Gambaran kos rawatan kanser payudara

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN dan NIEZAM ABDULLAH

KOS ubat-ubatan dan prosedur pembedahan dalam merawat penyakit-penyakit tertentu menjadi antara satu alasan utama kenapa kebanyakan pesakit tidak dapat bertahan dengan satu-satu pelan rawatan.

Tidak dinafikan, rundingan doktor dan harga ubat yang tidak kurang mahalnya boleh menjadi bebanan bagi sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang tidak dilindungi oleh insurans perubatan.

Kalau ada (insurans) sekalipun, rawatan kanser payudara misalnya, boleh menjadikan pesakit tambah stres apabila kita memperkatakan tentang bajetnya.

Apatah lagi mengambil kira hilang upaya untuk bekerja seperti sebelumnya. Ditambah pula dengan kos pengangkutan dan perjalanan bagi menjalani rawatan yang telah dijadualkan.

Itu semua boleh kita fahami. Pendek kata, tiada siapa yang sepatutnya tidak menerima apa-apa bentuk rawatan dan hanya berserah kepada takdir dan berpegang kepada falsafah ajal maut di tangan Tuhan – hanya kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, rayuan meminta derma dan bantuan dihulurkan bagi menanggung kos rawatan yang dibuat oleh individu tertentu menerusi media tanpa disedari telah memberikan impak yang negatif pada wajah sebenar sesuatu penyakit.

Sedangkan gambaran sebenarnya menjanjikan sesuatu yang jauh lebih positif dan tidak sepatutnya menakutkan orang ramai.

Sepanjang minggu ini, Mingguan Malaysia menerima beberapa panggilan telefon serta e-mel daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pakar perubatan serta jururawat di dalam bidang onkologi klinikal iaitu satu bidang yang menawarkan rawatan untuk pesakit kanser dewasa.

Pakar onkologi (kajian dan amalan bagi merawat tumor/ketumbuhan) terbabit di dalam e-melnya yang menyusul selepas perbualan telefon melahirkan kebimbangan beliau dengan trend ini.

‘‘Pertama sekali, niat utama saya membawakan isu ini adalah untuk mendidik masyarakat. Saya tidak mahu orang ramai keliru selepas membaca cerita-cerita tentang kos rawatan yang amatlah tersasar itu. Apatah lagi dalam keadaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita masih ramai yang tidak faham mengenainya.

‘‘Mereka takut untuk berjumpa doktor bagi pengesahan penyakit dan lebih rela berjumpa bomoh atau pengamal terapi alternatif lain untuk berubat. Apabila kanser telah melarat dan tenggelam punca untuk mendapatkan rawatan, barulah mereka berjumpa kami (doktor). Sudah tentu pada tahap ini penyakit sudah berada di tahap lewat dan sukar dirawat,’’ ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Mas.

Menurutnya, jika media sering kali melaporkan tentang individu yang memerlukan hampir ratusan ribu ringgit untuk merawat kanser payudara, sudah tentu mereka yang berpendapatan rendah semakin takut untuk menjalani rawatan disebabkan oleh kosnya yang sangat tinggi.

Dr. Mas yang juga ahli Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) menyifatkan, jumlah tersebut (bagi kemoterapi dan radioterapi) amat diragui memandangkan kos biasa di pusat-pusat perubatan swasta adalah jauh lebih rendah.

Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa nama pakar lengkap dengan hospital masing-masing yang menawarkan rawatan kanser.

‘‘Apa lagi rawatan tersebut ada ditawarkan di hospital kerajaan pada harga yang sangat rendah memandangkan kos ubat yang termasuk di dalam protokol standard disubsidi sepenuhnya oleh kerajaan. Sebagai contoh, kos kemoterapi FEC/FAC untuk kanser payudara sebanyak enam kali di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cuma RM360 (RM60 sekali kemoterapi).

‘‘Jika pesakit memilih untuk mengambil rejimen kemoterapi berlainan misalnya T-A-C atau A-T, mereka hanya perlu membeli sendiri ubat T itu – RM12,000 untuk enam kali (lebih kurang RM1,500 hingga RM2,000 sekali) manakala kos untuk ubat A dan C dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,’’ kata Dr. Mas.

Mengulas lanjut, paling maksimum, rawatan radioterapi untuk kanser payudara adalah sebanyak 25 hingga 30 kali. Kebanyakan pesakit yang melakukan mastektomi (pembuangan payudara melalui pembedahan) secara puratanya cuma memerlukan 15 kali radioterapi sahaja.

Mematuhi

Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Di HKL, keseluruhan rawatannya tidak lebih RM500.

‘‘Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali cuma RM5,000 hingga RM6,000 sahaja.

‘‘Pakar-pakar onkologi kerajaan dan swasta di dalam negara sering bertemu, mematuhi garis panduan antarabangsa dalam pengurusan kanser. Tiada perbezaan dari segi teknik rawatan, ubat-ubat yang disyorkan dan sebagainya,’’ terang beliau.

Kesemua ubat atau rawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan boleh diperoleh di mana-mana hospital cuma di hospital kerajaan, rawatan yang diberikan mestilah mengikut indikasi dan justifikasi penyakit kanser tersebut, tanpa mengira status sosial, warna kulit dan sebagainya.

‘‘Tujuan saya bukanlah hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi biarlah berpada-pada dalam semua tindak tanduk kita. Jangan kerana terlalu beria-ia untuk mendapat rawatan di pusat swasta yang berstatus tinggi dan lebih selesa tetapi dalam masa yang sama memberikan tanggapan yang salah kepada orang awam mengenai penyakit dan rawatan kanser payudara ini. Itu yang saya mahu elakkan,’’ tegas Dr. Mas.

Sementara itu, Pakar Bedah Am, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain yang banyak kali membedah pesakit kanser payudara ketika diajukan pertanyaan sama nyata terkejut dengan nilai tinggi yang dinyatakan.

‘‘Ini pertama kali saya dengar. Biasanya, selepas membedah pesakit, kita akan rujuk mereka kepada pakar onkologi. Bagi pesakit yang ada insurans atau ditanggung oleh syarikat, mereka selalunya memilih agensi swasta untuk rawatan lanjut dan bagi yang kurang mampu, ke hospital kerajaan.

‘‘Saya biasa berurusan dengan salah sebuah institusi swasta terkemuka yang menawarkan perkhidmatan adjuvan ini. Secara pakejnya, kos dikenakan RM30,000 sebanyak enam pusingan (setiap pusingan dari tiga minggu ke sebulan),’’ katanya.

Kemoterapi pula, terangnya, mempunyai pelbagai kelas dari yang standard dan lebih murah yang digunakan di negara ini sejak 10 hingga 20 tahun lepas sehinggalah kelas yang lebih tinggi.

Mengulas lanjut, kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun lain, Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik dalam penyediaan rawatan awamnya di mana tiada seorang pun yang sakit akan terbiar tanpa rawatan walau tidak mampu membayar satu sen pun.

‘‘Pesakit kanser payudara sentiasa boleh pergi ke mana-mana hospital besar di negeri masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Jika hospital berkenaan tidak mempunyai kepakaran atau rawatan tertentu, pesakit akan dirujuk kepada institusi swasta yang dibeli perkhidmatannya oleh kerajaan,’’ katanya.

Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan terapi alternatif bagi merawat kanser payudara kerana setakat ini ujarnya, para saintis sependapat bahawa kebaikan kemoterapi mengatasi komplikasi teruk yang sering menjadi penghalang pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kanser payudara, pembedahan merupakan rawatan utama sebelum disokong dengan rawatan adjuvan (sampingan) seperti kemoterapi melalui suntikan atau oral dan, radioterapi. Tidak semua orang memerlukan kemoterapi, ia bergantung kepada penilaian pakar onkologi ke atas pesakit.

‘‘Walaupun kemoterapi sering dikaitkan dengan cerita-cerita negatif loya muntah, keguguran rambut, keletihan melampau, tetapi pesakit tidak boleh menolaknya mentah-mentah. Kebaikannya mengatasi keburukan dan tidak semua orang mengalami kesan sampingan yang sama teruk di antara satu sama lain, jadi jangan bazirkan masa.

‘‘Ramai pengamal perubatan alternatif yang mengakui dapat merawat kanser dan yakin dengannya. Kalau boleh, kami pun mahu belajar daripada mereka tetapi sehingga kini tidak pernah jumpa satu pun yang didokumentasikan,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Selain kemoterapi, belum ada agen lain yang ditemui bagi membunuh saki-baki sel-sel kanser yang halus dalam tubuh pesakit. Penggunaan antibodi masih dalam peringkat percubaan yang masih awal.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan media supaya berhenti daripada melayan rayuan-rayuan seumpama ini kecuali meminta pengesahan terlebih dahulu daripada doktor pakar yang terbabit.

7 Responses to Gambaran kos rawatan kanser payudara

  1. MOHD YUNUS YUSOF berkata:

    Saya menjual herba untuk rawatan kanser. Herba ini telah melalui penyelidikan lebih daripada 10 tahun oleh seorang pakar Phd Farmaseutikal dan telah banyak pesakit yang kurang dan sembuh daripadanya. Kenali Tahap Kanser Anda. Tahap 1, 2 3 atau 4. Herba ini berharga RM150 (Tahap 1), RM150 (Tahap 2), RM130 (tahap 3) dan RM 120 (Tahap 4). Hubungi saya. YUNUS 013 2718 707

  2. mohd yunus yusof berkata:

    mungkin pesakit kanser patut mencuba herba yang saya jual ini, telah ramai pesakit kanser yang telah menunjukkan kesan positif dan sembuh. Kenalpasti tahap kanser anda. KENAPA TIDAK MENCUBA?
    YUNUS. 013-271-8707

  3. GuruBashid berkata:

    Saya meyakini kesemua cara dan setiap satu cara tidak menjadi lebih baik atau lebih buruk daripada cara atau kaedah yang lain. Asalkan pengamal perubatan itu berilmu tentang yang diamalkannya. Mereka boleh jadi mahis dalam homeopathy, herbalisme, rawatan islam mahupun rawatan moden.Tuhan tidak mengehadkan sseorang itu terhenti dengan satu kaedah/cara.Gagal cara pertama harus berubah dengan cara kedua.Begitulah seterusnya hingga ada keserasian antara pesakit dan jenis rawatan. Di situlah ketentuan.Dan di situlah rahmat. Tuhan menjadikan urusan duniawi ermasuk kesihatan dengan pelbagai cara. Gunakanlah semuanya.

  4. MOHD YUNUS YUSOF berkata:

    Kepada semua pesakit kanser, JANGAN BERSEDIH LAGI. Herba untuk kanser daripada MatahariHerbs amat sesuai untuk semua jenis dan tahap kanser anda. Kenapa TIDAK MENCUBA. InsyaAllah selepas 3 bulan anda mengamalkannya, perubahan yang positif akan berlaku. Hubungi saya: 019 353 4563

  5. Yuzairi Yunus berkata:

    Salam,

    Sy adalah agen MAA Takaful. Ya, bagi sesetengah kes, rawatan merawat kanser tidak setinggi mana. Tapi secara peribadi sy pernah terbaca di akhbar dan mendengar rintihan penyakit kanser, di mana kos merawat kanser boleh mencecah RM 100 000. Bergantung kepada situasi dan keadaan pesakit. Dalam merawat penyakit kanser, MASA DAN BERTINDAK CEPAT adalah PENTING. Sy setuju jika hospital kerajaan menyediakan prasarana yg cukup utk merawat pesakit kanser, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat menyediakan alternatif ke hospital swasta JIKA hospital kerajaan lambat atau terpaksa masuk dalam senarai menunggu. Hanya dari RM 67 setahun, anda dapat menyediakan dana RM 25 000 utk merawat penyakit kanser anda. Apapun, semuanya bergantung kepada anda!! hubungi sy 017 427 6046

  6. mohd sukri berkata:

    berapakah kos momogram untuk mengesan kanser payu dara yang dikenakan oleh hospital kerajaan dan hospital swasta

  7. fendi berkata:

    Bolehkah sesiapa beritahu berapakah kos untuk mendapat rawatan kemoterapi dan radioterapi di hospital kerajaan serta berapa lama masa menunggu giliran .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: