Hidung tersumbat dibedah

Oleh Dr Abd Razak Rahman Hamzah (tanyadoktor@bharian.com.my)

Soalan;

SEJAK beberapa tahun lalu, saya menghidap selesema hampir setiap pagi dan malam. Saya ada mendapatkan rawatan sebelum ini dan doktor mengesahkan saya tidak menghidap resdung. Sebaliknya, alah pada debu. Dia mencadangkan saya membeli sejenis ubat. Ia memang berkesan tetapi saya hanya mengambilnya selama sebulan kerana harga ubat berkenaan agak mahal. Doktor, adakah cara lain mengatasi masalah ini?

Abu Bakar Ali

Jawapan:

MASALAH alahan hidung atau `allergic rhinitis’ adalah suatu keadaan yang kerap mengganggu seseorang. Ia lebih cenderung menyerang individu yang mempunyai tahap alahan yang tinggi berdasarkan sejarah pendedahan kepada alergen (bahan penyebab alahan) tertentu dalam udara, pemakanan. Selain itu ia juga kerap terjadi kepada individu yang menghidap asma.

Justeru, masalah ini sebenarnya sukar untuk diatasi atau bermakna sukar untuk sembuh. Gejala yang biasa terjadi adalah selesema, bersin dan hidung tersumbat.

Bagaimanapun, saudara perlu tahu rawatan paling berkesan untuk masalah ini adalah dengan menghindari alergen. Bagaimanapun, ia sukar dibuat kerana alergen biasanya tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Peranan ujian alahan darah dan juga ujian alahan kulit bagi alergen adalah penting. Bagaimanapun ia lebih banyak dibuat untuk tujuan akademik. Ia tidak dilakukan secara rutin.

Ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah alahan hidung adalah ubat anti alahan (antihistamine) dan ubat semburan. Ia biasanya berkesan untuk mengawal dan mengurangkan gejala-gejala alahan hidung.

Begitupun, kadang kala ubat antibiotik diperlukan juga jika ada tanda jangkitan seperti nanah di dalam rongga hidung dan sinus. Ubat-ubat ini biasanya perlu digunakan sehingga masalah itu mencapai tahap kawalan yang memuaskan.

Kadangkala, pembedahan juga diambil kira sebagai kaedah rawatan. Pembedahan hidung dibuat bagi mengurangkan masalah hidung yang sumbat. Ia juga bertujuan mengurangkan selesema. Keadaan ini, dengan serentak juga mampu memperbaiki penghantaran ubat semburan ke kawasan hidung yang bermasalah.

Jawapan disediakan oleh:
Dr Abd Razak Rahman Hamzah
Pakar Telinga, Hidang dan Tekak
DEMC

3 Responses to Hidung tersumbat dibedah

  1. stella berkata:

    saya mengalami masalah hidung. doktor mengatakan saya alahan hidung. saya dapat merasakan ada cecair didalam rongga hidung saya. ia tidak dapat keluar.say tidak mengalami bersin dan batuk.

  2. Nor Aini Bt Yaacob berkata:

    Anak saya mengalami masalah hidung sejak beliau berumur 4 tahun lagi. Beliau kerap selsema, hidung tersumbat dan sakit di sekeliling hidung, kadang-kala hidungnya akan berdarah. Saya kerap membawanya berjumpa doktor pakar dan bermacam-macam ubat pil dan semburan telah diberi tapi tiada perubahan. Berbagai-bagai pendapat yang diberi oleh dr pakar ada yang mengatakan yang anak saya selama-lamanya terpaksa bergantung pada ubat dan semburan. Akhir sekali baru-baru ini saya merujuk pada dr pakar yang lain dan setelah hampir 3 bulan menjalani treatment akhirnya beliau mencadangkan agar anak saya menjalani CT Scan, keputusannya beliau mencadangkan agar anak saya menjalani pembedahan memandangkan dinding di sekeliling hidungnya bengkak dan salur pernafasannya menjadi sempit dan ini yang menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk bernafas. Saya ingin mendapat maklum balas dan komen dari dr secepat mungkin memandangkan beliau akan menjalani pembedahan pada hari Ahad 13/03/2011.

  3. Siti Hajar berkata:

    Saya sudah 5 tahun bergantung kepada ubat Adezio untuk mengurangkan rasa gatal dan berair pada hidung. Masalahnya apabila sehari saya tidak mengambil ubat ini, saya akan bersin berkali-kali, mata bengkak dan berair, hidung tersumbat dan berair. Adakah ubat ini mempunyai kesan sampingan jika saya mengambilnya secara berterusan dan adakah kaedah perubatan yang lain yang boleh saya dapatkan selain bergantung pada ubat.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: