Percernaan laktosa penting untuk budak

SUSU adalah sumber utama makanan bayi. Bagaimanapun, ada komponen susu yang boleh menyebabkan bayi menghadapi masalah pencernaan. Komponen susu yang selalu dikaitkan dengan masalah itu ialah laktosa.

Apa itu laktosa? Laktosa ialah gula yang terdapat dalam susu. Ia dibentuk oleh dua jenis gula iaitu glukos dan galaktos. Galaktos adalah gula yang mempunyai molekul yang besar, justeru ia perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas sebelum diserap oleh usus. Proses pencernaan ini memerlukan enzim ‘lactase’.

Apa yang menyebabkan masalah pencernaan laktosa (lactose intolerance)

  • Kongenital – bayi yang dilahirkan tanpa enzim lactase. Ini adalah masalah serius dan memerlukan perubatan yang terperinci.
  • Kekurangan enzim lactase disebabkan oleh kecerderaan usus. Ini selalu dikaitkan selepas mengalami masalah cirit yang berpunca daripada virus atau bakteria. Dalam kes ini, apa yang berlaku adalah virus mencederakan usus menyebabkan kekurangan enzim lactase yang diperlukan untuk pencernaan laktosa. Biasanya masalah ini akan pulih semula. Oleh itu masalah pencernaan laktosa ini hanya untuk sementara.

    Simptom masalah pencernaan laktosa

    Apa yang berlaku apabila kekurangan enzim lactase, laktosa tidak akan diserap oleh usus kecil. Justeru, ia bergerak ke usus besar. Di situ, laktosa mengalami proses penapaian dan ini menyebabkan kesakitan pada kanak-kanak.

    Simptom masalah pencernaan laktosa bermula lebih kurang 20 minit hingga dua jam selepas pengambilan susu berlaktosa. Antaranya ialah:

  • Berasa kembung
  • Menangis
  • Sakit perut memulas
  • Cirit-birit
  • Perut yang berbunyi

    Adakah ada perbezaan di antara masalah pencernaan laktos dan alahan susu lembu?

    Masalah pencernaan laktosa berbeza dengan masalah alahan susu lembu. Simptom bagi masalah ini lebih menjejaskan usus tetapi bagi masalah alahan susu lembu, simptomnya membabitkan masalah pernafasan dan kulit.

    Biasanya, bagi kedua-dua masalah ini, simptomnya dapat diketahui menerusi keadaan bayi atau kanak-kanak itu selain ujian bagi membantu diagnosis. Antara ujian itu termasuk;

  • Ujian najis untuk kandungan gula
  • Ujian kandungan hidrogen dalam pernafasan

    Bagaimana merawat masalah percernaan laktosa?

    Tidak ada cara untuk menambah jumlah enzim lactase dalam sistem tubuh. Bagaimanapun, cara yang mudah ialah mengelak penggunaan laktosa dalam pemakanan bayi .

    Untuk bayi yang tidak boleh menikmati makanan lain selain susu, cara paling mudah adalah memberikan susu tanpa laktosa sehingga mereka pulih seperti sedia kala.

    Sesetengah kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah pencernaan laktosa ini masih boleh mengambil laktosa pada kadar rendah. Ini kerana masalah mereka tidak pada tahap yang serius.

    Sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh lakukan untuk membantu masalah ini ialah:

  • Perhatikan makanan yang diambil oleh kanak-kanak. Pastikan banyak mana anak anda boleh mengambil makanan berlaktosa. Jika simptom muncul apabila mereka mengambil menu berlaktosa, cuba kurangkan pengambilannya.
  • Jika anak anda mengalami masalah pencernaan laktosa walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang kecil, anda patut memastikan mereka tidak lagi mengambil diet mengandungi laktosa.
  • Dapatkan maklumat daripada doktor mengenai penukaran susu tanpa laktosa
  • Makanan yang mengandungi probiotik (seperti lactocbasilus dalam yogurt) dapat membantu dalam pencernaan laktosa.
  • Pastikan anda membaca label makanan, awas pada makanan yang mempunyai kandungan laktosa tersembunyi seperti roti, biskut dan sebagainya.
  • 2 Responses to Percernaan laktosa penting untuk budak

    1. Khairul Anuar Miswan berkata:

      Adakah benar dikalangan tubuh orang asia sebenarnya kekurangan enzim ‘lactase’, dan disebabkan itu kalsium yang terdapat didalam tubuh akan digunakan semula untuk mencernakan laktosa, jadi semakin banyak kita minum susu kalsium tinggi yang mengandungi laktosa sebenarnya hanya memudaratkan tubuh kita kerana banyak kalsium kita yang akan digunkan dan semakin berkurang.

    2. watie berkata:

      susu soya atau susu lembu baik untuk bayi?

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 343 other followers

    %d bloggers like this: