Saya ingin tahu apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan? Dan bolehkah kita mengubahnya? Adakah pilihan ibubapa itu tepat dan adakah doa yang ibu pohonkan supaya anaknya menerima jodoh tersebut dimakbulkan oleh ALLAH? Dimanakah syurga seorang wanita, pada ibunya atau pada suaminya? Sebagai wanita siapakah yang lebih utama, ibunya atau suaminya?
Ingin Tahu, KL
————————-
Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada’ dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.
Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.
Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan. Pilihan orang tua atau ibubapa untuk anak mereka tidak semestinya tepat, tetapi kebiasaannya ibubapa tidak akan memilih pasangan yang tidak baik untuk anak kesayangan mereka. Sebolehnya diusahakan mendapatkan pasangan yang baik kecuali mereka yang hidupnya bergelumang dengan kepentingan duniawi. Di kala itu ia akan mengutamakan kepentingan perut dari kebahagiaan rumahtangga anaknya.
Soal permohonan ibubapa untuk menemukan jodoh anaknya adalah satu kerja yang baik. Biasanya doa kedua ibubapa adalah doa yang mudah diperkenankan oleh Allah. dan jika Allah kehendaki Ia akan memakbulkan permohonan itu. Tidak mustahil, kerana itu anak-anak disuruh menaruh sangka baik kepada doa ibubapa mereka. Bagamanapun ibubapa tidak boleh mengharapkan doa semata-mata, sebaliknya mereka juga perlu bergerak untuk mencari jodoh untuk anaknya. Jika anaknya sudah mempunyai kenalan yang berkenan di hati di mana perwatakan pasangannnya baik menurut kacamata syara’ dan tidak apa yang kurang, di masa itu elok diterima sahaja pasangan yang sudah sekufu ini.
Dari sudut ketaatan pula seorang anak perempuan dikehendaki taat kepada kedua ibubapanya selagi ia belum berkahwin dan selagi perkara yang diperintahkan itu tidak berbentuk maksiat. Tetapi setelah ia berkahwin ketaatan berubah kepada suaminya sepenuhnya. Dengan lain perkataan syurga seseorang perempuan itu sebelum berkahwin bergantung kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa selain dari amalan-amalan wajib yang lain, dan setelah berkahwin bergantung kepada keredhaan suaminya dan tidak dalam perkara yang berbentuk maksiat.

Panduan Cinta Untuk Lelaki. Keterangan lanjut, sila klik sini.













Ogos 5, 2007 at 2:39 am |
saya ingin tanya saya mengenal cinta tapi mengapa dengan cinta saya bisa beda daripada tidak mengenel cinta
Julai 12, 2009 at 8:57 pm |
cinta itu buta ia hadir tanpa diduga dan dipinta malah tanpa dijemput .kadang2 kita x sedar ia datang .entahlah hanya empunya diri sahaja tahu .saya pun x pandai sangat bab cinta ,sebab saya x pernah merasa bagaiamana perasaan jatuh cinta. so kalo sapa yang dah jatuh cinta teruskanlah dan saya mendokakan semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat.
Ogos 19, 2007 at 12:52 pm |
SALAM, jodoh ditangan Tuhan…usaha memang perluada namun perlu ada batasnya dalam kita berusaha mencari pasangan yang sesuai. usaha+doa+tawakkal kepada Allah s.w.t. adalah jalan yang paling baik. tempat kita bergantung harap. perlu diingatkan dan ingin saya kongsi bhawa matlamat tidak menghalalkan cara kita. dalam mencari pasangan atau ingin mendirikan masjid jangan pula kita leka dan lalai dengan pautan nafsu. pastikan kita berada dijalan yang lurus dan betul dalam mencapai sesuatu matlamat. beusaha lah selagi tidak melanggar batas syariat yang ditetapkan.
Disember 6, 2007 at 5:20 pm |
ntah lerrrrrrrrrr
Disember 27, 2007 at 9:06 am |
kadang-kadang kita mengharap sesuatu itu utk kita. tetapi DIA lebih mengetahui apa yg lebih terbaik utk diri kita. sukar atau masih ader lagikah insan yg ikhlas dan jujur dalam kehidupan ini..
Februari 13, 2008 at 11:20 am |
i like your sentences miya!
April 17, 2008 at 10:18 am |
jika kita telah bertemu dgn sesorang, dan rela berkongsi hidup dengannya, tetapi ibu bapa pula tak merestui disebabkan cerita2 negatif yg diberitahu pada mereka, adakah kita harus menyerah @ mengalah? kedua2 menyayangi tetapi dihalang keluarga, apakah yg perlu dibuat @ usaha supaya keluarga menerima? berusaha utkk memastikan keluarga dapat menerimanya? kemudian berserah @ bertawakal pada Allah SWT supaya usaha berjaya. adakah itu maksudnya berusaha dan berserah dalam erti mencari jodoh @ pasangan hidup?
April 17, 2008 at 3:17 pm |
Kekadang kita perlu lihat keserasian kita jugak dengan bakal pasangan….. Fahami sikapnya dan juga sikap kita. Cuba terima kelemahannya dan support kekuatanya…. tapi bagaimana? Cuba dengan kaedah numerology…. salah satu guidance dari Ilmu Allah beri untuk kita…
http://azitamusa.wordpress.com
Julai 12, 2009 at 8:53 pm |
setiap manusia yang dilahirkan telah itetapakan jodoh masing -masing.apa yang pasti kita berdo akpd allah supaya diberikan jodoh yang solehah dan solehin .amin
Oktober 5, 2009 at 12:35 pm |
Assalamualaikum: Dalam memilih jodoh jadikan pegangan agama bakal suami atau isteri itu priority nombot satu.Itu adalah dari hadis yang soheh. Kenal dulu budipekerti pasangan. Usaha, doa dan Tawkkal adalah prinsip penting. Dah buat itu tahulah kita jodoh yang ditentukan Allah dari azali. Wallahu a’lam
Oktober 5, 2009 at 12:55 pm |
kata dol..aku dah insaf dulu dan mencari cahaya untok menerangi kegelapan yg ku lalui tempoh hari..last sekali aku kawin anak pak mak aji..dia ni seribu satu kali pandei mengaji..supaya dapek memgubati ..tapi mimpi yg ngeri di siang hari..kdgkala orang yg tak mendalami ugama itu maseh ada naluri-hati.,,lebeh baik drp anak mak pak aji yg mengaji..
Oktober 5, 2009 at 1:11 pm |
hazelin..kandangkala manusia melakukan kesilapan dalam hidup nye tampa haluan.. menjadi tahi lalat hitam dalam history seterusnya.tapi dlm kejahatan itu maseh ade juga petak serpihan hati untok kembali-murni,bila u bertemu kekaseh yg kurang pasti,,u kena berterus terang dgn apa yg di ketahui dan jika dia bejanji untok membersihkan diri dgn bersama hingga kemati…okey laa tu..,buat apa lagi tak mempercahyai..
Oktober 5, 2009 at 1:19 pm |
mak bapak mana yg tak simpati untok masa depan anak nya..masing2 ingin kenal pasti bakal menantu yg di hajati..skrg nie kita suasah nak menentu yg mana satu tulin atau sejati..melainkan diri kita yg dapat mempastikan sendiri.
Oktober 5, 2009 at 1:24 pm |
kepada apenk..kalau kita cintakan seseorg tu, kita akan sedia terima baik buruk dia..bayangkan, sanggupka kita nak jaga dia masa dia sakit, busuk, kotor, beban…kalau tu takdir kita akan datang. sanggup ka kita terima segala teguran dia.. sanggup ka kita berkongsi hidup dgn dia. jauhkan perasaan suka kerana harta, pangkat, dan rupa… nilai dari segi kehidupan.. adakah aku selesa dgn dia. tanya diri.. n ade keserasian atau tak antara kita ngan dia..
n sesungguhnya, memilih seorang yang baik akhlak, berilmu, dan teguh imannya adalah lebih baik.. dan apa lebih penting, sekufu (ketinggian ilmu, fikrah, harta, keturunan). dan seelok2nya lebih berkat diredha ibu ayah.. dan kita mampu terima atau selesa bila bersama keluarga dia..
wallahualam
Oktober 5, 2009 at 1:43 pm |
hazelin, usaha yakinkan mak ayah tentang keputusan kita.. tak boleh jugak, terpaksa terima.. ikhtiar seterusnya, cari lain… n yakinlah dengan sebenar2 yakin, Allah akan bg kita lebih baik! sila bersemangat!
Oktober 5, 2009 at 1:48 pm |
usaha means usaha..maknanya kenela carik…hehe.. so, bek laki, pompuan, carik tau. jgn tak carik…jgn serah je….tgu makanan dari langit jatuh…jgn tgu…hehe.. gagal sekali tak makna gagal selamanya…semoga berjaya…^.^
Oktober 5, 2009 at 1:57 pm |
ops, better lagi guna ayat jodoh ajal ketentuan allah.. Maha Suci Allah dari bersifat dgn sifat makhluk..