Penyakit Lelah

KERAP kali saya ditanya oleh ibu bapa mengenai masalah lelah anak mereka. Kebanyakan anak mereka sudah menerima rawatan tetapi masih lagi berhadapan masalah sama. Malah, ada kalanya serangan lelah membawa kepada jangkitan kuman hingga perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Soalan paling biasa saya terima ialah apa yang perlu dilakukan untuk menangani masalah anak mereka?

Lelah atau asma adalah penyakit paru-paru yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan lelah atau asma?

Untuk memahami dengan lebih lanjut saya akan jelaskan serba sedikit mengenai paru-paru. Di dalam paru-paru terdapat salur paru-paru yang membawa udara yang kita sedut ke hujung paru-paru, dipanggil alveolar.

Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah adalah tinggi. Apa yang dimaksudkan lelah ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

Apakah tanda lelah?

Secara klasiknya lelah menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik lelah. Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.

Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenal pasti kemungkinan anak mereka mengalami asma atau lelah ialah:

1. Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.

2. Batuk berterusan yang bermula daripada batuk selesema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang

dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi kanak-kanak ini akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.

3. Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.

4. Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan seperti oren.

5. Semput.

Jika ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.

Disebabkan lelah selalu dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap lelah. Seperti apa yang sering ditakuti kebanyakan ibu bapa, ada kala lelah menyebabkan anak mereka kerap mendapat jangkitan kuman dan dimasukkan di hospital.

Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan simptom lelah antaranya ialah habuk atau hama habuk (house dust mites), asap rokok, buah-buahan citrus dan sebagainya. Walaupun perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

Apakah rawatan untuk lelah?

Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan lelah. Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap lelah hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap lelah.

1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah

2. Ubat-ubatan yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami lelah.

Apabila kanak-kanak sering mendapat simptom lelah, kanak-kanak itu perlu memakan ubat yang boleh mencegah simptom lelah itu berulang. Ubat ini memerlukan penggunaan setiap hari dan oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, apa yang berlaku ialah pada mulanya ubat itu perlu diberi setiap hari kepada kanak-kanak terbabit dan apabila kawalan lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan. Kebanyakan ubat pencegahan lelah mengandungi steroid.

Ramai ibu bapa yang bimbang dengan bahan itu tetapi oleh kerana ubat berkenaan digunakan secara topikal ia adalah selamat dan tidak membawa kesan sampingan.

Saya sendiri ketika zaman kanak-kanak berhadapan dengan masalah lelah. Pada masa itu disebabkan tiadanya ubat yang boleh mengawal lelah dengan baik banyak perkara yang tidak boleh dilakukan seperti aktiviti sukan, tidak boleh minum air sejuk dan lebih menyedihkan setiap kali hari raya
saya akan semput disebabkan asap bunga api.

Apa yang kita inginkan dalam rawatan lelah ialah kanak-kanak itu dapat melakukan aktiviti biasa dan tidak terasa ketinggalan disebabkan oleh lelah.

Mengenai pemakanan dan lelah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vitamin mencegah lelah bagaimanapun, pemakanan yang baik akan meningkatkan lagi sistem imun badan dan ini akan mengurangkan jangkitan virus dan secara tidak langsung mungkin mengurangkan kekerapan lelah.

Kesimpulannya, daripada apa yang diterangkan di atas, kemungkinan besar kawalan lelah kebanyakan anak anda masih kurang memuaskan dan ini menyebabkan anak anda kerap mendapat lelah dan paru-parunya dijangkiti kuman.

6 Responses to Penyakit Lelah

  1. Faridqah Alwadid berkata:

    Telah berbagai cara saya amalkan tapi tidak menjadi, saya aalami penyakit ini hampir 2 tahun,………tetapi penyakit ini semakin menjadi jadi……..sehinggakan menganggu kerjaya saya………..namun saya tetap berusha mencari [penawar dengan izin allah………..insyaalah…..

    • aleah berkata:

      cuba ezibreathe. anak saya 4 dan 15 tahun ada resdung yang melarat sampai ke asthma. Selepas 4 bulan saya bagi mereka makan ezibreathe, alhamdullilah resdung dan asthma nya beransur kurang. nak tau lebih lanjut layari laman web ini http://www.srcosmetics.com

  2. amir berkata:

    salam.

    selalunya budak2 kecil yg kena..tapi ni saya sendiri yg baru kena..umur saya 23 tahun.
    dulu sy selalu tgk org guna inhaler utk mcegah asma..
    tapi sedih sekali..kini saya juga turut menggunakannya.
    Doktor apakah penyakit asma sy ni boleh sembuh?

  3. siti rohana alias berkata:

    sekarang saya menggunakan inhaler utk pencegahan(Budesonide Aerosol) WAKTU MLM SHJ.2 PAM. Adakah ia selamat untuk digunakan. apakah kesannya terhadap paru-paru?

  4. nia berkata:

    sekarang saya menggunakan inhaller asthalin . saya telah menggunakan ubat ini hampir 7tahun.kini ibu bapa saya sangat bimbang dengan penyakit saya dan saya selalu bergantung dengan inhaller. adakan ia selamat untuk digunakan?adakah ianya memberi kesan terhadap kesihatan diri saya?

  5. Dr Luqman berkata:

    ANDA PENGIDAP ASMA / LELAH?

    Sempena dengan bulan kelahiran Dr Luqman – pengasas dan pemilik pusat rawatan AYURVEDA (LUQMAN HERBS CENTRE), akan memberikan ubat secara PERCUMA kepada pesakit ASMA / LELAH untuk kegunaan selama 2 minggu.

    Tawaran adalah terhad kepada 100 orang yang pertama!!!
    Jika berminat, sila PM nama, no telefon dan alamat rumah di facebook seperti alamat di bawah. Terima kasih.

    Maklumat lanjut, sila lawati: http://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: