Lagi bayi tabung uji dilahirkan

Penantian sepasang suami isteri selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, apabila anak mereka lahir di Pusat Perubatan Sunway di sini, kelmarin melalui kaedah persenyawaan tabung uji (IVF).

Bayi perempuan pasangan Chiew Yuen Yee, 44, dan Suaminya, Tee Eng Huat, juga 44, itu diberi nama Puteri Nataliya Sonia Azizah.

Nama tersebut dipilih bersempena dengan nama pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Bayi seberat 2.86 kilogram tersebut selamat dilahirkan pada pukul 3.32 petang melalui pembedahan.

‘‘Saya sangat gembira dengan kelahiran Puteri kerana sudah lama saya mengimpikan untuk mempunyai anak sendiri,

‘‘Sebelum ini, kami telah melakukan pelbagai cara termasuk kaedah tradisonal namun tidak berhasil,‘‘ kata Yuen Yee ketika ditemui di Pusat Perubatan Sunway di sini, hari ini.

Lebih bermakna lagi, pasangan itu turut dikunjungi pengasas TAFF, Tengku Azizah Aminah.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha TAFF, Datin Hamimah Abdul Karim dan peguamnya, Daeng Khatijah Daeng Ibrahim.

Ketika menceritakan pengalamannya, Yuen Yee memberitahu, dia seolah-olah tidak percaya yang dia bakal menjadi seorang ibu.

‘‘Ada juga saudara mara menyarankan agar kami mengambil anak angkat tetapi masih mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata,’’ jelasnya.

Sementara itu, Tengku Azizah berasa berbangga kerana seorang lagi bayi berjaya dilahirkan dengan bantuan TAFF.

‘‘Selepas ini seramai lima bayi IVF akan dilahirkan antaranya di Pulau Pinang yang dijangka lahir pada 5 Ogos ini, ‘‘ katanya.

Menurutnya, keutamaan akan diberikan kepada pasangan suami isteri yang memperoleh pendapatan bersama kurang RM4,000 sebulan, suami isteri adalah warganegara Malaysia dan sudah lama berkahwin.

Tambah Tengku Azizah, mereka yang terpilih untuk dibantu oleh TAFF akan menerima tajaan sepenuhnya untuk menjalani rawatan dan semasa melahirkan anak.

Sesiapa yang berhasrat untuk memohon bantuan TAFF boleh menghubungi talian 09-7533241 untuk keterangan lanjut.


Panduan Senang Hamil. Untuk info lanjut,  sila  klik sini.


Panduan Mudah Hamil. Untuk info lanjut, sila klik sini.

232 Responses to Lagi bayi tabung uji dilahirkan

  1. Gauri devi gopal berkata:

    Puan saya perlu mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara – cara untuk mendapatkan borang. No telefon serta cawangan – cawangan Yayasan Fertility Tunku Azizah? Terima kasih

    • KALAYYARASI A/P NARAYANAN berkata:

      Puan saya perlu mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara – cara untuk mendapatkan borang. No telefon serta cawangan – cawangan Yayasan Fertility Tunku Azizah? Terima kasih

  2. Jamiah Duaji berkata:

    Puan,
    Boleh saya tahu bagaimana membuat permohonan dan cara-cara untuk mendapatkan borang. No. telefon serta cawangan-cawangan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah? Terima kasih.

  3. Afniza berkata:

    Cara-cara mendapatkan borang dan cawangan di Kuching untuk Yayasan Fertiliti Tunku Azizah. Terima kasih.

  4. ANITA BT ARSAD berkata:

    boleh saya tahu berapa kos tersebut.

  5. Haniey berkata:

    Saya hanya penyampai maklumat. Segala pertanyaan tentang TAFF, sila hubungi alamat atau no telefon di bawah…

    Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
    (Tunku Azizah Fertility Foundation)
    Istana Abdul Aziz
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur

    Tel: 09-7533241
    Email: taff2004@streamyx.com

    Status:

    Pertubuhan amal yg didaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966
    Ditubuhkan pada 11 Ogos 2004

    Antara matlamat penubuhan:

    Menyediakan bantuan kewangan kepada pasangan suami isteri kurang berkemampuan yg menghadapi masalah kesuburan utk mendapatkan rawatan perubatan serta menyediakan kaunseling serta khidmat sokongan berkaitan.

    • Julaila Sulaiman berkata:

      Saya sudah berkahwin hampir 10 tahun,tetapi tidak ada
      cahaya mata dan hanya mengambl anak angkat untuk mengisi ruang,doktor tidak tahu punca kerana saya tidak pernah datang haid sejak kecil.Bagaimana cara saya ingin berdaftar dengan yayasan ini?

  6. rusnani rajab berkata:

    apakah syarat-syarat kelayakan utk menyertai program ini serta kos yg perlu ditanggung oleh peserta ?

  7. Pang Siew Lian berkata:

    Puan,
    Saya ingin mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara – cara untuk mendapatkan borang. No telefon serta cawangan – cawangan Yayasan Fertility Tunku Azizah? Terima kasih

  8. Assalamualaikum?Saya Pn.Tuan Hamiza dari Besut,Terengganu amat berminat dan berharap hendak menyertai program yang dibuat TAFF.Saya telah berkahwin selama 13tahun dan belum lagi mendapat cahaya mata, pada tahun 1995 saya telah melakukan pembedahan kerana mengandung di luar rahim dan selepas itu tidak pernah hamil.Sekarang saya berumur 38tahun dan sangat berharap untuk mengandung melalui kaedah tabung uji.

  9. ZURAIDAH ZULKALI berkata:

    Puan,
    Saya ingin mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara-cara untuk mendapatkan borang,no telefon serta cawangan2 TAFF? Tq

  10. azza berkata:

    bagaimana pasangan itu layak utk meyertai program ini?

  11. pn.safina berkata:

    saya berumur 26 thn.tetapi telah mengalami gugur sebyk 2 kali dan kandungan luar rahim sekali..doc.mengatakan,risiko utk mengandung luar rahim kali kedua tinggi.saya hanya tinggal satu tiub shj kerana tiub falipio kanan,tlh di buang pd nov 2006(etopic pregnancy)saya dan suami amat inginkan zuriat sendiri tapi kami tidak tahu bagaimana..bolehkah taff membantu kami? bantulah saya,young mummy.. terima kasih

  12. nora JB berkata:

    Puan,
    Saya ingin mengetaui cara permohonan untuk memohom di TAFF.
    saya tealh berkahwin selama 4 tahun tetapi masih belum dikurniakan anak lagi jadi saya ingin memohon di TAFF tetapi saya tidak tahu cara dan bagaimana car permohonan dibuat?

  13. Aishah Hamdan berkata:

    Saya berumur 35tahun telah berkahwin selama 15thn tetapi tidak memiliki zuriat pernah menjalani ujian iui di LPPKN sebanyak 3kali tetapi tidak berhasil ujian mengatakan tidak ada masalah pada pihak saya mahupun suami, inginkan zuriat tetapi tidak tahu prosuder untuk ke TAFF. Bagaimana untuh saya melayakan diri untuk mengikuti program ini

  14. norizan zanulin berkata:

    saya berumur 28 tahun dan telah berkahwin selama 5 tahun. sebelum ini saya pernah mengandung anak kembar tetapi gugur. kandungan saya ketika itu 3 bulan. sehingga itu saya tidak lagi ada tanda2 mengandung sampailah sekarang. kami amat inginkan zuriat sendiri..bagaimana prosedur untuk MELAYAKKAN SAYA UNTUK untuk ke TAFF?

  15. muhammad rabuan bin ali berkata:

    saya berumur 32 tahun ……anak kelahiran pahang…….ingin mengetahuai bagaimana caranya saya ingin mendapatkan cahaya mata………ingin mendaftarkan diri dengan TAFF……….harap dapat pihak TAFF memberi tahu cara-cara …..terime kasih.

  16. naserah megat berkata:

    A’kum saya berumur 30 thn telah berkahwin setahun lebih. pernah berjumpa dgn pakar sakit puan sebelum ini tetapi saya diberitahu bahawa rahim saya berada pada kedudukan yang tidak betul(terbalik). bagaimana saya ingin mendaftar sebagai ahli TAFF..terima kasih

  17. HASLINAWATI AHMAD berkata:

    AKUM… SAYA BERUMUR 28 TAHUN DAN SUDAH 3 TAHUN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA DAN TIDAK PERNAH MENGANDUNG … SAYA TELAH MEMBUAT IUI SEBANYAK DUA KALI TETAPI TIDAK BERJAYA… DAN TELLAH MENCUBA KAEDAH TRADISIONAL…. SAYA DAN SUAMI BEGITU MENGINGINKAN ANAK. SAYA BERHARAP MELALUI KAEDAH INI SAYA DAPAT ZURIAT SENDIRI. SAYA BEGITU TERUJA UNTUK KAEDAH TABUNG UJI TETAPI MEMANDANGKAN KOS YANG TERLALU TINGGI SAYA TIDAK MAMPU. DAN BERHARAP TAFF DAPAT MEMBANTU. BAGAIMAN UNTUK SAYA MENDAFTAR KAN DIRI UNTUK KAEDAH INI….? SEKIAN TERIMA KASIH

  18. Jess Chan berkata:

    Saya berumur 34 tahun dan sudah berkahwin selama 8 tahun. Saya ingin tahu cara cara untuk memohon TAFF program. Sila emelkan peraturan permohonan kepada saya.

    Terima Kasih.

  19. Assalamualaikum.

    Saya berusia 35 tahun dan sudah berkahwin 10 tahun masih belum mempunyai zuriat.
    Sepanjang perkahwinan saya tak pernah sekalipun ada tanda-tanda akan hamil.Saya berharap sangat agar pihak yayasan ini dapat menolong saya.Saya teramat sangat inginkan zuriat sendiri. sekian

  20. Mieza berkata:

    Salam,
    saya pernah menghantar borang kepada TAFF tahun lepas (Nov) tetapi masih tiada jawapan. Adakah saya perlu menghantar borang baru?
    TQ

  21. Jaiamah bt Hashim. berkata:

    Assalamualaikum: saya berumur 39th sudah 4th berkahwin belum punyai cahayamata,saya sudah buat IUI 2 kali tapi masih belum berjaya .saya sudah menjalankan pembedahan sebanyak 2kali dan skop 1 kali kilang telor saya pun telah di buang sebelah.Saya berharap agar pihak yayasan dapat membantu saya dlm masalah ini saya berasa amat tertekan sekali kerana hidup tanpa cahaya mata rumahtangga tak seindah seperti orang yang mempunyai cahaya mata.kadang2 kawan2 selalu mentertawakan saya dah la kahwin tua tak ada anak pula.saya amat sedih sekali kadang2 orang lain tidak memahami perasaan saya,saya berharap pihak yayasan dapat membantu masalah saya ini .Terimakasih

  22. haya berkata:

    no tel yg dilampirkan tidak dpt dihubungi/tiada dlm perkhidmatan.

  23. hafiza berkata:

    sekadar mengetauhi :
    no telefon TAFF : 09-5733241
    saya telah berkahwin selama 4 tahun…tiada masalah tapi belum di kurniakan tuhan untuk nmempunyai zuriat sendiri.hanya doa dan tangisan menghiasi diri bila kawan 2 dan mak mertau sendiri kata saya mandul……hati yang sedih tiada siapa yang tahu….fiezahmad@yahoo.com.my

  24. Nanie berkata:

    Jaiamah,
    Banyakkan sabar dan berdoa… mudah-mudahan Allah akan mengurniakan zuriat kelak. Mesti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak ketahui… Jangan putus asa

  25. wawa berkata:

    Aslmualiakum wbt.

    Saya berusia 38 tahun dan dah 2 kali berkhawin. Perkhawinan pertama selama 9 tahun dan pernah mengandung 8 kali tapi semuanya keguguran. Sekarang saya berkhawin kali 2 selama setahun dan masih belum mendapat zuriat. Saya ada berjumpa doktor dan telah dibuat pemeriksaan saya ada faibroid yang kecil. Tiap2 kali datang bulan akan berlaku pendarahan yang banyak selama 2 minggu. Memandangkan faktor umur doktor kata peluang saya untuk mengandung agak tipis kecuali saya mencuba kaedah tabung uji. Tapi memandangkan kos yang tinggi saya tak mampu. Keluarga mentua saya begitu mengiginkan cucu dari anak lelakinya. Adakah prosedur2 memohon yang perlu saya dapatkan.

  26. suhaila abd khalil berkata:

    saya telah berkahwin 8tahun, tp masih tiada zuriat,untuk pengetahuan saya pernah keguguran sebayak 2kali.saya berharap dapat menjalani hidup bahagia dengan zuriat sendiri.harap dapat membantu saya.bagaimana cara permohonan yang perlu dibuat?bantulah saya kerana kami kurang kemampuan dari segi kewangan.

  27. Mohd Shah Ong berkata:

    Asalamualaikum, saya telah berumahtangga selama 13 tahun dan kami masih tidak dapat zuriat, umur saya dah mencapai 41 tahun dan isteri saya 33 tahun. Saya berharap sangat pihak yayasan dapat menbantu saya. Saya adalah muaalaf dan satu-satunya anak dalam keluarga saya yang menganut ugama islam dan saya ingin sangat mempunyai zuriat untuk menyambung generasi saya ( dalam Islam ). Saya berdoa semoga dapat menbantu saya. terima kasih.

  28. salina salleh berkata:

    saya merupakan seorang penjawat awam telah berkahwin 3 tahun saya telah menjalani pembedahan ectopic eboution sebanyak 2 kali hingga kini saya masih belum mendapat acahayamata. tiub fallopian saya sebelah kanan telah dipotong pada pembeahan pertama iaitu tahun 2006 dan yang terakhir operation tahun 2007 bulan Julai

  29. suziela berkata:

    salam…

    saya telah berkahwin 4 thn dan tidak pernah mengandung.bolehkah saya ingin mengetahui syarat-syarat untuk memohon rawatan di yayasan ini

  30. Emelda berkata:

    Puan,

    Saya telah berkahwin selama 8 tahun, tapi sampai saat ini saya masih belum menimang cahaya mata. Oleh itu saya ingin sekali untuk mendapat rawatan dari TAFF. Pernah memohon untuk mendapatkan anak angkat tapi semua gagal. Saya rasa rawatan TAFF adalah tepat sekali untuk menyelesaikan masaalah saya dan juga suami. Suami saya adalah anak lelaki sulung dalam dua adik beradik. Beliau amatlah mengharap agar suatu hari nanti pemintaan kami akan dimakburkan oleh Tuhan untuk mendapatkan anak sendiri. Oleh itu, bagaimanakah saya dapat mendapatkan borang and syarat2 untuk memohon rawatan di yayasan ini.

  31. noor arbaiah berkata:

    saya akan menjalani pembedahan saluran falopian yang tersumbat dan bengkak pada april 7, 2008. saya berhasrat menjalani ivf selepas beberapa bulan akan datang.adakah saya masih layak memohon bantuan kewangan daripada yayasan..

    kami berkahwin selama 8 tahun, berusia 38 tahun.suami berusia 43 tahun. pernah 4 kali keguguran.kali terakhir pada tahun 2004. menurut dr, saya tidak akan dapat lagi mengandung secara normal..

    bagaimana saya boleh membuat permohonan ?

    terima kasih..

  32. haslinda (JB) berkata:

    assalamualaikum wbr.

    saya amat teruja untuk memohon dgn TAFF kerana ini merupakan perkahwinan saya yg kedua yg menjangkau selama setahun lebih…. usia perkahwinan yg pertama adalah selama 7 tahun tapi saya masih belum menimang cahaya mata.. saya anak kedua dari lima adik beradik. kesemua adik2 saya tidak mempunyai masaalah.. suami saya yang baru adalah merupakan anak tunggal

    saya ingin tahu bagaimana caranya untuk saya menbuat permohonan…. di mana saya boleh mendapatkan borang.

    sekian terima kasih & berharap agar mendapat tindak balas dari pihak Tunku.

  33. norhidayah binti ahmad umar berkata:

    Assalamuaikum,saya sudah mendirikan rumah tangga 2 tahun setengah,tapi mesih belum dikurniakan zuriat,sudah perbagai cara saya mencuba,tapi masih belum menunjukkan hasil,saya dari berpendapatan rendah,saya tidak mampu untuk membuat rawatan yang memakan belanja ribuan ringgit,oleh itu saya ingin sangat untuk mendaftar di TAFF ini,Saya berharap sangat dari pihak Tunku dapat membantu saya yang benar-benar inginkan zuriat.

  34. jenny ratna baharudin berkata:

    assalamualaikum, saya amat berminat hendak mendapatkan zuriat dgn cara IVF. Suami saya berumur 45tahun dan ingin menimang cahaya mata. Saya benar banar berharap pihak Puan dapat membantu saya dan suami saya. Terima Kasih & berharap mendapat tindakbalas dr pihak puan secepat mungkin.

  35. Rodzah hani ahmad zamli berkata:

    Assalamualaikum… saya merupakan seorang penjawat awam. saya telah berkahwin selama 2 tahun. Pada bulan Januari 2007 saya telah menjalani pembedahan ectopic (mengandung luar rahim). Tiub Falopian sebelah kiri telah pun dibuang dan sehingga kini saya masih belum mempunyai cahayamata. Sudah pelbagai cara saya mencuba, namun masih belum membuahkan hasil. Saya benar-benar berharap pihak Tunku dapat membantu saya yang inginkan zuriat. Sekian, terima kasih & berharap agar mendapat maklum balas daripada pihak Tunku.

  36. ymsian berkata:

    Saya berkahwin sudah 3 tahun, berusia 32 tahun. Saya dan suami saya sudah berjumpa doctor selama 2 tahun tetapi masih tidak mengantung lagi. Saya juga pernah buat IUI tetapi kalah juga dan saya juga buat pembedahan Laparoscopy tahun lepas, doctor suruh cuba 4 bulan tetapi masih kalah juga, doctor suggest kami buat IUI atau IVF tetapi ini sangat mahal kami memang tak boleh effort kos ini. Pada masa ini, kawan saya beritahu tentang TAFF ini, saya ingin tahu bagaimana saya hendak memohon TAFF ini? Di mana saya boleh dapat borang-norang? Terima Kasih

  37. mas berkata:

    Assalamualaikum…

    Saya ingin mengetahui cara untuk memohon TAFF program. Sila emailkan kepada saya cara dan peraturan bagi program tersebut. terima kasih

  38. hasanah binti mahat berkata:

    Saya ingin mengetahui cara untuk memohon TAFF program. Telah berkahwin selama 7 tahun berumur 35 dan suami 39. pernah membuat rawatan di Hospital Putrajaya dan HUKM. Saya disahkan tiada masalah tetapi suami pula kali pertama sperma diambil 30% sahaja. Kami juga telah cuba berubat cara kampung tetapi masih tiada rezeki. Oleh saya sangat berharap maklumbalas dari pihak tuan. Untuk pengetahuan puan juga, kami berdua berkerja disektor awam tetapi pendapatan isi rumah kurang dari 4 ribu. Sekian terima kasih

  39. eina berkata:

    assalammualaikum….
    saya azlina ingin tahu bagaimana cara untuk memohon TAFF dan bagaimana cara pembayarannye.

  40. Haslinda Abdul Halim berkata:

    assalammualaikum….
    saya haslinda berumur 33 tahun, telah 5 tahun berkahwin, saya ingin tahu bagaimana cara untuk memohon TAFF dan bagaimana cara pembayarannye.

  41. kebayan berkata:

    giliran yang menunggunya panjang……..

  42. yatie berkata:

    Assalamualaikum…
    Saya ingin dapatkan penjelasan cara bagaimana untuk mendapatkan rawatan bagi suami.
    Suami saya mengalami masalah tiada benih dalam air mani. Beberapa ujian dijalankan jawapan tetap sama. Dimanakah suami saya boleh mendapatkan rawatan untuk kes tersebut.

  43. INTAN berkata:

    saya dah hantar permohonan ke yayasan TAFF awal tahun ni. Tapi masih belum ada jawapan. harap2 semuanya ok. ada tak sesiapa yang pernah mendapat tawaran pembiayaan TAFF di sini ?

    Untuk Haslinda, dah mintak borang ke belum ? Haslinda tinggal di mana ? haslinda boleh dapatkan borang di hospital panel tajaan TAFF atau mintak terus dengan taff. no talipon mereka 09-5733241. cari Abby. semoga semuanya berjalan lancar….sama2 berdoa ye…

  44. INTAN berkata:

    untuk eina, setau kak intan la kan… tak ada bayaran… tapi ada syarat tertentu. eina, call taff ye… pemilihan permohonan melalui senarai nama yang panjang…. tak tau bila dapat…. kak intan dah hantar awal tahun ni… mungkin 2010 baru mereka semak permohonan kak intan. itu pun tak tau layak ke tidak… harap2 semuanya ok…. kak intan doakan eina, haslinda dan semualah semoga ada rezeki. rezeki tu ada, mungkin lambat sikit… banyak bersabar ye…

  45. mas berkata:

    assalamualikum..

    hai.. kak intan.. apa khabar? mas nak tahu dah berapa lama kak intan kawin?
    kak intan dah hantar permohonan kat Taff kan? agak2 lama ker baru dapat?
    mas dah kawin 2 tahun tapi sampai sekarang tak ada apa2.. sekarang umur mas 28 n suami mas lebih tua 15 thn dari mas….. mas takutlah…

  46. mas berkata:

    Bestkan kalau impian menjadi ketayaan…

    • in tan berkata:

      betul mas… tak mengapa la,,, sabar je la… suami kak intan buat masa ni amat memahami,,, yg tak faham, saudara mara dan rakan taulan…. mereka tahu mengata saja,,,,

  47. qudsiyah berkata:

    salam, disini beberapa soalan yang ingin ditujukan. bolehkah pihak TAFF menyediakan maklumat terperinci seperti borang,alamat dll.saya berminat untuk mencuba rawatan seperti yang dianjurkan memandangkan saya sudah berkahwin hampir 4 tahun tapi tidak dikurniakan zuriat lagi.berbagai2 jenis rawatan termasuk rawatan moden dan tradisional.rawatan pakar yg telah saya jalani sehingga peringkat iui.bantulah saya kerana saya berkeinginan berkeluarga seperti yang lain..

  48. kiranto berkata:

    salam qudsiyah

    saya tepekan disini salah satu artkiel mengenai TAFF untuk saudari –

    Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

    Ramai orang bertanya dengan TAFF. Saya hanya penyampai maklumat. Segala pertanyaan tentang TAFF, sila hubungi alamat atau no telefon di bawah…

    Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
    (Tunku Azizah Fertility Foundation)
    Istana Abdul Aziz
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur

    Tel: 09-7533241
    Email: taff2004@streamyx.com

    Status:

    Pertubuhan amal yang didaftar di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan ditubuhkan pada 11 Ogos 2004

    Antara matlamat penubuhan:

    Menyediakan bantuan kewangan kepada pasangan suami isteri kurang berkemampuan yg menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan rawatan perubatan serta menyediakan kaunseling serta khidmat sokongan berkaitan.

    Entri ini telah dipos pada Ogos 10, 2007 pada 2:19 pm dan diletakkan dibahagian Variasi Artikel.

  49. Norhuslaini berkata:

    Salam,

    Saya telah berusia 41 tahun suami 42 tahun. Kami telah berkahwin selama 17 tahun dan telah menjalani rawatan IUI sebanyak 7 kali dan IVF 1 kali. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang TAFF dan bantuan yang disediakan. Berharap sangat untuk memiliki anak kandung.

  50. arlina abu bakar berkata:

    saya puan arlina telah 7 thn berkahwan sehingga kini belum memiliki anak,
    berumur 32 tahun, menghadapi endometriosis stage 4. pernah menjalani
    pembedahan di HUKM dah pernah menjalani 2 kali IUI treatment juga di HUKM.
    pendapatan suami-isteri RM4500 belum tolak EPF.
    saya amat berminat dgn IVF kerana mendapat nasihat dari doktor HUKM supaya
    menjalani rawatan IVF tapi tidak mampu.

  51. Azizah Ahmad berkata:

    Saya baru 3 tahun berkahwin buat kali yang kedua dan masih belum mempunyai cahayamata. Perkahwinan yang pertama saya memperolehi seorang anak yang berumur 8 tahun. Soalan saya bolehkan saya yang melalui perkahwinan kedua untuk mengikuti program ini. Terima Kasih.

  52. hafilah Binti jamian berkata:

    saya sudah berkahwin selama 11 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.Saya mengalami endometrorisis.Berharap dapat menerima bantuan TAFF kerana kami hanyalah kakitangan kerajaan biasa.Tidak mampu menanggung kos bayaran IVF yang tinggi.Terlalu rasa rendah diri kerana belum dikurniakan zuriat.

  53. Hafilah Jamian berkata:

    Saya berumur 35 tahun manakala suami berumur 40 tahun.Berkahwin selama 11 tahun.Kami sudah menjalani pemeriksaan di Damansara Fertility Johor Bahru dan disarankan oleh doktor menjalani kaedah IVF untuk mengandung memandangkan saya mengalami endometrorisis dan ada kemungkinan tiub fallpion yang tersumbat.
    Telah menghantar borang permohonan untuk bantuan TAFF melalui pos dan juga Email.
    Diharap mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya memandangkan faktor usia dan masalah yang kami hadapi.
    Kepada rakan-rakan yang senasib hanya kita saja yang tahu bertapa teringan dan berkehendaknya kita untuk menimang cahayamata sendiri seperi pasangan-pasangan normal yang lain.Semoga berkat doa dan kesabaran kita atas dugaan yang kita alami ini akan beroleh kejayaan.
    Semoga TAFF tidak memberikan jawqapan yang megecewakan pada saya dan rakan-rakan lain yang senasib.Terima kasih.

  54. FARIDATUL AKHMAR BT ABD RAHIM berkata:

    Assalammualaikum
    saya merupakan seorang penjawat awam. saya telah berkahwin selama 3 tahun.Sehingga kini saya masih belum hamil.saya ingin tahu bagaimana cara untuk memohon TAFF dan bagaimana cara pembayarannya.
    sekian,terima kasih.

  55. 3 * berkata:

    tak pa melayu de malaysie ni usul asal terbagi kpd beberapa2 eternik groups.nama aje tak jadi hal la,ade yg tukar guma pun age…tepuk dada tanya selera

  56. 3 * berkata:

    * 3- …tukar ugama pun dah jadi kebiasaan,freedom choices brother!

  57. kefli firli berkata:

    biasa dong disini dan Indonesia bukan seagama berkawin atau tidak tinggal serumah…kan dah jadi bisa..apa itu nama ..menjadi hal…biasa saja…

  58. Zaini Bin Ismail berkata:

    Bagaimanakah cara untuk menyertai yayasan ini.

  59. farahani berkata:

    ape hukum bayi tabung uji dari segi Islam..

  60. farahani berkata:

    ape yg saya tau hukumnya haram..ade sape2 nak bg penjelasan..

  61. kebayan berkata:

    kenapa mesti pula nak haram .. ini kaedah saintifik perubatan .. yang penting mereka dari pasangan yang sah .Kita kena berusaha .. dan ini adalah salah satu usaha.

  62. noor berkata:

    Saya amat berminat untuk menyertai program ini. saya telah berkahwin selama 13 tahun dan tidak pernah mengandung. Sebelum ini pernah menjalani rawatan tetapi doktor mengesahkan tiada sebarang masalah. Umur saya telah menjangkau 34 thn dan amat mengharapkan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga. saya amat berharap sgt2 agar dapat menghubungi pihak TAFF untuk maklumat lanjut tapi malangnya no. tlpn yang diberi tiada dlm perkhidmatan.

  63. Linda berkata:

    bagaimana untuk menyertai TAFF?

  64. Linda berkata:

    salam….
    saya telah mendirikan rumahtangga hampir 12 tahun…
    saya telah melakukan hiroscopi danmenyatakan kedua2 tiub folopia saya tersumbat…
    untuk mengandung saya harus malakuka bayi tabung uji…
    bagaimana untuk saya menyertai yayasan fertiliti Tunku Azizah(TAFF)?

  65. Ita Pandia berkata:

    Saya berumur 40 tahun suami 42 tahun sudah menikah 7.5 tahun berasal dari Indonesia telah melakukan operasi karena ada mioma, dokter menganjurkan untuk bayi tabung tapi saat ini financial saya tidak memungkinkan, kami saya mengharapkan dapat memiliki anak sendiri dapatkah kiranya kami dibantu.
    Jika bisa bagaimanakah caranya

    Thanks

  66. kebayan berkata:

    Ita pandia … umur 40 tahun keatas .. agak berisiko untuk mengandung ..

  67. wanqasrina berkata:

    mohon cara untuk membuat permohonan

  68. mastura binti ramly berkata:

    bagaimana cara untuk membuat permohonan

  69. alya berkata:

    sy dah kawin hampir 3thn…dgr mcm br tp hakikatnya sy mcm dah desperate sgt nk anak.mcm2 da cuba tradisional @ moden tp xberhasil.nk amik anak angkat pun susah sgt nk dpt..sy mmg teringin nak join taff ni.tp dlm ramai2 yg mohon peluang sy sgt tipis nk dpt kan psl br lg..kenapa taff xbuat mcm skim pinjaman..mcm byr ansur2 la.jd boleh amik ramai ckit n xlah terbeban sangat nak support semua kos tu dan taff bolehlah bg percuma kat yang betul2 xmampu..

  70. Sabby berkata:

    Assalammualaikum, saya sudah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun 3 bulan, tetapi masih menunggu kehadiran penyeri hidup, bermacam-macam cara sudah saya lakukan tetapi masih tidak berhasil. Disini saya ingin membuat permohonan sekiranya bernasib baik dan bagaimanakah caranya.

  71. nafisah berkata:

    Assalamualaikum. saya telah mendrikan rumahtangga selama 8 tahun dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahayamata. bagaimanakah cara untuk saya memohon melalui yayasan TAFF.

  72. leysrine berkata:

    saya telah memohon untuk Taff sejak bulan January, 2008 lagi tetapi belum terima apa-apa berita lagi. saya ingin tahu adakah saya terpilih untuk Taff ini ?

  73. INTAN berkata:

    mas, akak hantar borang awal tahun ni… akak ada call Abby-Taff… dia cakap, yang 2007 pun tak panggil lagi. sebab tengah kumpul dana. kelayakan yang dah kahwin 4 tahun ke atas tak silap & pendapatan isi rumah tidak lebih rm4000. akak tak berapa ingat, Mas kalau nak apply, akak nasihatkan, apply la cepat. proses pemilihan bukannya cepat. makan masa.. akak agak lah kan, kalau akak dapatpun dalam tahun 2010. mas kalau nak berbual dengan akak, akak punya email address zanita_ly@yahoo.com.my nanti akak bagi phone no. akak. kita boleh jadi kawan kan… nak mintak borang pun makan masa tau… jadi cepat tau… akak tak nak ko pun runsing macam akak jugak. bukan runsing apa, runsing orang sekeliling asik tanya… BILA… ish, bosan akak… husband boleh sabar, mereka pulak tak boleh sabar…

  74. INTAN berkata:

    untuk sahabat semua, kak intan dah buat permohonan awal tahun ni. tapi belum dapat apa2 jawapan. macam tak sabar, tapi mesti kene sabar…
    sesiapa yang dak bersahabat dengan akak, silalah email kepada akak zanita_ly@yahoo.com.my kan kita boleh berkongsi info.

  75. zazyatie berkata:

    Saya berusia 35 thn dan suami 36 thn. Telah berkahwin selama hampir 3 thn namun belum dikurniakan cahayamata. Saya telah menjalani rawatan di HUKM 2 bln lepas. Doktor sarankan kami membuat IVF memandangkan keadaan suami yang tidak boleh mengeluarkn sperm dengan cara normal melainkan kaedah IVF. Rawatan dibuat dan sperm suami telah dikeluarkan dan kini di dalam simpanan pihak HUKM. Pihak HUKM cadangkan IVF dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kerosakan sperm simpanan mereka. Kami ingin memohon separuh bantuan kewangan dari pihak TAFF bagi membolehkan kami menjalankan rawatan ini.

  76. Alya jb berkata:

    hai semua,ada x kat cni tau mana kita leh cari anak angkat…sy mmg teringin sgt nk menimang cahaya mata.kalau sesapa ada info tlg email saya anuraleya@yahoo.com

  77. Alya berkata:

    mula2 dulu saya buat rawatan tradisional berurut,minum ubat periuk..xde hasil pastu sy cuba teknik moden lak mkn pil subur,asid folik dan pil hormon..pun xde hasil.doktor sarankan jumpa pakar sakit puan.sy dinasihatkan menjalani IUI.sama gak sy disuruh amik pil subur,asid folik,pil hormon dan suntikan sblm mnjlnkan IUI.ttpi sy ttp xberjaya..kwn rekomenkan minuman kesihatan yg popular kt tv & majalah skrg sy try minum utk 3bln pun masih xberjaya…..sy rasa sgt kecewa dan tertekan skrg….

  78. kebayan berkata:

    alya .. suruh suami you pula pergi check tahap kesuburannya ..

  79. Shifa berkata:

    Assalamualaikum semua..
    Kepada sesipa yang nak memohon boleh lah hantar sampul surat kosong beralamat sendiri, lekatkan setem RM1.00 dan hantarkan ke
    TAFF
    Istana Abdulaziz
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan

    Syarat2 perlu melayakkan diri menyertai program ni
    1.Perkahwinan yg sah
    2. Kedua2 suami isteri berwarganegara Malaysia
    3. Umur isteri bawah pada 45 tahun
    4. Bukan penderma sperma atau ovum
    5. Pendapatan isirumah bawah pada RM4000 (gaji kasar)
    6. Tempoh perkahwinan lebih dr 3 tahun
    7. Tak pernah ada anak (samada suami atau isteri)

    bagi yang sudah memohon, harap bersabar kerana prosesnya memakan masa kerana terlalu ramai yang memohon dan dana semakin berkurangan, Tengku Puan sedang berusaha agar semua permohonan dapat dilayan dengan sewajarnya.

    TAFF menaja keseluruhan kos IVF sahaja, bagi yang mempunyai masalah lain dan memerlukan pembedahan atau ubatan yang tidak berkaitan dengan IVF perlu bayar sendiri…x pe la kan, bukan senang orang nak bagi free berbelas ribu buat treatment..kena la korban skit

  80. bin laden berkata:

    bunyi macam menarik je…mesti ramai kan yang sedang menanti giliran kan..

  81. ayu berkata:

    salam semua…saya sudah berkahwin selama 9 thn..sebenarnya saya sudah berputus asa…saya teringin untuk menimang cahayamata…dah banyak usaha yang saya lakukan…perubatan secara tradisional,makan produk2,berubat secara batin dan hospital….tapi masih tak berjaya…saya juga cuba utk mengambil anak angkat…tapi saya dah byk kali di tipu…3 bln lepas saya ada buat pembedahan…saya berharap sgt dgn pmbdahan ini dpt membantu saya utk mdptkan zuriat…dan pagi tadi 02.12.08 saya berjumpa dengan doktor utk mendapatkan keputusan pembedahan yg lalu…tapi keputusannya kecewa…doktor beritahu kaedah ivf sahaja yang mungkin dapat membantu saya…saya ingin cuba memohon TAFF,tapi saya tak tahu mcm mana nk mohon…tolonglah saya..

  82. bin laden berkata:

    ayu
    tanya boleh….pembedahan apa yang ayu maksudkan 2…kontius skit

  83. ayu berkata:

    bin laden,
    dr apa yg doktor ckp sis….dah sbsr 6 cm…tp bila dh bedah…doktor ckp x jumpa…x taulah….binggung….

  84. Shifa berkata:

    ayu..caranya mcm saya ckp kat atas 2…kalau cukup semua syarat cubalah memohon, setakat ni mmglah ramai yg memohon dan menunggu giliran tapi kalau ada rezeki insyaallah x kan kemana, yang penting mohon dulu…x gitu bin laden..

  85. Shifa berkata:

    No. telepon TAFF yg kat atas 2 salah..yg betul 09-5733241

  86. ayu berkata:

    shifa,
    tme ksh ats rspon awk…klu nk ikut pda syarat mmg layak kot..tp x taulah…insyaallah klu ada rezeki…tp peliklah knapa org yg x nk anak tu senang je dpt…siap buang lagi…bg kita yg nk kan bgus…shifa ada mohon jgk ke?

  87. bin laden berkata:

    betul ckap awak 2 ayu, Yang tak halal 2 memang senang dpt allah nak tunjukan kepada d’orang …. kadang 2 rasa nak mintak je drp d’orang buang budak yang tak berdosa….

  88. ayu berkata:

    bin laden,
    tp baby yg mcm 2 pn susah jgk nk dpt…sblm ni ada org nk bg baby. kat ayu..tp org indonesia…x ada documen langsung…ayu tkt nk amik…org ckp ssh nk wat surat branak…btl ke?bin laden ni ppuan ke lelaki?hadapi masalah yg sama dgn kita jgk ke?

  89. bin laden berkata:

    betul cakap ayu 2, saya pun ada dengar jugak memang susah, kalau boleh cari y warganegara malaysia…..segala urusan senang sikit…kalau dah nama bin laden 2 paham2 lah ye…kita kwn masuk nie 2 tahun, masa kawin 2 wife pregnat tpi 3 bulan lps 2 tuhan lebih sayangkan dia…sampai skrg wife belum ada tanda2……

  90. PRECILLA berkata:

    saya ingin anak sendiri sedangkan suami saya tidak mempunyai spem hidup. Apakah nasihat puan?

  91. ayu berkata:

    bin laden,
    saja je tye utk kepastian….ooooo cm 2….tp awk ada peluang lagi…wife awk pernah mengandung…mcm saya ni langsung blm pernah….teringin jgk nk pkai bju pregnent…saya nk mtk pdgan awk….suami saya slu ckp x kisah…tp saya tkt…sya tkt dia akn cri yg lain….adakah lelaki slu bfikiran cm 2….suami sya 2 trlalu baik…dia yg selalu tenangkan saya dlm perkara ni..tapi saya x taulah mcm mana hatinya….apa2 pn
    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA….utk semua..

  92. bin laden berkata:

    mungkin belum rezeki ayu lagi…sabar….kalau nawaitu nya baik maka baik lah jadinya…itu je yang saya boleh komen.

  93. Alya berkata:

    ayu umur bp n duduk mana?boleh gak kongsi cerita

  94. ina3884 berkata:

    saya pun nk kan anak gak..saya dah setahun kawin tp msh xder anak lg..kdg2 sy pkir mungkin sbb xder anak suami sy boring duk umah n selalu kuar umah..kdg2 org tua2 ckp anak ni pengikat kasih syg kan..sbb tu sy btl2 nk kan anak..tp sy btl2 hairan kenapa la dalam dunia ni klu org yg wat maksiat cpt je diaorg ade baby luar nikah..tp mcm kite2 ni bini2 yg nk kan anak xdpt2 lagi..kecewa je…

  95. bin laden berkata:

    itulah namanya dugaan allah terhadap hambanya….

  96. ayu berkata:

    akum alya…
    umur ayu dah 29 thn…ddk kat ulu titam, jb…alya ddk kat ne…dah kawin brp lama?umur alya brp skg ?

  97. ayu berkata:

    btl tu bin laden…smuanya Allah yg tentukan…kita hanya mampu brusaha….bagi ina,
    kdg2 lelaki ni suka bg alasan anak….tp heran yg dah ada anak pn boring jgk ddk kat umah…btl x?komen sikit bin laden..

  98. ina3884 berkata:

    ayu..mungkin btl gak…tp kdg2 org laki2 ni klu dh ade ape yg dia inginkan dia xde alsan lain lg..klu dia ade alsan lain gak..tu nm nye cr penyakit…

  99. Shifa berkata:

    apa khabar ayu dan yang ada kat sini, lama betul x masuk sini…alhamdulillah shifa x penah ada masalah kesuburan ni tapi ramai kwn2 shifa belum dapat rezeki walaupun dah kawin berbelas tahun, shifa tumpang simpati…

    Shifa tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul..yang mana belum ada rezeki 2 jangan giveup..pegi lah buat treatment awal2, kenal pasti punca dan tanya Dr kalu kita x tahu..untuk pengetahuan kita jgk kan..usaha lebih sikit x pe, mana tahu berkat usaha dan kesabaran 2 akan membuahkan hasil, Insyaallah….tp kalu x berjaya jugak jgn salahkan takdir…Allah ada perancangannya sendiri.

    Kita cuma mampu merancang Allah yang menentukan.

    – SELAMAT TAHUN BARU -

  100. dandangsetia berkata:

    salam sejahtera suma…
    1st time dandang masuk sini. sy xde masalah. tp kawan2 ade jg yg masalah ni. ade yg berjaya selepas berubat ade jg spai sekrg masih xde anak.
    sy bkn nak nasihat sesapa, cm nak kongsi cerita. betul kata org tue2, berat mate mmdg brt lg sebget bahu memikul, tp yg penting sabar. Kite kena ingat Allah selalu. Dia yg mengatur segala2, kite kena pasrah ttp setiap penyakit ade ubatnye. Tidak blh ngandung adelah satu penyakit, samade jangkitan kuman, fizikal dan jg mgkin batiniah. Anyway kena berubat, wajib cari ubat kepada penyakit, sbb kalau x berubat blh menyebabkan kite hidup keluh kesah, marahkan Tuhan yg cipta cita. Paling benci bila org sekeliling tya anak berapa dah? Oooo. kauni tak pandai kot? tgok aku dah lima dah. Peh berdesing. Tp kalau anak susn paku org kata x pandai jg.
    Bile cerita pasal ubat, kena jumpa doktor, bila jumpa doktor kena korek, kena teropong kena lancap dan pelbagai lg… bg sang suami, dia plg takut… bimbang kalau masalah tu punca dr dia. Kekawan yg dah g ke doktor ttu tau brapa byk sperm yg perlu keluar utk berjaya meeting ngan telur… banyak wooo.
    kerja sama suami plg penting. IVF hya sah jika cara lain seperti makan ubat tidak berjaya.
    Bg msslimah bykkan berdoa. sbb ade di antara kekawan kat atas cakap die x de masalah kesuburan, rahim okay. Itu maksudnya belum ade rezeki. Yg ngandung 2-3 bln gugur… xde rezeki. Ade org anak dah depan mata mati lg sedih woo.

  101. LAINAH BTE DATONG berkata:

    SAYA BERADA DI KOTA KINABALU DAN TELAH 3 TAHUN (2006)BERKAHWIN TETAPI BELUM DIKURNIAKAN ANAK. PADA OKT 2007 SAYA PERNAH KEGUGURAN. SAYA INGIN MENYERTAI TAFF DAN INGIN MELAHIRKAN ANAK. SEKARANG UMUR SAYA 29 TAHUN

  102. ayu berkata:

    shifa,
    ayu sihat je…shifa cm ne?mmg takdir yg mntukan sgalanya….tp kdg2 perasaan sedih 2 slu dtg dan pergi dlm hti ni…Allah saja yg tau….tme kasih shifa, sbb mmahami hati dan perasaan kami yg menerima dugaan x d kurniakan anak wlpn shifa dah punya keluarga sendiri…bagi ayu anak2 buah lah tmpt kami tumpang bahagia….tu pn waktu
    kita masih muda dan anak2 buah tu masih kecil….nanti dah tua x taulah mcm ne nasib kami….ayu bhrap agar 2009 akan ada rezeki utk kami…Insyallah…DOAKAN kami…

  103. dandangsetia berkata:

    salam semua…
    selamat tahun baru hijrah… jom kite hijrah ke kehidupan lebih baik

  104. RAOVIJI berkata:

    selamat pagi.
    saya ingin mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara-cara untuk mendapat borang dan bantuan kewangan daripada pihak yayasan fertility tunku azizah.terima kasih..

  105. FAUZIAH OTHMAN berkata:

    saya dah berkahwin selama 5 tahun,tak pernah lagi mengandung,kadang-kadang tu sedih sangat bila hari raya saudara-mara berkumpul dengan anak2 mereka.Setiap tahun azam saya ingin menimang cahaya mata kandung,tapi nasib selalu tidak menyebelahi saya.pelbagai rawatan moden,pakar dan tradisional telah saya cuba,doktor menyatakan sperma suami banyak yang mati,tahun ni masuk tahun ke 6 usia perkahwinan saya,dan saya telah pun membuat permohonan progran taff,harapan saya,semoga allah memberi peluang utk saya melalui program ini.

  106. Alya berkata:

    hi,ayu..alya duk jb umur 27 kawin masuk 3thn..mslh kite lbh kurang sama jer.utk tahun baru ni alya doakan hrp2 dikurniakan zuriat…

  107. ayu berkata:

    alya,
    slmt thn baru…lama x msuk cni…sbuk ke?ayu pn harap sgt thn ni akn ada rezeki utk kita….umur pn dah mkin bertambah….

  108. Alya berkata:

    betul tu..ayu xde amik anak angkat ke?alya kalau boleh dah xkisah kalau ada rezeki anak angkat @ anak kandung .yg penting alya nk rasa pengalaman ada anak..

  109. ayu berkata:

    askum alya,
    ada jgk cbe nk ambik ank akt…tp asyik kena tpu je…duit dah byk abis…last2 kena tpu..
    kita ingat org smuanya jujur…btl2 nk bagi…ntahlah…mungkin blm ada rezeki kot…bestkan tgk keletah anak2 kecil ni….eeeee geram….

  110. Alya berkata:

    w’slm ayu..mmg klu nmpk org lain bjln ngan ank msg2 rase cemburu sesgt!ayu bekerja ke housewife?

  111. ayu berkata:

    ayu keja la alya….klu x keja lg bosan kot…alya keja x?blh ayu tau email add alya..?lg snang kot kte nk tau cte masing2…

  112. Alya berkata:

    alya pun keje..anuraleya@yahoo.com jgn lp email k..

  113. nana berkata:

    assalammualaikum,,, saya berminat dengan progam ini,dan ingin mencub, saya sudah 3 tahun berkahwin, pernah mengandung 1 tetapi cuma dpt bertahan 2 bulan lebih dan akhirnya keguguran. adik saya juga mengalami masalah yang sama, dia dahulu lagi berkahwin,dia sudh berkahwin selama 8 tahun berkahwin tetapi belum ada tanda2 untuk mengandung.telah banyak usaha yang dilakukan,tetapi x berhasil.berbagai c

  114. nana berkata:

    assalammualaikum,,, saya berminat dengan progam ini,dan ingin mencub, saya sudah 3 tahun berkahwin, pernah mengandung 1 tetapi cuma dpt bertahan 2 bulan lebih dan akhirnya keguguran. adik saya juga mengalami masalah yang sama, dia dahulu lagi berkahwin,dia sudh berkahwin selama 8 tahun berkahwin tetapi belum ada tanda2 untuk mengandung.telah banyak usaha yang dilakukan,tetapi x berhasil.berbagai sindiran yang kami terima, yalah dua beradik berkahwin tetapi belum dpt anak..kami benar2 bingung cemburu melihat pasangan suami isteri lain.bantulah kami, kami inginkan anak semdiri zuriat sendiri.bantulah kami…

  115. dandangsetia berkata:

    nana… cuba jumpa dulu ngan doktor pkr puan, perbidanan. kenalpasti apa masalah. pernah mengandung menunjukkan nana dan suami x de masalah. mgkin system ade skit problem. bykkan doa supaya murah rezeki

  116. azmilia berkata:

    Assalamualaikum semua……
    Saya sudah berkahwin 10 thn tapi masih tk de rezki utk dpt chya mata. Sudah 2 kali buat IUI & dah operate endometriosis tapi masih hampa. Dah mohon IVF from TAFF setahun lebih yg lalu tp masih tk de jwpan. Saya sentiasa berdoa supaya terpilih juga suatu hari nanti sebab saya tk mampu nk tanggung kosnya. Kepada semua rakan yg senasib, sama2 lah kita berdoa. Ada hikmah disebalik apa yg Allah telah tentukan. Hanya kita saja yg faham kan……

  117. Alya berkata:

    semoga 2009 mmberi sinar baru utk kita semua..Amin.

  118. dandangsetia berkata:

    salam… sy bila baca forum ni turut rasa simpai… nak dapat giliran ngan TAFF lambat sbb IVF bukan jaminan 100% blh berjaya. ada org buat ivf sampai 3 kali… ye la org ada duit kan blh cuba… kita yg x mampu, sbenarnya bukan rezeki lagi. kalau ada rezeki akan dapat. banyakkan berdoa minta restu suami dan keluarga.
    sy doakan semua yg kat sini sakses thn 2009 ni.

  119. IELA berkata:

    Salam,telah berkahwin hampir lapan tahun ..tapi belum ada rezki nk timang cahayama.Dah apply TAFF since Julai 2007,tapi belum ada jawapan lagi,memang dah call TAFF tapi diorang kata yg apply 2007 belum buat pemilihan lagi.So pada sapa2 yg belum apply tu lebih baik apply dr skrg,coz benda ni memakan masa.sama2lah kita berdoa semoga Allah mengurniakan zuriat utk kita.

  120. IELA berkata:

    Org yg senasib dgn kita yg memahami perasaan kita.Alhamdulillah dikurniakan suami yg memahami.Saya ni lagi dah bermcm cara dilakukan IUI And IVf pun saya dh cuba,kalau nk kata duit ribu riban saya berhabis dan bila tk berjaya bayangkan mcmmana perasaan kita,IVF memerlukan perbelanjaan yg besar,nk buat lagi duit sendiri memang dh tk mmpu,bygkan simpanan semua dh digunakan.Semoga Taff memberi harapan yg baru buat saya dan suami.Semoga Allah mengabulkan doa kami berdua dan kwn2 semua.

  121. Haslinda Bt Bidi berkata:

    Assalamualaikum, sedih gak bila baca luahan rasa yang di tulis, saya lagi sedih bulan 28/10//2008 buat IVF atas bantuan TAFF. setelah 13 tahun berkahwin, keputusan yang di terima amat menyedihkan. saya gagal untuk mengandung. dah le tak pernah mengandung buat IVF pun gagal juga.Satu minggu berendam ngan airmata. gi kerja mata dok bengkak2. skg ini tengah cuba minum Biodex. kot-kot ada rezeki. apapun buat semua yang senasib ngan saya banyak2 berdoa dan bersabar teruskan usaha macam tuanku Azizah 16 kali buat rawatan. Selagi terdaya saya akan terus berusaha, berdoa dan bertawakal, kekadang timbul gak rasa kecewa yang amat sangat…..dok seorang diri boleh nagis ooo…..cuma suami je yang bagi semangat katanya semua yang kita nak belum tentu boleh dapat……

  122. bin laden berkata:

    haslinda..

    mungkin belum rezeki kau lagi…sekurang2nya kau terpilih untuk mbuat IVF merasa juga…sedangkan kwn2 lain sedang menunggu giliran….berusaha lah hingga berjaya ye…

  123. perogolmalm berkata:

    APA LAH NAK UJI2 MELAWAN KUASA ALLAH..POMPUAN YG ADA BERLEBEHAN BLUM..DI UJI..BARANG UJIAN BIASA NYE ADA BUROK NYE…

  124. emma4000 berkata:

    saya dah berkahwin selama 7thn, belum dapat zuriat, suami pun buat tak kisah je…
    tak tahu la kenapa tak pregnant sebab tak de rezeki or suami jarang nak main, selama 7thn kahwin rasanye 10 kali main pun tak sampai. so macam mana nak dapat anak.

  125. IELA berkata:

    haslinda jangan putus asa.nk menerima kenyataan tu memang payah.saya mula2 tu mmg mcm tu jugak nasib baik ada bahu tempat kita menyandar utk menangis.Rezki org tu tk sama,ada yg sekali buat terus menjadi.Saya jadikan adik ipar saya sebagai idola,baygkan 1st circle ivf dia transfer 3 x tk menjadi,then dia ulg balik 2nd circle first tansfer dpt kembar now dh 2yrs..cuma rezki dia berkemampuan cuma dia pesan jgn mengalah.Haslinda dah umur berapa ye..kalau linda tk kisah.berapa lama ye linda tunggu utk dpt jwpan dr taff dan linda buat kat mana ye IVF tu..bukan apa sekadar utk berkongsi pengalaman.sekrg ni pun saya tengah cuba biodex.

  126. Haslinda Bt Bidi berkata:

    baru pas nangis ni… umur saya dah masuk 35 tahun, mohon tak lama lbh kurang 1 tahun je, Mungkin sbb dah kahwin lama 13 tahun tu yang cpt tu, buat kat penang, (LWE hptl). dr perak ke penang 3½ jam perjalanan utk sampai sana. Kul 8.00am daftar nama kul 5.30 pm baru dapat jpa doktor. plg awal kul 3.00 pm br dpt jpa. itu pun ptg turn org. itulah rutin selama 2 bulan jpa dktr.

  127. IELA berkata:

    ngape nangis..linda ada extra embrio tk leps buat ari tu..cuba utk 2nd transfer.dr ada ckp tk sebb apa tk menjadi,mcm saya aritu dr ckp embrio tu x melekat kat dinding rahim.tp saya x surela plk utk 2nd transfer ni taff cover atau x.kosnya pun lebih kurg 2-3ribu.kita berusaha selagi boleh.

  128. NISHYATUL_86 berkata:

    ASSALAMMUALAIKUM….
    Saya dah kawin selama 3 thn tapi masih blm mempunyai cahaya mata…sy masih muda tp payah btl nak dpt baby.sy dah cuba set biodex tapi x dpt juga…tolong lah sy….nasib baik suami sy memahami sy…

  129. Haslinda Bt Bidi berkata:

    sy ni kuat nagis bila sbt bab ank.cpt terasa. manja kot….Sy x de extra embrio. sbb 1 je yg ok. 4 lg ko x besr. so yg msk pun 1 je la. embrio sy jd jap je dlm 1 mgu, x nak bsr pas tu jatuh.dr pun x tau, mgkn dua² ada mslh kot katanya. x ckp lak apa mslhnya. Insya Allah selagi terdaya sy akan berusaha. Skg tgh tambhkan berat bdn. kurus sgt.36.5kg je…

  130. kak nor berkata:

    sudah banyak pasangan kak nor lihat , sudah berkahwin bertahun tahun tetapi tidak mempunyai anak .. tapi mereka nekad mengambil anak angkat dan mungkin berkat anak angkat .. isteri mengandung dan dapat melahirkan beberapa orang anak sendiri..

  131. Alya berkata:

    hai emma…biar btl???rsnye…mungkin sbb tu kot awk blm ngandung….

  132. Alya berkata:

    a’kum kak nor..mslhnye nak cari ank angkat pun ssh skrg ni….

  133. Kakak berkata:

    Salam buat semua,
    Saya juga pernah mengalami nasib seperti adik-adik semua. Saya tidak dikurniai anak sehinggalah pada tahun ke-18 berkahwin. umur masa tu dah lebih 40. Pernah buat IVF dengan belanja sendiri tapi tak berhasil. Beberapa tahun lepas tu, tanpa saya sangka-sangka, saya mengandung secara semulajadi. Ada saya ceritakan dalam blog saya.
    Semoga semuanya bersabar dengan dugaan yang diberikan olehNya. Usaha dan doa banyak2, insya Allah akan berhasil seperti saya.

    • Emilia berkata:

      Assalamualaikum…

      Kakak..tahniah. Akhirnye penantian berakhir jga. Kalau le sya pun dpt mcm kakak alangkah bgusnye.
      Semoga kakak dpt pelihara anak jd anak yg soleh/solehah ye. Ada apa2 petua tak utk saya ikuti..

  134. IELA berkata:

    alhamdulillah kakak akhirnya dikurniakan anak sendiri.Dalam blog mana ya kak.boleh saya jadikan sumber inspirasi dlm usaha mdptkn zuriat sendiri.saya kagumi ketabahan akak,bygkn dlam masa 18thn.,saya ni pun yg memasuki ke 8 thn kdg2 rasa mcm dh putus asa.tiap bulan bila dtg period je mmg nangis,mood x baik,mulala rasa down sgt husband pun dah paham..sampai dia kata kalau sush2 yang kita ambik aje ank angkat,dia x suka saya dlm keadaan sedih.

  135. IELA berkata:

    linda kurusnya awk.saya kagum dgn usaha awk,jauhnya awk kena travel.Knp x buat kat KL aritu?saya insyaallah kalau ada rezki nk cuba kat hosp.tropicana kat damansara.

  136. zeyres berkata:

    Wah, sabar sajalah. Mudahan dapat zuriat dengan cepat.Emak saya bernazar, kalau saya dapat zuriat dian nak sembelih kerbau…insyaallah…

  137. Haslinda Bt Bidi berkata:

    Mak zeyras mcm suami sy le, dia kata klu sya dpt ank dia nak sembelih lembu buat cukur kepala.1 kg mkn kdri.Insyaallah. Sbr le IELA, sy pun mcm tu gak bila dtg period.rs sdh sgt².Budget sdri ke bt kat tropicana.moga berjaya.Amin.

  138. IELA berkata:

    eh tkla budget sendiri.kalau ada rezki dpt offer dr taff saya nk buat kat hosp.tropicana.br2 ni ada org offer nk bg baby..saya & hubby tengah fikir2 nk terima atau tidk..mana tau rezki baby tukan…apa pendpt kwn ye..

  139. Punitha berkata:

    telah berkahwin sudah 5 tahun, tetapi tiday mempunyai anak,berapa kos nya untuk ivf

  140. IELA berkata:

    kos ivf biasanya dalam 15-16ribu.cubala mana tau ada rezki…dpt pulak twin seronoknya…tk payah pikir lagi nk beranak.

  141. apple berkata:

    hi iela..bestnye awk ada org nak ks baby.amik je la..klu awk xnk pas kt sy jer…

  142. Haslinda Bt Bidi berkata:

    dah ada org nak kasi baby tu ambil je… mana tau rezeki ank angkat. kwn sy ada abl 1 ank agkt, skg ni dah dpt 4 ank sdri.Nasihat mak sy cari yg keturunannya ok.bkn yg terbabas.mgkn ada yg x setuju ngan pdpt sy.maaf….

  143. aida shazeela berkata:

    salam kawan2 yg senasib dgnku…sama gak saya..umur 28,bru clebrate 4th aniversary…dah try biodex 3x..berurut dan mcm2 lagi…ada member sek saya tgh buat ivf kat private hosp…buget dlm 15 ribu…pasni sy n hubby nak try plak…duit leh carik…takpe…janji kita xgive up…anak angkat memang okey…tp lg best drh dging sdiri…yg pnting usaha…Tuhan nak uji kita…

  144. IELA berkata:

    apple,linda &aida time kasih kerna bg semangat nak ambik ank angkat.baby 2 akn lahir dlm buln 4 ni..bukn apa utk mengisi ari2 yg dilalui atleast something buat kita happy..disamping 2 still berusaha mdptkan zuriat sendiri..suami,keluarga&adik beradik pun bagi semangat, 2 yg terbuka hati..dulu saya pun berfikiran mcm awk linda,tapi bukn salah baby 2 yg penting cara pendidikan kita..bg mereka berpeluang utk mereka membesar..sebenarnya dh beberapa x peluang saya ada,tapi saya bagi pada kwn2 yg senasib dgn saya..bila tengok mereka membesar dan cerdik pulk 2 sedih tk terkata tp happy utk mereka.sekarg ni saya tengh prepare mental dan fizikal.insyaallah saya akan terus berusaha..

  145. IELA berkata:

    apple betul ke awak tk kisah nak ambik anak angkat..apple dh berapa lama kawin dan memang belum ada anak ke?

  146. apple berkata:

    salam iela,saya tak ksh amik ank angkat..tp blm ada rezeki.saya mmg belum pernah mengandung,kawen plak dah 3thn lbh.

  147. Nazrina berkata:

    salam saya ina. saya dah berkahwin selama 2tahun tapi masih belum ada zuriat lagi. tapi dari segi struktur badan saya dapat rasakan lain kerana ada tanda-tanda kehamilan.tiap kali chek kehamilan masih menunjukkan line negatif dari awal perkahwinan sehingga sekarang. period sentiasa tak betul. kadang-kadang awal kadang-kadang lambat.macam-macam dah saya cuba utk memperolehi zuriat.kaedah-kaedah yang dicadangkan amalan tradisional serta berjumpa doktor.

  148. Iza berkata:

    Membaca luahan hati setiap insan di sini membuat air mata deras je mengalir. Saya dpt rasa mcmana perasaan kwn2 semua. Saya hampir 4 thn kawin. Pernah keguguran pd usia kandungan 2 bln. Debar haid lambat bulan ni diakhiri dgn rasa sedih sgt sbb tiba2 hari ni period. Tak per la.. Tuhan menguji hambaNya. Semoga dengan kesabaran kita semua akan dibalas pahala oleh Allah. Di samping kita sama2 terus berdoa supaya kita semua dikurniakan anak2 yg soleh solehah yg akan menjadi penyejuk hati di dunia & akhirat. Moga Allah makbulkan doa kita semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

  149. zey res berkata:

    Ye, kalau IVf tu, saya sudah pernah 3 kali di Singapore, tapi belum berhasil. Kata Dr, Saya terlalu banyak stress. Rasanya saya dah berusaha menghilangkan stress. Tp Tak berhasil juga…Kata Dr lagi, semua hormon saya Ok tp masalahnya sekarang prolaktin saya very ugly. i don’t Know what to do…hanya berdoa…nak cuba lagi bulan Julai nie…

  150. Samihah berkata:

    Kakak tu dapat anak sendiri secara natural, macamana caranya…apa petuanya?

  151. ana berkata:

    asalamualaikum…sy ana,sy dah kawin 4 thn, tp masih lum ade tanda2 nak mgandung..sy dah 2 kali wat pembedahan.1 menegak n 1 melintang, tiub folopian sebelah dah buang..x penah rs pun ngandung n period mmg ok.dah wat ujian suami x ade masalah tp sy punye tiub tsumbat..

  152. nuriman berkata:

    Salam….sabar ajelah rezeki tu dari Allah..kalau Dia nak bagi insya Allah dapat. Berusaha,berdoa dan bertawakal…banyak buat solat sunat taubat, hajat mohon Allah makbulkan segala permintaan kita. Sesungguhnya hanya Dia sahaja yang maha mengetahui di sebalik yang tersurat…

  153. Jaja berkata:

    saya dah berkahwin selama 15 thn,sehinga skrg saya blum lgi mengandung,terasa sedih kerana permohonan hanya utk warga malaysia, sedang kan saya warga singapura dan suami warganegara malaysia,umur saya 36,masih ade harapn ke utk mengandung? hmmmm…

  154. Intherani berkata:

    Saya telah berkahwin selama 11 tahun dan sehingga sekarang saya belum pernah hamil lagi walaupun setelah berjumpa banyak doktor tetapi tiada hasil.Saya telah mencuba berbagai kaedah secara medikal mahupun secara tradisional tetapi masih tidak terhasil. Saya sekarang sudah berumur 35 tahun dan tak tahu sama ada saya ada harapan untuk mengandung tetapi ada satu doktor menyarankan Saya mencuba IVF tetapi kosnya amat tinggi untuk saya mndapatkan rawatan tersebut. Saya meminta jasa baik TAFF untuk bantu saya mendapatkan rawatan IVF.Saya ingin menimang cahaya mata dan dapat gelaran sebagai seorang ibu. TAFF boleh jadikan impian ini sebagai realiti…

  155. norazian berkata:

    salam,

    4 thn usia perkhwinan tp blum ada tanda2 kehamilan, kwan2 yang baru kawin dh mengandung. saya rasa mcm nak menangis.

  156. marlina berkata:

    assalammualaikum,
    kami suami isteri dah kahwin selama 5 thn tapi tidak pernah dikurniakan anak lagi.ramai kawan-kawan,adik yg sedang bahagia dgn buah hati mereka.bermacam cara dah kami lakukan tapi kami x mampu nak buat ivf sendiri kerana mahal.bolehlah kiranya TAFF menolong kami.saya rasa mcm nak nangis bila org lain dapat baby.bantu la saya.bagaimana saya nak isi borang TAFF.

  157. azira berkata:

    salam..saya telah berkahwin 9tahun&masih belum di kurniakan zuriat..Pada usia perkahwinan kami yang ke7, saya pernah hamil buat kali pertama.tapi tak lama pada usia kandungan 3bulan saya mengalami keguguran “misabotion”. selepas pada itu saya tak pernah hamil. saya berasa amat sedit kerana usia saya pun dah 34tahun saya tak tahu sama ada saya boleh hamil lagi atau tidak.bermacam2 telah kami lakukan.doktor mengesahkan saya & suami tiada apa-apa masalah. tolong lah saya.untuk kami lakukan proses IVF kat hospital swasta amat tinggi kosnya dan kami tak mampu.saya berjauh hati jika dapat tahu adik beradik yang lain atau kawan-kawan telah di kurniakan anak. sedangkan usia perkahwinan saya lagi lama dari mereka. tolong saya..apa yang perlu saya lakukan..ribuan terima kasih bagi yang sudi membantu saya untuk mendapatkan zuriat yang halal ini..

    • in tan berkata:

      azira,,,sama la kita ye… bila ada saudara mara, adik beradik, kawan2… dapat baby baru…. intan rasa diri agak terasing…. mula lah suara2 sumbang memerli…. bila lagi… bila lagi…intan tgh kumpul duit… pernah tanya damansara fertiliti jb kos dlm 18k-25k… itu intan tanya masa 4 thn lepas…sekarang tak tau pulak…
      ingat nak ambil anak angkat…. emmm takut tak serasi pula…

  158. zura berkata:

    Slm..Sya umr 28thn,sy sdh 8thn b’khwin & blm pnh mngndung.sy pnh cek ksuburan,sy & suami nrmal.Bagaimana sy ingin tau brp kos untuk m’buat rawatan d taff dan d mnakah tmpat yg t’dkt utk sy ikuti krn sy skrg tgl d tapah perak.apa yg sya perlu lakukan,krn sudah hbis iktiar & malu krn sering d jadikan sindiran org.sy x mau d jdikn sindiran org lg tmsuk mak mertua sya.pedih sgt hati saya.tlgla sya.sy x mmpu bt rwatan d swasta krn pndapatn kmi x byk.tlg la saya.

  159. lilycun berkata:

    Wkslm, kepada kwn2 semua ,norazian,marlina,azira,zura & yg senasib dgn saya. saya dah 3 kali keguguran ,2 kali jalani IUI, tapi nasib tak menyebelahi kami. tahun ni dah nk masuk anniversary ke-6.kira dah berhabis berpuluh ribu rm jgk la.mula2 tu mmg rasa tension,sedih. tapi bila pikir mmg bukan rezeki lg, dan DIA nk bagi ujian lagi agaknya.
    Sama2 berdoa semoga diberikan rezeki dan banyak2 bersabar…

  160. dandangsetia berkata:

    salam… zura dan kekawan lain… taff tu yayasan fertilization tengku puan pahang. yayasan ini membantu kekawan yg dah kawin lama tp x dapat anak, lama kat sini maknanya lebih 6 thn. kalau sapa dapat awal tu rezeki dia. sbb macam kakak cakap dia apply setahun dah di panggil. rezeki dia latu. tp bagi yang ada kemampuan dari segi kewangan taff akan bantu sebahagian dan pasangan sebahagian lagi.
    tp kita kene ingat rezeki dapat anak ni ketentuan Allah. kita hamba kena berusaha. sy pernah dengar satu doktor pesan kalau nak dapat anak kita kena jaga kesihatan fizikal dan mental. sebab selain daripada prestasi kesuburan sperm dan ovum hormon-hormon lain jg perlu cukup. sebab tu org nak buat ivf kena jumpa kaunselor dahulu, nak bagi motivasi dan peringatan kalau x berjaya jgn kecewa cuba lg lain kali. pada kekawan yg sedang berubat x kirala cara tradisional ke moden ke, guna biodex ke apa-apala, sy nasihatkan jg makan, ambil makanan yg berkhasiat, yg boleh menyuburkan telur kita. pastikan jg hubby ambil makanan yg boleh meningkatkan bilangan sperm dan mendapat sperm yg power. yg blh berenang hingga sampai ke telur kita. pastu kita jg kena jg emosi elakkan tekanan perasaan, sbb tekanan (stress) blh mengganggu penghasilan hormon.
    saya mohon maaf kalau bunyi ayat sy macam nak ngajar, tp itu adalah nasihat doktor yg saya pernah denghar satu masa dulu. akhir kata buat kali ini selamat maju jaya dan jgn lupa berdoa pada Allah supaya dikurniakan anak dari rezeki yg baik dan membaikkan.

  161. dandangsetia berkata:

    salam lilycun…lily kira beruntung kerana pernah rasa mengandung walaupun gugur. ada tak doktor bagio taau sebab apa gugur. setau saya antara sbb gugur biasanya embrio tak cukup sihat ataupun dinding endometrium tak cukup tebal. awal mengandung ada jumpa doktor tak untuk elakkan dari embrio jatuh. saya nak tau . sbb adik sya pun pernah gugur sbb dinding tak kuat.

  162. kebayan berkata:

    saya selalu mengikuti ruangan ini .Dan setiap kali membaca nya hati ini bergitu tersentuh .Dicelah celah keributan kes orang buang anak .. betapa sedihnya bagi mereka yang mengharapkan zuriat sendiri.Semuga anda semua tabah mengharungi dugaan ini .Berusahalah sampai terdaya .. cuma kadang kadang kita terpaksa akur pada takdir ..

  163. Qyra_Dania berkata:

    Slm..sy pn mgalami masalah yg sama..sy pn nk ucpkan syabs kpd kwn2 krn tabah n sbr melalui ujian ini..mcm sy juga xde rzki lg nk dpt bb..d dkt 6 thn..mcm2 gak sy try..hemopaty..harun din, biodex..4 hspital da sy g..iui pn d 3x bt..nmpknya Allah nk masih nk uji sy lg…sy bercdg nk bt iui..next mth..sy skdar mencuba n berusaha..ye la mcm yg kwn2 lain buat..smuanya Allah tentukan..mmg sedih x boleh nk lari..ms berkump dgn sank saudara..buat IUI xjadi..tp apa boleh buat..sy n suami cuba kuatkan semgat..teruskan usaha lain..bt ms skrg sy amat2 bersyukur dikurniakan Allah hubby yg baik n penyayang..ada kwn sy..ada anak tp suami bt hal..ada pulak xdpt jodoh lg..kira kita semua bertuah..sudah melepasi stage kawin..cuma anak je belum lg..kawan sy plk br umur 27 d bercerai..ank da 2..mcm ye..dia ngangis2 citer pd sy psl hb dia..Alhamdulilah..kita masih ada rasa bahagia..rezeki masing2..dugaan pn lain.. harap kita semua bersabar…n dpt baby secepat mugkin..Amin..

  164. Samihah berkata:

    Kawan-kawan semua, saya bersimpati dengan anda semua dan diri saya sendiri sebab sampai sekarang belum ada anak lagi. Saya rasa masa pasti juga akan dapat. Kita kena sabar. Memang saya dicadangkan untuk mengambil ubat hemeopati dan akupuntur? pernahkah kawan-kawan menerima rawatan kesuburan dengan kaedah tersebut? Kalau pernah tolonglah cerita pada saya. Saya juga ada membaca melalui internet mengenai TCM (Traditional Chinese Medicine) mengenai Herbal Support. Saya juga berharap supaya kita semua diberikan rezeki oleh Allah. Ceritah kalau ada yang sudah berjaya.

  165. Emilia berkata:

    Qyra_Dania. Saya setuju dgn awak. Alhamdulillah saya pun dikurniakan suami yang sgt memahami. Kitorang tk prnah brgaduh pasal anak. Family dua belah pihak pun ok. Cuma kt tmpat keje je yg tension skit.
    Alahmdulillah dh 11 thn rmhtgga kami masih utuh. Kt tmpat kerja saya rmai kwn2 yg ada prob rmhtgga suma yg dh ada anak. Terbaru sya sendiri terserempak dgn pasangan yg masing2 dh kawin dan ada anak buat bnda tk senonoh kt tngga dlm kaw kerja. Hairan kn. Apa lg yg diorng cari.
    Kesimpulannya tk de anak tu bukan bererti hidup kita tk de makna. Selagi kita brusaha n brsbr insyaallah allah akan tetap bersama kita

  166. Norzuliana berkata:

    assalamualaikum…
    nama saya zuliana….umur 27 thn,saya dilahirkan di Pahang Raub..dan suami berumur 30 thn juga berasal dari kampung yang sama.kami sudah berkahwin hampir 6thn..masalah yang saya hadapi sama seperti wanita lain yang susah mendapatkan zuriat sendiri secara normal….saya ingin sekali mendapatkan zuriat sendiri namun sehingga kini masih tiada tanda tanda untuk mengandung.cuma tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya bila pulang kekampung keluarga mertua sering memandang sinis kepada saya oleh kerana saya tidak mengandung sehingga kini.bermacam cara sudah dilakukan..tapi cara yang canggih belum pernah kami cuba.disebabkan terlalu mahal..kami tidak mampu untuk menanggung kos perubatan nanti.setiap kali saya melihat bayi kecil yang comel hati saya teramat sedih kerana saya tidak mengandung sehingga kini.sebagai wanita saya amat tertekan dengan situasi ini.tidak dapat dinafikan perasaan ingin dipanggil ibu oleh nak sendiri amat saya nantikan dan menjadi isteri yang sempurna kepada suami tercinta .tetapi harapan itu terus menjadi harapan ……oleh itu saya berharap puhak puan/tuan dapat membantu saya untuk menimang cahaya mata yang sehingga kini saya impikan..
    saya mendapat maklumat mengenai TAFF ini daripada internet..

    Menurutnya, keutamaan akan diberikan kepada pasangan suami isteri yang memperoleh pendapatan bersama kurang RM4,000 sebulan, suami isteri adalah warganegara Malaysia dan sudah lama berkahwin.

    Tambah Tengku Azizah, mereka yang terpilih untuk dibantu oleh TAFF akan menerima tajaan sepenuhnya untuk menjalani rawatan dan semasa melahirkan anak.

    #dan ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan borang#

    Dan saya ingin mengetahui bagaimana prosedur seterusnya…

    Insan Yang Amat Berharap

    (Norzuliana Rashid)

    hp:012-3233954

  167. Qyra_Dania berkata:

    Thanks Emilia..sy rasa kita patut BESYUKUR dgn apa yg kita ada..ye la mcm kita ni..xde ank..rezeki kita dpt haneymoon lama2..sy cuma nk share..alhamdulilah sy d kwin 6 thn..tp ramai yg ingat kami baru kwin n kata kami boy friend N girlfriend coz …alahamdulilah mkin lama kwin..mkin rapat n syg n kembang cinta kami berdua..sYUkUR ALAHAMDULILAH..itulah yg selalu diucpkan kehadrat ILAHI..Hanya Allah yg tahu bila ketika yg sesuai kita leh dpt baby..Kita kena sabar N jgn putus asa berdoa..sy percaya Allah akan tolang kita..cuma kita perlu sabar…kalau2 kwn2 dpt bb..informlah sy..yelah..wlpun sy xpgnent lg..mndgr org yg dpt bby stelah lama mnggu ..hati sy amt happy n syukur..mcm sy pulak yg dpt bby..sllunya sy menagis gmbira …coz sy tahu betapa happy dpt berita baik itu..setelah bersabar n tabah mengharungi pelbagai cabaran…ok kwn2 slmat bjaya..amin

  168. Qyra_Dania berkata:

    Utk samihah n kwn2 yg tgh cari ubat hemeopati dan akupuntur..boleh cari Klinik Hemopati Dr. Omar, Kg. Baru (depan masjid Jamek Kg. Baru)..mmg sy dgar ada org dapt baby bila mencuba kaedah ni secara teratur..sy pn mencuba..tp mslhnya sy agk buzy n xdpt follow cara mkn ubat (4 kali) …n mgkin blum rzki…kalu kwn2 nk cuba..try la g sana..Dr. dia pn bagus..sy dpt pn drp info drp TV3..kwn2 leh try masuk laman web utk cari address…coz sy xjumpe no tel dia..Hope usaha kwn2 berhasil n diperkenankan Allah … AMin..

  169. azinsah berkata:

    saya dah berumur 36 tahun dan suami 37 tahun telah berkahwin selama 11 tahun tetapi tidak pernah mengandung.telah membuat rawatan IUI sekali di HUKM tetapi tidak ada rezeki.mengikut kata Dr,telur saya tidak subur dan suami pula oligospermia.hanya IVF yang membolehkan kami menimang anak sendiri.saya telah menghantar borang pada tahun lepas tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan dari TAFF.saya sangat bimbang sekiranya suami kahwin lain atas alasan nakkan anak kerana dia selalu menyuarakan keinginannya untuk mendapatkan anak sedangkan di awal perkahwinan dulu dialah yang selalu memberi semangat kepada saya di saat saya menangis setiap malam mengenang nasib diri..hanya yang senasib dengan saya yang memahaminya..

    • Emilia berkata:

      Azinsah….awak dgn saya sama le. Umur sama umur hb sama tahun kawin pun sama. Dah tu sama plak tk de anak he…Jgn mare…Awak jgn le sedih sgt. Belum rezeki kita. Saya ni dah lali sgt dgn ckp2 org. Tapi alhamdulillah family 2 pihak ok. Jgn risau kalau hb nk kawin lagi. Kalu dh memang takdirnya gitu ada anak pun ada yg nk kawin juga. Contoh kan dah byk..
      Byk2n berdoa. Jgn tension sgt. Lagi tension lg susah nk jadikn. Good luck ye..

    • Shifa berkata:

      salam azinshah, saya tertarik nak jwb pasal puan takut suami kawin lagi sbb alasan nak dpt anak..puan kata suami puan oligospermia…maknanye sperm dia x banyak..kalu dia nak kawin lain pun..mintak maaf saya cakap, belum tentu dia mudah dapat anak dengan perempuan lain..wallahualam…

  170. azinsah berkata:

    saya berkahwin pada tahun 1998 dan sehingga kini tidak pernah mengandung dan telah byk kali mencuba termasuk tradisional dan pernah sekali mencuba IUI di HUKM tetapi belum berhasil.memandangkan umur saya telah lewat (36thn)saya sangat berharap agar permohonan TAFF yang saya hantar sejak tahun lepas dipertimbangkan..

  171. Qyra_Dania berkata:

    kepada kak azinsah..sy hrap akak jgn la sedih sgt pasal xdpt lagi baby lg…n risau pasal hb akak nk kwin lg..kkdng lelaki ni..ada anak pn..dorg kwin lain gak..harap akak dpt berdoa n berusaha lg..coz sy tgok kwn2 sy yg ada ank pn ada mcm2 maslah..hb ada pasang lain la..sampe da bercerai padahal umur baru 27..kita xtau dugaan yg akan dtg n apa yg allah nak uji kat kita..sy harap akak bersabar n terus berdoa..insyaallah suatu hari akak akan dapat gak baby..amin..psal masalah kesuburan akak..akak jgn risau coz bukan akak sorg je ada masalah kesuburan..drp cerita akan hb akan pn ada mslh gak..jd kalu dia kwin lain pn ..xtentu dia dpt bb…tp sy pasti hb akak akan setia n tunggu akak..sy doakan akak trus bahagia n terus berusaha utk dptkan baby..n semua mslah ada pyelesainya…sy percaya Allah akan makbulkan doa kita..amin..slmt bjaya..amin

  172. aidil berkata:

    Hi,
    Kpd pasangan yg lom ada zuriat tu jgn putus asa,cuba la aktiar lagi.Kawan sekerja saya pon mempunyai masalah lambat dpt zuriat sebab pasangannya kawin lambat dan umur sebaya hampir mencecah 40an.Skg nie dpt anak (anak tunggal).

    Cuba cara nie:
    >Semasa bersama pastikan pd waktu itu waktu subur isteri.
    >Setelah pasangan klimik minta tolong suami utk menggangkat kaki isteri sehingga terangkat ponggong isteri(2 hingga 3 minit)supaya air mani tidak terus terkeluar.
    >>Selepas klimik jgn terus mencangkong,menyiarap kerana air mani mudah terkeluar.

    o.k cubalah,jgn putus asa.
    semoga berjaya…Amin.

  173. hamidah berkata:

    Saya tertarik dengan halamanini. Nampaknya kita serupa. Saya sudah cuba Biodex, DXN, Nu LIfe, IVF dan semua cara tapi belum hamil lagi. Walau bagaimanapun saya tidak berputus asa. Akhir-akhir ini setiap malam saya bermimpi saya hamil. Seronoknya…Saya. Kesiankan. saya sudah berumur 40 lebih.

  174. azinsah berkata:

    di sini sy nk ambik kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas nasihat dan kata-kata perangsang yang telah Emilia dan Qyra Dania berikan.kata-kata anda berdua telah menyuntik semula semangat saya dalam mengharungi dugaan hidup ini.semoga doa kita akan dikabulkan satu hari nanti.Insyaallah…

  175. noor berkata:

    saya dh kawin,msk thn ne 2 tahun.sya prnh m’gandung tpi mgalami kgguran.thun p’tma 6 bln ggr krna rahim jatuh yg ke 2 plk kndungan mti dlm perit.smpi skrg x de apa2 tnda sye hamil.tlg sye……..

  176. Amaliyah berkata:

    Bagaiman nak memohon pembiayaan TAFF untuk dapatkan anak melalui IVF n kelayakan memperolehi nya??

  177. zuhurmah berkata:

    saya sudah 5 tahun berkawin.usia saya sekarang 31 tahun.tapi belum memiliki zuriat.saya pernah membuat pembedahan laparoscopy dan doktor memberitahu bahawa saya dan suami tiada apa2 masalah.saya susuli dengan membuat IUI tapi tetap tidak berjaya.pelbagai rawatan tradisional saya cuba tapi masih belum berhasil.saya ingin mencuba membuat IVF tapi kosnya terlalu mahal.bagaimana caranya untuk saya memohon bantuan dengan TAFF? adakah saya layak?

  178. Lynazer berkata:

    salam ramadan…..seronok baca coretan disini. Melihat pada diri sendiri….saya insaf merenung diri,kebahagian itu hadir dalam cara yg berlainan pd setiap insan.Ada orng anaknya ramai…bile tua ditinggal saja….ada pula sebaliknya….apa yg penting sentiasa ingat Allah. Orang yg banyak bersabar dilimpahi rahmatNya.Jangan rendahkan diri sendiri kerana x dapat mengandung…jika ingin mengambil anak angkat hati mesti tulus dan ikhlas..niat kena murni….x kira la anak tersasul ke…anak sah taraf ke….saya tidak setuju sama sekali bila dikaitkan mengambil anak x sah taraf sbgai anak angkat maka bila besar dia akan jadi jahat.Sebenarnya corak pemikiran kita.Kita yg set sesuatu tu positif @ negatif.Ada juga pasangan yg memilih bila na anak angkat. Mesti yang itu la…mesti yang ini la…kita kena bertanye pd diri sdri mampukah kita bertanggungjawab membina keinsanan pd anak itu hingga bila dia besar nanti dia menjadi orang berguna pd bangsa agama & tanahair?sedangkan orang yg dapat anak sendiri pun kadang x terpikul tanggungjawab itu.Kekadang darah yg berlainan itu lebih bernilai dari darah yg mengalir sama di badan kita. Kebahagian Hadir dalam hidup setiap insan asal kita menyedari kehadirannya.Jangan terlalu emo bila blum dikurniakan zuriat,jgn juga trlalu sdih jika blum berpasangan….Allah lebih mengetahui apa kebaikan di setiap kejadian….kita hambanye usaha..doa…dan tawakal…sentiasa ingan rukun iman…qadaq dan qadar. moge sahabat2 disini dapat meningkat jati diri dan lebih tabah walau memang kita menghadapi kepiluan…..namun ada orang lain lebih pilu hidupnya dari kita. salam ukhuwah.

  179. rohaida bt abd wahab berkata:

    salam ramadan almubarak.saya telah berkahwin 8 tahun, tetapi sehingga sekarang tidak dikurniakan anak. saya teringin untuk mempunyai anak. pelbagai cara telah saya cuba termasuk IUI (2x) dan rawatan tradisionl semuanya gagal.saya ingin melakukan IVF tetapi memandangkan kosnya yang tinggi, saya terpaksa memendam rasa. saya harap melalui TAFF saya diberi peluang untuk memperoleh cahaya mata yang terlalu saya idamkan sepanjang perkahwinan saya ini, insyaAllah.

  180. muhd nasier b jusoh berkata:

    Saya berada di Sungai Petani, telah berkahwin selama 8 tahun dan sehingga sekarang saya belum dikurniakan cahayamata .Saya bersama isteri telah mencuba berbagai kaedah secara medikal mahupun secara tradisional tetapi masih tidak terhasil. Isteri saya sekarang sudah berumur 29 tahun dan saya berusia 33tahun.Setiapkali musim perayaan fikiran saya dengan isteri mesti beserabut memikiran perkara ini.Ini kerana setiap kali balik kampung sanak-saudara akan bertanya kamu berdua bila lagi?Dan setiap kali pertanyaan itu timbul membuatkan isteri saya menangis tidak mahu balik kampung kerna malu.Dikala waktu saya menghadiri kursus atau seminar isteri saya kesunyian ditinggalkan keseorangan jikalau mempunyai cahayamata terubat kesepiannya yang lama menunggu.Doktor menyarankan Saya mencuba IVF tetapi kosnya amat tinggi untuk saya mndapatkan rawatan tersebut. Saya meminta jasa baik TAFF untuk bantu saya mendapatkan rawatan IVF.Saya ingin menimang cahaya mata dan dapat gelaran sebagai seorang bapa dan ibu. TAFF boleh jadikan impian ini sebagai realiti…

  181. Nurhaida Mohd Khairudin berkata:

    Assalamualaikum,saya tinggal di Putrajaya,saya telah 8 tahun berkahwin dan tidak pernah mengandung.Saya pernah mengikuti rawatan secara tradisional dan medikal melalui IUI X2 tetapi masih tidak berhasil,walaupun saya dan suami (Normal) mengikut semua lapuran perubatan.Memandangkan umur saya sudah 31 tahun dan suami 37 tahun,saya berazam untuk mencuba kaedah IVF untuk mendapatkan cahaya mata.Kata orang harta dunia tidak kemana , Anaklah harta kita dunia akhirat.Saya memohon TAFF membantu saya dan suami menimang cahayamata.

  182. ASMAH BINTI IBRAHIM berkata:

    kenapa pihak TAFF tidak bg tahu dimana nak dapatkan borang dan kos perbelanjaan

  183. Nor Ainin Bt Ali @ Razali berkata:

    Saya sudah berkahwin 3 tahun dan usia saya sekarang 31 tahun.Saya pernah mengandung tapi mengalami keguguran 2 kali. Sampai sekarang tak ada apa2 tanda saya hamil. Tlg saya………..

  184. Shifa berkata:

    Salam semua,

    nak borang TAFF?..hantar je sampul surat kosong beralamat sendiri, lekat stem singgit, pas 2 hantar pd;

    TAFF
    Istana Abdulaziz
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan
    Pahang DM

    TAFF kalu boleh nak tolong semua org yg x de anak tapi, sebagai yayasan yg bergantung pada jasabaik org yg sudi menghulurkan sumbangan & juga berkat kesungguhan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah jual buku masakan dia..berapa sangat yg dapat..alhamdulillah sehingga kini masih ada lagi insan yg sudi membantu..sekarang ni pun senarai yg menunggu dah mencecah 2,000 pasangan yg betul2 layak dan kat luar sana masih ramai yg inginkan bantuan.. Bagi yg dah lama memohon harap bersabar..Insyaallah, semoga rezeki menyebelahi kalian

  185. azia berkata:

    assalamualaikum…
    saya sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun. pada tahun 2006 dan 2007 saya mengandung. petama mengandung, saya telah keguguran akibat tersalah makan. kali kedua mengandung, saya gugur juga kerana doktor beritahu ada jangkitan kuman. sehingga kini saya masih belum mengandung. saya sering kali berdoa semoga Allah mengurniakan saya dan suami zuriat. Insyaallah saya ingin mendidiknya menjadi anak yang soleh dan solehah. saya amat berminat dengan yayasan TAFF ini. dan berdoa agar saya diberikan peluang ini untuk dapatkan rawatan di sana.

  186. Eena berkata:

    Salam..

    Saya ingin bertanyakan tentang bagaimana cara untuk mendapatkan anak kembar dengan cara teknologi bukan dengan cara neutral. Berapakah kos rawatan yang perlu dibayar untuk kaedah tersebut.

  187. Aieda berkata:

    Assalamualaikum..
    Saya amat tertarik dengan halaman ini dan mendapati ramai yg senasib dengan saya. Saya telahpun berkahwin selama 8 tahun dan kini belum dikurniakan zuriat. Mungkin belum rezeki saya dan suami lagi. Umur saya 33 tahun dan suami sudah 36 tahun.Saya ingin bertanya adakah saya berpeluang utk mendapatkan bantuan TAFF ini? saya telahpun mengisi borang pada tahun 2007 yg lalu tapi hingga kini belum mengetahui jawapannya.No pendaftaran saya adalah TAFF 1025..Saya ingin bertanya sekiranya saya ingin mencuba IVF sekarang ni, berapakah kos yg diperlukan dan hospital manakah yang kejayaannya adalah tinggi?

  188. hasbullah berkata:

    Puan saya perlu mengetahui cara untuk membuat permohonan dan cara – cara untuk mendapatkan borang. No telefon serta cawangan – cawangan Yayasan Fertility Tunku Azizah? Terima kasih

  189. reena berkata:

    ramai betul yg ada masalah mendapatkan zuriat..blh kita buat persatuan..blh tambah kwn2,btukar pndapat sekaligus menguatkan smangat utk terus berusaha..cayok2

  190. nurul wahida binti mohd fauzi berkata:

    lama tak nak tunggu proses kehamilan ni

  191. mamasepi berkata:

    saya sudah 5 tahun berumahtangga, tapi belum hamil,macam2 cara saya lakukan tapi masih belum hamil, hasilnya badan makin naik,umumnya memang nampak rumah tangga saya okey, tapi sejak masuk tahun ke 5 ni suami saya seakan berubah, dia banyak mendiamkan diri..saya betul2 risau dan sayangkan rumahtangga saya…bantulah saya untuk membuat kaedah ini..saya terlalu ingin melihat wajah zuriat sya dan menghadihkan saat bahagia ini kepada suami.Kami telah pun menjalani ujian kesuburan tetapi kedua normal.

  192. Puan Rita bt Lansau berkata:

    Selamat petang dan salam sejahtera
    saya dan suami saya sudah berkahwin selama 4 tahun.Saya sudah 2 kali mengalami keguguran,yang membimbangkan saya pula sekarang umur saya sudah mencecah 38 tahun.Persoalannya bolehkah saya mengandung lagi tanpa risiko atau berjaya sekiranya saya menggunakan kaedah ivf(kaedah tabung uji).
    Saya juga ingin tahu bagaimana memohon bantuan daripada tabung amanah tersebut dan berapakah kos yang diperlukan?

  193. Zainorita Bt. Lasiman berkata:

    Saya sudah berumahtangga selam hampir 12 tahum.Dan masih belum mempunyai zuriat.Sepanjang perkahwinan saya tak pernah sekalipun ada tanda-tanda akan hamil.Saya berharap sangat agar pihak yayasan ini dapat menolong saya.Saya teramat sangat inginkan zuriat sendiri. sekian

  194. Azinsah berkata:

    assalamualaikum semua…
    nampaknya nasib kita sama Zainorita.saya pun dah lama kahwin.9hb April ni saya akan menyanmbut ualangtahun perkahwinwan yang ke 12.tetapi masih berdua dan di sepanjang umur perkahwinan kami,saya tidak pernah mengandung.pelbagai usaha telah dilakukan termasuk IUI ttp.x ada rezeki.borang TAFF pun sudah dihantar pd. okt.2008 ttp.belum terima jawapan.pernah call Abby ttp.katanya dana belum mencukupi.

  195. Qyra_Dania berkata:

    Salam semua…

    Sudah lama sy tdk membuka web ni…bila membaca coretan hati kwn2 semua..sy terasa pilu & tersentuh…kerana ‘KEINGINAN UTK HAMIL’ yg sering dinanti…

    Saya ingin berkongsi…mungkin ada yg telah membaca coretan sy sebelum ini bgm usaha sy untuk mendapatkan zuriat (spt diatas)..

    Akhirnya..dengan izin Allah…sy KINI SUDAH HAMIL….
    ALHAMDULILAH..berkat doa,sabar,usaha & tawakal kepada Yg Maha Esa tidak putus2…itulah yg kami suami isteri lakukan…kami selalu memberi kekuatan antara satu sama lain & tdk mengenal putus asa…akhirnya Allah perkenankan walaupun setelah diuji dgn perbagai dugaan…

    Skrg..kandungan saya masuk hampir 6 bulan…sy amat bersyukur dgn kurniaan Allah yg tdk ternilai ini…walaubagaimanapun setiap kali solat..doa utk kwn2 yg belum dikurniakan zuriat tetap sy pohon atas tanda syukur sy kepada ALLAH…

    Sehingga kini, sy amat tersentuh jika ada yg masih belum mempunyai zuriat krn sy telah melaluinya..sy mengetaui cabaran,perasaan sedih & lain2…krn itu pernah sy tempuh sebelum ini..dgr sendiri air mata ini mengalir keluar ..(semasa coretan ini ditaip, air mata sy masih keluar)..

    Saya ingin memberi SEMANGAT kepada kwn2 agar tidak berputus asa,..Yakinlah…Allah sedang menguji kita…selagi kita boleh berusaha..usahalah tanpa jemu ..krn Allah pasti akan menolong hambanya yg sentiasa brusaha..mgkin kita tdk tau masa & ketikanya Allah kurniakan saat yg bahagia itu..

    Dan paling penting…jgn lupa solat, lakukanlah solat tahajut,sunat,taubat…& berdoalah kepadanya dengan hati yg ikhlas & tulus..

    Makanan juga perlulah yg berkhasiat..sy telah disarankan oleh seorang Dr. perubatan utk makan makanan sunah seperti madu, susu segar, kismis,musli,buah2,ulam2..& jgn mkn mknan dlm tin,.kotak yg byk bhn kimia…

    Sy juga bersyukur..telah dikurniakan sorg Dr. yg benar2 ikhlas membantu mereka yg ingin mempunyai anak..semuanya ikhlas kerana Allah..

    Diharap dengan coretan sy ini..kwn2 jgnlah give up…Insyaallah pasti suatu hari nanti Allah pasti akan mengurniakan yg terbaik utk kita…Hanya Allah yg tahu…

    Doakanlah semoga sy dpt meniti hari2 kehamilan ini dengan mudah, melalui proses mengandung dgn mudah & selamat melahirkan bayi pertama sy ini dgn selamat…Semoga bayi ini akan menjadi anak yg soleh.. AMIN..

    Utk kwn2..selamat berusaha & semoga berjaya..AMIN..

    Sesungguhnya…anak itu tdk ternilai dgn wang ringgit atau apa pn di dunia ini…

    • Balqis berkata:

      Qyra Dania,
      Tahniah utk kmu…Berkat kesabaran dan ketabahan kmu selama ini akhirnya berhasil. Tpi sy ingin sgt nak tahu adakah kmu memang menjalani kaedah IVF dlm kejayaan trsebut atau lain2. T.kasih…

  196. Cheah Yin Yin berkata:

    Hi,
    Saya Cheah Yin Yin & berumur 40 tahun, telah berkahwin selama 7 tahun lebih dan pendapatan kami lebih kurang RM4000. Saya pernah 2 kali mengandung luar rahim, saya telah membuat pemeriksaan untuk folopio tiub pada tahun 2009 dan mendapati kedua-dua falopio tiub telah tersumbat. Doktor menyatakan dengan cara IVF saja saya berpeluang untuk mengandung. Saya telah menjalani IVF sebanyak 2 kali tetapi masih belum mempunyai cahayamata.

    Saya juga telah menghantar borang permohonan kepada TAFF pada 2007 namun tiada jawapan. Memandangkan umur saya semakin meningkat saya amat berharap pihak TAFF dapat mempertimbangkan dan memilih saya untuk mendapat bantuan dari TAFF untuk menjalankan IVF sekali lagi.

  197. seri maya bt mansor berkata:

    saya sudah berkahwin selama 10 thn tp masih tiada tnda2 untk mendapat zuriat tlg lah saya

  198. sakniah bt md dali berkata:

    Salam sejahtera…
    Saya juga sudah berumahtangga selama 9 tahun (4 Mac 2010) & masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mendapat zuriat walaupun telah mencuba cara tradisional & moden. Umur dah pun 38 tahun & saya ingin memohon bantuan daripada TAFF.

  199. norizawati mohd aris berkata:

    salam….saya ingin bertanya bagaimana untuk saya mendaftarkan diri di bawah yayasan taff…saya berumur 31 tahun dan telah 5 tahun mendirikan rumah tangga…dan sehingga kini belum pernah menunjukkan tanda untuk mendapatkan zuriat…..saya telah beusaha berubat secara tradisional dan moden….baru2 ini setelah di xray doktor mencadangkan saya melakukan kaedah ivf tetapi pendapatan saya sebagai kakitangan kerajaan menyebabkan saya berdikit2 mula menyimpan duit untuk mendapatkan zuriat kerana doktor memaklumkan kepada saya kos ivf kira-kira 20 ribu…..
    saya ingin memohon bantuan dari taff…
    semoga hasrat saya ini mendapat sokongan dari yayasan taff

    • in tan berkata:

      norizawati…betul la… kos ivf lebih kurang 20k… intan pun masih mengumpul lagi… ada masa nya intan dah tak boleh tahan dengan semua ni… tension yang amat sangat bila orang yg tak tau masalah, asik perli2… tak pandai la, teruk la…bila lagi la… mereka tak tau masalah…apa fikir bangga sangat kalau anak ramai…kalau Allah s.w.t nak ambil balik rezeki yg diberi pinjam tu, sekelip mata saja boleh terjadi… riak sangat…anak ramai kalau tak diberi didikan sempurna pun tak ada maknanya….

    • in tan berkata:

      norizawati… betul la… ivf kos lbh kurang 20k…. intan pun masih menyimpan lagi…. ada kalanya dah tak tahan lagi dgn semua ni… asik kene perli,,, bila lagi… dah lama dah kawin,,, tak pandai la…. teruk la… dll….. apa mereka bangga sangat kalau anak ramai ? tengok la,,, sombong sangat… kalau Allah s.w.t. nak tarik balik rezeki yg dipinjamkan, sekelip mata boleh terjadi,,, kalau anak ramai tapi didikan tak sempurna,,, tak ada maknanya…

  200. norela longchi berkata:

    saya ingin mengetahui berapa kos untuk melakukan rawatan tabung uji?harap dapat membantu

  201. anita ahmat berkata:

    salam. saya anita berumur 33 tahun, anak kelahiran pahang dan telah 7 tahun mendirikan rumah tangga. suami seorang tentera dan sehingga kini masih belum mempunyai anak.telah membuat pemeriksaan dan saya ada masalah endometriosis stage 3.suami tiada masalah. fallopian tiub sebelah kiri ada masalah.dr sarankan saya buat ivf.
    Bolehkan saya mendaftar dengan TAFF? Bagaimana caranya.
    tq

  202. in tan berkata:

    assalammualaikum dan salam sejahtera semua,,,
    intan juga sehingga kini masih belum dikurniakan cahayamata…. intan selalu berasa rendah diri bila bercampur dgn masyarakat dan saudara mara. lebih2 lagi mereka yang tak tahu masalah sebenar…. selalu kene perli…. dengan keluarga mertua, dengan emak mertua memang dah selalu…. tapi intan selalu penuhi masa intan dengan kerja…. kebetulan intan memang sibuk sangat di pejabat… kadang balik pukul 10mlm… intan tak mau fikir2 lagi dah…. sbb doktor dah sah kan intan boleh mengandung melalui cara ivf sahaja, jadi intan tak nak fikir cara lain…. intan sedang kumpul duit untuk buat ivf…. taff pun intan ada mohon jugak… tapi mungkin ada lebih ramai lagi yang berkelayakan, intan tak boleh berharap sangat…. intan dah mohon taff pada tahun 2008. tapi masih belum ada jawapan.

  203. miza berkata:

    salam semua,sy berumur 28 tahun.telah berkahwin selama 3 tahun lebih,sy mengidap endometriosis,doc bgth tiub sy tak ada masalah.sy pernah mengandung after sy operate 9 bulan di pakar wanita,tapi kandungan sy bertahan 3 minggu saja,doc mengatakan janin sy tiada jantung dan dia tak dapat membesar secara normal.skrg sudah hampir setahun menunggu untuk pregnan lagi,tapi sgt hampa,masih belum pregnan,sy makan pil clomid dari doc sebanyak 8 kali,tapi tak membuahkan hasil juga,malah ketumbuhan endometriosis tumbuh lagi di ovari sy sebesar 3cm,tolonglah sy,sy sgt runsing,dan sy taknak menjalani pembedahan lagi yang membuatkan sy bertambah risiko.duit sudah berpuluh ribu sy habiskan buat rawatan ni.skrg sy sudah kurang berkemampuan.sy ingin memohon dari TAFF,untuk dapatkan anak secepat mugkin,tolonglah sy bagaimana sy ingin memohon

  204. wan iliana berkata:

    salam..
    saya brumur 29 tahun dan suami 30 tahu..
    kami sudah berkahwin 2tahun tapi masih belum ada anak..
    saya ingin tahu macamana cara untuk buat permohonan tabung IVF Tunku Azizah memandangkan saya dan suami kerja kerajaan yang hanya berpendapatan rendah..
    apa alamat dan no telefon yang boleh saya hubungi..

  205. Leni berkata:

    Cara-cara mendapatkan borang dan cawangan di Kuching untuk Yayasan Fertiliti Tunku Azizah, serta saya mahu berapa kos nya. Sudah 5 tahun berkawin belum mendapat kurniaan cahaya mata, maka dengan adanya yayasan ini boleh memberi cahaya dalam ruang kehidupan saya dan suami saya, Doktor juga ada memberi nasihat dengan cara IVF ini sahaja peluang kami untuk mendapatkan cahaya mata. Saya doakan semoga pemohonan kami di pertimbangkan oleh pihak tuan. Terima kasih.

    • su berkata:

      Salam….. sy da berkawin 4 thn tp blm pernah sekali pregnant… da mcm2 cara sy cuba baik moden atau tradisional.. produk ape yg kwn2 ckp bgs untuk mengandung semua da sy cuba tp blm rezki lg…sy kini pasrah dan tawakal je pa ALLAH moga suatu hari nanti diizinkan sy mengandung benih suami sy,,, Ingin juga cuba memohon bantuan yayasan TAFF ni untuk buat IVF kerana kosnya yang tinggi.

  206. Nisa berkata:

    Salam kepada teman2 semua….
    Tiada kata yang dpt diluahkan melalui ruangan ini, melainkan hy perkataan “bersabar dan dekatkan diri kpdNya”. Ini kerana sya sndiri menerima nasib spt anda semua malah usia prkhwinan pn sudah melebihi 15 tahun.Spjg prkhwinan,Sememangnya ada rsa sedih,kecewa adakala mcm dh brputus asa tp bila mengingati Allah sya kuatkn jg hati kerana Dia tidak suka hambanya brptus asa, kan?. Cuma Allhamdulillah kami bahagia, suami tak prnh tmbulkn soal nk cari lain malah dia sntiasa myuruh sya bykkan zikir & brdoa .Sebab itulah mcm2 usaha sya buat, dr tradisional hingga moden (doktor pakar) shingga ada kwn yg rsa hairan krana dlm usia mghmpiri 40 sya msih brusaha mdptkn rwtan ivf.Biarlah…krana org yg tdak prnah diuji spt kita, mreka tdak akan fham ht dan prasaan kita.Soal wang? mmg byk kos sd dlaburkn wp smuanya gagal tp sya puas ht sb sya brusaha & kmi bdua normal. Bg kmi wang blh cari tp zuriat?…Bagi yg masih brumur awal 30-an truskan usaha,ambillah peluang utk dptkan rwtan moden yang byk disediakan di pusat2 prubatan skrang skiranya rwtan tradisional gagal.

  207. intan berkata:

    Hai semua, terkadang terlalu berat dugaan yang dirasakan, tiada tempat untuk diluahkan. Disinikah tempat saya mencurah segala kepedihan hati. Bersama2 dengan insan yang senasib dengan saya… Alangkah baiknya jika IVF ni termasuk dalam budget 2012…

    • noor berkata:

      saya pun mengalami masalah kesuburan. baru semlm doktor mengatakan yg kedua-dua tiup fallopian sy tersumbat. degan kaedah IVF sahaja yg mmbuatkan sy akn hamil. sy pun setuju sekiranya IVF termasuk dalam budget 2012. memberi kepada yg lebih memerlukan.

      • in tan1 berkata:

        Saya menjemput rakan2 ke blog 1malaysia untuk mencadangkan kepada kerajaan isu2 berkaitan IVF. Hari ini adalah hari terakhir untuk rakyat malaysia mengemukankan cadangan tentang bajet 2013. Di blog tersebut, search IVF, beri cadangan serta like mana yang patut. Semoga usaha kita mendapat perhatian kerajaan.

  208. noor berkata:

    hai semua. tiada tempat mengadu, cuma di sini lah tempat sy meluahkan hati. sama lah kita kongsi masalah agar tidak terus bersedih

  209. intan berkata:

    betul… kita perlu kuat… ramai sakit hati bila lihat kita honeymoon lama sangat…. berdua mesra dengan suami…. mula la, tak senang hati dan sindir2… lebih2 lagi saudara2 kita… yang penting kita layan suami baik… dia memahami… dia tak akan cari lain sekalipun, ibu mertua kita carikan jodoh baru untuk dia… kadang2… kita tak berasa tertekan bila kenang masa kita tua esok… tapi kita rasa sangat tertekan dengan sindiran orang2 yang tak ‘berpendidikan’… sebab, mereka cakap tak guna akal fikiran…

  210. siti nurshaedah berkata:

    Asalammualaikum….. saya siti nurshaedah. saya dh brkahwin 7 thun tetapi masih blum mmpunyai anak.saya teringin mempunyai anak.kdang2,ibu saya slalu mengatakn saya nie mandul.saya telah melakukan beberapa pembedahan. doktor mengatakn bahawa ‘ ovari’ saya kurang.saya dh cuba membuat beberapa perubatan tradisional tetapi msih blum mempunyai anak. saya teringin mncuba program TAFF….. tetapi saya tidak tahu cara2 membuatnya

    • in tan1 berkata:

      Saya menjemput rakan2 ke blog 1malaysia untuk mencadangkan kepada kerajaan isu2 berkaitan IVF. Hari ini adalah hari terakhir untuk rakyat malaysia mengemukakan cadangan tentang bajet 2013. Di blog tersebut, search IVF, beri cadangan serta like mana yang patut. Semoga usaha kita mendapat perhatian kerajaan.

  211. huda dalyana berkata:

    Sya dah kawin 8 thn dah.sya nak th mcm mana sya nak dpt kan borang.sya harap sangat dpt

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: