Pernikahan tidak sah jika berkahwin tanpa izin wali

Oleh Dr Mat Saad Abdul Rahman

PERSOALAN mengenai insan yang bergelar wali hakim menjadi tumpuan masyarakat Islam di negara ini baru-baru ini. Ia apabila isu pasangan yang telah berkahwin selama setahun dibatalkan perkahwinan mereka oleh kadi dengan alasan wali hakim yang mengahwinkan si isteri tidak layak menjadi walinya kerana dia mempunyai wali nasab, iaitu adik kandungnya.

Pasangan berkenaan diarahkan berkahwin semula. Persoalannya sekarang, bilakah wali hakim berhak campur tangan sebagai penyelesai bagi sesuatu perkahwinan?

Dalam mengulas isu ini, saya berpendapat adalah wajar jika kita merujuk kepada pengertian wali secara umum dan pembahagiannya.

Wali dalam urusan perkahwinan ialah seorang yang memiliki kuasa mengahwinkan seseorang anak perempuan sama ada dia adalah penjaganya atau bukan.

Kewujudan wali penting bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Wali (di dalam mazhab Shafie) adalah salah satu rukun perkahwinan. Tanpa wali atau keizinannya kepada wakilnya, sesuatu perkahwinan itu di hukum tidak sah. Hukum ini adalah merujuk kepada hadis bermaksud:

“Siapa saja perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinannya itu batal (tidak sah), jika dia disetubuhi (oleh lelaki yang mengahwininya itu) maka dia berhak mendapat mas kahwin kerana dia (iaitu lelaki itu) telah menghalalkan kemaluannya dan jika mereka (iaitu wali) berbalah, maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali.” (Hadis riwayat al-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Abu Daud al-Tayalisi).

Berdasarkan hadis di atas, ulama membahagikan wali kepada dua peringkat iaitu wali nasab dan wali hakim atau disebut juga sebagai wali sultan.

Wali nasab ialah orang yang mempunyai pertalian keturunan dengan seseorang perempuan yang bakal berkahwin, seperti bapanya, datuknya dan sebagainya.

Wali hakim ialah Ketua Negara Islam atau wakilnya seperti Kadi Besar, kadi daerah atau mereka yang mendapat tauliah daripada Pejabat Kadi Daerah, biasanya mereka ini dari kalangan imam masjid, bilalnya atau seorang alim kampung.

Setiap wali sama ada wali nasab atau wali hakim dikehendaki memenuhi syarat peribadi berikut – seorang yang beragama Islam, lelaki sempurna, umur baligh, berakal serta waras fikirannya, bebas merdeka, bersifat adil, tidak berada di dalam ihram haji atau umrah dan tidak pula dipaksa untuk menjadi wali.

Dalam mana-mana perkahwinan, wali nasab didahulukan menurut galur keutamaannya bermula daripada wali aqrab, kemudiannya berpindah kepada wali ab`d.

Jika ketiadaan wali nasab (aqrab dan ab`ad) pada semua urutannya atau jika wali nasab menghadapi masalah atau tidak memenuhi syarat kelayakan menjadi wali, maka tugas perwalian di dalam sesuatu perkahwinan akan berpindah kepada kuasa wali hakim secara mutlak.

Ada beberapa keadaan yang mewajibkan wali hakim memainkan peranannya bagi menyempurnakan perkahwinan seseorang perempuan seperti:

1. Apabila tidak ada wali nasab.

2. Apabila wali aqrab tidak memiliki syarat kelayakan yang sempurna, di samping tidak ada wali ab`ad untuk menjalankan akad perkahwinan.

3. Apabila wali aqrab berada di suatu tempat yang jauh sejauh yang membolehkan sembahyang qasar.

4. Apabila wali aqrab sedang mengerjakan ihram haji atau umrah.

5. Apabila wali aqrab berada di dalam penjara yang tidak ada jalan untuk menemuinya.

6. Apabila wali aqrab menyembunyikan dirinya kerana tidak mahu melaksanakan perkahwinan itu.

7. Apabila wali aqrab enggan untuk melangsungkan perkahwinan itu.

8. Apabila wali aqrab hilang tidak diketahui di mana dia berada dan

9. Apabila kedudukan seseorang perempuan itu adalah anak luar nikah.

Jika kita merujuk kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303), pada perkara 7, menyebut:

(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut hukum syarak oleh:

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar;

atau Pendaftar sebagai wali.

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu membabitkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali nasab, mengikut hukum syarak, perkahwinan itu hendaklah diadakan hanya oleh wali raja.

Kedua-dua peruntukan itu hanya menyebut wali nasab dan wali raja, tetapi siapakah wali nasab dan wali raja, tidak ada tafsiran yang dibuat.

Begitu juga dengan beberapa kriteria lain yang membabitkan syarat menjadi wali dan perkara yang membatalkan fungsi wali nasab yang mengakibatkan wali raja atau hakim berfungsi.

Hanya disebut apabila seseorang perempuan tiada mempunyai wali nasab. Tetapi ungkapan: ketiadaan wali nasab juga perlu kepada penafsiran. Apa yang disebutkan di atas adalah tafsiran yang saya temui di dalam pembacaan penyelidikan saya.

Mana-mana perkahwinan yang berlangsung wajib menerusi wali atau keizinannya kepada wakilnya. Justeru, kedudukan wali amat penting menurut pendapat mazhab Shafie.

Susunan wali ikut tertib

Bapa kandung.

Datuk sebelah bapa ke atas.

Saudara lelaki seibu-sebapa.

Saudara lelaki sebapa

Anak saudara lelaki seibu-sebapa.

Anak saudara lelaki sebapa.

Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa.

Bapa saudara sebelah bapa sebapa.

Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah.

Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah.

Bapa saudara seibu-sebapa.

Bapa saudara bapa sebapa.

Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa.

Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah.

Bapa saudara datuk seibu-sebapa.

Bapa saudara datuk sebapa.

Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah.

Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah.

lMuktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).

Sekalian asabah kepada seorang muktiq

Raja/Sultan.

Sumber : Laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

6 Responses to Pernikahan tidak sah jika berkahwin tanpa izin wali

  1. muslimah berkata:

    saya ingin bertanya adik saya seorang janda dan bernikah dengan lelaki yang sudah beristeri.Si lelaki ini takut untuk berkahwin di negeri kami sendiri iaitu sarawak dan pergi bernikah di sempadan thailand tanpa wali.sedangkan ayah saya masih hidup.Ayah saya mengizinkan perkahwinan tersebut dan ayah saya tidak turut serta pergi ke thailand.adakah perkahwinan adik saya sah atau tidak tanpa wali nasab.

  2. pasrah berkata:

    A’kum…saya akan bernikah di johor tp mak ayah saya sudah tiada, saya sebenarnya asal dari kedah tp sudah menetap di johor hampir 10thn selepas tamat belajar.sejak kematian ayah saya tahun 2005 saya ambil keputusan untuk menetap di johor saya nak nikah bln 6 ni bagaimana saya nak buat sbb saya cuma ada adik lelaki umur 19thn. Tp dia bekerja di kedah kalu dia x dapat dtg cam mane?

    • along berkata:

      Assalam mualaikum..Anak perempuan aruah adek lelaki saya hendak bernikah tak lama lagi. Aruah ini ada seorang anak lelaki tetapi anak itu luar nikah. Siapakah yang boleh mewalikan dia.

      Adakah bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa boleh menjadi wali melangkah susunnan wali seperti anak saudara lelaki seibu sebapa atau anak saudara lelaki sebapa dan selanjutnya ? Harap beri penjelesan selanjut.

      terima kasih.

  3. azura berkata:

    salam..rakan baik saya berkahwin di selatan thailand tanpa memaklumkan kpd wali nasabnya (adik lelaki ayah meninggal)dan menggunakan wali hakm disana.selepas dia berkahwin barulah dia memberitahu kepada semua ahli keluarganya dan mereka menerima perkahwinan itu, yang menjadi kemusykilan adakah pernikahan mereka sah dari segi hukum??harap mendapat jawapan yang jelas.terima kasih.

  4. curious berkata:

    slm,, sy ade seorang kakak yg ingn berkahwin dgn seorang lelaki yg tdk mmpunyai ciri lelaki yg baek,, oleh itu perkahwinan ini ditentng oleh ayah sy,, bolekah kakak sy mnrusan perkahwinan ini,,

  5. lia berkata:

    salam, saya ingin bertanya.. sahabat baiik saya berstatus sebagai “ank tidak sah taraf”,blh kah adik kandung sahabat saya menjadi wali kepada sahabat saya? perlu jawapan dengan segera..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: