Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) – Sistem imun terganggu

Oleh ZULIATY ZULKIFFLI
am@hmetro.com.my

PENYAKIT Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau singkatannya lupus adalah satu daripada gangguan sistem imun iaitu sistem yang melawan bahagian tertentu tubuh yang sepatutnya dilindungi.

SLE boleh merebak ke beberapa bahagian tubuh seperti sendi, kulit, buah pinggang, jantung, paru-paru, saluran darah dan otak.

Penyakit ini dipercayai menyerang lebih 90 peratus wanita, terutama selepas melahirkan anak, manakala 10 peratus lagi menyerang lelaki dan kanak-kanak.

Ia juga disebabkan gangguan kompleks dan sebabnya tidak diketahui. Ada berkemungkinan ia disebabkan faktor genetik, alam sekitar dan hormon yang bergabung dan menyebabkan SLE.

Setiap pesakit mempunyai simptom berbeza; bergantung pada ketahanan badan seseorang seperti bengkak sendi, demam yang tidak diketahui puncanya, keletihan dan keterlaluan yang kemudian disertai sejenis ruam merah iaitu ‘ruam rama-rama’ merentasi hidung dan pipi.

Antara simptom lain ialah sakit dada, keguguran rambut luar biasa, anemia, ulser mulut, sakit kepala, pening, kemurungan, kekeliruan dan sawan. Lupus mungkin susah dikenal pasti kerana sering menyerupai penyakit lain.

Bagaimanapun, tanda lupus berbeza antara setiap orang dan sesetengahnya lebih teruk daripada pesakit lain. Ada yang mengalami ulser mulut, sawan tanpa sebab, masalah mental, keguguran kandungan bayi yang kerap dan masalah buah pinggang.

Jika semua tanda ini berlaku, segera berjumpa dengan pakar SLE untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

Bukan hanya satu ujian boleh menentukan seseorang itu mengidap SLE, namun ujian makmal adalah paling baik untuk mengenal pasti auto antibodi tertentu yang sering ada dalam darah pesakit, contohnya ujian ‘antinuklear antibodi’ (ANA) selalunya digunakan untuk mencari ‘auto-antibodi’ yang bertindak terhadap nukleus sel badan.

Akhir sekali, doktor akan melihat gambaran keseluruhannya — sejarah perubatan, simptom dan keputusan ujian — untuk memastikan sama ada seseorang itu menghidap SLE atau tidak.

Rawatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini adalah ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) bagi pesakit yang mengalami sakit sendi atau dada.

Bahkan ubat antimalaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria juga berguna untuk membantu mengatasi gejala keletihan, sakit sendi, ruam kulit dan radang paru-paru.

Selain itu, kortikosteroid boleh digunakan kerana ia bertindak dengan mengurangkan keradangan. Apabila buah pinggang atau sistem saraf pusat terbabit, sejenis ubat yang dipanggil ‘immuno-suppressive’ mungkin digunakan untuk mengawal sistem imun yang terlalu aktif.

Pemakanan untuk pesakit SLE secara amnya adalah sama seperti nasihat pemakanan bagi pesakit normal lain iaitu menekankan aspek pemakanan sihat dan seimbang.

Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut iaitu keperluan protein perlu dikira. Kes sedemikian perlu dirujuk lebih awal kepada pegawai dietetik untuk nasihat pemakanan.

Pemakanan sihat dan seimbang adalah corak pemakanan yang membolehkan badan memperoleh kalori yang bersesuaian dan empat kunci kesihatan boleh membantu seseorang itu mencapai corak pemakanan sihat dan seimbang, iaitu amalan pemakanan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti serta berupaya mengatasi tekanan dan meningkatkan amalan bersenam untuk memperoleh tahap kesihatan unggul.

Secara amnya, panduan asas untuk pemakanan sihat ialah mempelbagai makanan, makan makanan seimbang dan sederhana. Ini dapat dicapai jika seseorang itu mengamalkan corak pemakanan berpandukan piramid makanan Malaysia.

Pesakit lupus sering kekurangan tenaga dan perlu mengawal kegunaan tenaga. Dapatkan nasihat petugas kesihatan mengenai cara menangani keletihan.

Pada umumnya, pesakit berasa lebih sihat jika mereka membahagikan masa antara rehat dengan kerja, di samping pengambilan ubat. Jika anda berasa murung, kaunseling boleh membantu.

Ada juga pakar kesihatan lain seperti pakar nefrologi, jurulatih carakerja, pakar dermatologi dan pegawai pemakanan dapat membantu anda daripada aspek lain penyakit lupus.

Bersenam antara cara terbaik untuk membantu menangani lupus, selain senaman dengan bantuan juru pulih anggota.

Pesakit dengan penyakit kronik seperti lupus atau berbincang dengan pakar SLE dulu sebelum memulakan program senaman. Pesakit yang berpengetahuan dan berusaha merancang penjagaan diri kurang mengadu kesakitan.

Wanita yang ingin merancang keluarga juga perlu berbincang dengan pakar SLE untuk mendapatkan pelan rawatan sesuai. Meskipun mempunyai simptom SLE, pesakit masih boleh mengekalkan kualiti hidup tinggi dengan cara belajar mengenali tanda amaran supaya langkah berkenaan boleh diambil untuk mengurangkan gejala penyakit.

24 Responses to Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) – Sistem imun terganggu

  1. hanna berkata:

    bagaimana cara pemakanan bagi pesakit SLE terutamanya bagi pesakit buah pinggang???

  2. diana berkata:

    kenapa penyakit SLE ini sukar untuk didiagnosis?

  3. zikri berkata:

    Adakah pesakit yang mempunyai SLE mampu melahirkan bayi yang sihat dan bebas dari penyakit ini? Bagaimana dengan risiko yang perlu ditanggung sekiranya pesakit mengandung? Adakah penyakit ini mampu mengancam nyawa????

  4. azeda berkata:

    kakak saya pengidap penyakit SLE. adakah penyakit SLE ini adalah penyakit seumur hidup? ada peluangkah pesakit2 ini untuk baik dan bebas sepenuhnya dari penyakit SLE ini atau akan terus kekal selamanya?

  5. sheila berkata:

    saya pesakit SLE peringkat baru … so nak tnya apakah jenis mkn yg sesuai utk pesakit. seperti saya..

  6. zonan berkata:

    saya menghidap penyakit SLE dan telah berumah tangga. adakah penyakit ini dapat merebak kepada isteri melalui hubungan suami isteri?

  7. anwar berkata:

    Beberapa kali mengikuti seminar tentang lupus juga talk swow yang diadakan oleh Yayasan Lupus Indonesia (YLI) Jakarta dan Bandung diperoleh informasi bahwa penyakit lupus bukan penyakit turunan dan tidak menular. Memang sampai saat ini lupus belum bisa disembuhkan, namun bagi orang dengan lupus) ada yang disebut masa remisi (lupusnya tidak aktif). Para odapus yang jelas harus tetap semangat, kontrol teratur kepada dokternya dan minum obatnya juga teratur sesuai dengan petunjuk dokter. Hindarilah kontak langsung dengan matahari, stes dan aktifitas yang berlebihan/ jangan terlalu capek. Sebagai hamba yang beriman tentulah kita selalu berdoa pada-Nya semoga diberikan kesembuhan karena kalau Allah swt. berkehendak sembuh pasti sembuh, Insyaalah

  8. sy baru sahaja disahkan SLE,pada tahun ni selepas muka saya ruam2 merah dan sendi sakit2.Masalahnya sy dimasukkan di hospital 14hari n telah mengambil tisu buah pinggang dan sy telah berkahwin adalah kah sy tidak akan mengandung dan kena mkn ubat seumur hidup?Tolong bls..

    • anis berkata:

      pesakit SLE masih boleh mangandung dan boleh melahirkn anak tetapi beza dengan orang yang bukan SLE, pesakit akan menghadapi lebih banyak komplikasi yang mungkin akan mengancam nyawa… jangan risau kerana memang ada pesakit SLE yang dikurniakan anak walaupun mempunyai byk komplikasi

  9. Rosmawati Ismail berkata:

    Saya telah mengidap SLE selama 3 tahun. Kadang2 Sle saya aktif dan kadang2 tidak. Badan saya sering lemah dan tidak larat untuk buat sesuatu kerja.Sekarang saya masih ambil steroid. steroid ada kesan2 yang tidak elok jika diambil dlm masa pjg, jd apa ubat yang terbaik untuk SLE selain steroi dan ubat2 hospital?

    • shamaza berkata:

      mungkin sudah terlewat saya hantar mesej ini. sebenarnya sLE ini amat berkait rapat dengan sistem imun badan yang tidak kuat. sebenarnya sahabat saya dari lahad datu sabah dan sepupu saya juga menghaddapi masalah yang sama. Dimana sekarang seluruh kulit wajah menjadi bertompok2. ros perlu ambil supliment. di sini saya syorkan cubalah guna 4life supliment. kalau tak tahu call saya pada no 0193931779. niat saya disamping mencari rezki ialah membantu yang menghadapi penyakit.

  10. Norain berkata:

    Salam, nak tahu tahap bahaya penyakit ini??

  11. SHA berkata:

    SAYA dah menghidap SLE 5 tahun.

  12. kin berkata:

    sy disahkan menghidap SLE 2bln yg lepas..sy mengamalkan 4life..ok la jugak.
    disamping itu ubt doc anti keradangan juga diambil.
    sy nk thu ad tak cara lain utk mengelak keradangan ini?

  13. farhana berkata:

    sya sudah mghidap penyakit sle selama 5 bulan dan tahap kedua..kekadang sye berse stress krane sye msih berumur 15 thon…parent sye selalu mghadkan thap pergrakan sye..mksd sye sye ta bole aktif seprti dulu dan mmbuakan sye brse terpiggir..

    • anis berkata:

      its ok coz my lil sis pun sle n mse die disahkan sle, dia br je berusia 12 tahun 2 hari…keadaan die mse didiagnos sangat kritikal sampai perlu menjalani kemoterapi.. bile die da stabil, die still aktif bersukan n die pilih sukan yang x expose dgn sinaran matahari, sukan die pilih is badminton. u still blh aktif juz jgn lupe pakai n bawak sunblock lotion everywhere… diz is my little advice, if ade pape sakit even juz sakit perut, trs jmpe your doc, n hati2 dari kne chicken pox, coz chicken pox sangat2 bahaya 4 pesakit SLE…

  14. KEE SUEI KIOK berkata:

    saya baru melawat seorang pesakit sle. baru 58 hari keluar hospital.kesian.baru berusia 25 dan baru kahwin bulan jun baruni. keadaannya agak teruk. SLEnya menyerang saraf otak selepas alahan mengandung janin kembar 2 berusia 4 bulan. kandungannya terpaksa digugurkan. beliau berada dalam keadaan koma. kini hanya minum susu melalui tiub.Hati mana yang tak tersedih melihat keadaannya. Tapi saya sedang berusaha membantunya menggunakan rawatan dengan menggunakan bio-disc ( air masak yang ditapis melalui satu disc untuk minum dan lap badan). Hari ni baru hari yang ketiga dan dia telah minum sebanyak 1.5lx3.khabarnya ada perubahan seperti kepala dan tangan mula bergerak menunjukkan reaksi lenguh dan sakit.Kulitnya yang bersisik mula nampak berminyak/ berkilat.Saya ingin terus berusaha membantu anak gadis ini seperti anak saya.Marilah kita sama-sama berdoa agar dia boleh sembuh.Apalah dosa insan ini dilahirkan normal tiba-tiba jadi begini dan diberitahu doktor akan cacat selama-lamanya.

  15. mia berkata:

    doktor saya ingin tahu bagaimana seseorang itu blh menghidapi panyakit SLE

  16. ifa berkata:

    im suspectd SLE……what shoould i do???

  17. dewi berkata:

    adik ipar sya mgalami sle , adakah brkhwin itu lbih memudaratkn kshatan bgnya?sjak dia khwin … sakit nya mendadak tenat

  18. roshita samad berkata:

    Saya merupakan pesakit sle sejak tahun 1996, pada masa itu penyakit ni memang amat sedikit bilangan pesakitnya. Macam-macam hal diperkatakan pada masa itu oleh masyarakat sekeliling tentang penyakit saya pada masa itu. Ya lah pada masa itu sle masih baru diketahui.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: