Adat bersunat kanak-kanak perempuan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.

Adat ini akan dijalankan oleh bidan dan kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan khidmat khatan untuk bayi atau kanak-kanak perempuan .

Bersunat baik untuk kesihatan. Kebiasaannya majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.

Bagi mengupas lebih lanjut tentang cara berkhatan untuk kaum perempuan, penulis berkesempatan menemubual seorang bidan, Nikmah Suhaidi, 45, di rumahnya, Pekan Jengkil, Selangor baru-baru ini.

Nikmah memberitahu, antara alatan yang digunakan ialah kain putih yang bersih, minyak urut, kain kapas, duit syiling lima sen dan mata pisau cukur.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh ibu bapa. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi dewasa.

‘’Kain putih digunakan sebagai lapik dan kain yang sama juga dicarik sedikit untuk membungkus duit syiling dan pelapik mata pisau cukur ,’’ ujarnya.

Nikmah memberitahu, untuk mengkhatan bayi perempuan, mata pisau cukur dibahagi antara dua hingga empat.

“Gunting kecil juga boleh digunakan untuk mengkhatan orang dewasa. Tetapi semuanya perlu dalam keadaan bersih dan suci,’’ jelasnya.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad.

“Sebelum memulakan proses berkhatan, saya akan membacakan doa, selawat, al-Fatihah, ayat Kursi, kalimah syahadat sebanyak tiga kali.

“Saya dan kanak-kanak atau orang dewasa perempuan perlu berada dalam keadaan suci dari hadas,’’ katanya.

Nikmah menjelaskan, bayi sebaik-baiknya dikhatan selepas 45 hari lahir dan terdapat juga orang dewasa seperti yang baru memeluk agama Islam yang ingin dikhatan.

Ditanya tentang kebaikan berkhatan, Nikmah berkata, selain untuk mengawasi kesihatan batin ia juga dapat memelihara diri daripada dihinggapi pelbagai penyakit serta perkara-perkara yang diingkari Allah.

“Selain tuntutan dalam Islam, berkhatan ini juga merupakan satu cara untuk kita berdoa agar anak perempuan kita ini menjadi seorang yang baik dan soleh apabila dia dewasa kelak.

“Selepas berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat. Tidak lupa saya memohon kepada Allah supaya mereka sentiasa taat kepada perintah Nya,’’ katanya.

12 Responses to Adat bersunat kanak-kanak perempuan

  1. sumita berkata:

    saya baru berumah tangga,saya ketahui yg suami saya dah berkhatan,saya ingin bertanya serba sedikit ,bolehkah saya buat berkhatan ,tetapi kami bukan beragama islam,saya pernah bertanya dengan kawan yg beragama islam dia kata boleh buat tak salah berkhatan ialah kebersihan diri,umur saya dah 25 dan tinggal di johor,dimanakah saya boleh berkhatan.

  2. Noor berkata:

    Try to contact Pusrawi. Or you can contact a female muslim doctor. You don’t have to convert to Islam to do khatan.

  3. maisara berkata:

    Salam…

    saya nak tanya…bayi perempuan saya dilahir tiada lebihan daging/ bonggolan(rata). Saya telah pun membawa berjumpa dengan Doktor, tetapi Doktor sendiri pun hairan dengan kejadian ini..boleh kah Puan beritahu adakah ianya perkara biasa atau semulajadi?

  4. areez berkata:

    anyway,isteri i sbelum ne pun x khatan lge. so,after i maried she,i bwk dia untk dikhatankan d hospital besar. mse i tngok dia dikhatankan tu,mmg ssh la coz,umur dah 27. dah ralat sket kulit dia. slps khatan tu,kme ncuba mlakukan seks n ksan nye ialah sye sngt puas n pncutan pun lmbt trji. thanks

  5. Baby berkata:

    Sy seorg wanita brumo 21thn. Sy ingn btnye bgaimane ingn mbezakn da bkhatan atau tidak. Sebab sy tidak pernah tahu yg sy telah dkhatankan atau tidak

    • Fara berkata:

      Sekiranya cara khatan seperti di atas, sepatutnya tiada beza dari segi fizikalnya. Namun berbeza jika cara khatannya ialah dgn mmotong kulit yg menutup glan klitoris, glan tersebut akan terdedah tanpa penutup. Jadi dapat dibezakan dengan mudah. Ada juga cara khitan yg mmotong semua,separuh atau sdikit bahagian labia minora, ini adalah subjektif terpulang pada caranya.

  6. mama qistina berkata:

    saya minta izin copy letak dalam blog terima kasih..

  7. IZIS berkata:

    Oh yes,I would like to add some description about it.To me, berkhatan yang tidak mengikut prosedur yang sebenar merupakan peyeksaan bagi kaum hawa,contohnya ada sesetengah negara yang membuang semua bibir kemaluan.SAYA TAK MENOLAK JIKA KHATAN DGN PROSEDUR YANG BETUL SEPERTI DI ATAS TETAPI BERKHATAN KETIKA DEWASA ATAU REMAJA MUNGKIN AGAK MENYAKITKAN BERBANDING PADA USIA KECIL ATAU BAYI.SAYA BERPENDAPAT BERKHATAN SANGAT ELOK DILAKUKAN SEMASA BAYI LAGI.SAYA JUGA PERNAH DIKHATANKAN SEMASA KECIL TAPI SAYA SUDAH TAK INGAT,SAYA HANYA TAHU BILA IBU CERITA

  8. Saye... berkata:

    Saya tidak pernah jumpa di dalam hadis atau ayat quran yang mewajibkan atau mengharuskan berkhatan bagi perempuan. Ianya lebih kepada Adat. Ada ke riwayat yang menceritakan Saidatina Aisyah atau Khadijah di khatankan? Atau rasulullah mengkhatankan puterinya?Kalau tak ade maknya benda tu semua tak diharuskan. lain bagi lelaki dimana rasulullah lahir dengan keadaan berkhatan.Jadi berkhatan wajib bagi lelaki demi menjaga kebersihan. Bagi perempuan? bukan kerana untuk bersuci.. hanya untuk kurangkan nafsu….
    So, bersunat utk wanita hanyalah adat bukan ibadat. Wallahualam.

  9. johari berkata:

    salam, ada siapa2 tak yg dpt membantu utk dpt kan contact number puan nikmah yg khatankan perempuan tu???

  10. rasyiqah berkata:

    salam, saya mohon pengarang untuk mendapatkan no. contact puan nikmah. saya berhajat nak khatankan anak perempuan saya. terima kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: