Tips Pindah Rumah

BERPINDAH ke rumah baru selalunya menjadi satu pengalaman yang pahit. Ketika itu, kepala berserabut – hendak mengemas barang, perlu menyediakan banyak kotak, barang-barang pula perlu diberi perhatian sebaiknya mengikut jenis, barangan berharga, barangan kaca, perhiasan mewah. Tidak cukup dengan itu, proses mengangkat dan memindahkan barang pula.

Namun, semua ini tidak akan memeningkan kepala dan `menaikkan darah’, jika tahu caranya. Berikut adalah beberapa tips yang membantu meringankan masalah anda sebelum berpindah:

1. Mengemas

- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi
mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di
dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.

- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang
di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika
diangkat.

- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan
daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.

- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta
bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.

- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika
merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak
daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang
memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan
yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.

2. Asingkan barangan

- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti
barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.

- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian
untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.

- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti
perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika
dilakukan orang lain.

- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu
barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik
tidur.

3. Keselamatan perabot

- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus
dengan kain atau sarungkan dengan plastik.

Penting memahami perjanjian sewa kediaman

MUNGKIN sukar bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mendapat peluang menyewa kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang `cerewet’.

Syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.

Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta-benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Ada tuan rumah yang berasa seperti mengalami `mimpi ngeri’ gara-gara membenarkan penyewanya melakukan sesuka hati di dalam rumah. Akibatnya, terpaksalah menerima seadanya perilaku penyewa.

Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga harta-benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.

Justeru, penting bagi penyewa rumah mengambil serius perjanjian sewa rumah dengan menyediakan surat hitam putih dengan butiran yang lengkap dan jelas untuk kesenangan mereka di kemudian hari.

Surat perjanjian sewa rumah itu bukan saja memberi manfaat kepada tuan rumah, malah boleh menyelamatkan kedudukan kewangan mereka di kemudian hari.

Untuk memastikan segalanya berjalan lancar antara penyewa dan tuan rumah, pastikan surat perjanjian sewa rumah dilampirkan sekali dengan dokumen dan borang seperti: -

1. Borang Laporan Kerosakan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Pindah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa

Prosedur Menyewa Rumah

1. Duit deposit
Kebiasaannya pemilik rumah akan meminta sejumlah satu hingga 3 bulan deposit kadar sewa rumah. Kebiasaannya, wang pendahuluan itu digunakan untuk pelbagai keperluan seperti kos pembaikan rumah jika berlaku kerosakan ketika penyewa meninggalkan rumah dalam tempoh kontrak menyewa.

2. Notis berpindah
Penyewa perlu memberitahu pembatalan sewa kediaman kepada tuan rumah setidak-tidaknya sebulan atau dua bulan sebelum ingin keluar daripada rumah. Peraturan notis berpindah biasanya tertera dalam dokumen kontrak sewa.

3. Alamat
Penting untuk anda memaklumkan alamat kediaman baru sebagai alamat surat-menyurat rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: