Rawat masalah buang air kecil

PENYAKIT pembuangan air kencing tidak terkawal adalah antara masalah utama yang dialami wanita di Malaysia daripada pelbagai latar belakang budaya dan sosial tanpa mengira peringkat umur.

Malah masalah ini adalah penyakit kronik yang paling utama di kalangan wanita iaitu sebanyak 35 peratus diikuti darah tinggi (25 peratus), kemurungan (20 peratus) dan kencing manis (lapan peratus).Bagi kebanyakan wanita, masalah pembuangan air kencing tidak terkawal adalah satu perkara yang memalukan dan sukar bagi mereka untuk berkongsi dengan orang lain di samping menghalang mereka daripada bersosial yang sudah pasti menjejaskan kualiti hidup.

Menyedari akan pentingnya pendedahan penyakit itu kepada orang ramai terutama wanita, Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dengan kerjasama Jabatan Fisioterapi, Hospital Ipoh (HI) menganjurkan forum awam mengenai masalah itu di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Berdasarkan statistik Hospital Ipoh pada 2006, seramai 1,871 pesakit yang mengalami masalah itu dirujuk kepada jabatan berkenaan.

Ahli Fisioterapi Kanan (HI), Hasnidar Zulkifli, berkata wanita kerap mengandung atau bersalin, kegemukan, sembelit, batuk berterusan dan selepas menjalani pembedahan pada bahagian abdomen atau pelvis berisiko mengalami keadaan itu.

Beliau berkata, faktor itu mengakibatkan Otot Lantai Pelvik (OLP) menjadi lemah dan sekali gus menyebabkan gejala kencing sukar dikawal dan kejatuhan rahim.

“Otot lantai pelvik adalah kombinasi jaringan otot yang menutup bahagian bawah ruang pelvis dan otot berkenaan memberi laluan atau ruang kepada saluran kencing pada bahagian hadapan, saluran faraj di tengah dan saluran dubur di belakang.

“Fungsi utama otot lantai pelvik adalah untuk menyokong kedudukan organ yang terkandung di dalam ruang abdomen dan ruang pelvis seperti rahim, ovari (telur), pundi kencing dan saluran dubur,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Harian, di Ipoh, baru-baru ini.

Forum berkenaan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah kencing tidak terkawal dan kejatuhan rahim di kalangan wanita yang selama ini menganggap penyakit itu sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.

Jabatan Fisioterapi adalah unit yang bertanggungjawab membantu pesakit terbabit selepas mereka membuat pemeriksaan di Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk tujuan rawatan dan pemulihan.

Beliau berkata, selain menyokong fungsi organ berkenaan OLP juga memainkan peranan untuk mengatur dan mengawal saluran pundi kencing, saluran kencing (uretra), faraj dan dubur ketika seseorang individu itu menjalani aktiviti harian atau sebarang perbuatan harian.

“Aktiviti itu boleh menyebabkan peningkatan terhadap tekanan dalam ruang abdomen atau ruang pelvis seperti bersin, batuk dan sebagainya.

“Tujuan utama program pemulihan fisioterapi adalah untuk membesar dan menguatkan otot lantai pelvis dan meningkatkan daya tahan otot terbabit,” katanya

Kajian membuktikan bahawa latihan senaman terhadap otot pelvis sangat berkesan dan penting bagi mengelakkan masalah kencing tidak terkawal daripada terus berlaku.

Hasnidar berkata, latihan senaman terhadap otot pelvis itu juga bertujuan untuk melatih kecekapan pengecutan otot secara tenang sekiranya berlaku peningkatan tekanan di dalam abdomen.

Katanya, program pemulihan secara fisioterapi itu melatih wanita mengawal pembuangan air kecil di samping dapat memulihkan pundi kencing agar dapat berfungsi secara normal dengan mengatur tempoh pembuangan air kecil.

“Latihan itu bertujuan membantu pesakit agar tidak kerap membuang air kecil dalam tempoh yang singkat dan menjadikan isi padu atau jumlah pembuangan air kecil mereka bertambah,” katanya.

Hasnidar juga tidak menafikan bahawa antara tujuan pemulihan ini adalah untuk mewujudkan kenikmatan maksimum perhubungan kelamin yang intim antara suami dan isteri.

Pada peringkat awal, Jabatan Fisioterapi akan membuat penilaian awal terhadap pesakit dan mereka akan menjalani penilaian secara terperinci mengenai masalah yang dihadapi.

Penilaian akan dilakukan secara subjektif dan objektif mengenai kawalan air kencing dan status obstetrik dengan menggunakan kaedah khas bagi mengetahui tahap kekuatan dan daya tahan otot lantai pelvik.

Semua hasil penilaian dan ujian akan direkodkan dan dianalisis untuk menentukan masalah sebenar pesakit dan ia akan menentukan program pemulihan yang harus mereka jalani dengan bantuan ahli fisioterapi.

Bagaimanapun, kedua-dua program latihan itu hendaklah dilakukan secara aktif dan intensif bagi mendapatkan hasil yang baik.

Program rawatan pemulihan terbahagi kepada dua iaitu latihan senaman kemut atau ‘kegel exercise’ dan latihan mengawal fungsi pundi kencing dan dubur atau ‘bladder and bowel training’.

Senaman itu bukan saja berkesan untuk menguatkan otot lantai pelvis dan memulihkan fungsi pundi kencing sebanyak 80.7 peratus, malah dapat mencegah masalah kawalan air kencing.

Program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Fisioterapi memerlukan komitmen tinggi daripada pesakit. Bagi latihan senaman kemut boleh dilakukan ketika baring, duduk, berdiri atau semasa melakukan aktiviti harian.

Untuk melakukan latihan ini, pesakit hendaklah membayangkan diri mereka seperti hendak menahan daripada kencing atau membuang air besar atau menahan diri daripada membuang angin.

Hasnidar berkata, senaman kemut boleh dilakukan dalam kadar tiga saat kemut dan tiga saat melepaskan kemut secara perlahan-lahan.

Bagi rawatan pemulihan kedua pula adalah melalui latihan mengawal fungsi pundi kencing terutama bagi wanita yang mengalami masalah pundi kencing aktif dan kerap membuang air kecil sehingga tidak dapat mengawal waktu membuang air kecil.

Kekerapan kencing normal adalah sebanyak lima hingga enam kali sehari, iaitu sekali pada setiap tiga hingga empat jam, manakala kuantiti air kencing normal bagi setiap kali proses pembuangan air kecil adalah sebanyak 250 hingga 350 mililiter.

Dalam program latihan ini, wanita berkenaan perlu mempunyai diari pembuangan air kecil yang mencatatkan masa, kuantiti minum dan kuantiti pengeluaran air kecil dalam tempoh 24 jam.

Tujuannya adalah untuk mengetahui kekerapan ke tandas, kuantiti air kencing, masa air kencing tidak dapat dikawal dalam tempoh sehari.

Diari pembuangan air kecil itu akan dianalisis dan pesakit akan diminta untuk mengawal dan mengatasi keinginan untuk membuang air kecil dengan mengalihkan tumpuan fikiran kepada perkara lain.

Program ini juga turut akan memberi penekanan dalam aspek pemakanan dan pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan kuantiti pengambilan air atau minuman terutama minuman berkarbonat, bergas, berkafein dan jus yang masam.

FAKTA: Empat jenis masalah kawalan air kecing

  • Pertama – Stress Incontinence iaitu terkencing ketika batuk, bersin dan juga ketika melakukan aktiviti akibat meningkatnya tekanan dalam abdomen.
  • Kedua – Urge Incontinence/Overactive Bladder adalah kencing berlaku di luar kawalan dengan keinginan untuk segera kencing.
  • Ketiga – Overflow Incontinence, keadaan air kencing tidak dapat dikawal dan sentiasa mengalir apabila pundi kencing penuh.
  • Keempat Functional Incontinence yang berlaku akibat kecederaan ketika kelahiran ataupun kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.

8 Responses to Rawat masalah buang air kecil

  1. shasha berkata:

    bagaimana sekiranya saya mengalami kencing yang sukar dikawal…dan terasa pedih semasa membuang air kecil…?

  2. siti berkata:

    sye kerap membuang air kening dan x dpt menahannyer….walaupn ditahan ia tetap akan mengalir…bagaimana cara untk mengatasinya??

  3. khalis berkata:

    saya kerap buang air bila setiap kali minum air. kadang2, lepas minum 1 gelas air, saya ke tandas hampir 3 kali

    • lin berkata:

      saya kerap buang air kecil. setiap sejam pasti akan ke tandas. ini menyukarkan saya andai ingin berjalan jauh/bercuti/ke shopping kompleks/ menghadiri keramaian dsb kerana benda pertama yg saya cr adalah tandas.

  4. azuka berkata:

    sy mengalami kencing yang x dpt dikwl…sehinggakan dlm 10 mnt saya pergi ke toilet sbnyk 5 hingga 6 kali….tlg r saya…..saya kalau tidur terpaksa bangun banyk2 kali untuk ke tandai sehingga saya terpaksa menylin sluar setiap malam..

  5. Zurin berkata:

    saya mengalami masalah buang air kencing tak terkawal, walaupun kurang minum air, saya pasti akan merasa mahu buang air kecil. Pada waktu malam, saya mengalami kesukaran untuk menikmati tidur yang nyenyak akibat setiap setengah jam keinginan untuk membuang pasti ada. Tolong bagi pendapat n pandangan dengan masalah ini.

  6. narimah berkata:

    saya mempynyai masalah sukar pembendungan air dalam badan, apabila kurang kencing kaki muka saya akan sembap, bila ambil ubat ural buang air kecil lawas sembap itu akan hilang, masalah saya bila tidak mengambil ubat dia akan kembali sembap semula

  7. agforex berkata:

    saya juga ada masalah yg sama n tengah cari cara mngatasinya…terima kasih di atas info

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: