Cik Kuntum: Pengakuan isteri kedua inginkan keadilan suami

CERITA Alia yang tetap setia dengan suaminya, walaupun sering dipermainkan menerima pelbagai reaksi. Ada yang terharu dengan keikhlasannya, tidak kurang juga yang marah kerana Alia sanggup membiarkan suaminya melakukan sewenang-wenangnya.

Begitupun, satu kiriman e-mel yang singgah di komputer Cik Kuntum daripada Elena menarik perhatian Cik Kuntum. Seperti kata Elena, lazimnya kita hanya mendengar keluhan isteri pertama yang menceritakan kisah mereka dianiaya, tetapi kali ini beliau sebagai isteri kedua ingin menceritakan kisahnya.

“Cik Kuntum, saya ingin mengambil kesempatan untuk meluahkan segala yang terbuku dalam benak hati ini dengan adanya ruangan saudari yang amat popular di akhbar tempatan untuk dijadikan sebagai teladan dan peringatan buat pembaca.

Ruangan sebegini sering kali menjadi saluran pelbagai luahan masyarakat yang kebanyakannya isteri teraniaya dan dizalimi. Lazimnya, cerita yang diperdengarkan ialah bagaimana isteri pertama melalui pelbagai perit getir kehidupan hidup berpoligami.

Saya juga adalah mangsa kezaliman hidup berpoligami. Sebagai manusia biasa yang daif dan jahil dengan pengetahuan agama, saya akui betapa ceteknya ilmu pengetahuan saya, namun saya berusaha dan terus berdoa agar diberikan hidayah oleh Allah SWT di samping menuntut ilmu sepanjang masa.

Saya isteri kedua. Perkenalan dengan suami tidak disengajakan dan semuanya bermula pada satu majlis perasmian sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Selepas perkenalan itu, kami sering bertemu secara kebetulan atas urusan kerja masing-masing.

Pada mulanya, saya tidak bersedia menerimanya sama ada sebagai teman biasa mahupun kekasih kerana sering melihat sikapnya yang agak sosial dan sering bertukar-tukar teman wanita yang cantik paras rupanya termasuk artis tempatan. Akan tetapi takdir menentukan segalanya.

Dia sering mengejar dan terus memburu saya sehingga saya naik rimas akan kehadirannya. Dia mendapat nombor telefon peribadi saya melalui teman dan mula mengganggu kehidupan harian saya sehingga membuatkan hidup tidak keruan dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta deringan telefon yang sering tidak putus-putus selang dua jam.

Akhirnya saya membuat satu perjanjian yang mana dia berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman hidup saya lagi dengan syarat, saya bersetuju untuk bertemunya untuk minum petang. Pada saat itu semuanya berubah. Pandangan saya selama ini terhadapnya meleset sama sekali.

Saya mulai berminat untuk berkawan dengannya dan mulai berkongsi pendapat terutama mengenai agama. Ketika itu, Zaki (bukan nama sebenar) yang saya kenali adalah lelaki bujang. Perhubungan kami sudah jauh terlanjur dan hanyut dalam arus percintaan yang begitu hebat.

Satu hari saya menerima panggilan telefon dan begitu terkejut apabila bekas teman wanita Zaki memperkenalkan diri. Beliau memaklumkan yang Zaki sudah berkahwin dan punyai beberapa anak.

Pada mulanya saya tidak percaya kerana selama beberapa bulan kami memadu asmara, saya sering bertandang ke rumahnya yang serba lengkap dan mewah itu, tidak pula menimbulkan sebarang keraguan bahawa dia rupanya suami orang. Malah, rakannya yang saya kenali semuanya tidak mengetahui akan statusnya itu.

Akhirnya Zaki membuat pengakuan dan begitu juga beberapa orang rakannya selepas puas dipaksa. Sejak hari itu, saya berkawan baik dengan bekas teman wanitanya dan berjanji akan meninggalkan Zaki. Tetapi apakan daya, Zaki tidak mampu untuk hidup sendirian tanpa diriku di sisinya walaupun bekas teman wanitanya masih merayu untuk pulang ke pangkuan Zaki.

Sebaliknya Zaki yang merayu kepada saya agar tidak meninggalkan dirinya. Termakan dengan pujuk rayunya, saya tewas. Kami berjanji untuk mendirikan rumah tangga bersama dan membuat pengakuan terhadap isteri pertama Zaki. Pada mulanya, isteri pertama Zaki dapat menerima saya sebagai mangsa permainan suaminya dan diterima sebagai teman mengadu dan bergurau.

Bermula dari situ, saya mendapat tahu rupa-rupanya selama ini bekas teman wanita Zaki yang menyara Zaki termasuk bayaran sewa rumah yang mencecah hampir RM2,000 dan juga perbelanjaan lain, manakala wang gaji Zaki hampir semuanya diberikan kepada isterinya setiap bulan.

Dia meminta kembali wangnya dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Zaki gagal mengembalikan wangnya selama ini. Mulai saat itu, keadaan berubah dan saya turut membantu sekadar yang mampu.

Selepas kami bernikah secara diam-diam, kami berpindah ke rumah sewa yang lebih murah. Isteri pertama juga turut berubah kelakuannya setelah mendapat tahu yang bekas teman wanita Zaki tidak lagi membantu. Rupa-rupanya dia tahu setiap kegiatan suaminya sejak dulu lagi, tetapi tidak menyangka yang Zaki akan menikahi saya.

Dia menyangka Zaki hanya mempergunakan teman wanita untuk kepentingan diri dan keluarga, bukan untuk diperisterikan. Perhubungan kami menjadi renggang dan saya mendapat tahu dia memfitnah saya dan membuat pelbagai tuduhan. Kini sudah enam bulan Zaki tidak bekerja dan saya terpaksa menanggung dia sekeluarga.

Saya amat berharap agar masyarakat tidak lagi memandang serong terhadap isteri kedua. Tidak semuanya merancang untuk menjadi yang kedua dan tiada wanita inginkan hidup bermadu semata-mata untuk mengejar payung emas.

Tetapi apakan daya, takdir menentukan segalanya. Ajal maut dan jodoh kehendak Allah SWT. Mengelaklah macam manapun, larilah sejauh manapun, jika sudah jodoh, tetap bersatu jua. Mengimbas kembali pengalaman lalu, memang tidak menyangka akan tersepit jua, walhal sudah puas mengelak.”

Membaca kisah Elena, Cik Kuntum jadi simpati. Bukan kerana mengenangkan nasib malangnya, tetapi Cik Kuntum berpendapat dia boleh mencari lelaki yang jauh lebih baik daripada Zaki. Sejak awal lagi Elena sudah mengetahui ciri sebenar Zaki, tetapi masih meneruskan perkahwinannya.

Kebanyakan lelaki seperti Zaki, memang bijak berkata-kata dan memujuk rayu, kononnya tidak boleh hidup tanpa wanita yang dicintai. Hakikatnya mereka lebih menyintai duit wanita yang begitu lurus bendul seperti Elena bagi menyara kehidupan keluarga pertamanya. Sedarlah Elena, tidak guna mendukung biawak hidup seperti Zaki.

Benar jodoh pertemuan Tuhan yang tentukan. Tetapi bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Jika anda hendak berkongsi pendapat atau masalah, hantarkan kepada Cik Kuntum di alamat Cik Kuntum, Halaman Citra, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau e-mel cikkuntum@bharian.com.my.

38 Responses to Cik Kuntum: Pengakuan isteri kedua inginkan keadilan suami

  1. nadiahusna berkata:

    no komen

    • suriati berkata:

      Nasib elena memang malang namun rasanya elena boleh mengubah nasibnya…menanggung suami dan juga isteri pertama bukan jalan terbaik untuk membuktikan rasa cinta Elena terhadap suaminya.

      Saya sendiri merupakan isteri kedua tetapi saya tidak pernah berkongsi pendapatan saya dengan suami apatah lagi isteri pertama beliau. Suami saya pun tidak pernah meminta wang daripada saya walaupun pada waktu itu tiada seringgit pun di dalam dompet beliau. Saya tidak membantu kerana saya tahu madu saya akan membantu beliau dan saya juga amat jarang membeli-belah untuk dia.

      Bagi saya dari mula Elena sudah tersilap langkah. Maaf kalau apa yang saya ceritakan di sini menyinggung perasaan Elena. Memang kita perlu bantu-membantu suami namun tetap kena ada hadnya. Saya telah menjadi isteri kedua selama 8 tahun…pada awal perkahwinan giliran bermalam hanya semalam sahaja namun masuk tahun kedua hingga kini giliran bermalam telah bertambah. Saya pernah berputus asa dan mengadu ke Pejabat Agama sebanyak 3 kali dan setiap kali itu suami saya enggan berkunjung ke Pejabat Agama untuk menjalani kauselling.
      Setiap kali beliau mendapat surat dari Jabatan Agama beliau akan tersentak kerana tidak percaya saya berani membuat aduan. Maka saya amat setuju sekiran Elena mendapatkan bantuan dari Jabatan Agama.

  2. MUHAMMAD SYUKRI HJ ZAHARI berkata:

    FAILKAN KES PUAN KE MAHKAMAH. HAKIM AKAN MENENTUKAN SAMADA PUAN MASIH LAYAK ATAU TIDAK HIDUP DENGAN ZAKI. SEMOGA PUAN TABAH DENGAN DUGAAN HIDUP INI. SAYA YAKIN DAN PERCAYA, PUAN AKAN BEROLEH NIKMAT SUATU HARI NANTI, JIKA PUAN BERSABAR DAN BANYAKKAN MERINTIH PADA ALLAH. WASSALAM

  3. serina berkata:

    Saya pun mengalami masalah yang sama seperti elena. Sebelum saya dan suami berkahwin dia kata dia mempunyai masalah kronik dengan isteri pertama…mcm2 kekurangan isteri pertama dicerita oleh suami….saya pun bertaya kepada kawan2 suami dan mereka mengatakan bahawa betul suami ada masalah dengan isteri pertamanya. Dia berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan menyayangi saya seikhlasnya. Dah tiga tahun saya bergelar isteri dia..Memberi penuh kasih sayang kepadanya setulus ikhlas…apa yang saya sedih dia tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami….Jika ada wang dia beri kepada isteri pertama…Kadang2 saya merasakan saya ni digunakan. Saya berkerja tapi dia asyik melepak dirumah…tidur atas katil….saya la yang menanggung makan , pakai dan sewa rumah dan mcm2 keperluan lain…termasuk juga perbelanjaan keluarga isteri pertma….
    Sedih dan sebak rasa hati…nafkah batin juga jarang2 diberikan…Tuhan je yang tahu betapa kecewanya saya….sebulan lepas saya menyuarakan rasa tak puas hati saya padanya tetapi dia kata saya isteri yang tidak pernah menghormati dia…berckp kurang ajar dengan dia….dia sekarang balik duduk dengan isteri pertamanyanya. dan tak mempedulikan saya lagi….sayadengar mereka dah dapat projek besar daripada kawan2..tapi sedikit pun tak megalir pada saya…Begitu hina isteri kedua ni…Orang boleh buat mcm sampah…Tuhan yang tahu kekecewaan saya….Isteri pertama nya juga sama perangai dengan dia…Berbaik jika ada keperluan sahaja…dah dapat apa yang dia nak buat gaduh balik dengan kita….dibelakang kita apa dia tak kata tak buat…sehingga sanggup pi jumpa bomoh untuk sakitkan saya….sehingga bayang saya pun dibenci oleh keluarga mertua….Ya Allah cekalkan hati ku Ya Allah…Jika taidak berjaya hubungan ini bukan lagi salah ku…Kerana aku sudah penat berjuang untuk kebahagiaan ku….

    • as berkata:

      sudah la, aku muak kenyataan ni,ko dah tahu cerita laki ko burukkan bini 1 dia,ko pun macam org ngatuk disorong bantal kenapa? ko pun sama gatal.itu hak bini 1 dialah,nak mintak apa2 pun.bukan ke lelaki kahwin 2 dah terlebih mampu.sepatutnya ko sedar risikonya sebelum kahwin.sebelum kahwin semua bleh,cinta ,sayang,bleh kongsi &…………. bila dah dapat ko pulak nak control dia.ko pun tahu cemburu,iri hati.habis tu masa ko kahwin dgn laki ko,bini 1 dia apa,tunggul kayu ke,sendiri mahu ingatlah.memang jodoh ditangan allah tapi ko tu gelojoh,semua ko sebat.itu pembalasan ko sakit kan hati kaum sejenis.Poligami yg berjaya berlandasan keikhlasan semua pihak dan kejujuran bukannya mengaibkan org lain.aku sokong poligami yg berlandaskan agama.95% yg lain hancur.ko tu dlm ketegori 95% tulah.membina kebahagiaan dari penderitaan org lain umpama menjerut diri sendiri.tepuk sebelah tangan x bunyi.zaman skrg janji manusia boleh pakai ke.ingat,doa org teraniaya dimakbulkan Allah.mungkin ko terlupa kot.ini adalah 1 pengajaran.tepuk dada tnya selera.klu ko msih syg laki ko tu,ko bertahan la (menanggung biawak hidup)klu x cari jln keluar.Allah x zalim.selalunya manusia yg menzalimi diri sendiri dan org lain

  4. ida berkata:

    Menjadi isteri kedua ni bukanlah mudah. Orang kata isteri kedua ni perampas dan mengawal suami. Tetapi kenyataan bukan seperti anggapan orang ramai. Oleh kerana sisuami rasa bersalah kerana membohongi isteri pertama, jadi apa jua kehendak isteri pertama dituruti dengan apajua cara sekalipun. Saya sebagai isteri kedua merasakan tersisih dari suami. Bayangkalah sebelum berkahwin dgn suami dulu, kehidupan mereka berdua serba serdahana. Apabila saya berkahwin, saya tidak pernah meminta satu pun benda kerana takut suami tidak mampu untuk tunaikannya. Saya bekerja, jadi semua keperluan dalam rumah saya yang sediakan jadi kuranglah bebanan suami. Kadang-kadang suami tak cukup belanja di rumah yang pertama, minta juga dari saya. Tapi saya tak kisah semua itu. Saya sanggup berkorban segalanya demi kasihkan suami saya. Rupa-rupanya duit suami saya tak cukup kerana memenuhi permintaan isteri pertamanya. Perabot dalam rumah semuanya lengkap dan di gantikan yang baru. Saya terpaksa beralah demi kepentingan isteri pertamanya. Saya buat begitu kerana tak mahu dia mengganggap saya merampas segala-galanya milik dia. Selama lima tahun saya berkorban segala-galanya untuk suami dan isteri pertama. Jadi buat isteri-isteri pertama, jgnlah anggap bahawa semua isteri kedua itu hanya perampas dan pemusnah rumah tangga orang lain. Mereka tidak sedar bahawa semua permintaan dan keperluan mereka setengahnya ditanggung oleh isteri kedua. Takkan suami nak bagitahu yang duit tu sesetengahnya dari isteri kedua. Jatuh standard la sebab nanti mereka kutuk suami mereka balik ” Dah tau tak mampu, kenapa nak pasang dua tiga” Si suami pasang dua tiga tu memanglah sayang kat semua isteri-isterinya dan juga untuk berkongsi dan menambah pendapatan mereka ngan isteri kedua untuk tanggung yang pertama.

    • bibik berkata:

      Inilah contoh isteri kedua yang jengkel ilmu. Pompuan beginilah yang menggalakkan ‘suami’ berlaku tidak adil. Sepatutnya tanya dulu mampu ke tak mampu. Kalu dah sah tak mampu, pasti ada pihak yang makan hati. Ini tidak! Dah tahu laki tu tak mampu nak juga kawin. Dah makan hati, merungut plak kononnya kena tanggung isteri pertama. Fikir-fikirkan lah, masa anda miang bercinta dulu duit belanja makan kita pun jangan-jangan duit isteri pertama. Kalu dengar ckp suami, pastilah dia aje yang baik. Isteri pertama dari A-Z semua tak kena. Kalu dah tak elok kanape masih bersama. Nampak sangat penipunya. Nah! sekarang anda dah rasa manis dan pahitnya bermadu kan! Cuma pesan saya usah disalahkan isteri pertama. Kalu takut dilambung tsunami jangan berumah di tepi pantai.

      • Isteri Pertama berkata:

        Bibik, setuju sangat dengan komen puan. Isteri kedua masa asyik mahsyuk kacau rumah tangga isteri pertama, sudah di warning yang suami tidak mampu beristeri dua… tidak mau dengar…..boleh pula kutuk isteri pertama tidak pandai jaga suamilah, suami tergila-gilakan dialah. Hakikatnya dia yang miang kemaruk ingin berlaki. Bekas orang pun tak apa. Bila susah dan merasa apa yang dirasai oleh isteri pertama…pandai pulak komplen. Apa yang boleh saya cakap di sini pada isteri kedua diatas….PADAN MUKA!!!

      • as berkata:

        aku x sokong mana2 pihak,tp dlm hal ni ada betulnya.nasi dh jadi bubur.siapa suruh ko bg & tolong laki ko,aku dh byk dengar cerita camni.dulu bini 1 larang laki dia kahwin dgn ko.ko marah kata cintala,sayangla,bini1 tamakla.la ni ko rasa pulak langit tu tinggi ke rendah.lelaki mampu kahwin lebih maknanya dh kukuhlah kewangan,ko cuma jga badan,ini x ko pulak pening kepala,takut2 ko meroyan ,laki ko tambah lg cawangan.masatu bini 1 dh x kisah lg cuma ko tulah,silap2 ditendang ketepi.x perlulah minta simpati,klu ko cerita pun paling x org cemekkan.nasihat aku dr makan hati.baik hidup sorang2.x ganggu org lain & duit aku dlm poket aku.selamat berbahagia

  5. wanitahariini berkata:

    Tak perlulah isteri kedua menuduh isteri pertama atau isteri pertama menuduh isteri kedua. Yang dajjalnya di sini ialah lelaki. Kerana sayangkan suami, kedua2 isteri berkorban dan mengata antara satu sama lain. Yang jahatnya lelaki, tak sepatutnya isteri pertama atau isteri kedua berkorban untuk lelaki. Suami yang baik akan berfikir berpuluh2 kali utk kawin lain.

    • Pasrah berkata:

      betul tu..sapa la kita nak menyalahkan dan membetulkan tindak tanduk org lain..siapa la kita nak menghak milikkan diri orang lain sebagai hak mutlak kita..nyawa ditubuh kita ini pun milik Allah! Bersyukurlah kita krn diberi dugaan betapa tidak semua org yg diduga bermadu!

  6. sya berkata:

    tu lah sbb nya jgn ambil risiko nak kawin laki orang. lelaki skrg bukan kawin kerana lain2 hal melainkan nafsu semata- mata. baik sebelum dapat je..bila dah kawin apa yg jadi pd isteri no 1 isteri no 2 akan merasakannya pulak…barulah adil. Isteri no 1 dah puas menderita dah..

  7. kebayan berkata:

    kalau boleh elakkan .. cubalah elakkan .. tapi jangan lupa .. kadang kadang itu juga ketentuan dari tuhan .. sepatutnya kita redha dengan ketentuan itu .. hukum dari tuhan memang adil .. tapi manusia yang memporak perandakannya …sekadar renungan .. agak tertarik melihat kehidupan bermadu oleh keluarga m rajoli .. disaat beliau sedang sakit dan memerlukan penjagaan .. kedua dua isterinya sama sama membantu , tidaklah terbeban sangat untuk menjaganya seorang diri .Sebenarnya rahsia hikmah poligami ini luas .. tapi .. sebagai manusia biasa rasanya belum bersedia nak berkongsi tilam dengan bantal peluk.. he .. he ..

  8. piah berkata:

    dari cerita rakan yang menjadi second wife…hidup berpoligami ni perlu berkorban…isteri pertama, ister kedua ..etc..dan suami juga perlu berkorban….dan jangan pentingkan diri sendiri…yang membuat hidup haru biru ni ..adalah ada yang hidup pioligami tapi pentingkan diri sendiri….

  9. sya berkata:

    betol tu kebayan dan piah…sy bukan menentang poligami sbb ia di halalkan dalam islam tapi jgn cuba klu x berupaya berlaku adil, muhasabahlah diri

  10. Aida berkata:

    Apa yg dilalui Elena dilalui oleh saya. Semasa saya mengenalinya saya seorang ibu tunggal dgn 3 org anak. Sembilan tahun sendiri belum terbuka hati untuk kawin sekali lagi, tetapi oleh kerana dia mengaku duda, saya cuba membuka hati untuknya.
    Pendek cerita, sehingga kini, diam tak diam, dalam sedar saya telah habis rm15 ribu untuk dia dan anak isterinya(dia sering mengugut untuk ceraikan saya setiap kali dia berdepan masalah kewangan kalau saya tidak mahu membantu). Itu tidak termasuk makan minum, rokok dan keperluan dia yg lain yang saya tanggung. Bukan tidak sedar, tetapi seakan rasa terpaksa membantu.
    Pendek cerita, saya seakan2 digunakan. Kalau bersuara, makan penamparlah saya dan dia akan balik ke kgnya (isteri pertama di kg) berminggu dan tidak dapat dihubungi.
    Saya setuju dengan hakikat lazimnya suami yg rasa bersalah kerana bernikah lagi tanpa izin isteri pertama akan selalunya meletakkan isteri kedua dalam keadaan dizalimi dan menurutkan saja kehendak isteri pertama demi mengambil semula hatinya dan hati anak-anaknya yang ada.
    Dalam kes saya, dan saya percaya ramai lagi, saya tidak tahu bahawa dia adalah suami orang ketika berkahwin. Bila tahu situasi sebenar, saya cuba memahami dan memaafkan, dan bertolak ansur;tetapi dipijak kepala hingga lemas tak bergerak.

    • dieyba berkata:

      fikir utk kebikan diri jangan tewas…

      • as berkata:

        mustahil.xkan ko x bleh tenggok gaya dia.org dah kahwin dgn blum kahwin kan ada beza.melainkan ko tu buta.dah kena tipu,sepak terajang pun takut dicerai ke.pelikla.ko kan ada pengalaman jd janda & bleh berdikari.ugutan dia adalah peluang emas untuk ko lepaskan diri. fikirkanlah

  11. lisa berkata:

    bkn semua isteri kedua perampas suami org. sy sndiri sudah melaluinya. sekarang sudah 3 hari suami tdk pulang ke rumah. semasa hari terakhir suami dirumah sy, dia minta sy mengemas pakaiannya utk outstation selama 3 hari. sebelum prgi suami hanya meninggalkan sy berbekalkan wang rm50. kata suami blm gaji & duit yang ada tdk mencukupi untuk keperluan dia di luar daerah kelak. kemudian suami meminta kebenaran untuk menggadai barang kemas sy ( rantai leher & rantai tangan) kerana bimbang tdk cukup wang semasa di tempat org. kerana syg dan tdk mahu suami ditimpa kesusahan, rantai leher & rantai tangan dilurut dr badan. selepas pergi hingga ke hari ini, suami tdk menghubungi sy. malah tidak pernah menjawab setiap panggilan sy. sy hubungi isteri pertama untuk bertanya ttg suami, juga tdk berjawab. malah sy menerima sms yg memarahi sy serta menghina sy. hari kedua pula sy mendapat tahu suami ada di rumah isteri pertama hingga ke hari ini. sy sms suami hr ini krna kehabisan gas dirumah. wang yg diberi juga tlh habis namun suami lgsung tdk menghubungi atau membalas sms sy. apakah layak suami sy ini digelar ‘suami’?

  12. eza berkata:

    Jawapannya of course, tidak layak Lisa. Bila dia curang dgn isteri dia dengan berkahwin lagi, itu sudah memadai untuk kita faham dia bukan lelaki baik. Berkawin dua banyak syaratnya tapi untuk diri dia sendiri pun tak mampu, apatah lagi untuk keluarga.

    What are you waiting for? Jangan bazirkan masa depan demi jantan seperti itu. You should live on your own, forget about him. Kebanyakan lelaki kawin lain untuk kepentingan diri sendiri.

    Sebab itu untuk menjadi isteri ke dua, kena fikir beribu kali, sebab menjadi isteri ke 2 tak seindah yg diimpikan. Kes2 indah tu hanyalah 1 dalam sejuta

    • mama berkata:

      Saya bersetuju sangat dengan eza. Tak usah terhegeh-hegeh nak tunjuk baik. Rasakan ‘madu’ yang anda cari. Sebenarnya isteri pertama dah muak dengan karenah isteri kedua dan suami tak sedar diuntung begini. Tahniah, kerana anda mendapat pembelasan di dunia lagi. Tunggu lah di akhirat kelak.

  13. shaken berkata:

    kalau dah ada suami yg baik tu,baik2 lah mengambil hati dia bukan mengambil kesempatan-pijak kepala dia-hina- buli dia.

    Biasa nya ‘lelaki yg baik’ tidak akan mengorek ‘perigi’ lain -jikalau ‘perigi’ lama maseh setia memberi services yg baik atau tampa bermasaalah..tak kan u nak tukar kereta lain..sedang kan yg lama memberi perkidmatan yg baik tampa problems atu spare yg ke2.

    Kebiasaan -Pengorekan ‘perigi’ baru terjadi atas berberapa sebab: Pengaliran nya dah tak terurus lagi-ayer nya dah rasa tak sedap-payau-keroh-kekeringan-berbau-bercampuran dgn organic organic yg memuadaratkan kesihatan keluarga.

    • as berkata:

      to shaken, kadang2 perigi lama penuh berisi air,x pernah surut.ditimba macamana pun tetap penuh.tp si pengorek perigi ni yg bermasalah sebab x de benda nak dikoreknya dan masa byk terbuang. itu sebablah tanah tandus pun nak dikorek bermati-matian.walaupun dah dinasihatkan x de air.akhirnya sipengorek tulah yang mati kehausan.paling tidak pun ditingggalkan perigi tandus td dan kembali kepada perigi yang penuh.takut pulak perigi penuh dah dimiliki org lain

  14. nandekman berkata:

    shaken ..perigi apo nie yg kou ceritokan..hambo tak fahem leh..telago bute ambo fahei loi nie..

  15. eza berkata:

    tak faham shaken…topic mana ni?

  16. Khadijah berkata:

    Salam, pendengar yang budiman, saya ingin berkongsi cerita duka lara saya.Jika sebelum ini isteri kedua rata-rata mengatakan mereka tidak tahu status suami mereka yang sebenarnya atau dalam erti kata lain tertipulah.Bagaimana pula dengan mereka yang udah tau lelaki itu dah beristeri siap kenal lagi dengan si isteri tapi masih nak juga suami kita ni.Apa kata dema, udah cintalah sangat2 sanggup tempoh apa aje.Tapi bila udah nikah dema minta hak sama rata pula. Sakit hati ni tak hilang lagi dema dah tambah penyakit lain pula.Ginilah nasib isteri pertama, pasal nafkah janganlah cerita dula satu kapal aje pun asyik sengit benget ni kan pula dah 2 kapal akibatnya bocor cana tampal cini, akhirnya dema ingat sapa yang rugi ….anak-anak..Saya dah tak de perasaan lagi..udah hancur berkecai dan berderai.Adanya saya kerana mikirkan nasib anak-anak je…

    terima kasih kerna mendengar.Kepada semua isteri kedua atau muda… dema yang cari masalah lagu tu ,kalau dah cari masalah maka datanglah masalah.

  17. sufi berkata:

    Suami yang memainkan peranan yang penting sekiranya ingin berkahwin lagi. Tiada salahnya berkahwin tetapi fikirkan adakah mampu memberi keadilan kepada isteri2 dan ank-anak. Jangan berat sebelah mana-mana isteri yang ada…ingat itu adalah amanh tuhan untuk kamu, wahai sang suami. Didunia terlepas…tetapi di akhirat sana keadilan ada bg isteri-isteri yang teraniaya….Lelaki dijadikan sebagai pemimpn n membimbing wanita. Ingatlah, Allah mengetahui sekelumit perasaan yang ada dalam diri setiap manusia…jika keadilan itu tidak mampu dilaksanakan …balasan dan azab diakhirat pasti diterima …..

  18. dieyba berkata:

    salam………kepada semua para isteri…
    setiap isteri pasti akan terasa sakit pabila suami memasang isteri…
    tetapi kat sini jangan lah kita menyalah kan mana2 pihak….semua ketentuan dah tertulis saya akui saya juga isteri no 2…..hinaan cacian semua nya saya redho…saya juga cuba berbaik dengan isteri pertama…..saya cuba tempuh apa yang diberi oleh ALLAH….ingat kita ini cuma manusia…bukan TUHAN boleh menetukan semuanya….banyak bersabar elena….tapi elena kita juga harus tahu hak kita sebagai isteri jangan biar kan diri diperbodohkan…..ingat elena suami tak berhak mengambil apa2 pun dari kita kalau kite tak bagi….nafkah itu semua tanggungjawab dia…..tapi kalau dia tak berlaku adil itu dah jadi dosa dia elena kene fikir langkah seterus nya…jangan lemah…ingat kiter semua ni manusia saja….manusia ni milik siapa semua makhluk kat dunia nih milik siapa….bukan ke milik ALLAH….KUN FAYA KUN….kadak dan kada ketentuan ALLAH memang kita tak dapat lari…..dengan doa dan usaha pasti boleh…kadang2 kiter kene kedekut sdikit…jangan terlalu lurus..

  19. as berkata:

    bolehlah ko ckp macam tu dieyba.tepuk air kat dulang terperecik muka sendiri.walaupun takdir Alllah kita ada akal yg Allah beri utk menggunakan nya membuat pilihan.ko dah tahu jln tu ada harimau,ko nak lalu juga padahal ada jln lain.matilah ko kena mkn.

  20. ZULAIKHA berkata:

    TIDAK AKAN TERJADI SESUATU PERKARA TANPA KEIZINAN DARI ALLAH S.W.T……ORG TIDAK AKAN TAU APA YG KITA RASA JIKA DIA X MELALUINYA….ISTERI PERTAMA XTAU APA YG ISTERI KEDUA LALUI….BEGITU JUGA ISTERI KEDUA XTAU APA YG ISTERI PERTAMA LALUI…XPAYAH NAK SALAHKAN SAMA SNDIRI MEMAKI HAMUN SESAMA SENDIRI…MNCARI SALAH ORG LAIN…MUHASABAH DIRI LEBIH BAIK…MNCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T….CARI KELEMAHAN DIRI DAN JGN ASYIK MENYALAHKAN DAN MENUDING JARI KE ARAH ORANG LAIN…WASSALAM…

  21. Rikah Ikaaduka berkata:

    assalamualaikum..apa pun yang berlaku di dunia semua telah di tentukan…

  22. mummy berkata:

    amik lagi laki orang..sebelum nikah fikir n kenali lelaki bbetul..menyesal tidak bguna…akal pendek…cuma mengikut kata hati…kan boleh fikir…inilah risiko yg perlu dihadap oleh bini no 2…

  23. idas berkata:

    bercakap memang mudah. bila anda merasakanya baru tahu macamana. kadang mmg kita rasa kita dah kenal sangat dengan suami kita tapi rupanya kita ditipu hidup2. sebenarnya SUAMI yang memainkan peranan penting .dia yang menentukan semuanya. bila ada perbincangan yang baik pasti semua masalah boleh selesai tapi zaman sekarang suami dah tak berfungsi. bila timbul masalah dia hanya lepaskan diri dia saja. tak timbul soal isteri pertama, isteri kedua semua sama sebenarnya. masing2 ada hak atas suami. tapi suami yang bodoh ni saja yng menambah rumitkan keadaan. yang menjadi mangsa adalah perempuan. ingatlah kekadang itu semua telah di takdirkan oleh Allah . macamnan mengelak pun ia tetap terjadi . Siapalah kita nak memadan kan muka orang. sebb masalah tu tak kena pada kita. kadang kita berada dalam keadaan serba salah. keputusan mana yang perlu kita ambil. saya juga punya masalah yag hampir sama, tak perlulah saya ceritakan tapi cukuplah kita banyak bermuhasabah diri dan terima apa yang telah berlaku dengan redha. fikir kenapa masalah itu berlaku pada kita. Mungkin ada hikmah disetiap kejadian. isteri pertama, isteri kedua terimalah dengan redha. apapun ceritanya hanya suami yang boleh menyelesaikan dan membuat keputusan. Tegaslah, bertangungjawablah wahai semua suami. jangan hanya mementingkan diri. itu semua takdir.. takdir dan dugaan buat kita.

  24. pacak pacak bera berkata:


    Kenapa Isteri Pura-pura Puas? (18 sx)

    Ramai wanita berlagak orgasme semasa melakukan hubungan intim dengan pasangannya? Walaupun tidak selalu tetapi ramai daripada mereka berbuat demikian.

    Mungkin juga ada wanita yang tidak tahu apa itu orgasme. Cara mudah menjelaskannya, orgasme adalah satu keadaan di mana wanita merasai tubuhnya kejang, nafasnya menjadi pantas, mencekam kuat dan melakukan gera
    kan-gerakan dramatis untuk menikmati kepuasan

    Persoalannya kenapa perlu membohongi diri sendiri dan pasangan? Sedangkan berpura-pura puas itu hanya merugikan diri sendiri.

    Bila dibuat kajian, ada beberapa sebab diberikan wanita, ternyata dalam hal ini mereka tidak boleh dipersalahkan.

    Takut Mengecewakan Pasangan

    Bila wanita melakukan hubungan intim dalam keadaan penat, dia ingin aktiviti itu segera berakhir. Namun suami tidak merasa puas jika isteri tidak orgasme. Satu-satu cara untuk memberi kepuasan kepada suami, isteri terpaksa berpura-pura orgasme.

    Hanya mencari keintiman, bukan orgasme

    Cara ini hanya mengecewakan suami, cara terbaik mengatasinya isteri terpaksa menipu diri sendiri dan suami dengan berpura-pura orgasme.

    Ingin memuaskan pasangan

    Jangan terkejut jika isteri mengakui tidak pernah mengalami orgasme semasa hubungan intim dengan suami. Namun mereka mahu suami menikmati kepuasan kerana anggapan lelaki, wanita juga sepertinya. Ini menyebabkan wanita tiada pilihan lain selain daripada terpaksa berpura-pura.

    Tidak selesa dengan cara suami

    Kebanyakan suami cuba pelbagai cara untuk memuaskan isteri termasuk sedikit kasar dengan harapan isteri segera orgasme. Hakikatnya bukan semua isteri menyenangi cara ini, untuk menyegerakan hubungan seks, dia terpaksa berpura-pura.

    Masalah kesihatan

    Wanita yang mempunyai masalah dengan organ reprodruktif maka dia kurang selesa melakukan hubungan intim dan sentiasa mahu menyudahkan segera. Namun mereka tidak mementingkan diri sendiri, sebab itu wanita sanggup berpura-pura.

    Persoalannya bagaimana jika suami anda mengetahui anda berpura-pura? Sebaiknya anda berbincang dengan suami mengenai masalah anda dan mencari penyelesaian agar anda berdua bersama-sama menikmati kepuasan itu bersama.

    Ingat anda tidak perlu berpura-pura demi kepuasan pasangan semata-mata, diri anda juga perlu difikirkan.

    semua ini akan berakhir
    add/pm/sms/call saya
    produk hebat lelaki maskulin
    pacak langit+extend gel/facebook pacak pacak bera

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: