Panduan Isteri Teladan

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah wanita yang solehah.”

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

(Surah An-Nisa’:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”

(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-A’raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan di samping memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami, dia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

- Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.

- Bersikap malu terhadap suami.

- Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata.Berbicara setelah ia
selesai berbicara.

- Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

- Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

- Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

- Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

- Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
- Sentiasa menghormati keluarga suami .

- Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

- Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

- Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

23 Responses to Panduan Isteri Teladan

  1. Fauzi berkata:

    ada lagi ke isteri mcm ni…..

  2. kebayan berkata:

    ada apa….ramai …..

  3. aduka berkata:

    tak yah lah nilai isteri orang lain……cuba tengok isteri sendiri dulu……kalau tak buat suami ajarkan……kalau suami tak ajar sendirilah ajar diri sendiri….think positive

  4. paktenggek berkata:

    jUST PASSING BY…OK LAH 2

  5. epal hijau berkata:

    sy nak pendapat u guyss…
    sy lebih dari suami sy dr aspek pendidikan, agama, pendapatan & harta….
    kami berkahwin selama setahun.. n selama ni 99% kehidupan kami sy yg tanggung..
    n dia cume sekali dua bg sy duit.. n selebihnye dia bnyk minta pada sy..
    nak beli ape pun, sume sy belikan..
    nak pegi mane pun, duit petrol , duit mkn sume sy kluarkan..
    duit keretanya tidak berbayar 4 bulan pun sy yg tolong langsaikan…

    suami sy dtg dari kluarga yg tak mementingkan agama sgt..
    sy xpnah nmpak bapa mertua, adek bradeknya & kluarganya solat..
    suami sy, sy didik dia, dari 0 skrg da tau sket2.. tp tetap xkan solat kalo tak disuruh..kalo sy xde depan mata..

    jiwa sy mmberontak.. sy terlalu kerap menangis.. dulu dia yg terlalu gila2kan sy, sy pun ade menolaknya.. tp akhirnye kami berkahwin..
    sblm kahwin, sy ade buat solat istikharah beberapa kali, & sy nmpak dialah orgnya..
    sy tau dia xtau agama..xberpendidikan tggi..
    kalo boleh, sy nak yg lebih baik utk sy, tp bile sy nmpak dia yg ALLAH tunjukkan utk sy, sy redha utk berkahwin dgn dia..
    tp sy terlalu takut..sy takut sy tak buleh jadi isteri mithali..sy tak boleh hormat dia disebabkan jiwa sy yg mmberontak..
    adakalanye sy lenyapkan perasaan itu, & halalkan segala2nya yg sy kluarkan..
    tp seringkali juga hati sy terusik..smpai bile…
    & dia pula, rasa tak segan silu nak minta apa saja dari sy.. bukanlah sy terlalu mewah, gaji sy pun cukup2 makan…
    gajinya dia kate untuk bayar segala hutang2 dia saja..
    sdangkan hutang sy lagi bnyk dari dia..kreta sy, ptptn dan laen2..
    sy tak putus2 berdoa minta Allah beri hidayah pd suami sy…
    supaya dia akan mendekati ALLAH…& tau tanggungjwbnye..

    sy xmau cerita pada fmly,kelak sy akan dipersalahkan krn kononnye pilihan hati sy sndri.. mmglah, tp sekiranya sy mengelak pun, bukankah jodoh itu dah dittetapkan ALLAH..?
    sy selalu bersangka baik pada ALLAH yg menghadiahkan suami sy itu kpd sy..
    mungkin DIA mau menguji sejauh mana kesabaran sy.. ketabahan jiwa sy mendidik suami yg begitu..
    tp kadangkala sy terlalu lemah utk menanggungnya lagi..
    sy pula sedang sarat mengandung.. & kdgkala sy terlalu sensitif tanpa sebab…
    lg pula segala kos perubatan slama ni, sy yg menanggung, & sy percaya kelak sehingga sy bersalin pun sy yg kena tanggung sndri..

    sy xmau cerita pada kawan2, kerana sy xmau merendah2kan suami sy, sy mau kawan2 sy tau yg sy amat bahagia dgn suami sy..
    sebaliknya sy sndri yg merana..sy hanya mengadu pada ALLAH..

    sy tau dia amat sygkan sy.. tp cukupkah sygnya sahaja utk mmbahagiakan sy..
    sy selalu fikir yg sy tak memerlukannya langsung, sy mmpu utk mjaga diri sy sndri..

    sy selalu hilangkan perasaan sedih tu & wujudkan perkara2 yg menyenangkan, happy & yg boleh wat kami senyum, gurau senda..
    tp ada masanya sy terlalu sedih memikirkannya, smpai sy tidak menegur suami sy, sy jadi badmood…jadi diam sgt2.. & dia tertanya2 nape sy badmood… n lama2 sy akan ok smula.. n begitulah sterusnya…
    berdosakah sy begitu??
    n sy rasa xsalah sy megadu pada u guys di sini.. sbb kite saling xmengenali kan..
    sy nak minta pndapat… tolong sy..tqvm guys…

  6. aiena berkata:

    kpd epal Hijau..
    sdikit nsihat dr sy juga seorang isteri dan ibu.
    ALLAH memberi kita dugaan begini kerana DIA lebih MENGETAHUI tahap kita.Mmg kdng2 kita rasa kita dh tak mampu lagi utk menanggungnya, rasa nak dilepaskan tapi adakah ini kesudahan yg kita impikan.??
    Luahkan kpd suami ketika dia tenang dn bsedia mendengar masalah ini.INSYAALLAH jiwa dan perasaan saudari akan tenang.
    Satu tips ketika hati saudari tgh gundah-gulana dan memberontak,selalulah beristighfar dan mengadu kpd-NYA..

  7. ek ele berkata:

    epal hijau….tang bab ugama tu aku ni pun fail sikit nak bagi nasihat…pasal aku bukan pak imam….tapi semua org patut tahu tahap minimum yang patut ada pasal agama ni…
    yang wajib mesti kita laku kan…dan yang paling penting…kalau yang wajib pun kurang…janganlak di tambah dengan yang mungkar…

    bab duit ni….memang….kadang2 kita kene fikir…..kalau bukan laki pun lah..kalau adik beradik ke kawan ke….kalau dia org nak pinjam duit…tapi pemalas asik tidur aje..tau2 nak pinjam duit aje..mesti kita bengang…..tapi kalau jenis yang dah berkerja keras siang malam hempas tulang 4 kerat tapi tak cukup jugak…rasa takde masalah kita tolong kan…tapi kalau 99% sume you tanggung tu dah melampau sikit lah…kongsi ni mesti lah kurang2 pun ala2 50/50 baru kongsi namanya

    so rasa nya you kene buat analisa sikit kat situ…kalau memang dah habis usaha dah suami you tu berusaha berkerja tapi camtu juga pendapatan nya…fair lah kut mengikut your mutual understanding dari mula….

  8. maya berkata:

    salam epal hijau..

    saya pun baru sebulan berkahwin & mengalami masalah yg lebih kurang sama.. mungkin zaman skg ramai perempuan lebih berkeupayaan dr lelaki & spt suami sy sendiri dia mengaku mmg dia nakkan wanita yg berpendapatan lebih tinggi supaya hidup anak2nya kelak lebih terjamin krn dia sendiri tau dia x mampu..

    cuma sbg perempuan kita ingin dilindungi & inginkan suami utk berpaut.. ini semua mmg naluri keinginan seorang perempuan.. bila jadi yg sebaliknya, x kira dgn apa alasan sekalipun, mutual understanding ke apa ke, mesti kita akan sedih dan rasa tak adil.. lebih2 lagi bila suami seakan mengambil kesempatan.. mmg tension.. saya faham sgt tu..

    satu caranya kita bersangka baiklah dgn suami kita.. sb walau apa2 pun dialah yg Allah pilih sbg suami kita.. dan bersyukurlah sb dia telah pilih kita sebagai isteri.. lelaki lain belum tentu akan pilih kita sbg isteri.. utk main2 mungkin ramai.. tp suami kita telah mengangkat darjat kita dengan menjadikan kita seorang isteri… mmg x salah bersedih sb itu natural, tp cepat2 sejukkan diri dan cuba lalui hidup kita dgn gembira.. selalulah berbincang dgn suami & ceritakan apa saja perasaan kita.. insyaAllah dia akan faham.. & dengan doa yg x putus2 dia boleh berubah.. bukankah kebaikan akan mengalahkan kejahatan :-)

    sbnrnya awak bertuah kerana bakal melahirkan anak.. so tak kira la apa yg berlaku lepas ni, at least awak ada harta yg tak ternilai harganya.. awak x rugi apa2.. malah bertuah dibandingkan dgn ramai lagi perempuan yang masih belum bertemu jodoh.. saya ingin nasihatkan epal hijau & diri saya sendiri supaya bersabar.. kerana sabar ni mempunyai banyak hikmah yg kita sendiri tak tau..

    cheers always ok.. :-)

  9. anne berkata:

    epal hijau n maya….
    saya pun menghadapi situasi yg sama gak…tunang saya sekarang memang bekerja dan gaji pun ok jugak coz dia keja kat spore.tp saya plak kerja di perkhidmatan awam dengan gaji mencecah rm2ribu lbh sbln.saya bekerja dan menetap di sarawak.cost living di sini xmcm kat sna,so dgn gaji yg mcm sy skrang sdh cukup baik.kdg2 tensen gak bila die slalu mengadu x ckup blanja.tambhn plak dia ada tanggungjwb bsr selaku ank sulung dlm keluarga n adik2 plak msh bersekolah.tambhn plak skrang kedudukn pekerjaan dia tdk stabil.sy bimbang klau2 nnt dia akn ‘jobless’.mcm mna plak dgn kluarga dia,mcm mna plak sy nk trima dia yg jobless?kdg2 sedih gak klu pkir2 kn situasi mcm nie…
    tp sy ttp sygkn dia n sy slalu ckp kat dr sndri stu ari nnt sy pasti dia akn jd suami dan bapa kepada ank2 sy yg blh sy banggakan…

  10. ina berkata:

    salam sume…
    aku bru sebulan kawen.. tp bru2 ni aku tertengok dlm enset suami aku ada pic pompuan lain… setelah aku btau suh delete dia simpan lak dlm pc.. tp aku dapat cari.. so camner ekk!!! aku sakit hati sebenarnya.. time aku simpan pic ex dia marah suh delete

    • sha pinky berkata:

      salam..sy sha..sy prnah m,ngalami situasi yg sme..kdg2 sy sgt letih m,lyn karenah c suami 2..ble die bt xpe plk..ble kte bt tw plk nk marah..tp ape2 pun sabar 2 sgt pnting..sy slalu aj dri sy b,fikiran +..sesngguhnye seorg istri yg sabar akn m,dpt k,bhgiaan d,akhirat nnt..mgkin berat nk hadapi tp kte kne cbe..kdg2 sy set dlm otak sy, yg die cme mlik sy d,dunie..hny utk smntre..skrenye kte m,derita skng, tp d,akhirat kte akn m,dptkan k,bhgiaan..sbgai seorg istri kte prlu b,doa supye c suami akn b,ubah n d,beri p,tunjuk..

  11. Nur Risya berkata:

    salam semua…

    saya kwen tahun lepas n alhdlh saya d kurniakan seorang cahaya mata….d sini saya pun nak share masalah yang saya hadapi skrg….dulu suami saya seorang yang mudah mengambil berat dan penyayang…tapi sikap dia sekarang sangat berlainan…dia lebih banyak mendiamkan diri dan susah nak berkomunikasi…kadang2 bila saya tanya..dia langsung xjawab….kadang2 tertanya2 jugak saya apa salah saya sampai dia susah sangat nak berbicara….tolanglah saya bagaimana saya boleh kembalikan suami saya yang dulu….dah mcm2 cara saya komunikasi dengan dia untuk memulihkan hubungan ni…

  12. zura berkata:

    kepada Nur Risya..
    pada pendapat saya suami puan berubah mesti ada sebab musababnya@ boleh dikatakan punca bagi masalah tersebut..ia boleh dtg dr bnyk sdut, sama ada dr diriny sendiri,@ dr pihak keluarga, tmpat kerja, atau dr kita seorg isteri..disini sy ingin nasihatkan kpd puan & diri sy sendiri,supaya kita tdak melulu menyalahkan suami kita.. kita harus bijak mngorek rahsia suami (punca masalah) kt haslah sentiasa menemani ia dikala suka @ duka..tunjukkan rsa kasih syang kt pdanya serta ambil berat akan masalahnya..shinnga ia merasakan bhw kita ini tempat ia mencurahkan sgl masalah.
    berdasarkan kata org2 yg berpengalaman, isteri boleh memberikan nasihat kpd suami selepas bersama dgnnya..jd cuba tny masalah tersebut, ataupun puan berterus-terang kepadanya sama ada scara trus-trang @ scara simbolik bahawa puan merindukan suami puan yg dahulu..
    sekadar berkongsi pendapat..sgala yg baik d hrap dpt menjadi teladan & yg kurang itu dpt dijadikan sempadan.

  13. ummi_syaheed berkata:

    salam nur risya,
    Dalam kehidupan berumah tangga, kita diuji dari pelbagai sudut.. Banyakkan bersabar dan selalu mendekatkan diri dengan Allah. Jgn lupa doakan suami selepas solat dan minta Allah satukan hati kita dan hatinya. Minta apa sahaja dari Allah kerana Dia Maha Mendengar. Seorang rakan saya beritahu banyakkan baca surah al-kausar – masa sediakan makanan utk suami ke, masa tengok suami tidur ke & bila2lah dirasakan sesuai sbg ikhtiar. Niatkan agar dia sentiasa mengasihi kita. InsyaAllah..

  14. mohd khairul berkata:

    SEMUA LANDASAN PENYELESAIAN ADALAH SOLAT,DOA.SESUNGUHNYA ALLAH TETAP MENGUJI PADA TAHAP KEMAMPUAN MANUSIA SAHAJA.IA TIDAK LEBIH DARI APA KEMAMPUAN KITA.SABAR.ALLAH TETAP BERSAMA KITA.

  15. aminah berkata:

    salam…
    pernahkah…suami terfikir…apakah janjinya ketika terlafaznya akad di saat dia telah memisahkan kita daripada kedua orang tua kita…
    begitulah hidup….saat kita disisi….suami tidak pernah menghargai…sentiasa dimaki…
    apabila kita sudah buntu….dan sudah tidak berperasaan lagi…diaat itulah suami menagih segala…janji kembali….kita tak ubah seperti…barang baginya…mudah dibeli dan mudah untuk diletak kembali….
    tetapi ….dalam hati ini…..
    hanya Allah sahaja ..yang tahu…
    tidak mengapa…moga Allah kurniakan kebahagian setiap kepayahan dan kesabaran kita diakhirat nanti….

  16. perogolmalam56@yahoo.com berkata:

    macam mano pun segala rintangan dlm perjalanan pulang telah tertulis ”’SELAMAT TAHUN BARU SEMOGA BAHAGIA DI MASA MENDATANG”’..BERKEKALAN HENDAK HINGGA AHKIR NANTI..GOODLUCKS..lots of love

  17. zara berkata:

    Alhamdulillah saya dah berkahwin hampir 6 thn dan mempunyai seorg cahayamata penyeri rumahtangga..
    saya seorg surirumah dan hanya suami yg bekerja..Saya akui selama kami berkahwin suami byk mengalah dn byk bersbr melayan kareneh saya…ade masa saya jadi sorg yg sgt pemarah.,kami mmg selalu bertengkar dan kebanyakannya berpunca dr saya..
    selama 5 thn berkahwin dan selepas mendapat zuriat nafsu saya seakan2 hilang.tumpuan saya hanya lebih pada anak dan hal2 rumahtangga spt mengemas, memasak dsb.bila diajak untk bersama..saya selalu mengelak dgn alasan penat dan kalau adapun seperti saya terpaksa kerana kasihan pada suami..
    walaubagaimanapun akhir2 ini saya rasa terlalu byk saya mengabaikan tgjwb pada suami…terutama dr segi kepuasan suami saya sbg seorg lelaki..saya rasa saya harus berubah..saya tahu suami saya telah lama merasai ‘kehilangan’ saya…sblm terjadi sesuatu yg buruk, saya sendiri harus berubah..saya mula menambat hati suami, cuba berckp yg lembut2, cuba untuk bermanja2 dan berhias untuk suami dan ternyata tidak sia-sia perubahan yg saya buat krana suami saya amat gembira.skrg saya dapat merasakan yg saya baru jatuh cinta dgn suami dan bila dia tiada rasa rindu menyelinap di dalam kalbu.
    Pokok pangkal hati…saya tahu saya banyak membuat kesilapan dan saya juga harus berani berubah untuk sebuah rumahtangga yang bahagia dan dirahmati…..Alhamdulillah….

  18. gigi berkata:

    Salam…

    Saya telah pun mendirikan rumahtangga selama hampir 10 thn.Apa yang merungsingkan saya adalah selama saya berkahwin suamiku, dia tidak pernah menunjukkan kaseh sayangnye pada saya, dan saya rasakan yang suamiku hanya menganggap saya ni hanya lah seperti pembantu rumah sahaja, semua kerja rumah langsung x dibantu dan hanya saya seorang saja yang kena buat, begitu juga dalam mendidik dan menguruskan anak2, saya lah yang kena buat semuanya.

    Pada masa yang sama, sekarang saya sedang menyambung pelajaran, so semuanye kena buat sendiri.Sebelum ini saya ade meluahkan ape yang menyerabutkan fikiran saya tapi suamiku buat tidak tahu sahaja sehinggalah saya dah jemu untuk meluahkan dan sekarang saya hanya mendiamkan diri sahaja, itupun suami ku tetapi mcm biasa dan seperti dulu, suamiku tidak nampak sebarang perubahan pada diriku. Saya tahu ini adalah dugaann buat saya dan saya kena banyak bersabar dan sentiasa berfikiran +ve tetapi kadang2 tu saya rase down, tidak bermotivasi dan ada sikit berfikiran -ve.

    hope uols dapat membantu bagi pendapat…

  19. ana berkata:

    slm.sy nak mntk berkongsi n mntk nsihat skit dr kengkawan.sy bekhwin hampir 3 thn dn dikurniakan sorg anak.sy keje gomen n suami sy biz sndri.dlu kitorg bahagia sgt2 sblm lahirnya anak..tp sejak ada anak, suami sy byk brubah.dia mmg sorg suami yg pyayang, sgt2 caring kat anak n sy. cuma dia dh x romantik mcm dlu lg.slalu kitorg begaduh hal anak n dia akan salahkan sy kalau jd apa2 mslh.dia kata sy degil, tak solehah n tak taat ckp dia.sy xtau apa konsep taat yg dia nak lg. sy berpakaian ikut khndak dia, sy buat apa yg dia nak kalau sy mampu.cuma kdg2 hati sy memberontak jgk sbb dia ni jns yg sgt keras n tegas..sekali dia cakap, sy wajib ikut tnp sbrg pertanyaan n persoalan. wlpn kdg2 sy nak bg pndpt sy sndri, itu dia akan anggp sy derhaka n mlwn dia..lgsg takde toleransi n tny sy dlu samada sy mampu buat ke tak.dia hny lebihkan anak dr sy smpaikan kdg2 sy rs sy ni dh tak bemakna dlm hdup dia.dlm ms yg sma, dia suka mlyn pompuan lain dlm YM, FB n tagged. kdg2 smpi duk ber sms n calling kot hp..kitorg begaduh besar psl ni n alasan yg dia bg skdr suka2, nak hlgkan stress n tetekan dgn sikap sy yg membosankan.entahla..sy taktahu nak buat apa lg.kitorg kawen ats dsr suka sama suka, dia yg ckup gilakan sy dlu.ms sy tolak lamaran dia, hampir sasau dbuatnya dia..itu yg sy kesalkan..sy rs skrg ni mcm nak pndah n duk asing dr dia sbb tmpt keje sy jauh..ulang alik dgn bus sejam stgh hari2..tula pgrbanan yg sy buat tp dia takde hargai. balik keje kul 8 mlm, urus anak , masak, kms umah..tdo lambat, pastu mlm2 kang tak ckup tdo bila anak buat hal..dia sedap tdo sorg2 kat bilik lain..hari2 sy tdo dgn anak je..alasan yg dia bg, takleh tdo bila dgr anak nangis..walhal dia keje sndri.rumah tula tmpt keje dia sbb kitrorg tgl kat umah kedai yg jd tmpt keje suami sy..sedih sgt2 bila hdup jd camni..dlu sy lawan mak ayah sbb nak kwen dgn dia tp skrg dia buat sy camni..tlgla kwn2 ..bg la pndpt apa yg sy patut buat..

  20. lily berkata:

    Tersentuh membace luahan dan komen2 diatas..sy bakal berkahwin..smoge perkahwinan kmi diredai allah SWT..AMIN….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: