Hukum lari dari isteri

Oleh MOHD. YUSOF ABAS

SOALAN: SAYA mempunyai dua isteri dan apabila berlaku perkelahian dengan salah seorangnya, saya melarikan diri kepada yang seorang lagi dan begitulah sebaliknya. Apa hukumnya perbuatan saya itu?

– Mahadi Mohamed,

Jeli, Kelantan.

JAWAPANNYA: Pada hakikatnya agama kita menghalalkan kahwin ramai sehingga empat orang bagi mereka yang tertentu sahaja iaitu bagi yang dapat memenuhi segala syaratnya. Syarat utamanya ialah perlu berlaku adil dan saksama di kalangan para isteri tersebut dalam segala urusan yang lahir, sebagaimana firman-Nya bermaksud: Kahwinilah siapa yang kamu ingini dari kalangan wanita dua tiga empat dan sekiranya kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di kalangan mereka) maka satu (sahaja) (surah an-Nisaa ayat 3).

Ada orang yang mentafsirkannya mengikut seleranya. Menurut mereka, kita kena kahwin dulu baru tahu dapat berlaku adil atau tidak. Bagi kita sudah memadai dengan pertimbangan akal masing-masing, adakah dapat berlaku adil atau tidak sekalipun tanpa mencubanya, kerana kalau sudah mencubanya dan didapati tidak berlaku adil, maka pasti dosanya akan ditanggungnya. Jadi terpulang kepada pertimbangannya mengenai syarat keadilan tersebut sama ada dapat dilakukan atau tidak.

Anda tidak dibenarkan keluar rumah isteri dan meninggalkannya sebelum tamat gilirannya. Dan kalau anda keluar juga sebelum tamat gilirannya, maka anda telah melakukan dosa atau penderhakaan terhadap isteri anda sedangkan anda tidak dibenarkan melakukan sebarang kesalahan untuk memperbaiki kesalahan yang sama. Anda dinasihatkan supaya tidak kahwin dua atau lebih. Ini kerana anda tidak dapat memenuhi syarat utama dalam berpoligami. Wallahualam.

2 Responses to Hukum lari dari isteri

  1. shawal berkata:

    Jgn kahwin dua kalau takut tidak boleh berlaku adil dan lari dari masalah rumahtangga…

  2. rini berkata:

    klau takut asyik nk lari jer baik xpyh kahwin rmai2 bang..
    uat malu je la
    lelaki spatutnya kna tgas
    kan awk 2 ktua kluarga

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: