Azoospermia / Kemandulan Lelaki

Kenapa Berlaku Azoospermia

Azoospermia adalah istilah yang digunakan oleh doktor-doktor bagi lelaki yang tidak mempunyai sperma hidup.

Istilah yang sering digunakan termasuklah ‘ No sperm’ ‘Nil’, ‘tidak ada benih’ ‘kosong’.

Jawapan yang sering diberitahu oleh doktor biasa ( allopati)ialah ‘awak tidak ada harapan untuk dapat anak, ambil anak angkat sahajalah…’ ‘ tidak ada ubat untuk penyakit awak’ dan lain-lain lagi kata-kata yang pedih tetapi harus diterima oleh setiap lelaki yang digelar ‘azoospermia’

Sebab-Sebab Kemandulan Lelaki / Kenapa Tidak Ada Benih
Banyak sebab kenapa seseorang lelaki itu menjadi mandul atau tidak ada benih, diantaranya kemungkinan yang boleh berlaku ialah:

1. Mungkin disebabkan oleh penyakit kronik atau lama yang pernah dialami sewaktu didalam kandungan ibu, atau diwaktu kecil (alam kanak-kanak) saperti deman terlampau panas, kesan naik campak, jangkitan kuman dari orang tua yang mengalami penyakit kelamin, genetik atau keturunan, kemalangan sehingga buah zakar atau batu pelir (testes)pecah dan sebagainya.

2. Mungkin disebabkan infeksi penyakit kelamin sewaktu melakukan persetubohan haram dengan awek-awek pembawa kuman VD atau penyakit gonorrhoea, siflis, Vietnam Rose, HIV, Herpes Genitalis,dll.

3. Mungkin disebabkan penyakit varicoceles atau hernia atau burut atau angin pasang, dimana batu pelir menjadi besar, keras dan sakit atau urat-urat disekitar batu pelir membesar dan mengeras.

4. Mungkin disebabkan masalah sarang batu pelir
(testes / scrotum) iaitu kilang yang membuat air mani tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau malas berkerja dan tidak berupaya mengeluarkan air mani ( sperma) yang bermutu.

Sebaliknya mengeluarkan air mani yang kosong, tidak ada benih. Air mani ada, tetapi tidak ada benih, kosong, nil ! Inilah yang dinamakan azoopsermia.

5. Sebab-sebab lain yang dikenal pasti oleh doktor ialah kemungkinan masalah pada tuba sperma, testicular failure, lahir tidak ada batu sebelah, atau kedua-dua batu mengecil, gangguan hormon testerone yang tidak stabil, pancutan air mani yang tidak stabil, lemah tenaga hayat, dll

6. Sebab lain lagi kemungkinan mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan airmani pramasa, zakar mengecil, hilang nafsu seks, tekanan emosi yang serius, tekanan jiwa, dll

7. Mungkin kerana terlampau banyak makan ubat-ubatan saperi ubat kencing manis, ubat antipsychotics saperti chlorpromazine, haloperidol, antidepressant saperti Amitriptyline, Imipramine, dll

Sperma Sihat, Baik & Bermutu, Isteri Juga Sihat dan Subur, Kenapa Masih Belum Dapat Zuriat

Ini yang menjadi masalah dalam rumah tangga dan ini dinamakan sebagai

Dilema Suami Isteri.

Sungguhpun benih lelaki anda sihat dan isteri juga disahkan sihat namun isteri anda masih belum berjaya mendapat zuriat ?

Ini mungkin disebabkan oleh suami atau isteri atau kedua-duanya sekali, dimana airmani atau sperma suami tidak serasi dengan telur isteri. Setiap kali melakukan hubungan kelamin, sebaik sahaja airmani masuk kedalam rahim, rahim akan tendang airmani keluar, atau hormon wanita yang sedia ada dalam rahim mematikan airmani sebaik sahaja airmani masuk kedalam rahim dan berbagai karenah lagi berlaku sewaktu ‘pertembungan’ antara sperma dan telur didalam rahim, diluar batasan pemikiran manusia.

7 Responses to Azoospermia / Kemandulan Lelaki

  1. aulia jaiz berkata:

    Apakah azosperma masih bisa disembuhkan?
    Berapa biaya untuk treatment nya?
    Apa mula-mula yang diperlukan untuk pengobatan Azosperma?
    Di mana saya bisa berobat untuk azosperma yang murah dan aman?

  2. hepes dynamiclear…

    A Lysine supplement in a palatable flavor powder for cats. Viralys is recommended as an aid in the treatment of Feline Herpes Virus and its associated respiratory and ocular symptoms….

  3. Quintas berkata:

    cube gune care ni, setiap hari, try taruk air sejuk kat testikel( buah zakar) kamu selame 10 minit sehari.

    care ni leh wat mase mandi, pastikan ader air sejuk la. ambik cedok and taruk air sejuk, letakkan buahzakar and penis sekali dlm cedok yg penuh dgn air sejuk tu dalam keadaan mencangkung bleh, duduk pun bleh gak.kalo yg nk duduk tu senang ader kerusi tandas la senang nanti x letih. buah zakar tu mesti dalam keadaan tergantung kan? so biar la bebola tu menikmati air sejuk tu atleast 10 minit.

    kalo air dalam cedok tu dah jadi suam, refill balik dgn air sejuk. x kire la mcm mane all nk wat or dkat mane pn nk wat. kalo nk tambah air batu dalam cedok tu pn bleh gak.

    buah zakar kite sangat suke keadaan sejuk so amalkan la menyejukkan buah zakar kamu sb kilang and sperma paling aktif dalam keadaan sejuk.

    sejuk+buahzakar = kilang sperma and sperma aktif . so simple. insyaallah elok nyer.

  4. Quintas berkata:

    ops lupe, 10 minit setiap hari nyer. bukan sehari jer.

  5. ek ele berkata:

    woit quintas…biar betul….sejuk?…..selama ni aku baca sume bende yang menyihatkan
    sume berkitar kepada suam / panas…ni tetiba sejuk ni..betul ke..kang kecut anu tak
    naik2

  6. Quintas berkata:

    aku bace dalam mingguan wanita da…xkn diorang silap plak kot…

    tapi fakta sains btul pe buah zakar kan suke keadaan sejuk. sperma paling aktif tme keadaan sejuk..sb tu bebola tu tergantung jer dari badan…badan kan panas…kalo dekat dgn badan mati la sperma kiter..

  7. SUYATMA berkata:

    dok, saya mau tanya. sy kan hbs kemotrapi karena limpoma terus saya konsul kedokter kandungan untuk pemeriksaan sperma ternyata hasil nya azoosperma padahal sudah 3 bulan kemotrapi terakhir. yang ingin saya tanyakan ? apakah azoosperma saya karena efek samping kemotrapi dan sifatnya sementara atau hrus di operasi testisnya. dan kalau efek samping kemotrapi berapa lama soalnya saya blum punya adak.trims

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: