Panduan pilih kelengkapan perabot untuk hias ruang tamu

ANDA mungkin baru berpindah ke rumah baru dan sedang merancang untuk melengkapi ruang tamu dengan perabot baru atau mungkin kehadiran musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, anda bercadang untuk menggantikan kerusi lama yang sudah lusuh dengan sofa baru.

Apa pun rancangan anda, dalam soal memilih perabot yang betul, kepelbagaian pilihan yang ada bukan saja memberi inspirasi, malah membuat anda rambang mata dan tidak pasti!

Tugas mencari perabot ruang tamu akan menjadi lebih mudah jika anda mengetahui serba sedikit petua memilih upholsteri.

Gaya Hidup

Sebelum ke kedai perabot dan memeningkan kepala dengan begitu banyak pilihan yang terbentang di depan mata, lebih baik anda duduk seketika dan fikirkan masak-masak keperluan gaya hidup anda.

Kebanyakan kedai perabot menjual sofa ruang tamu dengan susunan atau konfigurasi biasa – set kerusi dengan tiga, dua dan satu tempat duduk. Cuba fikirkan siapa dan berapa ramai orang yang kerap menggunakannya, dan lebih penting lagi, aliran lalu lintas atau kesibukan dalam ruang tamu anda. Ini dapat membantu anda menganggarkan keperluan tempat duduk maksimum untuk keperluan ruang.

Pilihan yang lebih baik, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai ruang terhad, ialah memilih unit modular seperti set Modular Aloysius Courts, yang membolehkan anda menentukan sendiri konfigurasi sofa.

Ingatlah, lebih kerap ruang tamu anda digunakan, maka lebih perlulah anda memilih sofa yang kuat dan tahan lasak, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil. Dalam memilih kelengkapan ruang tamu, anda bukan saja mencari perabot yang cantik dan menarik, tetapi juga praktikal dan selesa.

Rangka

Selepas mengenal pasti keperluan gaya hidup, fikirkan pula cita rasa dan gaya peribadi anda sendiri. Apakah sebenarnya imej yang anda ingin tonjolkan? Reka bentuk dan corak upholsteri akan memberi kesan besar ke atas rupa dan suasana ruang tamu anda.

Hiasan tatal dalam corak awan larat atau flora memberikan sentuhan gaya tradisional. Ini selalunya terdapat dalam bentuk klasik dan warna gelap, dengan penggunaan kayu keras sebagai rangkanya.

Untuk gaya yang lebih kontemporari, anda boleh memilih fabrik kosong, dengan tema yang lebih menekankan tekstur dan warna, rangka logam, bentuk empat segi dan garis kemas. Corak geomatri juga memberikan sentuhan moden.

Sesetengah gaya lebih sesuai dan tampak segar dalam ruang tradisional dan juga moden. Faktor penting ialah cita rasa peribadi.

Sarung

Paling penting, padankan bahan sarung kerusi dengan keperluan dan daya kegunaan. Tiga bahan sarung kerusi yang paling laris dan paling digemari ialah vinil, kulit dan fabrik yang tidak ditelan zaman.

Sungguhpun harganya lebih rendah, vinil mencetuskan suasana kemewahan dan membawa ilusi seperti kulit asli. Vinil juga sangat praktikal dan mudah dibersihkan jika terkena tumpahan makanan dan minuman. Sudah tentulah sentuhan rasanya tidak seperti kulit. Oleh kerana suhunya mengikut suhu persekitaran, ia kurang selesa bila hari panas!

Teknologi moden menjadikan sarung kulit, yang pada suatu masa dulu adalah simbol kemewahan Eropah, mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Sebagai contoh, set sofa dengan sarung kulit New York yang ditawarkan oleh Courts begitu cantik dan selesa kerana kulitnya lebih mudah lentur dan tahan lasak walaupun digunakan setiap hari.

Kulit, berbeza daripada vinil, tidak menyerap kepanasan atau kesejukan, dan ini menjamin keselesaan berterusan, tidak kira cuaca panas atau hujan, siang atau malam.

Sarung kulit bukan saja senang dijaga, bahkan kecantikannya tidak luntur dimamah usia. Ini menjadikannya perabot yang sentiasa unik dan lebih tahan lama. Di samping itu, ia boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang menarik, membolehkan anda mencuba warna yang lain daripada coklat dan hitam biasa.

Jika anda inginkan keselesaan sarung kulit dengan harga vinil, anda bernasib baik kerana pada zaman teknologi moden, tiada yang mustahil! Kini ada sofa dinamakan ‘separuh kulit’ yang menggabungkan kulit dan vinil.

Bahagian yang ‘terkena sentuhan badan’ seperti tempat duduk, sandar belakang dan tempat letak lengan disarung dengan kulit yang memberi keselesaan, manakala bahagian kurang penting seperti belakang dan tepi sofa disaluti vinil yang sepadan. Ini bukan saja memberikan pilihan yang baik dan praktikal, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan.

Dalam apa juga keadaan, fabrik tetap pilihan paling popular dan digemari. Memandangkan ada begitu banyak jenis dan corak yang menarik, anda perlu memberi tumpuan kepada dua jenis utama, iaitu fabrik dengan corak cetakan dan tenunan.

Fabrik bercetak mempunyai corak pada permukaan. Sofa bersarung fabrik tampak kemas, cantik dan harganya lebih berpatutan. Tetapi coraknya cepat ‘luntur’ dan pudar, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tropika yang panas terik seperti di negara kita. Oleh itu, fabrik bercorak lebih sesuai untuk langsir dan kusyen.

Fabrik tenunan dihasilkan daripada benang warna yang ditenun untuk menghasilkan corak. Oleh kerana warnanya utuh, fabrik tenunan lebih tahan terkena sinar matahari. Dengan harga yang lebih mahal sedikit, ia tidak mudah lusuh dan tahan lebih lama.

Sarung boleh tukar

Sarung kekal memang tampak lebih ketat dan lebih kemas berbanding sarung ‘longgar’ atau ‘boleh tanggal’. Tetapi sarung boleh tukar ini lebih praktikal dan jika dibuat dengan baik, ia juga akan tampak ketat dan kemas.

Kini ada lebih banyak pilihan untuk mereka yang lebih gemar menukar sarung sofa. Walaupun lebih praktikal untuk keluarga yang beranak kecil, sarung ini perlu dihantar ke kedai dobi untuk cucian kering.

Anda juga boleh membeli set sarung tambahan untuk tukaran – satu untuk kegunaan lasak setiap hari dan satu lagi dikhaskan untuk majlis istimewa, bagi memastikan ruang tamu anda tampak menarik dengan wajah baru. Pilih warna atau corak yang berlainan untuk memberikan wajah yang berbeza!

Rangkaian perabot upholsteri Courts dibuat khas untuk tujuan ini, dengan pilihan sarung boleh tukar yang membuat anda terasa seperti memiliki dua atau tiga set sofa! Inilah juga sebabnya mengapa sarung longgar memberikan nilai wang, jangka hayat lebih lama dan penjimatan untuk jangka panjang.

Memang banyak aspek yang perlu ditimbangkan dengan teliti bila memilih set sofa untuk rumah anda. Petua di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan keadaan ruang dan gaya hidup keluarga, serta menepati cita rasa anda.

Selepas memilih sofa atau upholsteri, fikirkan pula tentang kelengkapan untuk ruang selebihnya. Ingatlah, kerusi atau sofa membentuk kelengkapan paling utama dalam ruang tamu rumah anda. Pilih langsir dan permaidani yang sepadan atau serasi dengan set pilihan anda.

Rencana ini ditulis oleh Pengarah Pembelian Perabot, Courts, Paul Pudan.

One Response to Panduan pilih kelengkapan perabot untuk hias ruang tamu

  1. alip pirambib berkata:

    saya baru menyiapkan rumah untuk kedua ibu bapa saya. rumah ini bersaiz 40 x 48 kaki persegi. rumah ini mempunyai ruang tamu seluas 20 x 25 kali persegi. masalah saya sekarang ialah, apakah warna yang sesuai untuk ruang tamu rumah ini, dan apakah warna langsir yang sesuai untuk dipadankan. warna mozek pada lantai rumah ialah warna coklat kegelapan dan memantul cahaya, dan cermin tingkap saya berwarna hijau (gred 1). sehubungan dengan itu saya mempunyai bajet untuk menyiapkan cat, langsir dan padanan pencahayaan lampu sebanyak RM10,000. Saya menginginkan konsep ketemporari moden dan british style. saya berharap pihak saudara dapat membantu saya. kerana saya ingin menyiapkan rumah sebelum hari raya ini… RUMAH RAYA..hehehe. tq.. ( cikgu alip )

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: