APAKAH hukum mewarna rambut dengan menggunakan pewarna yang terdapat tanda halal di kotak itu?
———————-
TIDAK cukup sekadar ia halal malahan mestilah tidak menghalang dari air sampai ke rambut. Tidak wajar digunakan sekiranya pewarna rambut itu mungkin boleh menghalang air sampai kepada rambut. Sedangkan salah satu syarat sah solat ialah berwuduk dan air wuduk mesti sampai ke rambut.
Sekiranya pewarna rambut itu produknya halal dan tidak menghalang dari air sampai ke rambut, harus dipakai. Mewarna rambut hendaklah bagi tujuan yang baik. Contohnya, menampakkan kecantikan kepada suami. Keadaan yang lain apabila rambut beruban pada usia muda.









saya juga sering menggunakan pewarna rambut..tapi saya masih sering juga melakukan solat,,,saya menggunakan pewarna yang bewarna hitam katanya justru yang bewarna hitam yang tidak boleh dipakai daripada yang bewarna merah atau warna yang lainnya…bagaimana
saya tidak pasti, pewarna rambut manakah yang halal dan blh digunakan?kerana pada masa kini terdapat banyak tanda halal yang tidak diakui oleh pihak JAKIM