Masbuk perlu tambah baki rakaat solat

SOALAN:

Ada pendapat mengatakan solat kena ikut imam, iaitu jika imam pada rakaat ketiga maka kita kena niat yang rakaat yang kita masuk adalah di rakaat ketiga. Bila imam salam kita bangun dan buat rakaat pertama dan kedua, kemudian selepas tahiyat awal terus beri salam (ertinya ikut imam).

Semasa di sekolah dulu ustaz saya mengajar sebaliknya. Jika imam rakaat ketiga, maka kita rakaat pertama dan bila imam habis salam kita buat rakaat berikutnya. Adakah sah sembahyang saya jika saya ikut pendapat pertama tadi?

JAWAPAN:

Soalan saudara berkaitan dengan keadaan orang masbuk dalam solat. Masbuk maknanya solat jemaah yang tertinggal beberapa rakaat daripada imam.

Contohnya seseorang itu hadir solat jemaah ketika dia hadir, imam sudah dalam rakaat kedua, maka orang ingin menjadi makmum hendaklah mengikut imam dengan rakaat pertama. Maknanya rakaat pertama untuk masbuk dan rakaat ketiga bagi imam. Tidak kira sama ada imam pada rakaat kedua ketiga atau keempat, bagi masbuk rakaat yang dimulakan itu adalah rakaat pertamanya untuknya.

Pendapat atau pandangan yang mengatakan sekiranya seseorang itu masbuk pada rakaat ketiga imam maka bagi si masbuk juga rakaat ketiga. Soalannya ialah bagaimana si masbuk nak tahu imam itu sedang rakaat ke berapa?

Ini bermaksud apabila seseorang itu masbuk pada rakaat ketiga imam hendaklah dia mengikut imam pada rakaat ketiga yang baginya rakaat pertama, setelah selesai imam memberi salam maka hendaklah orang masbuk tadi menyempurnakan rakaat yang berbaki.

Jika solat isyak rakaat yang perlu disempurnakan ialah dua rakaat lagi, itupun jika dia sempat rukuk bersama imam pada rakaat ketiga kalau tidak dia perlu sempurnakan tiga rakaat.

SOALAN:

Bagaimanakah cara yang betul untuk saya masbuk dengan jemaah yang dua orang sahaja. Adakah saya masuk di belakang imam atau di sebelah kiri imam? Saya keliru kerana kebanyakan orang masuk di belakang imam.

JAWAPAN:

Keduanya-duanya boleh, sama ada masuk di belakang imam ataupun terus berdiri di sebelah kiri imam. Kedua-dua keadaan ini dibolehkan dalam menunaikan solat berjemaah.

Keadaan ini hanya dibenarkan sekiranya makmum hanya dua orang sahaja, bila bilangan makmum lebih daripada dua orang maka safnya mestilah di belakang imam.

SOALAN:

Adakah membasuh kepala atau membasuh rambut menjadi rukun wuduk?

JAWAPAN:

Dalam al-Quran, Allah s.w.t menyebut kepala, kerana perkataan kepala adalah lebih luas daripada menyebut rambut.

Mungkin seseorang itu tidak ada rambut tapi mustahil tidak ada kepala. Selagi mana seseorang itu memiliki rambut maka dikira memadai jika air itu sampai ke rambut biarpun air itu tidak sampai pada kulit kepalanya ini kerana rambut termasuk ungkapan kepala dalam ayat al-Quran.

Sekiranya bahan pewarna yang digunakan untuk mewarna rambut itu menghalang air sampai ke rambutnya tetapi sampai ke kulit kepala maka wuduk tetap dikira tidak sah.

Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali… (al-Maidah: 6)

2 Responses to Masbuk perlu tambah baki rakaat solat

  1. zaki berkata:

    Sekiranya kita tertinggal rakaat pertama hingga ketiga solat zohor dan nak berjemaah untuk rakaat keempat, adakah rakaat pertama perlu duduk tahyaat awal atau terus berdiri untuk meneruskan rekaat kedua.

  2. Nur Kasih berkata:

    wah…senang lah saya hendak membuat projek saya iaitu tentang solat masbuk…hehe;D terima kasih!!:D

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: