Psoriasis bukan penghalang untuk bermasyarakat

Perbuatan berjabat tangan dengan orang lain juga boleh menimbulkan masalah besar kepada mereka yang menghadapi masalah psoriasis. Namun, interaksi dan jalinan hubungan dengan orang lain amat penting bagi menikmati kehidupan yang sihat dan normal.

Presiden Dermatologi Malaysia, Dr. Allan Yee, sebelum kita meneliti interaksi kita dengan dunia luar, kita harus terlebih dahulu menerokai jiwa dan perasaan kita sendiri. Dalam mana-mana perhubungan kita perlu terlebih dahulu menerima diri kita sendiri sebelum kita dapat diterima sepenuhnya oleh orang lain.

Mereka yang menghidapi psoriasis, terutama jika ia bermula di peringkat usia muda, lebih cenderung untuk mendapatkan imej yang negatif. Kita perlu memprogram semula sikap negatif itu dan mengesahkan nilai intrinsik diri kita sendiri. Ini tidak terlalu sukar di dalam budaya yang bersifat penyayang.

Oleh itu kita harus berasa girang. Untuk mengungkapkan semula kata-kata Rick Warren, penulis buku yang laris, Purpose-Driven Life sekiranya kehidupan itu satu ujian (dan jika psoriasis merupakan ujian bagi kita), justeru kita tidak harus gagal dalam ujian ini.”

Sudah tentu banyak penghidap psoriasis telah melepasi ujian mereka dengan jayanya, kebanyakan mereka merupakan ketua dalam industri masing-masing dan pemimpin dalam masyarakat.

Interaksi profesional

Sokongan psoriasis bermula dengan doktor anda. Berbincang dengan doktor mengenai simptom dan perkembangan anda. Melalui perkongsian maklumat dengan doktor, anda akan dapat berusaha ke arah mencapai matlamat rawatan dan kualiti kehidupan bersama psoriasis yang lebih baik.

Bagi mereka yang berkunjung ke Jabatan Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur, terdapat satu perkhidmatan kaunseling sokongan bagi pesakit baru yang menghidapi psoriasis.

Interaksi dengan keluarga

Keluarga dan rakan-rakan anda juga merupakan sumber sokongan yang penting. Mereka adalah orang yang mengetahui mengenai diri sebagai seorang individu dan menerima anda seadanya.

Pastikan anda berkongsi pemahaman anda mengenai psoriasis dengan mereka agar mereka dapat membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa.

Bawa mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat kumpulan sokongan atau ke tempat mencari ketenangan. Pengetahuan mengenai psoriasis memberi kuasa kepada semua yang berkaitan untuk membantu menanganinya dengan lebih baik.

Bagi keluarga kanak-kanak yang menghidapi psoriasis, amat penting untuk membantu mereka menangani kesukaran dalam perhubungan di sekolah, dengan pembuli, aktiviti sekolah dan guru.

Perlu ada perimbangan perlindungan yang sihat daripada peristiwa-peristiwa negatif tanpa mengeluarkan kanak-kanak itu daripada dunia berinteraksi yang amat diperlukan dengan rakan dan taulan.

Kasih sayang amat perlu untuk menghalang imej negatif daripada berputik. Walaupun penyakit itu belum ada penawarnya, rawatan kini lebih baik dan semakin selamat, dan adalah penting untuk memindahkan keyakinan dan harapan itu kepada kanak-kanak terbabit.

Interaksi dengan kenalan dan rakan sekerja

Apabila anda menerima diri anda seadanya, anda boleh hidup dengan tenang walaupun menghidapi psoriasis. Lagipun, ia bukan perkara besar dan tidak akan mengurangkan nilai diri. Apabila mereka tahu bahawa psoriasis tidak berjangkit dan anda amat selesa dengan diri anda, perhubungan normal akan menyusul.

Interaksi dengan penghidap psoriasis yang lain

Banyak manfaat diperoleh apabila menjadi sebahagian daripada kumpulan sokongan tempatan seperti Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. (PASFT).

Persatuan ini mewujudkan sebuah komuniti di mana mereka yang menghidapi psoriasis (atau artritis psoriasis), keluarga mereka dan sukarelawan boleh berkongsi pengalaman dengan kelompok manusia yang memahami.

Layari http://www.guidetopsychology.com/ pmr.htm untuk mendapatkan contoh bagaimana untuk melakukan PMR bagi psoriasis atau bagi mana-mana masalah lain yang berkaitan dengan tekanan.

PASFT juga merupakan anggota gabungan Yayasan Psoriasis Kebangsaan (NPF) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, salah satu kumpulan sumber psoriasis yang terbesar di dunia. PASFT menghantar buletin dengan artikel-artikel NPF kepada kira-kira 1,600 ahli PASFT di seluruh Malaysia.

Interaksi dengan komuniti dalam talian

Dalam era teknologi hari ini, anda boleh bertemu mereka yang sealiran secara dalam talian atau online di forum-forum internet tanpa perlu bergerak dari kerusi anda. Bagaimanapun, kami tidak dapat memberi jaminan berhubung ketepatan maklumat yang diperoleh di forum-forum Internet dan seseorang harus berwaspada dengan agenda komersial di belakang sesetengah daripada forum atau ruang sembang itu.

Anda perlu lebih berwaspada terhadap sebarang janji mengenai ‘ubat ajaib’. Psoriasis mempunyai satu asas genetik, oleh itu tidak ada cara untuk mengubati psoriasis memandangkan para saintis belum lagi menemui satu cara selamat untuk mengubah gen kita.

Kami ingin mencadangkan kepada sesiapa yang berhasrat mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis melalui Internet agar mengakses laman web tempatan kami, atau pautan yang disyorkan di bawah bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.

Sekiranya anda telah meraih manfaat daripada menjadi sebahagian kumpulan sokongan itu, mempunyai sesiapa di dalam keluarga anda yang menghidapi psoriasis dan ingin membantu orang lain, kenapa tidak menyertai PASFT dan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain.

Atau jika anda menetap di luar Lembah Klang, kenapa tidak memulakan satu kumpulan sokongan di tempat anda menetap. Sila beritahu kami bagaimana kami dapat membantu anda untuk memulakannya.

Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan (PASFT) boleh dihubungi melalui telefon (03-8948- 4335), e-mel:psoriasisassn@hotmail. com) dan surat ke alamat (1, Jalan 14/2C, Taman Serdang Utama, Sri Kembangan, 43300 Selangor).

Mereka boleh ditemui di Internet sebagai satu pautan dalam laman web Persatuan Dermatologi Malaysia http://www.dermatology. org.my atau pertanyaan kepada kulitcampaign@yahoo.com.

Artikel ini adalah sebagai panduan untuk membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai psoriasis dan artritis psoriasis. Sila rujuk pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak terhadap mana-mana maklumat yang terkandung di atas. KULIT adalah sebuah program kemasyarakatan yang ditaja oleh Wyeth Malaysia.

56 Responses to Psoriasis bukan penghalang untuk bermasyarakat

  1. norazimah abdul aziz berkata:

    assalamualaikum…
    saya berumur 25 tahun..
    saya telah mengidap penyakit ini kira-kira 10 tahun..
    sekarang saya bertahan dengan ubat krim daripada sebuah klinik pakar kulit ..
    Namun panyakit psoriasis ini tak sembuh..kadang2 dia ok, kadang 2 tak ok..
    Saya sebenarnya runsing dengan penampilan saya..
    kalau dikutkan tahun depan saya akan melangsungkan perkahwinan..
    tapi saya tak tahu nak meneruskan perkahwinan itu atau pun tak..
    saya bimbang bakal suami saya tak dapat menerima saya..
    dr pembacaan saya, salah satu faktor ini disebabkan genetik..
    saya bimbang , jika anak saya nanti turut mengalami penyakit seperti saya..

  2. Quintas berkata:

    wslm norazimah, psoriasis x silap saye penyakit kulit kan?
    well, kalo future hubby u btul2 syg and cintakan u , mesti dia akan trime u jgak walauap2 pun.
    lg pun penyakit ni pun bukan leh merebak so wat ape nak ditakutkan?

    lg pun, kalo la hubby u dpt trime keaddan u, u and hubby u berdua usaha utk berubat utk pulih kan keaddan ini, saye tahu kaedah2 kat luar tu maybe agak sukar tapi u can still try utk berubat, lagi senang kalo dgn seseorang disamping u , mcm a husband.

    try dulu utk perbaiki sesuatu tu, pikir positive , jgn cepat putus asa and insyaallah tuhan akan tolong u nyer…

    x tau la nasihat ni dpt tolong or x sebab sape la saye ni ek. salam.

  3. aisyah berkata:

    hai, my case also same with azimah. but i’m 23 and saya mula2 menghidap psoriasis ms umur 16thn. ms mula2 kena, ingatkan penyakit kulit biasa je, tapi tak sangka bila my mom bwk jmp doktor kat hospital sy kena psoraisis. mula jumpa doktor, bagi ubat ok la. lagipun masa tu yg kena just kecik2 je and kat kepala jd mcm kelemumur. tapi skrg dah risau sgt sbb psoriasis mula merebak, dah makin byk. dah tak tau nak pakai ubat ape.malu pn ada dgn kawan2 bila doarg tny kenapa tak prnh ikat rambut. sbb kat belakang leher sy pn dah jadi merah2. sama mcm azimah, sy pn risau bila nk kahwin nti. sy harap dlm ms 2tahun penyakit kulit sy boleh sembuh dan dapatla sy meneruskan perkahwinan, kalu tak, sy rasa lebih baik sy batalkan saja perkahwinan.

  4. hafiz satar berkata:

    assalamualaikum. saya mengidap psoriasis lebuh kurang 6 tahun lepas. Awalnya ianya hanya kelimumur di kepala. lama kelamaan semakin besar dan semakin teruk. cadangan saya kepada mereka yang menghidap psoriasis, anda kenalah rajin menyapu ubat dan sentiasa pakai lotion seluruh badan agar badan kita sentiasa lembap. Kerap mandi dan jangan stress

  5. Rodee Kasim berkata:

    Anak lelaki lebihkurang 4 bulan disahkan mengidap psoriasis, pada mulanya doktor hanya beritahu campak je, tp saya x tak puas hati, bila jumpa kali kedua baru dia sahkan psoriasis, terus saya bawa pakar kulit kat hkl, macam-macam ubat sapu diberi,smua ubat dari luar saje, saya telah melayari internet mengenai sakit kulit. saya jumpa satu atikel minyak kepala dara atau yang lebih tepat minyak kelapa tulin yang disurih banyak kali hingga menjadi jernih, tanpa melalui proses kimia. Setakat ini saya telah memberi beliau makan 1o botol nampak nya penyakitnya x merebak, dah nampak ade perubahannya.inshaallah ini akan menjadi pengalaman di masa hadapan.

    • SYAZA berkata:

      Vaidya Dr. Luqman boleh merawat penyakit psoriasis. Ramai pesakit kulit yang dah bertahun-tahun menderita berjaya pulih selepas makan ubat herba Dr LUQMAN= 0146332307 untuk temu janji. klinik beliau terletak di The Summit Subang Jaya dan seksyen 9,Bandar Baru bangi. TQ

  6. ZRIN berkata:

    salam..suami saya disahkan menghidap psoriasis 5 tahun lalu..kami baru kawin 6 bulan lepas, bagi saya kalau kita sayang sesorang tu kita kena terima seadanya..suami saya penghidap psoriasis tahap kronik,kadang -kadang sedih sgt tgk dia rasa rendah diri nak jumpa orang tp saya selalu yakinkan dia bagi sokongan bagi dia rasa dia x seorang, walaupun dia berpenyakit ada orang masih sayang dia.ada orang terima dia..saya tiap2 hari sapukan cream pada kulit dia dan buh minyak dan syampoo pada kepala saya cuba terima dan hilangkan perasaan takut, jijik.malah penyakit ni menyebabkan kami hubungan penuh kasih sayang..jd jgn risau kalau nak kawin nanti,kita boleh bahagia mcm org lain,semua ni dtg dari Allah ada hikmahnya dan hati lebih tenang kalau kita redha dgn ketentuan Allah.insyallah.

  7. YY Chong berkata:

    Psoriasis adalah penyakit yang todak merebak tetapi malangnya juga tiada ubat yang boleh menyembuhkannya 100%. Biophenol yang banyak terdapat di dalam jus zaitun, boleh mengurangkan inflammation yang menyakitkan dalam penyakit psoriasis and arthritis (sakit otot, tulang). Professor Dr Fujio Numano menjalankan kajian klinikal penyakit psoriasis di Institute Vascular Tokyo dengan menggunakan Olivenol livin’, satu supplemen yang dibuat daripada jus zaitun organik, telah membuktikan bahawa biophenol zaitun boleh mengurangkan kesengsaraan psoriasis.

    Laporan kajian psoriasis terdapat di tapak web: http://www.10binternational.com

    Dr Allan Yee, presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, sedang menjalankan kajian klinikal tempatan atas psoriasis dengan menggunakan Olivenol livin’. Beliau dijangka akan menyimpulkan kajian tersebut 3 bulan dari sekarang.

    Harap informasi di atas boleh menolong pesakit psoriasis.

  8. ibu berkata:

    salam. saya juga mempunyia suami yang menghidap psoriasis. dia sgt rendah diri dgn penyakitnya tu..hinggakan nak bergaul dgn org luuar..amat sukar bg dia..yg palung saya sedih, bila dia sendiri cuba nak menjauhkan diri dgn family saya..tak nak balik rumah mentua..katanya, malu..saya faham apa yg dia rasa..dan saya dah banyak kali bg kata2 semangat pdnya..tp dia tetap begitu..masalahnya, sampai bila dia perlu bersikap dan sentiasa berpandangan negatif ttg persepsi org lain terhadapnya?? saya buntu sgt sekarang ni..kami selalu berselisih faham ttg perkara ni..

  9. balasan untuk ibu :
    ibu, pada pandangan saya, berilah masa untuk suami puan menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarnya. Cuba elakan perselisihan antara satu sama lain. Dengan adanya perselisihan akan membuatkan suami puan berada dalam situasi tekanan “stress” yang mana akan mengakibatkan komplikasi yg lebih buruk akan berlaku.

  10. mat kangkong berkata:

    What is Psoriasis?
    Psoriasis is a skin disorder than can occur at any age in both men and women. Most commonly, psoriasis first appears as thick, flaky patches of skin on the elbows, knees, or other parts of the body. The patches may be silver or red.

    The skin flaking that occurs in psoriasis is known as scaling. At first, a few small, flaky patches — known as plaques– may appear. Often, the plaques gradually enlarge and increase in number. Less commonly, psoriasis may erupt suddenly all over the body.

    Psoriasis is a chronic disorder, which means it can last a long time and can come back frequently. It is most common in people in their 20s, 30s, and 40s. Psoriasis is rare under age 3. Most people who develop it do so before age 30. In the United States, about two or three out of every 100 people have psoriasis.

    Psoriasis commonly occurs on pressure points such as the elbows, knees, and knuckles, as well as on the scalp, the trunk, the arms and legs, the external sex organs, and the fingernails and toenails.

    The severity of psoriasis varies widely. The most common pattern is for the disease to be limited to certain parts of the body but to recur (come back) frequently. Once someone has had a flare-up of psoriasis, the chances are nine out of 10 that the disease will recur. Psoriasis that begins earlier in life tends to be more severe and persistent.

    Usually people with psoriasis are otherwise healthy and feel well. However, if psoriasis affects large areas of the skin, it can seriously interfere with a person’s ability to function normally. The thick, flaky patches of skin are often disfiguring and can be itchy or painful. If the hands or feet are affected, a person may have difficulty walking or holding a job. Caring for psoriasis is a daily, time-consuming process.

    Psoriasis is an unpredictable condition that can sometimes flare up for no apparent reason. The course of the disease can be different in every individual who has it. People with psoriasis commonly go through periods of embarrassment, frustration, and depression about their condition. Because psoriasis affects exposed skin, it is a highly visible disease.

    Psoriasis is not an infection and it is not contagious – you cannot “catch” it from anyone.

    How Severe Can Psoriasis Get?
    Psoriasis is defined as mild, moderate, or severe, depending on how much of the skin is affected.

    Mild psoriasis affects less than 2 percent of the skin.

    Moderate psoriasis affects 2 percent to 10 percent of the skin.

    Severe psoriasis affects more than 10 percent of the skin.

    As a general rule, the palm of one hand is roughly equal to one percent of the skin.

    What Is Psoriatic Arthritis?
    In about one out of every 10 people with psoriasis, the disease causes pain and swelling in the joints. This is called psoriatic arthritis. This condition tends to wax and wane. It is less likely than other types of joint disease, such as rheumatoid arthritis, to worsen over time and become disabling.

    People with psoriasis may also have more common forms of arthritis. Rarely, people with psoriatic arthritis may develop a disabling form of arthritis in which the joints become deformed.

    What Causes Psoriasis?

    Normal skin has two layers: an outer layer called the epidermis and an inner layer called the dermis. Skin cells are created in the dermis and move up through the epidermis to the skin surface. Skin cells are continually dying and being replaced. Normally, skin cells mature and shed in about a month.

    In psoriasis, however, the normal cycle of replacing old skin cells with new ones becomes unbalanced. Skin cells reproduce many times faster than normal and live only three to four days. The dead cells build up on the skin, forming thick, flaky patches called plaques. The redness in skin plaques is caused by increased blood supply to the rapidly multiplying skin cells.

    Why skin cells begin to multiply abnormally is not well understood. Heredity is one factor, however. In about one third of cases, psoriasis is inherited. It is estimated that if a child has one parent with psoriasis, the child’s chances of getting the disease are between one in 10 and one in four. If both parents have psoriasis, a child’s chances of getting the disease are about 50-50.

    Evidence from recent research studies also strongly suggests that psoriasis is a disorder of the immune system. Normally, the immune system defends the body from infection by bacteria, viruses, and other invaders. Sometimes, however, the immune system makes a mistake and attacks the cells, tissues, and organs of a person’s own body. When this happens, the resulting disease is called an autoimmune disease. Many autoimmune diseases run in families.

    The theory that psoriasis is an autoimmune disease is based on the fact that scientists have found abnormally large numbers of t cells (a type of white blood cell) in the red, flaky skin patches of people with psoriasis. T cells are the infantry of the immune system. When the body senses a need to defend itself against infection, it first makes and then releases millions of t cells to fight off the invaders. Some t cells are normally found in skin. The presence of abnormally large numbers of t cells in skin affected by psoriasis suggests that the immune system is attacking the skin by mistake.

  11. NANA berkata:

    Hai saya dah menghidap psoriasis selama 8tahun,tersangat berat cubaan ini buat saya..hampir hilang keyakinan saya pada diri sendiri tak dapat saya bayangkan bagaimana kehidupan saya pada masa akan datang..tp saya bersyukur kerana punya hati yang tabah menjalani kehidupan ini,walau saya terasa kesakitan ini biarlah hanya di hati saja kerana saya yakin ini cubaan dari yang maha esa..dan saya jalani cubaan ini dengan hati yang redha….

    • shuhada berkata:

      hye..sy mengalami psoriasis sdh hmpir 10 thn..
      mmg btol sespe yg mngidp pnykit nie mmg lmh self cnfidnt dlm dri..
      tp alhamdulillh sy mmpunyai family dan kwn2 yg sgt supprtive…
      kdg2 mmg mlu utk b’sosial..
      sy pown ade jg fikir bagaimn future sy nanti..
      mgkin nie sume ujian dri allah pd sy..
      cume kter kne igt 1 bnd..
      ALLAH TRUNKN PNYKT BESERTA PENAWARNYE KCUALI MATI..

  12. MAKLANG berkata:

    hai, anak mak lang ngidap psorisis sejak umur 17 tahun. skrg umur dia 22 thn. sakitnya boleh kata severe. kepala kelimumur, belakang 50% terkena.kaki pun ada. Ml hiba melihatnya. dia on doctor’s medication. adalah sedikit relief dari gatal2 tp still merebak.ML ada terbaca tentang nufera minyak kelapa dara. ada testimoni dari sesiapa?

  13. Amla berkata:

    Akum,saya sendiri mengidap psoriasis sejak umur 10 thn,skunk dah umur 25…walaupon saya sendiri belum sembuh2 dari psoriasis tapi nak share pada semua beberapa tips…
    1.try to relex ble terasa nak marah,perasaan mrah,naik angin xpuas hati akan buat penyakit nie semakin terok….
    2.Jangan terlalu banyak memikirkan sesuatu pekara,bile otak kita runsing & bekerja kuat untuk fikir sesuatu yg tak penting ia menghala kepada strezz
    3.sentiasa cuba bertenang

    Cuba avoid bercakap benda2 yg negatif,yg boleh menimbulkan ketidak puasan hati anda.klu ada org mula nak bercakap negatif,tinggalkan kumpulan itu…

    jangan paksa diri anda,merasakan kebolehan diri terbatas berbanding orang lain & berasa lemah tue sumer negatif…

    cth nya anda xdpt nak lakukan aktiviti luor @ anda terbatas untuk menjadi aktif,tidur lewat malam kerana penyakit ini…so..xpelah

    kita hidup dengan cara yg body kita boleh hidup…mungkin hati & perasaan kita membuak-buak untuk jadi insan yg hebat, yg sibuk…tp ingat anda adalah diri anda sendiri….kita bukan org lain…

    ingat rehat yg cukup & minda yg sihat dpt memulihkan Psoriasis…

    saya sendiri suba lakukan cara nie sendiri nampak kesan yg penyakit nie berkurangan w/pon ketika itu saya dah kehabisan cream dari doktor…

    kita perlu lawan dalam diri kita untuk sembuh dari penyakit nie…percayalah anda semua dapat lakukan

    Harap dapat membantu anda semua..

    • kate berkata:

      aku setuju dgn statement u…skg umur aku 23 tahun..so dah masuk 3 tahun aku sakit ni.. bukan la aku fed up nak merawat…selagi masih under control aku…rileks2 jer…tapi part mana yg buat aku melatah semula bila tumbuh kat muka…besar pula tu…ada la serupa kurap kat pipi…mula2 satu, skg dah dua
      ..nak tmbuh g ketiga tp syukur x jd..ikutkan sedih jg..yg aku x suka tu nt ada lah yg tnya2 knapa..nk explain lg…tapi skg ni aku buat biase jer…redha jer sb aku tau bila dah kuar susa nak hilang,…tgk nk baik jer..sok lusa merah smula…tpksa redha..

  14. omarshah667 berkata:

    Saya dah lebih 2o tahun menghidap psoriasis saya guna betametasone cream aje tapi hanya untuk still jangan merebak sekarang ini dah kena athritis psioritik hampir 13 tahun sengsaranya tuhan saja yang tahu. Saya menghidap penyakit ini melalui ketururnan sebelah ibu saya. Tapi saya redha. Bermacam ubat dah saya cuba sampai satu tahap saya dah fedup. Apa taknya member yang baru kenal suggest suplemen yang saya dah cuba. Dia orang pun terkejut bila setiap kali suggest suplemen saya lebih tahu tentang suplemen itu daripada mereka. Apa taknya saya pula terangkan pada mereka bagaimana suplemen itu berfungsi sebab saya dah cuba hampir semua suplemen yang dia orang sugest tu…last-last dia orang pulak boring…ada juga kata saya main-main lantaklah saya dah lali…dulu pernah juga stress tapi keimanan, keluarga dan isteri tersayang banyak membantu. Alhamdulillah….buat masa ini saya ambil suplimen DXN RG reishi Gano sakit athritis tu boleh control…tapi kuping kat kepala tetap ada kalau pakai baju warna gelap pasti nampak habuk yang gugur dari kepala tu…kepada sesiapa yang ingin tahu atau dapat nasihat tentang psoriasis boleh hubungi saya kita kongsi bersama…jangan stress…ingat Allah selalu.

    • Saya berkata:

      omarshah, member yg suggest tu semua hanya nak buat duit dari penderitaan kita. Mereka akan berkata IsyaAllah.. boleh sembuh… Lebih baik kita minum air kelapa sahaja yg berharga rm2.50. KLu betul confident product or suplement bleh cure… gi buat presentation kat Klinik Dermatologi.. ada berani sahut??? kunci untuk mengawal pso ni… ubah cara hidup sihat, makan benda2 yg sihat …

    • weez berkata:

      Salam En.Shah, Kalo x keberatan saya ingin berkongsi pengalaman yang en. dah lalui..dan bagaimana keadaan en sekarang, kerana saya baru 4 bulan menghidap msalah yg sama.

      Saya di peringkat mencari ubat yg btul2 boleh mengurangkannya setelah pelbgai ubat saya cuba xnampak apa2 perubahan kurang melainkan penambahan spot merah dibadan saya dan kulit di kepala berkuping teruk.

      perkara ini agak baru dlm hidup saya..dan saya hampir melalui kehidupan stress spt suara penderitaan yg telah bnyak saya baca. kesemuanya hampir sama. Namun saya tabahkan juga menghadapi dgn sokongan isteri..alhamdulillah.

      kesemua pakar derm beri kenyataan yg sama yg tiada ubat cure..jd saya harus jalani kehidupan yg baru dgn gaya hidup pemakan yg baru…pantang larng makan saya belum tahu melainkan dari org yg benar2 dh ada pengalaman..Minta nasihatkan..

      TQ

  15. private profile berkata:

    askum suma…dlu saya jgak mcm kamu..pada usia 13 tahun,seperti byk kelemumur di kepala..saya menggunakan 1 cream sapu..krim tersebut harus disapu kira2 3kali dlm seminggu.. lama-kelamaan ianya merebak ke badan…pada mulanya saya menganggap ianya cuma kurap..saya mula susah hati dan mendapatkan rawatan doktor…doktor mengesahkan ianya adalah psoriasis…saya tidak berpuas hati kerana doktor menyatakan bahawa penyakit ini boleh datang semula pada bila2 masa…setelah mendapatkan nasihat drpda kluarga…sya pun bertemu dgn seorang dukun di kg…dan dukun trsebut mngatakan bahawa saya terkena perbuatan orang….yang dipanggil “semaih”.. dimana benda ini dbuat org drpda benda2 gatal,tajam dan bisa dan dipalit pada bdan org tsebut…sya bkanlah bmaksud bhawa psoriasis ini adalah imu itam tetapi terdapat ilmu itam yg mnyerupai psoriasis.. dukun tersebut memandikan sya sbanyak 3 kali…dan alhamdulilah penyakit sya beransur pulih dan tidak muncul semula…

    • Saya berkata:

      sya pun dikatakan begitu. terkena buatan Jin Hutan. sama ada kebetulan sembuh tau tak Waulahualam… mmg x nafikan ada yg sembuh.. tp bagi saya tidak serasi…

    • milla berkata:

      thn nie dah 25thn sy mngdap psoriasis.dah berbgai ubt n cr sy cb.dl mak sy pun sm ada psoriasis.klu nak kt hinaan 2 dh biasa sngt.bygkan lah,kakak kndung sy sndri pun jijik dgn sy.bla sy skt azabnya x dpt di bayangkan.hanya yg alami psoriasis kronik akan faham.cm sebgai org islam sy perlu kuat dan terus mencari penawarnya.sy sematkn dalam hati tiap pnyakit pasti ada ubatnya.sy akan mncari dan terus mncari hingga sembuh.walau dktr dah kt x dpt di sembuhkan.buat ms skrg sy byk tenang kan hati,berzikir pada Allah dgn harapan sy dpt sembuh.sy jg pernah mncuba rwtn tradisional tetapi hanya bertahan beberapa bulan,kemudian ia mula menyerang kembali.namun jika anda sudi berkongsi tempat rwtn yg anda jalani sy amat berterima kasih.buat semua pngidap psoriasis x kra apa agama kta,bangsa atau taraf kita jgn lah kta berputus asa ya.kta perlu tabah,tenang dlm tiap ujian yg kita tempuhi.anggaplah bahawa masih ada org yg lebih teruk dr kta.tenangkan hati agar psoriasis kta dpt dikawal.jka ada yg mencemuh,menghina dan jijik pada kta biarkn mereka,kerna tdk semua org akan layan kta seperti mereka.

      • ejan berkata:

        salam milla
        cuba milla amalkan minum minyak kelapa dara..ambil supplement neem brand himalaya,EPO,FLAXSEED OIL..

        jgn guna sabun mandi @ shampoo yg di jual di supermarket ianya boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering kerna ianya menggunakan chemical yg byk.

        nati milla baca apa yg amalkan ..dan cuba..INSYA ALLAH

      • eida berkata:

        saya dah hadapi sakit ni hampir 15 tahun tapi rasanya lebih dari tu..ubat yg paling mujarab hanyalah sabar..kuatkan semangat.banyakkan berdoa pd tuhan dan baca ayat syifa’.amal doa nabi ayub.minum air zam2 dgn doa sembuh penyakit.tp jgn tggl ubat krim sapu,aqueus mandi dgn shampu sbb semua tu memberi kelegaan dan keselesaan pd kita.sy pun mati akal dlm menghadapi mslh ni.umur semakin lanjut dan takut utk mendirikan rumahtangga kerana ini salah satu penyakit keturunan dan tak mustahil boleh terjadi pada keturunan kita seterusnya.tapi saya tak tahu betul tidak.banyakkan berdoa ye kawan2 semua.tuhan timpakan ujian tu bagi hambanya yg benar2 mampu utk menghadapinya..redhalah.

    • shuhada berkata:

      huh..??btol ker..??

  16. MOHD RASHID berkata:

    salam,..,

    saya juga pengidap psoriasis. sy fikirkn x ramai yg menghidap psoriasis, rupa2 nye ramai yg senasib dgn sy, dan ada lg teruk dr sy pon ada. sy dh 4 tahun menghidap psoriasis. sy mmg terseksa, tp sy sabar saje.
    baru2 nie sy pergi berubat kg, tp x taw la ok ke x, sbb nye ubat yg nenek tu bg blum abis lg. skrg nie sy bru nk try minyak kelapa dara biovco.bg sy, kalau x baik pon xpe lah, sy terima ketentuan nie, tp yg paling sy harap kn ialah, ianya tidak merebak dan tidak gatal.
    kalau ada sape2 yg dh try product lain yg agak blh di gunakan, blh la suggest kat saya.

    rashidholding@yahoo.com

    wassalam,.,..,

  17. milla berkata:

    salam.itu lah kekdg bla d uji dgn pnyakit kta sllu branggpn yg kta dah truk sngt.sebenarnya rmai lg yg lbih truk.apapun kta kn byk bersabar dgn ujian ini dan tnmkan d fikiran bhw tuhan lbih sygkan kta sebab itu kta d uji.mcmna feedbck klapa dara 2?ok x?sy bkn xnak mncb tp nak tau dl,sbbnya dah byk ubat n spplment sy cb tp lpas 3 ur 4bln psoriasis dtg blk.klu rashd gn blh smbuh trus ok gak kan.dgn ubt kg ni dan puas dh cb tp xda ksn pun.cm kta pnginap psoriasis ni kn sllu tenang,sabar dan jgn cpat marah,runsing ur nangis.psoriasis akn mula merebak bla kta sdih,tertekan dan byk berfikir.wat smua pngidap psoriasis,amalkan hidup yang tenang insyaallah kta dpt kawal psoriasis.yg paling penting kta kn ingat ingt,TIADA PENYAKIT TAK BLH D UBATI.CM UBATNYA BLUM D TEMUI….

  18. rashid berkata:

    kwn2 yg ada psoriasis, please try this product,.,.,.
    sy bkn nk ambil kesempatan berniaga,..,.,
    tp try la dlu.,,.,.sy dh try,.,.,.
    mmg ada prubahan, tp agak lmbat la ckit,.,.,.
    tp sekurang-kurangnye kita berusaha,.,.,.
    dulu sy gatal 1 badan, skrg dh semakin ok taw,.,.,,.
    sy pon pesakit psoriasis jgk,bila try minyak kelapa dara nie, kulit jd lembut la ckit,.,.,.,.

    http://www.biovco.com/?ref=rashid

  19. rahim berkata:

    Salam semua, sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Saya adalah salah seorang dari pesakit yang mengidap psoriasis ini. Setakat ini alhamdulillah masih dalam kawalan lagi tapi yg penting jangan malas untuk menyapu krim yang dibekalkan oleh doktor. Di KL ada pakar penyakit ni tapi kos nya agak mahal. Kalau pergi klinik biasa selalunya doktor akan bagi suntikan. Kalau boleh jangan amalkan sebab ianya mengandungi steroid.

  20. nurul berkata:

    salam,saya juga salah seorg penghidap psoriasis…mula2 saya ingt kelemumur biasa sj,lama2 tumbuh keruping tebal yg membuatkan rambut saya gugur banyak dan membuatkan kepala saya semakin botak..mcm xsanggup nak lihat kulit di kepala saya…buat masa sekrg saya br mencuba makan kapsul minyak kelapa dara…saya berharap produk ini dapat mengurangkan penyakit yg saya hadapi ini…..

  21. siti berkata:

    i da almost 6 years livin with psoriasis,from head to toe.frankly speaking,at first i cried alot when doc said penyakit ni xd ubat..tp lame2 pikir ni mungkin ujian Allah,nk bagitau supaye sentiase ingat Dia,nk tegur kita.

    btw,in my case,psoriasis pon bole mrebak kt luka kecik2,even kl kne gigit nyamuk pon le nek psoriasis kt situ.my BCG pon makin lama makin kecik coz psoriasis nek kt citu.

    ubat?my body ni cam da immune da.penah try Daivobet.its a cream,price 100++. first tube okay,ilang sume yang merah2 tuh but masuk 2nd tube body cam da terimmune plak. last2 skg ni just stick dengan ape yang hospital bg;MTX as long as sedozen ubat2 sapu tuh..plus photo-therapy twice a week.and kadang2 i guna Colbet Cream gak.cm psoriasis yang nipis2 tuh le ar gune Colbet Cream.

  22. ros Niza berkata:

    exzema adakan benda yang sama psoriasis

  23. ejan berkata:

    salam
    saya menghidap psoriasis apabila berumur 17 tahun lagi..pada mulanyer saya ingatkan penyakit kulit biasa..lama kelamaan penyakit ini mula merebak dgn cepat dan kesan yang amat ketara pada kuku saya…kuku saya menjadi hodoh..rasa sakit di bahagian sendi…cepat stress..rambut gugur dgn banyak.

    pelbagai rawatan yg telah saya lakukan termasuk moden dan tradisional.saya jumpa pakar di HUSM apa yg menyedihkan dia kata ..penyakit ini sukar di sembuhkan dan walau sapu cream..dia akan hilang hanya utk sementara.tapi saya tidak berputus asa ..sy cuba berusaha dan saya yakin setiap penyakit ada ubatnya

    untuk perhatian semua..jgn sesekali mengambil ubat yg mengandungi STEROID..kesannya amat parah dan ianya akan tubuh berganda..saya pernah suntik plasenta +steroid di sebuah klinik biasa..x sampai seminggu kulit saya licin bak bayi dan berwarna kemerahan2..tubuh saya jadi berisi saya sangat gembira dan dapat menyarungkan skirt,baju lengan pendek,dress depan suami saya..tapi itu hanya sementara kemudian dia tumbuh lebih banyak dan rasa amat memalukan

    setelah sy stop steroid…sy sapu cream biasa pun sudah tidak ada perubahan cthnyer: DAIVOBET,BEPROSALIC,cream QV..last2 sy terpaksa berpantang mcm org bersalin ..mkn ikan bakar dan ulam…saya minum susu kambing+buah kurma+badam dan mandi susu kambing yg original..dan ambil supplement neem brand himalaya,EPO dan FLAXSEED OIL…sebelum sarapan pagi saya akan minum air zam zam dan niat apa yg kita inginkan dan minum minyak kelapa dara brand nutrifera

    utk rambut dan mandian pula saya guna minyak rambut kelapa dara,sabun mandi kelapa dara @ sabun daun gelanggang brand SAANEEN..alhamdulilah nampak ada perubahan.

    dan kini saya tidak mengambil makanan LAUT udang ,sotong,ketam kerang dan berunsur daging semuanya sy tinggalkan..jika sy teringin sgt ambil dalam kuantiti yg agak sedikit tetapi saya akan makan salad @ sayuran dan minum jus buahan2 yg sy blend sendiri..

    kini penyakit saya semakin pulih dan saya akan teruskan diet saya dan saya sentiasa berdoa kepada ALLAH agar memulihkan penyakit ni..SABARLAH dengan ujian ALLAH jika kita berusaha dan yakin INSYA ALLAH DIA akan menolong KERANA DIA MAHA MENDENGAR..MAHA BERKUASA..

    KEPADA pesakit yang menghidapi penyakit ini ..cubala INSYA ALLAH berjaya

  24. Muhammad Nuh berkata:

    saya ada famly yg terkena psoriasis ni..da belasan tahun kene..ubat kampung da serata negeri.lum ada yg serasi..tpi menurut sorang pakcik yg da senbuh…ada beberapa pantang untuk pengidap pso ni..mungkin tuan2 bole juga amalkan..coz pakcik tu dari tiada kuku, da ada kuku…kulit da normal..dari tak leh jalan..dah bole jalan..ini antara petuanya kpd famly saya t:
    1) DAGING TAK MAKAN..ikan ajela KFC jauh sekali
    2) KOPI,NESCAFE,TEH TAK MINUM..hanya air panas + gula + susu cap junjung..

    • Wie berkata:

      Salam tuan, maaf mggu…
      Sekiranya masalah penyakit salah seorg family tuan sudah sembuh syukur alhamdulilliah… jika tuan masih mencari sesuatu penawar, sy ingin mengesyorkan satu produk yg mgkin dapat menolong mengurangkan masalah penyakit kulit salah seorg family tuan.. apapun ini adalah ikhtiar sahaja, sembuhnya sesuatu penyakit adalah dengan izin yg MAHA ESA…

      sekiranya tuan berminat ingin tahu lanjut boleh emailkan pada saya di xerogohero@gmail.com

      Terima Kasih

  25. alin berkata:

    skang sya brumur 16 thun , dpt pnyakit neh pun masa umur 16 .
    rasa rendah diri sgt nk brgaul dgn rakan laki skelas , takut ada yg jijik dgn sya . sya tk pena brgaul dgn rakan laki skelas krna pnyakit neh . oleh sbb tk pena brckap pun dgn buda laki skelas, mreka kata sya smbong . perasan lawa ;( sya tk bule nk buat apa2 da .
    sluruh kuku sya suma dah rosak . ada bberapa jari yg dah tade kuku da , rasa malu ssngat . kkadang sya trpaksa genggam tngan sya bila nk brcakap dgn sseorang ataupun ltakkan tngan sya kat blakang .
    sya tnggal d ostel , sye tetap kene pkai tdung , bju lngan pnjg , dgn sluar pnjg kat dlm asrama perempuan , sbb malu ssngat , nnty ada yg pikir sya ney pengotor . teman sedorm je yg paham stuasi saya skang .
    skang sya tgh mnggunakan plbagai jnis ubat krim . pena skali smbuh smpai tnggal parut je , then , tumbuh balek . rasa mcam dah nk putus asa jee . slalu dlm tandas asrama nanges sorang2 .
    reda je laaa …
    tompok2 mera dah hmpir nk tutop kseluruh kulit normal saya .
    skang sya sdg gunakan dr 2 , dr rozmey punya . harap2 brkesan . amin .

    • muse berkata:

      askum , saya pun mghidap psoriasis ni gak , da staun lbey kot . saya pun dok ostel gak , mmg sgsara r org ckp mcm2 mse mule2 tp lame2 dorg phm r . nseb baek saye pengawas pkai baju lengan pnjg . plg perit kelemumur penuh atas kepala . mula2 sket je , lame2 byk pulak . haha . rase malu jgn ckp r , org asyk bhn mcm2 tak ingt dunie , ye la nak pg mne2 kne pkai lengan pnjg . saya dah cube mcm2 ubat , kurang kejap je pastu datang balik . yg dr2 tu pun saya dah cube tp kurang bekesan gak . skang saya minum susu kambing ngan sapu krim gamat . alhamdulillah , kurang cepat pastu kulit lagi licin . cubalah n tawakal la kat allah . setiap yg berlaku mesti ade hikmah enn . btw skola mane ?

  26. Mira berkata:

    Akum..sy maerra..penyakit ni mmg wat kite rase diri kite x bguna langsung..ape2 pn,penyakit ni boleh di rawat sbnarnye..stiap pnyakit ade ubatnye..jika brminat sila emailkn kpd sy m2maerra@yahoo.com.my/0173408464

  27. fara berkata:

    saya telah menghidap penyakit psoriasis sejak dr umur 16 thun lg,mula2 igat kn kelemumur shj,pernh pergi klinik doctor teleh memberi shampoo n krim,doctor juga ade memberi suntikan tapi hilang sekejap shj ,lps tu dtg kembali hgga sekg,mcm2 produk sy bli tp tak juga baik,sy ade melayari intenet,mengenai produk dr LEO phama aitu Xamiol..betul ker berkesan?rase ye nk cuba lh produk ni…

  28. amer..... berkata:

    assalamualaikum dan salam kenal semua…saya amer dari KL…sy pun penghidap sakit ini udah 7 tahun…tahun pertama kena sekitar 2005…saya sempat emosi dan marah2…dari situ kehidupan dan karier pun dah mcm hancur…byk kawan yg menjauhkan diri…dh bermacam2 klinik pakar dan dukun sy pegi tp tak mendatangkan hasil…bermula tahun 2007,sy cuma amalkan permakanan yg sehat (sy pantang makan ikan,seafood)…tidur yg cukup dan buat perkara yg menggembirakan hati kita…jangan kurung diri kat rumah..harus mandi seawal waktu subuh dan biar kerap mandi adalah lebih baik…nikmati kehidupan kita seperti insan lain dan tidak memikirkan penyakit ini..”IKHLAS” kan saja sbb ini semua dugaan…sesiapa yg berminat nak share pengalaman dengan saya…boleh lah email ke saya kamil_15@yahoo.com…..saya tidak menjalankan apa2 perniagaan…saya sekadar mau berkongsi dan bertukar pendapat…saya yakin banyak kat luar sana alami penyakit ini….hidup positif ya semua….

  29. kini bin ibrahim berkata:

    sayer kini.berumur 32thn..sayer meghidap psoriasis sejak thn 1998.sayer dah tak pnh jumper doktor pakar dah..ubat sayer cune mandi ngan minum air yassin je skang..cume bile tersa kulit meregang sayer beli je ointment kat farmasi..sayer ingin berkwan ngan gurl psiorosiss yg msh solo/…kalu sudi lerr…bleh sama2 kongsi msalah…lau sudi,kontek ler no ni…0199076873..facebook add kt kini ibrahim ok

  30. zaza berkata:

    salam , sy mcm korg jgak kne psoriasis dari umo 14 smpai skrg umo 19 . Skrg kulit kepala semua da merebak smpai kt telinga pon kne . Bdan ade jgak la tompok tu naik . Mmg tetekan sgt gn pnykt ney smpai kdg-2 pk yg bkn-2 da , na b’gaul dgn org rase malu n jijik je . Tuhan je yg tao betape skse na tgg derita psoriasis . Mcm-2 ubt da cube tp ta npak hasil lg .

  31. jamal berkata:

    Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah “An-Nahl” yang bermaksud :

    Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
    bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
    yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
    Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
    terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
    yang memikirkannya.

  32. zue berkata:

    salam… penyakit ini boleh dirawat hingga sembuh dalam tempoh 6 bulan ke setahun dengan kaedah rawatan AYURVEDA . Ubat yang diberi adalah beberapa jenis herba yang telah dikapsulkan untuk dimakan dan minyak untuk disapu di bahagian yang terdapat psoriasis yang diformulasikan sendiri oleh Dr Luqman berpandukan formula keluarga turun temurun yang telah disesuaikan dengan masyarakat di Malaysia dan halal dimakan / digunakan .
    Maklumat lanjut ttg rawatan, sila hubungi Dr Luqman Selva (PhD) – Ayurvedic Specialist di 014 6332307. Beliau boleh ditonton di http://www.tonton.com.my di TV9 rancangan REMEDI di episod 4 dan 5 dan facebook REMEDI TV9. Klinik perubatan beliau terletak di The SUMMIT, Subang Jaya dan di Kajang Prima, Kajang, Selangor.

  33. Anis berkata:

    Salam.. Sy jga mghdap psoriasis. Dh mcm2 ubat sy gunakan.. Kesannya ok tp skejap je lps 2 tumbuh semula.. Skrg mula tmbh pd bahagian muka… Ia sngt menyukarkan saya untuk menjalani aktiviti seharian sy. Sy rasa sngt malu.. Tuhan shj yg tahu btpa seksanya nk tggung psoriasis ini. Kdg2 rasa mcm da pts asa dbtnya..

  34. nariey berkata:

    salam,
    saya merupakan salah seorang dpd rakan baik kpd pghidap psoriasis ni. kwn sy selalu mngadu yg dy amat2 tertekan dgn kehidupan dy skrg. dy selalu ptus asa dan kkdg menangis bila sy call dy. sy sebagai kwan baik dy sedih dan selalu mmberi kata2 semngat utknya. tapi sy tau,kata2 smgt sy tu tak mmberi apa2 kesan pon kpd dirinya. skrg kami sedang menunggu keputusan SPM, dy malu utk berhadapan dgn orang luar. apatah lagi dgn sy. kami tinggal berjauhan dan tak berpeluang utk berjumpa dan melihat sndri keadaan dia skrg. sy mohon utk beri sy nasihat utk sy lebih kuat utk hidup dgn rakan sy ni. sy tak sanggup melihat dy sedih dan putus asa. sy mohon :(
    terima kasih

  35. junainor berkata:

    Saya ingin berkata sesuatu mengenai penyakit ini. Saya merupakan penghidap psoriasis selama hampir 11 tahun. Saya menghidap chronic glutate psoriasis with arthiritis. Psoriasis adalah dari keseluruhan atas badan (kepala dan bahagian leher dan bahu), badan (bahu, dada, tangan termasuk kuku, perut) bahagian bawah (genital, keseluruhan kaki (termasuk kuku) dan tapak kaki). Bertahun-tahun sehingga sekarang saya masih ‘melawan’ dan merawat penyakit ini. Alhamdulillah, dari 100% badan diselaputi dengan psoriasis yang menyeksakan ini hanya tinggal 40% dan semoga berkurangan (hasil dari kajian yang saya buat ke atas diri sendiri). Izinkan saya memberikan kata-kata nasihat, dorongan semangat dan juga tips makanan dan minuman (kajian yang saya jalankan terhadap diri sendiri dan beberapa orang) bagaimana untuk menanggani penyakit ini dari segi emosi, kesihatan dan juga sosialisasi bersama orang lain:
    Pertama (emosi):
    Ya, kita akan rasa marah, sedih, geram, malu dan pelbagai perasaan negatif lain. Ingat, belajar untuk MEREDAKAN semua emosi negatif ini kerana psoriasis akan merebak dan menjadi lebih teruk sekiranya emosi negatif ini tidak ditanggani. Ini adalah kerana emosi negatif akan mengakibatkan stres dan stres adalah ‘makanan’ psoriasis! dan..
    Ya, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Saya belajar untuk mewujudkan rasa ‘gembira’ (walau dibuat2) bertahun-tahun lamanya walau dalam situasi sukar. Mengapa? Jika tidak, saya akan membiarkan diri menjadi ‘mangsa’ penyakit saya sendiri. INGAT, walau susah, belajar untuk jadi GEMBIRA.
    Kedua (kesihatan/tips makanan dan minuman):
    Untuk pengetahuan saya telah bertahun-tahun mencuba kepelbagaian diet dan mencatat (log) akan makanan-makanan yang dikategorikan boleh dimakan dan tidak boleh dimakan (kuantiti dan variati). Alhamdulillah, ia berjaya tetapi harus ingat perubahan boleh dilihat bukan dalam masa sebulan. Saya melihat penurunan kadar liputan badan dalam masa 8 bulan atau setahun dan boleh psoriasis akan boleh dikawal tanpa perlu makan ubat.
    -Tidak boleh mengambil sebarang jenis daging (akan menyebabkan flaring)
    -Tidak boleh mengambil tomato (menyebabkan gatal)
    -Tidak boleh mengambil salad (menyebabkan gatal)
    -Tidak boleh mengambil sebarang makanan yang masam (akan menyebabkan gatal dan flaring)
    -Tidak boleh makan sebarang perasa dan bahan kimia lain (akan menyebabkan flaring dan kegatalan yang teruk).
    -Tidak boleh memakan sebarang kacang.
    -Tidak boleh minum minuman berkarbonat atau apa sahaja yang masam termasuk jus minuman buah-buahan.
    -Tidak boleh mengambil sebarang bentuk tenusu (akan menyebabkan flaring dan kegatalan yang teruk)
    -Tidak boleh makan sebarang jenis TELUR
    -Tidak boleh makan sebarang ‘crustacean’ iaitu kerang, kepah, keram dan udang dll.

    Apa yang BOLEH dimakan/minum;
    Adakah anda semua tahu sayur ulam SANGAT BAIK. Ini adalah diet saya pada tiap-tiap hari dan didapati mengurangkan psoriasis saya:
    -Saya tidak makan diluar. Saya makan masakan rumah.
    Cuba amalkan diet ini untuk satu minggu:
    -Makan hanya sesenduk (sederhana besar) nasi. Jangan tambah untuk setiap hidangan pagi@tengahari/malam.
    -1 biji buah peria (sederhana saiz)-dimakan dan dihabiskan dalam masa seminggu. Tidak boleh lebih. Jika tidak boleh makan peria gantikan dengan sayuran pahit lain.
    -1 ikat/secekak pegaga dibuat jus (masuk dalam fridge) diminum dalam masa 1 minggu.
    -MESTI makan ulam (apa sahaja jenis ulam tapi perlu eksperimen dahulu kerana ada ulam yang menyebabkan gatal atau pembuangan air besar tidak lawas…dalam kes saya)
    -HANYA makan ikan yang tidak gatal atau berbisa seperti ikan tenggiri/siakap/. JANGAN sesekali makan ikan AIR TAWAR.
    -REBUS atau PANGGANG makanan anda. Kurangkan menggoreng.
    -Makan buah-buahan seperti betik, tembikai, mangga (yang sudah masak ie. manis). Hanya buah yang manis boleh dimakan walau untuk limau.
    BUAH YANG SANGAT BAIK DAN MEMPERCEPATKAN PENGURANGAN PSORIASIS IALAH KURMA DAN APRICOT KERING. Cuba ikhtihar cari…
    -Minum 1 sudu kecil minyak zaitun (berkualiti).
    -Makan vitamin E dan Zink (100 ml) sebiji sehari atau bertanya dulu doktor anda.
    -Pastikan anda sentiasa menyapu krim pelembab (ada di farmasi) mengikut kesesuaian anda kerana ada krim yang elok untuk orang lain tetapi tidak untuk yang lain.
    -Jangan terlalu mengelap badan selepas mandi (biarkan ada sedikit kelembapan dan Sapu minyak kelapa (boleh dibuat atau dicari di farmasi) dan biarkan kering
    NOTA: Untuk kes saya, saya menggelakkan diri berada dalam keadaan panas/cuasa panas dan berpeluh kerana ini akan menyebabkan saya gatal dan akhirnya ‘flaring of psoriasis’.
    NOTA: Mereka yang menghidap psoriasis jangan mengambil ubat deman, batuk, selesema kerana pada pemerhatian saya ke atas diri sendiri (dan rakan) akan menyebabkan psoriasis lebih merebak dan teruk. Ubat athma (saya juga penghidap asthma) adalah elok dikurangkan atau dielakkan kerana juga akan mengakibatkan ‘flaring’.

    Mohon untuk sahabat seperti saya di luar sana untuk cuba mengamalkan semua ‘resepi’ yang saya amalkan di atas. Psoriasis sememangnya tiada (setakat ini) ubat yang boleh menyembuhkannya. Tapi dalam kes saya, saya telah mula boleh mengawalnya walau bukan 100%.

  36. junainor berkata:

    Pertama, mohon sekiranya ada sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi tips dari segala aspek dan segi untuk berhubung secara email kerana saya sedang berusaha membuat kajian dengan mengumpul maklumat cara bagaimana untuk merawat dan menanggani psoriasis melalui pemakanan dan kaedah lain tanpa perlu bergantung kepada ubat terutama diet yang saya syorkan ini. Setakat ini ia berjaya untuk saya dengan penurunan 65-70% psoriasis dari 100% dan beberapa orang rakan sedang mencubi diet ini juga. Ini juga berikutan kerana saya dan beberapa rakan telah mencuba segala rawatan ubat yang ada dan hasilnya pada permulaan ada perubahan tetapi kemudian menjadi lebih teruk dan badan menjadi resistance terhadap pengambilan ubat/rawatan yang dibuat/ambil. Semoga dengan kajian (dapatan maklumat dari tuan/puan) dapat dijadikan satu panduan kaedah terhadap penyakit ini.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: