Saya nekad hantar anak ke pusat pemulihan

KERAPNYA lelaki yang bergelar suami dan bapa sering dipersalahkan kerana tidak mengambil berat hal anak-anak terutama yang membabitkan masa depan mereka.

Realitinya yang saya dapat bukan semua lelaki begitu, ada juga yang bertanggungjawab dan komited dengan rumah tangga.

Minggu ini saya mengajak pembaca menghayati kisah yang menimpa Shah dari selatan tanah air membabitkan anak perempuannya berusia 15 tahun.

Kata orang, tidak kena batang hidung memang mudah bercakap. Tapi apabila terkena peritnya sampai ke tulang hitam. Namun, semuanya kena reda lantaran tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka hidup huru hara lebih-lebih lagi menjadi liar kerana terpengaruh dengan persekitaran.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kepada anak perempuan saya. Segala-galanya ujian untuk kami. Saya telah menjaganya dengan baik, mendidik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang tapi Tuhan hendak uji, kami reda!’’ Demikian luahan perasaan Shah dalam e-melnya kepada saya.

Tidak sedap hati dan teruja dengan kecekalan bapa ini, saya menghubunginya untuk bertanya khabar tentang anaknya dan mereka suami isteri.

Dalam nada tenang Shah menjawab telefon dan mengucapkan terima kasih. Suaranya ceria kala saya maklumkan siapa saya. Sebelum ini kami hanya berutus khabar menerusi e-mel.

Soalan demi soalan yang saya ajukan dijawab dengan tenang. Bangga saya kerana lelaki ini tidak berselindung langsung tentang anaknya. Tidak ada nada malu pada suaranya apabila membicarakan perihal anak gadisnya sering lari dari rumah, ponteng sekolah dan terkini mengikut mat rempit.

“Namun saya bersyukur kerana dia masih boleh diselamatkan. Saya nekad menghantarnya ke pusat pemulihan untuk dipulihkan. Saya serahkan dia kepada pasangan ustaz dan ustazah yang akan menjaga dan mendidiknya kembali ke pangkal jalan. Saya berdoa dan berharap dia akan berubah dan menjadi manusia,’’ tambah Shah.

Menurut Shah anak keduanya dan tunggal perempuan itu yang dipanggil Manja telah menunjukkan perubahan sejak Januari lalu. Itupun setelah dia dibenarkan pergi tuisyen.

Manja kata Shah seorang yang pendiam, lemah lembut dan rajin sembahyang. Itu yang menjadikan Shah keliru kerana anak yang terdidik dengan sifat-sifat murni dan taat kepada orang tua tiba-tiba bertukar menjadi liar dan bengis.

Menurut Shah pada mula kejadian Manja telah menghilangkan diri selama dua minggu,. tapi kembali ke rumah dengan selamat.

‘’Sebagai bapa saya dan isteri mencuba pelbagai cara kaunseling dan tradisional. Baiknya hanya sebulan. Selepas itu dia kembali menghilangkan diri. Kali ini ponteng sekolah juga. Selepas seminggu seorang ibu prihatin telah menelefon saya memaklumkan anak saya ada bersama anak perempuannya yang baru dikenalinya empat hari lalu.

“Ibu itu memberitahu, anaknya juga lari dari rumah tetapi dia terjumpa mereka (anaknya dan anak saya) di rumah adiknya. Malang sekali kerana adiknya itu tidak tahu menahu atau mungkin mempercayai 100% cerita budak-budak ini. Dua minggu kemudian Manja lari lagi.

Insiden

“Selepas kejadian ini, saya tidak duduk diam. Bersama sepasukan polis saya berjaya menjejakinya yang tinggal di rumah seorang lelaki bujang dengan seorang budak perempuan yang juga melarikan diri dari rumah.

“Banyak insiden berlaku dalam proses mengambil dia pulang. Dalam keadaan tertekan saya mengambil keputusan tidak membenarkan dia pergi sekolah.

“Tetapi, itulah kak nor. Saya hanya mampu berusaha tetapi ujian untuk saya tidak berhenti di situ. Manja mengulangi lagi tindakannya. Kali ini lebih teruk, berminggu-minggu tidak pulang ke rumah kerana hidupnya kini bersama geng mat rempit.

“Ini semua diketahui melalui khidmat pesanan ringkas yang dikirim kepada ibunya. Manja dengan bangga menceritakan apa yang dia lakukan dengan golongan mat rempit itu.

“Lalu tertanya-tanya juga di hati saya apa yang sebenarnya manja inginkan? Kasih sayang tidak pernah luak, kemewahan walaupun sederhana tetapi tidak pernah tidak ada. Apa yang dia inginkan saya dan isteri akan tunaikan…

“Peliknya kak nor dia adalah anak yang bertanggungjawab. Ringan tulang membantu ibunya membuat kerja-kerja rumah. Dia juga membasuh, menyidai dan menggosok baju adik-adik.

“Terkenang juga saya kala ibunya batuk di tengah malam dia juga yang bangun mencari ubat dan air. Dipeluk dan dibelai ibu dengan kata-kata manis. Setiap kali hendak keluar rumah sama ada ke kelas tarian, tuisyen, sembahyang tidak pernah tinggal.

“Itulah anak saya yang saya kenali. Yang saya didik sejak lahir ketika tapak kakinya hanya sebesar dua jari saya. Hati ibu bapa mana yang tidak tersentuh dengan perubahan mendadak anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Salahkah ibu bapa jika anak-anak menjadi begini?

“Kalau saya tidak memberi perhatian saya tidak ralat, tetapi ini tidak. Sebak hati saya kak nor bila memikirkan apa yang berlaku. Di mana silapnya saya dan isteri?’’ ujar Shah.

Kat Shah dia juga berseyukur di sebalik ujian yang saya lalui ramai yang menyokong dan memberi semangat. ‘’Saya amat terharu dengan sokongan tersebut. Saya bangga dapat berkongsi masalah ini dengan pembaca sebab saya percaya di luar sana ramai yang menghadapi masalah yang sama tetapi malu untuk berterus terang.

“Saya juga mahu difikirkan semula akan kesalahan yang sering diletakkan kepada ibu bapa seratus peratus apabila anak-anak menjadi liar dan mengalami keruntuhan akhlak. Sedangkan puncanya sebenar berlaku kerana persekitaran yang semakin menjadikan remaja hilang hala tuju dalam hidup mereka.

“Aktiviti hiburan yang keterlaluan, tempat-tempat melepak yang bagaikan cendawan tumbuh menyumbang kepada pertambahan ini. Tapi masyarakat tidak salahkan pihak berkenaan yang mewujudkan tempat-tempat tersebut tanpa sekatan sebaliknya ibu bapa yang dituding tidak pandai jaga anak.

“Saya antara yang terkena tempiasnya. Saya berharap sesuatu boleh dilakukan untuk memastikan gejala sosial keterlaluan di kalangan remaja dapat dibendung segera.

“Saya kini kehilangan anak perempuan tunggal saya untuk sementara. Saya pisahkan dia daripada ibu dan adik-adik serta abangnya untuk menjadikan dia manusia. Bayangkan dalam tempoh itu saya terpaksa memendam perasaan. Makan hati dan berfikir, bolehkah anak saya kembali menjadi dirinya seperti sebelum ini.

“Setiap malam saya melihat isteri menangis teringatkan Manja. Saya juga menangis tetapi sekadar di dalam hati. Namun saya psrah. Hidup manja belum sampai penghujung. Saya yakin, masih ada sinar untuk masa depannya. Itulah yang saya doakan dan saya harap ia akan menjadi kenyataan!’’ kata Shah menamatkan perbualan.

Sebelum telefon diletakkan sempat saya titipkan pesanan buat Shah, tabahkan hati, jangan putus asa dan berdoalah…Allah sentiasa mendengar suara hamba-Nya yang memerlukan bantuan.

Termenung panjang saya setelah Shah meletakkan telefon. Sayu hati mengenangkan kecekalan lelaki ini. Banyak yang diceritakan Shah yang terpaksa saya simpan dalam hati. Terlalu besar pengorbanan Shah dan isteri untuk anak gadis kesayangan mereka. Tapi itulah, ketentuan Tuhan menduga keimanan kita sebagai ibu bapa.

Hendaknya Manja akan kembali ke pangkuan mereka dengan dirinya yang sebenar, penuh sifat murni, rajin sembahyang dan yang penting, mengembalikan kegembiraan hati ibu dan bapa yang telah tercalar!

Kepada Shah syabas saya ucapkan. Semoga ketabahan dan kecekalan Shah akan menjadi teladan kepada kaum lelaki lain yang telah bergelar suami dan isteri. Ingatlah, jika kita susah dan bersedih, ada lagi insan lain yang bersedih lebih daripada kita.

Contohnya keluarga mangsa nahas udara helikopter NURI yang terhempas di Genting Sempah, Genting Highlands baru-baru ini. Semoga roh mereka dicururi rahmat dan dihimpunkan bersama ahli sunnah waljamaah. Al-Fatihah!

Menutup kata, sepatah pesanan buat renungan bersama. Jangan ditangisi kisah semalam, kerana esok pasti datang. Juga, tidak ada air mata jika tidak berduka, tidak ada ketawa tanpa kisah suka. Sesungguhnya suka dan duka mainan hidup. Lambat laun ia pasti berlalu. Begitu juga, setiap bahagiaan hanya akan datang setelah berlalunya kesengsaraan.

Salam
Sumber: Ruangan Kak Nor, Utusan Malaysia

75 Responses to Saya nekad hantar anak ke pusat pemulihan

  1. kak jam berkata:

    apa yang terjadi pada syah kini telah terjadi pada diri kakak.Masalah yang sama.Anak gadis yang asalnya baik ,soleh, rajin, lemah lembut ,tak tinggal solat kini berubah bukan setakat 360 darjah tapi 720 darjah. Puncanya tersalah pilih kawan. dan kebebsan yang diberi di salah guna.Sekarang kakak sedang berusaha dan memang niat kakak mahu melakukan sama seperti syah lakukan utk mghantar nya ke pusat pemulihan akhlah.Maslahnya kakak tak tahu nak hantar ke mana.Boleh tak syah hubungi kakak atau memberi alamat tempat shah menghantar anak gadis shah itu.Akak ucapkan terima kasih…..

  2. nora berkata:

    boleh anda berikan alamat mana anda hantar anak anda. Kami tengah mencari pusat pemulihan yang terbaik untuk anak saudara perempuan kami yang suka melarikan diri dari rumah.

    Budak ni berumur 13 tahun. Tertekan dengan keputusan UPSR yg mendapat 4A1B. Tersalah pilih kawan dan mula menunjukkan perasaan memberontak.

    rgds
    Nora

  3. salmah berkata:

    bole kah saya tahu no tel tempat pemulihan tersebut?
    saya benar2 memerlukan bantuan..

  4. yusof berkata:

    berikan alamat dan no tel pusat tersebut boleh

  5. suri manja berkata:

    pada sy kalu nk hantar anak kepust pemulihan mmg lah elok , bg sy yang pernah berkerja di pusat pemulihan , ank2 yng di hntr ke c2 akn brubh bkn krn niat mrka untuk brubh tp mrka brubh untuk cpt kluar dr tmpt itu, 1 lg apa bl brjmpa dgn kwn2 yng brlainn mslah mrka kn mncuba ssuatu yng bru. ini adalah pglamn sya …

  6. ek ele berkata:

    suri manja…tak sume kut camtu…dan tak fair you buat statement camtu….

    memang hantar kemana pun kalau tak nak berubah takkan berubah….tapi usaha
    kita mesti ada dan mesti ikut step yang betul….takkan nak hantar ke sekolah
    memasak lak….

    …bukan senang bagi mak ayah yang ada anak bermasalah ni nak menangani mereka…

    …tu kat kg saya tu…cuba tangani anak bermasalah…alih2 di bunuhnya mak dia…kisah benar ni….

  7. suri manja berkata:

    bkn tanggapan sy mcm tur, tp pd pndngan sy anak adalah nugrh allah, jd adalah menjadi tnggungjawab kita untk mndidik, kalau kt bg orang yg mnddk mstilah cr didikan tidak sama spti ank sndri….
    jd kt kn lah ikt pepatan melentur rebung biarlah dari rebungnya …………..

    • Tak Berapa Manja berkata:

      Suri Manja… peribahasa pun salah ada hati nak tegur orang…
      Dah sah2 diorg semua ni ckp ‘anak yg solehah tp berubah sbb salah pilih kawan dan persekitaran dunia sekarang’ sbb tu masalah ni timbul.. x semua kes berpunca dari rumah.. Suri manja, kalau x ada pengalaman jangan nak bagi pendapat sesuka hati yerrr…suri manja ni setakat bercakap ikut buku boleh la… pndpt u mcm salahkan ibu bapa ni plak..

  8. piah berkata:

    suri manja…memang lah mendidik anak tanggungjawab ibubapa…tapi persekitaran sekarang membuat anak-anak ini hilang pertimbangan…itu yang sedihnya….

    I ada terdengar ..seorang anak kepada keluarga yang betul-betul mempunyai pendidikan Islam yang kuat…akhirnya terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah…asalnya anak keluarga ini berpisah dengan keluarga kerana melanjutkan pelajaran dan tersilap pilih kawan…

    dan lagi dari peramatan saya…anak-anak ini lebih mendengar dan mengikuti nasihat dan tunjuk ajar dari orang luar daripada ibubapa sendiri

  9. suri manja berkata:

    ini mmg benar …. dan mmg x dapat nk di nfikan bg sy pisang setandan tidak semuanya elok kak. ….

  10. suri manja berkata:

    nk hantar anak ke pust pmulihn tu sng jew.. akak g ke pjbat kebajikan msyarak derah pstu akak g tau aje apa prob nye. t mreka kana settel kan yee

  11. mofar berkata:

    doa,usaha,tawakal.. ada hikmah disebalik setiap yang terjadi. insyaalah,tuhan itu maha adil. memang takut benda benda tak elok jadi kat keluarga kita,tapi kita sebagai islam,berdolah..selalu ingat tuhan n tuhan akan selalu ingati kita

  12. suri manja berkata:

    btul tu…. suri g tau je cm ner cara nye

  13. ek ele berkata:

    betul piah…..selain didikan yang cukup semua…persekitaran main kan peranan…

    aku dulu membesar di felda….kat felda tu bleh di katakan budak2 bujangnya sume
    makan dadah aje macam nasi…tapi mak bapak aku pun bukan imam….dan susah kami
    sekeluarga adik beradik ramai…nak makan pun susah…nak belajar gi sekolah pun susah nak beli buku susah…

    tapi sumpah…sampai sekarang aku tak pernah rasa apa tu sume dadah ganja apa lagi…merokok pun aku tidak…apa yang aku nak cakap sekarang ni ialah….Allah maha kaya….dia bezakan kita dgn binatang dengan memberi kita akal….so bagi aku…walau
    pun ibu bapa aku tidak mendidik aku 100%…dah walau pun persekitaran aku haru biru…tapi aku tau baik buruk …bak kata org putih common sense…

    cuma ALASAN

  14. ek ele berkata:

    sambung…..cuma ALASAN dia org ni bila buat salah asik nak salahkan mak bapak…
    lagi satu….

    rasanya yang di bincang kan di atas adalah apa nak buat kalau dah anak jadi
    camtu…tak kira di sebabkan oleh apa…..so jangan lah hantar ke kelas memasak..
    hantar lah ketempat yang bersesuaian…..

    bak kata piah lagi…kadang2 dia org ni dengar cakap org lebih lagi dari mak bapak dia…tak kira apa sebab….

    Ya Allah….apa pun kesilapan aku atas dunia ni tak kan mungkin aku ingin memindah
    kan dosa tu kepada ibu bapa tersayang aku dan membiarkan mereka menganggung azab di akhirat nanti……biar aku tanggung sendiri kepincangan aku sendiri…Amin

  15. kebayan berkata:

    baru ni .. aku gaduh besar dengan laki aku .. puncanya anak dara aku nak potong rambut macam victoria beckam .Ini semua pengaruh majalah galaxi yang dia suka baca tu .. aku suka dia baca majalah tu sebab nak improve bahasa inggerisnya .. bahasa inggerisnya memang bagus selalu dapat A .Tapi tang rambut victoria beckam tu .. aku jadi marah .. laki aku suruh ikutkan saja .. itu yang buat aku marah tu .Kami gaduh laki bini .. aku cakap kalau aku nak tegur anak .. sibapak janganlah masuk campur .. aku tahu macam mana nak handle anak aku .Kalau mak marah anak .. sibapak jangan masuk campur .. kalau bapak marah anak .. simak janganlah pulak masuk campur .Lagi satu kalau menegur kesalahan anak janganlah diungkit kisah kisah silam .. ini akan membuat mereka patah semangat dan marah .. aku pernah melalui ini semua .. itulah sebab aku tahu hati anak anak ni …

  16. ek ele berkata:

    betul kebayan….aku setuju tang marah ..lagi satu jangan masuk campur…kalau tak puas hati pun …nanti dalam bilik kang cakap….

    tapi camana style rambut victoria tu kebayan,..he he..aku nak tau gak ni…he he..

  17. kebayan berkata:

    aku rasa rambut tu kalau artis sesuailah .. ni anak aku maseh belajar lagi .. tak ke haru ..

  18. farahani berkata:

    farah penah diterima jd cikgu kat skol juvana kat negeri..tp terpakse tp tolak coz kene ngorat dgn student.mslh nyer bukn student lelaki tp pempuan..paling klakar imam solat leh lari mase org dok sujud..paling teruk dlm bilik buka baju pstu duduk tepi tingkap tayang breast kat budak lelaki kat next building.

    cikgu pun xleh nak handle..ape kes…

  19. ek ele berkata:

    farah…kira imam tu nakal gila..bleh lari masa org sujud….nak gak tau apa jadi tu…berapa lama lah org duk sujud tunggu imam tak naik2…bleh ganti kan ikut tertibnya…

  20. farahani berkata:

    imam tu budak gak..masing2 jd terkejut naik dr sujud xde imam.kecoh la..budak2 tau2 jelah perangai liar nyer.pas kejadian tu surau dikunci dr luar, dua org guru berjaga dr luar..

    pagi msuk kelas, yg xbertudung tu ade je love bite kat leher..dahsyat2…

  21. sham berkata:

    Camna ek pakcik dulu masa muda remaja pun terlebih dengar cakap kawan berbanding mak bapak sendiri…hmmm zaman remaja nih dapat kawan lurus … Insya Allah lurus dapat kawan bengkok harus lengkung…Ini semua ujian pada ibu bapa… bukan sumpahan … anggaplah ibu bapa yang mempunyai anak berkerenah macam ni satu penghormatan orang2 terpilih je yang dapat tangani masalah ini …. dan anak remaja dah x leh nak marah2 lagi…diorang ada akai apa… dulu pak marah x tau nak gi mana skarang pak marah melambak kawan yg aku blh pegi… : ) Bila tenung2 balik kita2 yang jadi ‘orang’ banyak nya sbb bernasib baik…mungkin berkat doa orang tua kita atau kita pernah tolong kucing lintas jalan dulu masa kecik ke… Nak kirakan ramai gak mak abah yang berilmu dunia akhirat tp anak x berapa ilmu akhirat sangat.

  22. ek ele berkata:

    sham….tapi aku masa dulu sekolah dan lepas sekolah dan masa bujang,….sume org aku kawan…tapi tetap dgn prinsip aku…aku kawan dia org nak suruh dia org ikut perangai aku….bukan aku ikut dia org….aku gi kelab malam…tapi niat aku tengok live band pasal aku minat music…kawan yang pegi semua tunggang beer…tapi aku tetap tak setitik pun aku minum…….sebenarnya kene banyak sedar diri….dan selalu belajar
    mengaku salah sendiri…bukan salah kan org lain…

    tips aku senang….setiap kali terlintas nak lakukan perkara buruk….selalu ingat Allah dan mak bapak…kalau dah kawin selalu ingat anak2 dan isteri….insyaAllah selamat..

  23. sham berkata:

    Alhamdulillaah bersyukurla orgtua ek ele dpt anak spt ek ele: )
    pakcik rasa ibubapa2 yg terpilih untuk menghadapi cubaan2 ini janganlah berputus asa terhadap anak …berusaha.. jangan la berhenti berdoa sbb kita doa serta kata2 kita sbg ibubapa ni ‘laku’ ataupun mustajab terhadap anak2 kita ….seperti kata2 serta doa orgtua kita pada kita dahulu… : )

  24. kebayan berkata:

    Apa perlakuan kita ketika muda dulu .. kadang kadang diperturunkan pada anak anak dengan tak sengaja .Seingat aku kawan satu rumah dengan aku dulu punyalah lincahnya .. ialah maseh muda dan cantik .. maka ramailah sang kumbang mengerumunnya .Dan sekarang setelah jadi ibu .. pening kepalanya memikirkan perihal anak gadisnya ..

  25. rina berkata:

    sya perlukan alamat tempat pemulihan yang shah antar anak shah dgn segera…

  26. Ina berkata:

    Boleh bg alamat pusat pemulihan tu.. tapi saudara saya tu dah umur 22 boleh diterima ke?

  27. nor izah berkata:

    salam..

    saya perlukan alamat tempat pemulihan tersebut….adik saya jugaseorang yang bermasalah…saya dan keluarga sedang mencarai pusat pemulihan yg baik utk menempatkan adik saya tu…

    harap dapat membantu…

  28. posaman berkata:

    cobaan..selamat berpuasa n hari raya..maaf zahir batin..

  29. eita berkata:

    salam….

    saya perlukan alamat tempat pemulihan tersebut….anak perempuan saya juga seorang yg bermasalah…saya dan keluarga sedang mencari pusat pemulihan yang baik utk menempatkan anak saya tu…

    harap dapat membantu

  30. Sham berkata:

    Salam…
    saya sekarang sdg mencari pusat pemulihan untuk menempatkan anak saya yang bermasalah lebih kurang seperti cerita di atas.
    saya perlukan alamat dan no telefon tempat pemulihan tersebut…

    Terima kasih atas bantuan…

  31. nieza berkata:

    saya pun nak kena hantar anak saya ke pusat pemulihan,anak saya pun bermasalah juga.

  32. yatt berkata:

    boleh beri alamat pusat pemulihan tu tak? saudara terdekat sy amat memerlukannya..t0lg emailkn pd sy..kerjasama anda amat dhargai..terima kasih..

  33. yatt berkata:

    boleh beri alamat pusat pemulihan tu tak? saudara terdekat sy amat memerlukannya..t0lg emailkn pd sy..kerjasama anda amat dhargai..terima kasih…

  34. Liza berkata:

    salam…
    boleh email kepada saya alamat pusat pemulihan tersebut. saya sedang mencari tempat sebegitu dan amat memerlukannya…
    terima kasih atas bantuan….

  35. syam berkata:

    saya pun perlukan alamat pusat pemulihan tu, boleh emailkan kepada saya dengan segera….kalau ada pusat permulihan lain, boleh la berikan kepada saya.

  36. shaari ali berkata:

    Salam,

    Boleh tak berikan no & alamat pusat pemulihan tu?

    thanks

  37. syaz berkata:

    saya juga memerlukan no tel dan alamat pusat pemulihan tu.harap dapat emailkan urgent.tq

  38. Kakak berkata:

    Nak minta alamat dan info pusat pemulihan untuk adik saya yg baru remaja, terima kasih.

  39. Amran berkata:

    Salam sejahtera. Sila berikan alamat serta no tel pusat pemulihan untuk anak perempuansaya.

    Terima kasih.

  40. mid berkata:

    mulai 4 jan 2008 minta alamat n no hp, tp hingga hari ini tiada siapa yg memberi bantuan…… kenapa?

  41. aida berkata:

    Salam, adik perempuan saya mengalami masalah yang sama dan sgt amat memerlukan alamat pusat pemulihan terbabit agar dapat diselamatkan adik saya yang sudah melarikan diri banyak kali. harap mendapat respond yang cepat dari penulis.terima kasih

  42. Nobishima Exora berkata:

    Saya juga inginkan no tell dan alamat pusat akhl;ak tersebut untuk anak saya yang dah tak mampu saya bentuk dan terlalu jatuh akhlaknya sepas tersalah pilih kawan

  43. Assalamualikum; saya mengalami masalah yang sama dengan tuan puan. Anak yang saya didik dengan displin dan kasih sayang akhirnya terjebak dengan rakan yang tidak berakhlak. Hanya 6 bulan dia berada di universiti tempatan, dia mendapat kawan-kawan yang tidak berakhlak…akhirnya dia mengatakan selama ini ia hidup terkongkong dan dikawal. Akhibat dari pengaruh rakalah ia telah memalukan saya dan keluarga.Telah lari dari rumah sebanyak 2 kali. Cubaab kali pertama ditemui . Cubaan kali kedua di temui di selangor. Alasannya ingin bebas bersama teman lelaki. Saya suruh kahwin..dia kata teman lelakinya nak beli kereta dengan rumah dulu. Saya kata ,kakak kena tipu ni..tapi malang dia menjadi pelajar universiti yang tidak berakal kerana tersalah pilih teman.

  44. Sanisah Ani berkata:

    saya juga berminat dengan apa yang anda bincangkan boleh berikan alamat atau no talipon untuk saya menghubungi tempat yang dimaksutkan bantuan anda amat-amat diharapkan

  45. Eza berkata:

    saya pon berminat utk mnta no phone & alamat pusat pemulihan tu utk adik saya…

  46. Aida berkata:

    boleh tak saya dapatkan no phone & alamat pusat pemulihan tue..sy buat tuk adik sy n sy taknak perkara lebih buruk berlaku…terima kasih

    • Ganesan Selvaraj berkata:

      boleh tak saya dapatkan no phone & alamat pusat pemulihan Johor tue..sy buat tuk adik sy n sy taknak perkara lebih buruk berlaku…terima kasih

    • mother love berkata:

      saya pon nak no phone & alamat pusat pemulihan tu dengan kadar yang segera..kerana saya amat2 tertekan dengan masalah anak2 saya sekarang nie

      • syarizul azam berkata:

        en azam 012.2757159

      • ani berkata:

        pusat pemulihan pun tak akan menyelesaikan masalah kita kita ken lihat kat mana yg salah nya kita ni dulu sbb sy pun dulu gitu n sampai sekarang pun masih belum pulih tapi kita kenalah berdoa dan buat sembahyang hajat banyak-banyak minta dari allah untuk membetulkan semua yg tak kena kat pusat pemulihan macam rumah sinar kasih tu pun nanti dia akan lebih banyak belajar yg tak baik dari kawan-kawanyayg dah master kat situ dan bila balik akan jadi lebih teruk cuma makin pandai maka lebih susuah kita nak nasihat walawaalam…

  47. ibu Runsing berkata:

    sya juga AMAT no tel dan alamat pusat pemulihan tu.Harap di emailkan – URGENT!!! trima kasih

  48. kakak buntu berkata:

    saya juga amat memerlukan alamat dan juga no.tel pusat tersebut..

  49. norliza berkata:

    saya juga mengalami masalah yang sama, klu boleh saya juga ingin dapatkan alamat dan tel pusat tersebut…tkasih

  50. kasih ibu berkata:

    saya ingin dapatkan alamat dan no.tel pusat tersebut, saya juga nekad hantar anak ke pusat pemulihan …tkasih

  51. alin berkata:

    Salam Ada sapa2 blh tlg saya x…Ada x sapa2 Thu pusat pemulihan akhlak kt pulau pinang saya nk hntar adik saya…tlg please….

  52. meadow lark berkata:

    as-salam.. saya ingin minta sedikit pandangan. saya ada seorang adik lelaki. dia selalu mencuri barang2 kemas mak kami. dia guna duit tu untuk beli pil kuda dan mcam2 lagi.. dia selalu melawan mak kami. bila saya bagi cadangan untuk hantar dia ke pusat pemulihan mak kami xbagi.. jadi apa yang boleh saya lakukan untuk bantu dia??

  53. nur berkata:

    Salam, harap boleh menghubungi saya secepatnya. Saya amat memerlukan pertolongan.

  54. lisa berkata:

    boleh tolong bagi alamat tempat pemulihan berserta no tel? saya amat memerlukan untuk adik saya kerana ingin memulihkan dia daripada kelakuan yang tidak dikawal. Kami anak yatim piatu. Saya harap dia akan dapat berubah. Terima kasih.

  55. Ibu Prihatin berkata:

    Assalam..saya juga bermohon untuk dptkan alamat n no tel pusat pemulihan yg En Shah hntr dengan kadar segera saya juga sedang menghadapi masalah yg sama dgn En Shah n juga dah tak tau nak buat apa dah supaya anak saya berubah..Terima Kasih

  56. norizan hasbor berkata:

    Assalam…sy ibu tunggal n mengalami nasib yg same seperti anak en shah..ank sulung saya memang sgt bermasalah..sy nk dptkn no tel n alamat pusat pemulihan yg en shah hantar tu.

  57. nasri b. saad berkata:

    boleh berikan nama tempat pemulihan akhlak untuk perempuan 15 tahun di sebelah utara..

  58. Nora berkata:

    Askm kak nor.sya juga mengalami seperti en.shah.boleh sya dapatkn alamat tempat anak en.shah ditempatkn.

  59. oji binti ariffin berkata:

    Macam mana jika saya ingin menghantar anak laki2 saya kesana..

  60. nia pija berkata:

    salam, dah pg jkm tp jwpnnya tempat tu utk bdk2 yg dah teruk & xboleh di kwl…betul ker?

  61. nia pija berkata:

    mcm mane pulak lau nak bendung gejala yg buruk ni dr awal? nak tggu ngandung luar nikah br leh antar?

  62. Sara berkata:

    As salam, sya pun sdg bercadang nak hantar ank pompuan sya ke RS Skudai,Jb .

  63. farezwan berkata:

    Assalamualaikum, saya perlukan tempat ini dimne yea, atau ada nombor telefon bole saya hubungi, saya ingin menghantar adik saya yang tak bole dibendung lagi akhlak dia, mungkin hantar die ke tempat tempat mcm nie die berubah, saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan die, dah penat dahh.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: