8 bulan , walau pun anak sy minum susu badan, dan minum susu anmun serta makan makanan seperti sayur sayuran, buah betik tapi dia masih menghadapai sembelit, apakah yang perlu saya lakukan. saya risau ini akan membahayakan bagi saya.

  3. Nor Rashidah Bt.Mohd Nasir berkata:

    Doktor, saya adalah ibu kepada seorang bayi berusia 6bulan , sebelum ini dr sejak lahir sehingga umurnya 4bulan lebih, saya menyusukan badan bayi saya ini tetapi selepas usianya memasuki 5bulan, saya bertukar susu formula tetapi bayi saya menghadapi masalah sembelit pula.
    Sudah bermacam2 susu formula saya cuba, dari susu S26, susu frisolac, susu snow semuanya tidak kena dengannya..bukan sahaja dia sembelit sehingga 4 atau 5 hari sehingga menangis bila hendak mengeluarkan najis, tetapi dia juga muntah.

    Selepas saya mencuba semua susu tersebut, saya bertukar kepada susu enfalac A+, tetapi masih juga mengalami masalah yang sama… dia tetap juga sembelit dan adakalanya dia tidak berapa suka dengan susu ini dan kurang minum…
    saya benar2 buntu memikirkannya…saya risau akan keadaan kesihatannya kerana berat badanya juga menurun…harap doktor dapat berikan nasihat dan pandangan…

  4. Norafiza berkata:

    Doktor,

    Bayi saya sudah berusia 7 bln, dari sejak lahir sudah 5 jenama susu yg saya cuba untuk bayi saya, semuanya memberikan kesan kepada bayi saya spt najis keras, cirit-birit, dan kembung. Susu berasas kan soya juga sudah saya beri sebelum ini tetapi bayi saya tidak sukakannya mungkin sebab bau dan rase yg tidak menyelarakan. Saya bingung utk memikirkan susu ape yg sesuai, Baru2 ini saya tukar kepada susu NAN, selepas 3 hari masalah kembung datang semula.Adakah anak saya cenderung kepada CMPA?Jikalau begitu, perlukah saya memaksa bayi saya untuk menyukai susu yg berasaskan soya?atau doktor ada pandangan lain?

  5. kiranto berkata:

    Norafiza

    saya terbaca suatu artikel mengenai masaalah puan hadapi..saya tepekan disini
    (Oleh Dr.suriviana – http://www.infoibu.com )

    Sering kali seorang ibu menanyakan ke dokter dengan keluhan anaknya mengalami kesulitan membuang kotorannya selama beberapa hari dan mengeluhkan apa ada yang salah dalam pemberian makannya, atau adakah kelainan yang serius pada anaknya.

    Anak-anak yang mengalami kesulitan buang air besar kemungkinan mengalami konstipasi atau sembelit jika sifat tinja abnormal atau apabila frekuensi ke belakangnya abnormal. Definisi sembelit adalah kesulitan atau kelambatan pasase tinja. Pada umumnya, sembelit atau konstipasi akan timbul jika tinja keras, jarang keluar dan terasa nyeri jika keluar.

    Buang air besar adalah suatu reflek ; gerak peristaltik usus yang disertai relaksasi otot sfingter anus bagian dalam dan luar , dan dikendalikan secara sadar oleh otot sfingter anus bagian luar sehingga menimbulkan defekasi atau keingginan untuk buang air besar.

    Pola defekasi normal berbeda-beda tergantung pada umur dan diet seseorang. Seperti pada bayi , selama 3-4 hari pertama lazimnya mengeluarkan mekonium kental warna hitam kehijauan tidak berbau, kemudian perlahan-lahan berubah jadi coklat-hijau dan berjumlah sedikit dengan frekuensi samapi 8 kali sehari, meskipin bebrapa bayi dapat tidak mengeluarkan tinja selam 24 jam. Tinja susu mulai keluar setelah satu minggu, bayi dengan ASI mengeluarkan tinja lembek warna kuning muda, sedang yang mendapat susu formula memiliki tinja yang padat warna kuning. Frekuensi dan bentuk tinja anak yang lebih besar mencerminkan kebiasaan makan dan jenis diet.

    Dalam keadaan normal , mereka ada yang jarang BAB , adakalanya Cuma sekali dalam 3-4 hari sekali. Masalah yang sering kali dikeluhkan jika timbul nyeri dan rasa tidak enak waktu BAB.

    Penyebab sembelit dapat disebabkan karena kesalahan dalam diet ( kurang serat, asupan susu formula berlabihan) , kelainan bawaan ( pada usus atau persarafan ) , keracunan obat, kelainan metabolik, atau gangguan pada psikologisnya ( kesukaran toilet training )

    Yang perlu diperhatikan pada sembelit anak :.
    o Frekuensi, konsistensi, warna, bau dan pola BAB sebelumnya, riwayat sembelit dalam keluarga.
    o Gangguan yang menyertai seperti nyeri perut, kram usus, anoreksia.
    o Adakah gangguan emosi, masalah di sekolah atau di rumah, konflik dengan saudara atau orang tua, dan juga hubungan ayah-ibu-anak.
    o Penggalian tentang kebiasaan dan cara pemberian makan , pemberian serat pada anak.
    o Penggunaan obat-obatan pencahar dan antihistamin, diuretic, opiat yang berlebihan.
    o Pengenalan dan penolakan terhadap toilet training .
    o Pola BAB bayi baru lahir ( frekuensi, warna, konsistensi)

    Hal-hal yang perlu diwaspadai dan segera dikonsultasikan ke dokter anda , jika;
    o BAB terasa sakit dan berdarah
    o Tidak BAB selama 5 hari
    o Nyeri perut lebih dari satu jam
    o Robekan atau luka atau peradangan di sekitar anus.

    Apa yang dapat kita lakukan ;
    o Perubahan diet , pemberian sari buah atau sumber serat dari buah-buahan dan sayuran , cukupi dalam kebutuhan cairan perhari. Hindari produk susu, pisang , dan apel karena dapat menimbulkan sembelit.
    o Perawatan anus dengan melunakan tinja dan menjaga daerah tersebut agar tetap kering. Berikan krem setelah mengganti popok untuk memberikan rasa sejuk.
    o Mengajari secara perlahan-;ahan dan sesuai dengan langkah anak sendiri dalam toilet training.
    o Mengatasi masalah psikologis yang menyebabkan sembelit
    o Dianjurkan untuk BAB setiap hari atau secara teratur dua kali sehari ke toilet
    o Posisi yang dapat membantu mempermudah BAB ; menekuk paha kea rah perut sehingga menaikkan tekanan dalam rongga perut.

  6. SUE berkata:

    Doktor,

    Saya ingin bertanya berkenan dgn tanda lahir. Utk pengetahuan doktor saya mempunyai banyak tanda lahir yang besar pada tubuh saya dan baru baru ni saya telah melahirkan srg bayi yang comel..tetapi bayi saya mempunayi banyak tanda lahir yang besar pada tubuhnya juga..soalan saya..adakah tanda lahir ini sejenis panyakit keturunan? Saya faham ini adalah anugerah dari Tuhan tapi saya kesian dgn bayi saya yg mengalami masalah yang sama dgn saya…dan saya juga merancang utk memiliki anak lagi dlm masa yg terdekat tetapi saya takut masalah yang sama akan berlaku lagi dan lebih merunsingkan saya sekiranya tanda lahir itu berlaku dimuka…saya berharap doktor dapat menberi komen dan panduan utk saya.

  7. laila_ilya berkata:

    ada kw dktr yg jawab soalan2 di atas ni… soalan je banyak.. mana jawapan nyee.. sy pun nk jugak tahu cara menangani nye…???
    mana dktr …???

  8. shahrul berkata:

    saya mempunyai anak yang berumur 5 tahun.anak saya mengalami masalah buang air besar.setiap kali nak buang air besar dia mesti menangis dan najisnya juga berdarah.saya dah mengurangkan sukatan susunya, tetap tak berubah.pg klinik dapat ubat untuk melembut kan aje.ada tak cara lain?

  9. khatijah berkata:

    anak sy 1 thn 4 bln,bru2 nie dia buang najis mesti menangis sampai berpeluh2 dn bdn dia sengget sebelah,dia menangis kuat.sy dh berjumpa dktr dn dktr ckp punggung anak sy melecet aje.dktr kasi ubat sapu aje.najis anak cair aje.perut anak tak kembung pun.sy dn suami risau dn kesian tgk anak tiap kali dia nak membuang najis.tolong lah sy mengatasi masalah nie dgn cpt.

  10. faizah berkata:

    saya mempunyai anak berumur 4 bln..sblm nie anak saya menyusu susu lactogen..time anak saya membuang najis dia, najis dia berwarna hijau..skrg sy dah tukar kepada susu frisolac..najis dia daqh brtukar kpd warna kuning..adakah susu yg diminum anak saya skrg sesuai dgn dirinya??

  11. mami janessa berkata:

    sebelum usia sebulan bayi menyusu dengan baik mengunakan enfalac. kencing dan najis semuanya lawas,selepas sebulan dia mula menolak susu sehingga berat badannya berkembang dengan perlahan, saya menukar susu kpd isomil soya,malangnya dia kembung perut, tukar kpd similac lf dia menyukainya tetapi mengalami sembelit..apa patut saya buat

  12. MOHD RIDZMAN berkata:

    anak saya mula mengalami sembelit sejak berumur lebih kurang setahun..dah bermacam2 susu saya tukar tapi masih tak hilang gak sembelitnya.sekarang ni sy beri dia minum dugro..tapi masih still gak sembelit,nak tukar susu soya lak,mslahnya anak saya tak mahu minum..SAYA DAN ISTERI TERAMAT RISAU DAN PENING MEMIKIRKAN HAL NI….masalahnya anak saya tidak suka minum air,tetapi lebih gemar makan..tolonglah beri saya panduan untuk menyelesaikan masalah ni…

  13. mohd hakimy b.hassan berkata:

    salam.DR.saya ada anak saya berumur 7 bln.ia sembelit dkt2 sebulan.pakar kanak2 saya dah berjumpa dan semua DR saya dah berjumpa anak saya tetap sembelit jg.tahi ia kadang liat dan cair tapi semejak akhir2 ni tahi ia liat dan sedikit.sambil ia teran sambil menangis.lubang pungung ia merah.bila cuci pungung ia nangis.susu saya dah tukar 4 kali dah.saya bagi susu nan,dumex,novalet it rumusan utk sembelit dan akhir sekali susu frisolac rumusan bayi khas jg utk sembelit.baru ini saya berjumpa DR lagi merakatetap suruh bertukar susu lagi tapi kali ini susu similac pula langkah 2.iaitu dari umur 6 bln ke 12 bln.saya nak tanya DR mcmana hendak menghilangkan sembelit anak saya dan bagaiman cara saya nak bagi hilang sakit tersebut?adakah ia berpunca daripada susu?saya berharap DR dapat memberi penjelasan pada saya.

    • MOHD RIDZMAN berkata:

      Salam mohd hakimy..Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dengan anda..Saya juga mengalami masalah yang sama macam anda dulu,boleh dikatakan anak saya mengalami masalah sembelit setiap kali mahu membuang air besar..sampai naik pening saya dibuatnya..Tapi alhamdulillah,selepas saya menggunakan ubat yang disyorkan kawan saya iaitu DUPHALAC SYRUP..Alhamdulillah hasilnya sangat memberangsangkan..anak saya dah jarang sangat sembelit..Tapi ubat ni mesti dibagi mengikut sukatan yang betul..dan ianya selamat serta boleh digunakan pada bayi bermua dari 1 month…Anyway pun selamat mencuba…

  14. MOHD RIDZMAN berkata:

    Kepada bapak2 dan ibu2 semua..Saya syorkan anda pergi ke farmasi dan dapatkan ubat sembelit jenama DUPHALAC..Insyaallah selesai masalah sembelit anak tuan2 dan puan2..Ubat ni selamat dan boleh digunakan untuk baby dari berusia seawal 1 bulan..Anak saya telah menggunakannya,alhamdulillah semakin baik…SELAMAT MENCUBA…

    • amri berkata:

      en. ridzaman, ubat duphalac syrup ni bebas di gunakan tnpa nasihat dr doctor ke? atau hanya dpt nasihat dr ahli farmasi sahaja sudah mncukupi? smua farmasi ada juah ke? brapa harganya?

      • MOHD RIDZMAN berkata:

        Yer En.Amri…ianya adalah ubat yang menggunakan bahan semulajadi..dan boleh digunakan pada bayi seawal umur 2 bulan..anak saya menggunakan ubat ini dan alhamdullilah o.k sekarang ni sembelitnya..itupun setelah disyorkan oleh kawan saya tentang ubat ni…dan saya pernah bertanya pada doktor tentang ubat ni dan jawapannya tiada masalah untuk menggunakan ubat ini pada bayi dan perlu ikut sukatan yang tertera pada botol ubat duphalac tu..ianya ada dijual di kebanyakkan farmasi..dan harganya kalu tak silap saya lebih kurang RM22 sebotol…selamat mencuba.

    • amri berkata:

      en. ridzman, ubat duphalac syrup ni bebas di gunakan tnpa nasihat dr doctor ke? atau hanya dpt nasihat dr ahli farmasi sahaja sudah mncukupi? smua farmasi ada juah ke? brapa harganya?

  15. Maryam berkata:

    Saya mempunyai anak berusia 4 bulan dan menyusu badan sepenuhnya tetapi masih mengalami masalah tidak buang air besar 4-5 hari sekali.semalam dia menangis dan saya menggunakan ubat enema dimasukkan ke dalam duburnya untuk mencairkan najis.sudah hampir 2 bulan dia mengalami masalah ini.saya musykil kerana dia menyusu badan, bukan susu formula.apa yang patut saya lakukan?bimbang jika menggunakan enema berterusan akan manggangu fungsi ususnya..

    • azita berkata:

      anak saya juga mempunyai masalah yg sama spt maryam… apa yg harus saya buat… baby kini mencecah 5 bln… menyusu badan sepenuhnya…

  16. Imelda berkata:

    Saya mempunyai anak berusia 3 bulan, menyusu susu formula, sejak berusia 2 bulan anak saya sering kali menghidap demam dan kadang-kadang di ikuti selesema. amat lah jarang saya melihat dia sihat seperti bayi yang lain, saya amat bimbang jika demam yang berlarutan memberi kesan terhadap kesihatan bayi saya, buat pengetahuan doktor, saya sudah beberapa kali membawa bayi saya ke Hosiptal kerana demam kuat.

  17. ladyaceed berkata:

    saya mempunyai 3 org anak.. dan ketiga2nya mempunyai masalah sembelit sehingga sekarang dan yang sulung dah berusia 3thn 5 bulan dah…byk susu telah saya cuba baik nan, enfalac, anmum, dan yang terkini saya try mamex gold…yg ketiga mamek gold ok… tapi problemnya anak saya yang ke-2 nie… masih tak serasi lagi.. menangis2 nak keluarkn poopoo dia…sehinggakn saya bagi glugose dlm susu tambahan dia lak skrg… kadang2 ok… kadang tak…
    tapi kalau g pramasi nak try lah duphalac syrup nie…

  18. mamy jasy berkata:

    anak i baru 3 bulan lebih, dah 6 jenis susu formula ditukar…dari semilac, frisolac gold, enfalac, dumex dupro, mamex gold dan sekrang frisolac rumusan khas. baby i jarang poopoo and bila jumpa pakar, dia yang syorkan frisolac khas ne tap bagi lactulose bersamanya. dia kata continue lactulose hingga baby k poopoo.any infor regarding lactulose?

  19. ilah berkata:

    ank sy umr 3 bulan.disini saya ingin bertanye ank saya buang air besar 4 hr sekali..sekarang minum susu anmum..bila jumpa doktor dia ckp perkara normal.sebelum dia tak pernah mcm tu?
    cuba doktor bg jawapannya

  20. Noorsubha berkata:

    Selamat ptg.sy baru melahirkan bayi pmpuan.skrg umo bayi sy 22ari.sy ada msalah dlm pmberian susu badan krn puting dada xtimbul.jd,sy beri ank sy susu badan yg d pam.dsebabkn susu bdan sikit,sy juge gune susu formula.tp skrg ank sy alami smbelit iaitu najis yg brketul2&brwrna kuning.adakah krn susu formula?terima kasih

  21. shyma berkata:

    selamat tengahari..saya nak tau kenapa bayi saya berusia 3 bulan mempunyai najis berdarah..warnanya merah cair tetapi sedikit..

  22. mama wana berkata:

    perkongsian yang menarik.TQ :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: