Tak Salah Kahwin Muda

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda. Kebanyakannya mungkin kerana desakan ibu bapa. Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Itu dulu. Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumahtangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda.

Dilihat pada perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, pada 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda berusia 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin, dengan 68.5 peratus daripadanya wanita.

Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita, tetapi meningkat kepada lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun) pada 1991.

Perangkaan pada 2000 lebih membimbangkan apabila umur minimum berkahwin bagi lelaki meningkat kepada 28.6 tahun dan wanita 25 tahun dan begitulah keadaannya, dari tahun ke tahun, umur minimum berkahwin bagi lelaki dan wanita di negara ini semakin meningkat.

Namun, masih ada segelintir remaja hari ini `berani’ meninggalkan keseronokan hidup sendiri, berkahwin muda malah menimang cahaya mata ketika rakan seusia sedang sibuk menjalani `kebebasan’ sebagai remaja.

Semestinya, ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumahtangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.

Tetapi, sudah tentu lain perasaannya bila masing-masing sudah sah memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Memang bukan mudah menempuh cabaran alam rumah tangga, namun yang penting ialah tanggungjawab dan peranan suami isteri untuk menjamin keharmonian institusi perkahwinan yang dibina.

Menurut beberapa pasangan muda yg ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.

Mungkin benar, kata sesetengah pihak, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia – mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

16 Responses to Tak Salah Kahwin Muda

  1. lily berkata:

    askum,
    sy lily dri kelantan gadis y berumur 17th n akan menjangkau 18th pd 7hbFEB2008akan dtg…sy memikul mslah ini sudah btahun2 lamanya…secara tidak sengaja,sy telah pun berkasih dgn suami org y brumur 40an…semua ini blaku bukan atas kehendak dri sendiri tp ianya tanpa dipinta dan diundang..ramai y menghalang hubungan kami…tmasuklah ibubapa sy…sy tidak faham apakah sebenarnya y berlaku atas diri sy..bukan senang untuk kami berpisah krn kami bsama hingga saat ini atas nama cinta.adakah ini salah sy???what should i do?

  2. shanggo berkata:

    marry him, end of story .

  3. amin berkata:

    wslm..

    hmm..faktor usia mmg byk membawa pada halangan walau pn Nabi kite pernah menjadi contoh pada kisah ini.masyarakat melayu tidak sng utk menrima perkara ini..akan tetapi niat yg baik akan sentiasa direstui tetapi kesabaran itu penting dlm mehadapi dugaan ini.

    nasihat saya,berdoala supaya hati kedua ibu bapa dilembut kn kerna sudah pasti restu mereka penting…dan pada masa yg sma berusaha la utk menunjuk kn betapa sungguh nya kamu berdua. insya ALLAH kamu akan mendapat hidayah dan penunjuk yg benar dr-NYA

  4. nora azzalea berkata:

    lily..memang byk halangan apatah lagi dgn suami org, . Kebanyakan ibubapa memang tak sanggup melepaskan anak mereka utk dimadukan… apatah lagi anak mereka masih muda dan masih jauh lagi perjalanan hidupnya. Memang poligami tak salah tapi bergantung kepada byk perkara..tgk la dulu iman, kemampuan, cara hidup utk memastikan keadilan dlm hidup berpoligami.Jgn kerana cinta semata-mata. Byk contoh di depan mata sebelum kawin janji mcm-mcm… tapi lepas kawin menyesal tak sudah..berfikir lah beribu-ribu kali , berfikirlah secara matang. lakukan istikarah. Jln tersalah pilih.. sudahlah

  5. piah berkata:

    usia lily masih muda…suami orang memang pandai pujuk….saya sebelum kawin dulu pun pernah berkasih dengan suami orang…susahnya nak putus….cuba dua tiga kali pun tak jalan…memang kasih sayang tu menebal sangat…akhirnya…saya keluar dari negeri tu…further studi…perit memanglah perit….tapi bila saya flashback balik…saya bersyukur sangat-sangat…sebab membuat keputusan yang tepat…dan suami saya sekarang jauh lebih baik lagi dari dia…saya fikir…kalau dia boleh berkasih sayang dengan wanita lain walaupun dah beristeri…kemungkinan juga…bila dia dah kawin dengan Lily pun dia boleh berkasih sayang dengan wanita yang lain pula…fikir-fikirkan lah…

  6. fiza berkata:

    slm,
    sy fiza 18taun.
    ingin b’nikah bsme jjake plihan yg sbaye dgn sy.
    ttpi pd usia 19 tahun sblum mlanjutkn pljrn di luar ngeri.
    apakah pndpt umum thdp pnikahan ini.
    dn apakah rsiko yg bkl sy hadapi?

    • Rayyan berkata:

      Haai fiza…sya rase u tlalu muda utk melayari alam rumahtangga…bila u study di oversea,tnggjwb u sbagai isteri akan terabai la…llki ni tak bley terabai sgt…nati cr yg lain plak…lg2 slalu dpt sex dr u,bila lama2 tak dpt cr luar la dia plak..

  7. hai369in berkata:

    lily..bcinta dgn suami org ni byk kburukan dr kbaikan krn kta akan melukakan ati sekaum kta sndri..lau kta amik hak org..1 hri org akan amik hak kta..cb kta renungkan hati org yg tluka..kta bygkan kta d tmpt wanita yg dlukai..sy merasainya skrg..suami sy ada pmpuan lain..sy thu allah swt sdg menguji ati n keimanan sy..sy plu kuatkan smgat n truskn hdup sy..sy byk muhasabah dri n amalan 5 waktu dsmping buat solat hajat, tahajjud n isytiqarah minta petunjuk..lau suami kta sndri bleh curang dgn wanita lain, die akan buat bkali2..

  8. anis berkata:

    sy bersia 20an, pelajar IPTS ingin berkahwin bersama kekasih pilihan hati. keluarga kedua pihak merestui hubungan kami. mereka berharap agar kami berkahwin. sejujurnya saya amat menyintainya kerana dia beragama, sabar, bertanggungjawab(memenuhi lelaki idaman saya. masalahnya, dia garang dan suka menengking saya.. saya berasa kecil hati.terfikir juga bagaimana akan berlaku jika sikapnya terus begini jika kami telah berkahwin kelak? tolonglah saya!

  9. hdi berkata:

    sebelum apa terjadi anis fkr la masak2 k.kawin nie bkn benda yg blh main2
    ok bina la masa dpn dahulu k.ramai lg lelaki kat luar yg baik tu

  10. rose berkata:

    saya nama saya rose,berumur 20 thn.
    saya mempunyai sedikit kemusykilan.
    apakah hukum berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan family?
    saya ingin mengambil keputusan ini kerana khuatir akan berlaku dosa zina di dalam hubungan kami lebih-lebih lagi kami akan melanjutkan pelajaran di luar negeri.apakah salah perbuatan saya merahsiakan pernikahan saya dari pengetahuan family? kami merancang akan melangsungkan perkahwinan pada usia 25 thn keatas nanti. bolehkah suami melafazkan nikah 2 kali?kali ini dengan pengetahun family.

  11. kongk@kman berkata:

    kawin mudo nie bagus sangat laa..kalo dah steady bila umok meningkat anak dah beso2 dah korjo..kita rehat ajerr..tak laa nak jadi barua dgn kerenah diorang..itu inie..nak lak pompuan poning ..

  12. maskar noor berkata:

    baca le buku ‘susah ke kahwin campur’
    macam2 ada boleh buat panduan
    best gak wa baru abis baca,ada sapa nk pjam?

  13. nana berkata:

    kekentalan hati saudara baru harungi susah senang untuk hidup sebagai isteri kpd seorang pemuda melayu,tapi dapatkah dia mengikuti serta mengamal ajaran dan suruhan agama barunya,santai utk dibaca tulisan saudara m yuslifar dalam buku beliau ‘susah ke kahwin campur’,saya baru habis

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: